TAMPA, Florida - Syarikat Odyssey Marine Exploration Inc. yang
terkenal kerana menemui bangkai kapal Black Swan bernilai AS$500 juta
(RM1.59 bilion) di perairan Portugal pada 2007 menyatakan, pihaknya
menemui 48 tan jongkong perak di dalam sebuah kapal dagang Britain yang
dibedil di perairan Ireland 70 tahun lalu.
Pada harga semasa, penemuan tersebut bernilai sekitar AS$38 juta
(RM121 juta) manakala syarikat itu kelmarin memberitahu, lebih banyak
harta karun bakal ditemui di dalam kapal berkenaan.
Menurutnya, bangkai kapal tersebut terletak sekitar 4.8 kilometer di bawah permukaan laut.
Jongkong itu ditemui daripada bangkai kapal Gairsoppa.
Kapal kargo sepanjang 125.5 meter itu tenggelam selepas dibedil sebuah kapal selam Jerman semasa Perang Dunia Kedua.
Di bawah satu perjanjian bersama kerajaan Britain, Odyssey dibenarkan
menyimpan 80 peratus harta karun berkenaan selepas kos perbelanjaan
ditolak.
Nilai kesemua jongkong tersebut berada pada sekitar AS$190 juta (RM605.4 juta). - Reuters
No comments:
Post a Comment