Jom Buat Duit

Monday, 23 July 2012

11 pemain terbaik bakal berlatih di Man. United

SERAMAI 11 pemain terbaik yang lahir daripada pertandingan bola sepak antara sekolah-sekolah Tamil akan berpeluang berlatih di Manchester, England. 
 
KUALA LUMPUR - Majlis Guru Besar Sekolah-sekolah Tamil Malaysia dengan kerjasama Pusat Latihan Bola Sepak Peter Barnes yang berpangkalan di sini akan menganjurkan pertandingan bola sepak antara sekolah-sekolah Tamil di negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri G. Palanivel (gambar kecil) ketika dihubungi berkata, pertandingan itu melibatkan murid-murid dari 523 sekolah Tamil di seluruh negara yang dijangka bermula pada hujung bulan ini.

Katanya, pertandingan yang bertema Road to England itu, akan menjadi medan untuk memilih 11 pemain terbaik untuk menjalani latihan jangka pendek dengan kelab Manchester United di Old Trafford, Manchester pada akhir tahun ini.

"Semua sekolah Tamil digalakkan untuk menggunakan peluang ini dan mengesahkan penyertaan sekolah masing-masing secepat mungkin," katanya kepada Kosmo! semalam.
Tambah beliau, penganjuran pertandingan mencari bakat baharu bola sepak dalam kalangan murid sekolah Tamil mendapat sokongan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Malah katanya, Najib yang teruja dengan pendekatan itu telah bersetuju untuk memberikan geran bernilai RM530,000 sebagi suntikan untuk menjayakan program tersebut.
Menyentuh mengenai atur cara pertandingan, Palanivel menjelaskan bahawa, perlawanan bola sepak itu akan berlangsung di 10 tempat di seluruh negara.
"Sebilangan besar pemain akan dipilih dan diberi latihan jangka masa pendek di pusat latihan bola sepak kendalian bekas pemain antarabangsa England, Peter Barnes untuk suatu jangka masa tertentu.
"Daripada latihan terbabit, pemilihan 11 pemain terbaik itu akan diuruskan secara peribadi oleh Peter Barnes dan kemudian akan dihantar untuk berlatih di Old Trafford, Manchester," katanya.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters