SEJAK kebelakangan ini, Dafi atau nama sebenar Ghadaffi Ismail Sabri banyak menghabiskan masa di negara jiran, Indonesia.
Mengendalikan program Selebrita Siang yang bersiaran pada pukul 12
tengah hari, setiap Isnin hingga Rabu di saluran Trans7, Dafi mengaku
kehidupan di negara orang membuatkan masanya lebih banyak habis di set
penggambaran dan rumah. Dia juga menegaskan bahawa sejak bekerja dengan
tenaga kerja luar, dia berasakan Malaysia mempunyai kualiti kerja yang
bagus berbanding negara-negara lain.
"Bagi orang yang merasakan negara lain lebih berkualiti daripada
Malaysia, saya mahu katakan bahawa kualiti dan tenaga kerja kita adalah
setanding dengan negara lain," ujarnya yang ditemui ketika majlis
berbuka puasa bersama anak-anak yatim Rumah Amal Limpahan Kasih tajaan
Hotel Royale Bintang, The Curve pada Selasa lalu.
Dalam selang masa sibuk membawa nama sendiri dan negara di negara
luar, Dafi sempat juga merakamkan sebuah lagu raya yang memang sudah
lama diidamkannya.
"Saya memang sudah lama mahukan sebuah lagu raya sendiri. Sebelum ini
hanya menyanyi beramai-ramai lepas keluar Akademi Fantasia dahulu. Kini
salah satu impian saya tercapai," ujarnya yang menyanyikan lagu Nikmat
Lebaran gubahan Pak Ngah dan lirik oleh Siso.
No comments:
Post a Comment