TAIPING – Perbalahan antara dua warga emas yang tinggal bersebelahan
sejak beberapa tahun lalu sampai ke kemuncaknya apabila salah seorangnya
bertindak nekad menetak kepala dan pinggang jirannya hingga mati dalam
kejadian di Kampung Changkat, Kampar kelmarin.
Kejadian pukul 9.30 malam itu mengakibatkan Wong Cheong Heng, 73,
mati di situ selepas cedera parah di kepala dan pinggang ditetak oleh
jirannya yang berusia 62 tahun.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, siasatan awal
mendapati mangsa dan suspek yang tinggal berjiran sudah lama bertengkar.
No comments:
Post a Comment