Jom Buat Duit

Tuesday 17 July 2012

Liverpool tolak tawaran Newcastle beli Carroll

LONDON - Liverpool dilaporkan menolak tawaran yang dikemukakan Newcastle United bagi mendapatkan khidmat penyerang skuad The Reds, Andy Carroll.
Newcastle telah mengemukakan tawaran kepada kelab yang berpangkalan di Stadium Anfield itu kelmarin bagi membawa masuk Carroll secara pinjaman ke St. James Park.
Skuad kendalian Alan Pardew itu turut memberi jaminan akan menandatangani Carroll secara tetap jika pemain itu berjaya mempamerkan prestasi cemerlang.

Menurut laporan media di England, Newcastle bersedia membayar yuran perpindahan sebanyak £15 juta (RM74 juta) sekiranya mahu mengikat kontrak secara tetap dengan penyerang berusia 23 tahun itu.
Bagaimanapun, Liverpool telah menolak tawaran tersebut kerana kelab itu mahu menjual Carroll secara tetap.

Newcastle membuat keputusan itu selepas kelab tersebut menjual penyerang antarabangsa England itu kepada Liverpool dengan yuran perpindahan bernilai £35 juta (RM173 juta) musim lalu.
Bagi Pardew, beliau kini hanya menunggu peluang terbaik bagi menandatangani kontrak dengan Carroll.
"Carroll telah beraksi dengan baik ketika bersama Newcastle sebelum ini. Saya sentiasa memberi sokongan kepadanya meskipun dia kini beraksi dengan Liverpool.

"Saya rasa, dia telah dilayan secara tidak adil bukan daripada Liverpool tetapi pihak media secara amnya. Apa yang pasti, dia akan menjadi seorang pemain yang hebat pada masa akan datang," kata Pardew.
Selain Newcastle, Carroll turut dikaitkan akan berhijrah ke AC Milan, West Ham United dan Aston Villa.
Ketiga-tiga kelab tersebut telah menyatakan minat bagi mendapatkan khidmat Carroll. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters