Jom Buat Duit

Sunday 22 July 2012

Hye-Sun dapat GPA 4.44

PELAKON drama Absolute Boyfriend, Goo Hye-sun mendedahkan keputusan peperiksaannya kepada peminat pada minggu lalu.
Dalam satu mesej di laman sosial Twitternya, Hye-sun memberitahu: "Benar, saya mendapat tempat pertama dalam kelas."
Gambar buku laporan peperiksaannya yang turut dimuat naik di Twitter turut memaparkan jumlah Purata Nilai Gred (GPA) yang diperolehinya ialah 4.44 mata daripada nilai penuh 5. Laporan itu menunjukkan Hye-sun berada di tempat pertama berbanding 52 orang pelajar.
Hye-sun membuktikan keupayaannya dalam bidang pelajaran apabila mendapat keputusan A+ dalam enam daripada tujuh subjek yang diambilnya.
Gadis tersebut merupakan penuntut di Universiti Sung Kyun Kwan, Seoul, Korea Selatan. Dia yang sering menggunakan perkhidmatan kereta api bawah tanah untuk ke kolej sering mendapat perhatian orang ramai kerana status selebriti.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters