Jom Buat Duit
Sunday, 15 July 2012
Hidup Linkin Park
SEJAK ditubuhkan pada 1996 kumpulan Linkin Park yang diketuai vokalis Mike Shinoda berasa mereka sangat gembira dan bersemangat sewaktu merakamkan material baharu album studio ini.
"Buat pertama kalinya dalam tempoh yang lama, kami merasa gembira dengan diri kami sendiri. Melebihi tahun-tahun terakhir," ujar Mike dalam satu temuramah.
Malah tambah Mike: "Ini seperti kembali ke masa lalu dan melihat gambar-gambar lama kami dan anda tidak percaya baju apa yang dipakai. Kami tidak akan mengubahnya, kami hanya tidak akan melakukannya sekarang."
Mike juga menerangkan bahawa album baharu bertajuk Living Things ini merupakan sebuah perpaduan daripada album perdana hinggalah terakhir iaitu A Thousand Suns. Vokalis dan komposer tersebut mengaku mereka mengambil semua pembelajaran dan dilaburkan menjadi satu dalam Living Things.
"Album ini bertempo cepat. Tetapi itu tidak bererti ada banyak bunyi gitar heavy metal. Ini hanya tentang bunyi yang kami gunakan dan tenaga yang berada di setiap lagu. Album ini mempunyai banyak tenaga dan akan sangat menyenangkan untuk dimainkan di atas panggung," jelas Mike.
Vokalis utama, Chester Bennington berkata, album ini bakal mengembalikan ingatan para peminat kepada album Hybrid Theory dan Meteora.
Sebelum ini ramai penggemar tegar Linkin Park yang memberi komentar bahawa album-album terbaharu grup ini lebih eksperimental berbanding album lama.
Mengenai album baharu ini serta perbandingan yang dilakukan oleh para peminatnya yang mengatakan bahawa materialnya terdengar sama dengan album lama, Mike menyatakan bahawa ini semua adalah kerja berpasukan.
"Bagi saya, ini semua adalah untuk kembali seperti di album Hybrid Theory. Namun bukan muziknya yang saya maksudkan tetapi semangat serta idea daripada setiap pemuzik yang memiliki cita rasa muzik yang berbeza yang kemudian digabungkan menjadi satu. Hal inilah yang kami bangunkan dalam album ini," ujarnya seperti dikutip daripada temuramah bersama Loudwire.
Buat Linkin Park, Living Things mempunyai semangat dan tenaga yang terbaik pernah mereka rasakan. Malahan ia adalah sebuah sambungan tradisi grup tersebut dengan variasi stail muzik dan bunyi mereka yang tersendiri. Ia merupakan sebuah album yang membangunkan hasil album terdahulu namun membentuk sebuah wilayah bunyi yang baharu.
Album ini sekali lagi menyaksikan kerjasama antara Mike Shinoda dan Rick Rubin sebagai penerbit. Terdahulu mereka pernah bergabung menghasilkan album Minutes To Midnight (2007) dan A Thousand Suns (2010).
Mike Shinoda menerjemahkan judul Living Things yang dipilih untuk album ini dengan menyatakan, "Kami memilih tajuk tersebut kerana ia lebih merujuk kepada album tersebut dan bukan orangnya. Ia memberi maksud interaksi secara peribadi. Dalam album sebelum ini kami mempunyai kecenderungan terhadap isu global serta sosial dan polemik itu masih wujud. Tetapi untuk album ini lebih bersifat peribadi."
Sekali lagi Mike menegaskan bahawa Living Things adalah merupakan asas kepada semua hasil kerja Linkin Park dan sebuah kolektif perkakasan yang pernah mereka gunakan untuk album terdahulu.
Malah grup genre nu-metal California turut berkolaborasi dengan Owen Pallett yang merupakan komposer, vokalis dan pemain biola dalam lagu bertajuk I'll Be Gone dalam album ini.
"Owen mengerjakan bahagian string dalam lagu I'll Be Gone. Saya belum bertemu langsung dengan orangnya tetapi sSaya benar-benar menyukai apa yang dilakukan dengan lagu tersebut," tambah Mike.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment