Jom Buat Duit

Wednesday 30 November 2011

Misteri Jalan Lama MJL Diterima Wanita




BERSANDARKAN genre fantasi drama, filem Misteri Jalan Lama (MJL) arahan penerbit, pelakon, pengacara, pelawak dan sutradara terkenal, Afdlin Shauki mampu mencatat kutipan RM400,000 dalam tempoh tiga hari tayangan bermula Khamis hingga Sabtu lalu.
Bagaimanapun, Pengurus Besar Tayangan Unggul Sdn Bhd (TUSB), Gayatri Su-Lin Pilai selaku penerbit memaklumkan jumlah kutipan untuk tayangan Ahad hingga semalam, masih belum diperolehnya. Apapun, angka kutipan diraih itu nyata tidak menghampakan.

Menurut Gayatri, lagi pun MJL adalah filem serius pertama karya Afdlin. Katanya, Afdlin yang cukup sinonim dengan filem komedi, sebenarnya sudah mengambil langkah berani dengan mengetengahkan genre baru seperti fantasi drama untuk tatapan penonton.

“Malah, mengikut maklum balas positif diterima menunjukkan penonton wanita rata-rata menyukai filem ini. Cuma, penonton lelaki saja agak kurang. Namun, kelompok penonton lelaki yang berusia 25 tahun dan ke atas nampaknya tiada masalah untuk terima.

“Bagi saya sendiri, jalan cerita filem ini (MJL) pun bagus kerana pertama kali menonjolkan kelainan dengan memaparkan kisah kasih sayang dua beradik lelaki. Apapun, barangkali genre ini masih baru dan penonton nyata belum terbiasa dengannya.

“Selain itu, saya juga tidak melihat filem ini gagal apatah lagi berasa kecewa de-ngan jumlah kutipan diraih. Sekurang-kurangnya, Afdlin sudah cuba membawa kelainan dalam filemnya untuk dikongsi bersama penonton tanah air,” kata Gayatri.

Jelas Gayatri lagi, sememangnya benda baru sukar untuk diterima. Dalam soal ini, ujarnya ada orang yang suka dan tidak terkecuali sebaliknya. Begitu juga dengan Afdlin, tidak semua karyanya disukai kerana penerimaan penonton yang berbeza-beza.

Membabitkan kos pembikinan dan promosi sebanyak RM1.8 juta, filem MJL sudah disiapkan Afdlin kira-kira dua tahun lalu, tetapi ‘terperap’ agak lama berikutan penggunaan teknik janaan komputer (CGI) yang terperinci dan ia mengambil masa panjang.

Selain Afdlin, barisan pelakon lain yang membintangi MJL ialah Hans Isaac, Liyana Jasmay, Que Haidar dan Vanidah Imran. Berkisar pada hubungan dua beradik Indra dan Ilya yang saling menyayangi antara satu sama lain. Namun, satu tragedi menimpa mereka.

Dalam perjalanan pulang ke kampung ketika mengikut jalan lama, dua beradik itu tiba-tiba masuk ke dunia lain. Pelbagai peristiwa pelik, dialami mereka seperti diganggu makhluk ngeri sehinggalah kepada perkara yang menyeronokkan. Apa sebenarnya yang berlaku?

Dua Hero Malaya - Shaheizy Sam & Syafie





DUA ‘hero Malaya’ ini memulakan langkah lakonan mereka pada usia masih mentah. Jika Shaheizy Sam dikenali dengan telefilem menyayat hati, Pa’e pada 1998 ketika usia 12 tahun, pastinya Mohammad Syafie Naswip pula menerusi filem Mukhsin.
Diketengahkan pengarah tersohor negara, Allahyarham Yasmin Ahmad pada 2007, ketika itu Mohammad Syafie baru berusia 15 tahun. Kini, Shaheizy dan Syafie juga sudah membuktikan bakat lakonan masing-masing menerusi anugerah dimenangi.

Shaheizy menang Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke-23 (FFM23) tahun lalu dan Pelakon Lelaki Terbaik di FFM24 baru-baru ini. Manakala Syafie pula menang Pelakon Kanak-Kanak Terbaik (FFM20) serta Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (FFM22).

Bagaimanapun, dari aspek populariti nyata lebih berpihak kepada Shaheizy kerana �dinobatkan Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) tahun lalu. Ia sekali gus kejayaan berganda buatnya yang makin menonjol dalam lakonan.

Berpaksikan kecemerlangan yang sudah terbukti itu, Shaheizy dan Syafie kini disatukan sebagai adik beradik dalam filem Songlap arahan Effendee Mazlan dan Fariza Azlina yang diterbitkan secara bersama produksi Primeworks Studios Sdn Bhd dan Red Films Sdn Bhd.

Walaupun pertama kali bergandingan di filem, sama ada Shaheizy atau Syafie, mereka saling ‘memberi’ dalam tuntutan watak masing-masing. Bahkan, tiada masalah juga buat mereka membentuk keserasian serta mengakui selesa bekerja antara satu sama lain.

Menurut Shaheizy atau mesra dengan panggilan Sam, dia seronok bekerja dengan Syafie biar pun hubungan mereka tidaklah begitu rapat sebagai sahabat baik. Bagaimanapun, katanya Syafie memang seorang pelakon yang berbakat kerana dia mudah membentuk kerjasama.

“Biarpun hubungan kami tidak rapat, tetapi atas dasar urusan kerja, Syafie memberi ruang kepada saya untuk masuk ke dalam dirinya. Ia sekali gus membantu menghidupkan lakonan kami terhadap watak Am yang saya bawa dan dia pula sebagai Ad.

“Jujur saya katakan, tidak semua pelakon boleh melakukan seperti Syafie yang memudahkan gandingannya selesa, serasi dan boleh menghayati watak bersama. Dalam soal ini, apabila mendapat gandingan yang bagus, saya menjadi bertambah yakin.

“Lakonan ditonjolkan juga ikhlas dan tulus mengikut apa yang diinginkan skrip. Bahkan, saya juga berasakan lakonan yang dipaparkan dalam Songlap lebih ‘terpelihara’. Sehubungan itu, saya sangat mengharapkan penonton akan berpuas hati,” katanya.

Aktor kacak berusia 29 tahun yang begitu laris membintangi pelbagai genre ini, memaklumkan Songlap ialah filem yang jujur. Ia mengangkat kisah benar berkaitan sindiket penjualan bayi yang memang berlaku dalam kehidupan realiti masyarakat.

Songlap yang turut dijayakan Sara Ali, Omar �Abdullah, Rozie Rashid, �Normah Damanhuri dan Hasnol Rahmat bakal ditayangkan di pawagam pada 15 Disember ini. Filem lakonan Sam yang turut menanti tayangan, 8 Jam, Adnan Sempit 2, Nongkrong dan Aku Ada Kau Ada.

Menyedari usia yang makin meningkat, sejauh mana pula perancangan Sam dalam kehidupan peribadinya? Apakah anak bongsu dramatis Khaty Fauziah ini sudah bersua calon sesuai untuk menjadi teman hidup? Menjawab pertanyaan ini, dia yang kini tampil berjambang berkata, jadualnya terlalu padat.

“Saya terlalu selesa dengan kerja sekarang ini dan tiada masa untuk mencari cinta. Justeru, saya tidak memikirkannya dan biarlah soal jodoh ini ditentukan Tuhan. Sampai masa ditetapkan, saya yakin dan percaya akan bertemu juga dengan jodoh itu.

“Sebagai manusia biasa, saya juga mempunyai impian untuk memiliki keluarga sendiri. Cuma, sekarang sukar untuk saya memaklumkan lebih lanjut kerana tumpuan serta komitmen saya hanya pada karier. Apapun, saya bersyukur keluarga sangat memahami,” katanya.

Pernah muncul juga dengan kumpulan MOB yang mengetengahkan irama hip hop, Sam berkata, kerjaya nyanyian padanya kini sudah menjadi kenangan. Ujarnya, biarpun tawaran untuk menyanyi masih diperoleh tetapi dia yang tidak bersedia untuk terima.


Syafie berusaha atasi rasa gugup

Selesa merendah diri, Syafie berkata dia masih terlalu baru dalam industri lakonan tanah air. Katanya, banyak lagi ilmu yang perlu ditimba daripada pelakon berpengalaman seperti Shaheizy Sam. Pengalaman adalah kayu pengukur antara dia dan Shaheizy

Biarpun pernah bergandingan dengan Shaheizy dalam telefilem Alahai Cicit Atuk, tetapi ketika itu babak membabitkan mereka tidak banyak. Justeru, Syafie sendiri tidak berasa terlalu gugup beraksi di sisi Shaheizy yang sangat dihormatinya.

“Namun, situasi itu nyata berbeza dalam Songlap kerana kami berdua adalah teraju utama dan paling merisaukan apabila kami memainkan watak adik-beradik. Shaheizy seorang pelakon yang bagus, jadi siapa yang tidak akan berasa gementar.

“Ditambah pula watak Ad lakonan saya sangat mencabar. Ia banyak bermain dengan emosi dalaman yang memerlukan saya banyak berbincang dengan pengarah dan pelakon yang terbabit dalam filem ini untuk mendapatkan pandangan mereka.

“Tak dinafikan, ketika mendapat tawaran untuk berlakon filem ini hati saya berbelah bahagi sebenarnya. Saya rasa mahu menolaknya kerana takut dengan tuntutan penghayatan watak yang berat. Ini kerana, saya seorang remaja biasa yang gemar duduk di rumah.

“Saya pun tidak pernah terbabit masalah apatah lagi, perihal menjual bayi. Jadi, semestinya sukar untuk saya menjiwai watak Ad itu. Justeru, bagi mendapatkan mood yang sesuai, saya ambil inisiatif menonton filem The Reader serta membuat tinjauan di sekitar Chow Kit,” katanya.

Menurut Syafie, selain itu dia juga banyak bertanya pada rakan-rakan dan berkongsi kisah yang mereka tahu �mengenai penjualan bayi. Ujarnya, dia memberanikan diri menerima juga tawaran filem Songlap kerana terpikat �dengan jalan cerita yang berbeza.

Berusia 18 tahun dan kini melanjutkan pengajiannya dalam tingkatan enam, Syafie berkata sekarang, komitmen utamanya adalah pelajaran untuk jaminan masa depan. Justeru, jika ada tawaran berlakon pun, dia hanya terbabit pada penggambaran hujung minggu.

Katanya dia mahu lebih dulu mengejar cita-cita untuk berjaya dalam pelajaran. Oleh itu, dia lebih selesa jarang menerima tawaran demi pendidikan. Katanya dia mahu berusaha dan melakukan sebaik mungkin dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) nanti.


PROFIL

NAMA: Shaheizy Sam Abdul Samad
PANGGILAN KOMERSIAL: Shaheizy Sam
TARIKH LAHIR: 4 September 1982
USIA: 29 tahun
ASAL: Kuala Lumpur
KARIER: Pelakon
STATUS: Bujang
KELUARGA: Anak bongsu daripada lima beradik
DRAMA/ TELEFILEM: Antaranya Pa’e, The Son, Elly, Noda Semalam, Bisikan Hati, Graduan, KL Menjerit, Ali Din, Seiras Maya, Kasanova XXL, Impak Maksima, Jangan Pandang Belakang
FILEM: Sama Tapi Tak Serupa, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, Syurga Cinta, Jangan Pandang Belakang Congkak, Adnan Semp-it, Niyang Rapik, Evolusi KL Drift 2, Ngangkung, Kongsi, Sekali Lagi, Songlap
ANUGERAH: Pelakon Filem Lelaki Popular ABPBH2010, Bintang Paling Popular ABPBH2010, Anugerah Yasmin Ahmad (Anugerah Skrin 2010), Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (FFM23), Pelakon Lelaki Terbaik (FFM24)


PROFIL

NAMA: Mohammad Syafie Bin Naswip
PANGGILAN KOMERSIAL: Syafie
ASAL: Selangor Darul Ehsan
TARIKH LAHIR: 2 Ogos 1992
USIA: 18 tahun
STATUS: Bujang
KELUARGA: Anak tunggal
KARIER: Pelakon, Pelajar
DRAMA/TELEFILEM: Antaranya Impian, Ilham Suci, Dosa Semalam, Kasih Tak Terucap, Takbir Suci 2, Soulful Finding, Manja, Alahai Cicit Atok, Ustaz Kecil, Seluhur �Nazar, Demi Masa, Dunia �Batinku, Biang Lala Di Kaki Langit, A Untuk Abah, Melukut Kasih �Di Kaki Santubung, Hero Komik, Jidin, Keliwon
TEATER: P Ramlee The Musical (musim 1) �Titik-Titik Perjuangan 1, Titik-Titik Perjuangan 2, Gelanggang Tok Wali
FILEM: Mukhsin, Talentime, Nur Kasih The Movie, Songlap
ANUGERAH: Pelakon Lelaki Terbaik Anugerah Skrin 2007, Pelakon Kanak-Kanak Terbaik (FFM20) Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (FFM22)

5 Rang Undang - Undang Diluluskan Hari Ini

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan lima rang undang-undang termasuk Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011.
Empat rang undang-undang lain yang diluluskan ialah Rang Undang-undang Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Pindaan) 2011, Rang Undang-undang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 2011, Rang Undang-undang Pencen (Pindaan) 2011 dan Rang Undang-undang Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2011.

Kesemua empat Rang Undang-undang itu dibentangkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong.

Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 dibacakan kali kedua oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 November lalu. Bacaan kali pertama dibuat pada 22 November oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Mohamed Nazri ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 berkata, apa yang dilakukan kerajaan berhubung rang undang-undang itu tidak melanggar Perlembagaan negara.

Katanya ini kerana intipati pentingnya adalah untuk memberi nafas baru kepada Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang memasukkan elemen-elemen kebebasan berhimpun secara aman iaitu hak berhimpun tanpa senjata.

Persidangan Dewan Rakyat bersambung esok. -Bernama

Makan Sabun & Bedak 17 Tahun

PELIK...Mohd Razali makan sabun mandi sejak  tujuh bulan  lalu.
PELIK...Mohd Razali makan sabun mandi sejak tujuh bulan lalu.
ENAK...bedak jadi makanan harian Mohd Razali.
ENAK...bedak jadi makanan harian Mohd Razali.

KUALA KANGSAR: “Bagi orang lain, perbuatan ini dianggap tidak masuk akal dan boleh menjejaskan kesihatan, tapi bagi saya ia menjadi menu harian sejak 17 tahun lalu,” kata Mohd Razali Ishak, 63, yang mempunyai tabiat luar biasa apabila menjadikan sabun mandi dan bedak sebagai makanan kegemarannya.
Bapa kepada sembilan anak yang juga bekas penoreh getah itu berkata, pada mulanya dia hanya makan bedak, namun menambah ‘menu’ eksotiknya dengan memakan sabun mandi sejak tujuh bulan lalu.

“Saya mula makan sabun mandi selepas tertarik melihat bentuk dan baunya. Selepas menggigit sedikit cebisannya, saya rasa ia begitu enak dan sejak itu mula menjadikannya makanan harian.
“Sejak tujuh bulan lalu, saya mula makan bedak talkum pula, juga kerana saya suka baunya yang harum. Kini saya mampu menghabiskan dua atau tiga botol bedak 100 gram sehari,” katanya ketika ditemui di rumah anaknya di Padang Rengas di sini, semalam.

Segelintir penduduk yang mendapat tahu mengenai minat pelik warga emas itu yang tinggal di Kuala Lipis, Pahang pada mulanya beranggapan Mohd Razali tidak waras.

“Saya akui pada beberapa tahun pertama dulu bukan saja jiran sekampung, malah anak-anak termasuk isteri mengatakan saya gila.


“Selepas gagal meyakinkan mereka, saya membuat keputusan pergi menjalani pemeriksaan di sebuah hospital dan keputusannya mengesahkan saya waras,” katanya. Dia yang berasal dan tinggal di Sungai Temau, Kuala Lipis berkata, sehingga sekarang, dia masih tidak tahu punca dan kenapa dia memiliki tabiat pelik itu.

“Sudah ribuan kali saya ditanya soalan ini, tapi saya sendiri tidak tahu jawapannya. Ia masih menjadi misteri bagi saya dan keluarga. Tabiat ini bukan sengaja diada-adakan untuk mencari publisiti kerana tiada sebab untuk saya buat begitu,” katanya.
Bagaimanapun, Mohd Razali tidak menolak kemungkinan ia ada berkaitan dengan unsur mistik kerana pernah menemui pengamal ilmu perubatan tradisional dalam usahanya menghentikan tabiat ini.

Katanya, usahanya itu selepas gagal mendapatkan jawapan daripada doktor bertauliah, juga menemui jalan buntu menyebabkan dia berserah segala-galanya kepada Tuhan.

“Isteri (Rohani Yusup, 57,) dan anak-anak sudah berputus asa menasihatkan saya supaya berhenti. Malah, isteri pernah cuba meletakkan tepung gandum dalam bekas bedak kerana bimbang saya jatuh sakit kerana makan bedak setiap hari.

“Namun, usaha itu gagal kerana saya dapat membezakan rasanya. Saya tidak tahu bagaimana menjelaskan perasaan saya ketika makan bedak dan sabun, tetapi jika sehari tidak menjamahnya, saya gelisah seperti ada sesuatu tidak kena,” katanya. Sementara itu, anak Mohd Razali, Roslinda, 32, berkata, dia dan adik beradik lain sudah letih menasihatkan bapa mereka supaya berhenti mengamalkan hobi pelik itu.

“Kami percaya ayah menjadi begini akibat terkena buatan orang menggunakan sihir atau ilmu hitam. Justeru, saya berharap jika ada pihak boleh membantu merawat penyakit ‘unik’ ayah ini.

“Kami tidak mahu ayah meneruskan tabiatnya makan bedak dan sabun mandi kerana bimbang bakal memudaratkan lagi keadaan kesihatannya yang semakin uzur sekarang,” katanya.

Michael Jackson’s Doctor Conrad Murray Sentenced to Four Years in Jail

Dr. Conrad Murray/CNN.com

Conrad Murray, the doctor convicted of involuntary manslaughter in the death of Michael Jackson, was sentenced to four years imprisonment, the maximum punishment the judge could deliver. The sentencing came nearly three weeks after a jury found Murray guilty of administering Jackson with a fatal dose of the powerful sedative Propofol on June 25, 2009. "Some may feel that this was a medical malpractice case. It wasn't. And this jury found that Conrad Murray, with criminal negligence, caused the death of Michael Jackson," Judge Michael Pastor said before revealing the sentence. "The fact is, Michael Jackson died because of the actions of, and the failures to perform legal duties on the part of, Conrad Murray."

The judge also admonished Murray for his "horrific violation of trust" in treating Jackson. The defense was seeking a sentence that included probation but no jail time, but given the severity of the crime and the world-famous victim, the judge sided with the prosecution in delivering Murray his punishment. In addition to the sentence, Murray was also ordered to pay Jackson's children a restitution estimated to be in the amount of $100 million, a sum that combines the cost of Michael's funeral arrangements, plus the lost wages and earnings the singer didn't collect because he died before his This Is It concerts began. The exact restitution, however, will be decided on a later court date.

While Jackson's family members did not address the court, they collectively wrote up a statement, which family spokesman Brian Panish read to the judge. "There's no way to adequately describe the loss of our beloved father, son, brother, and friend," Panish said on behalf of the Jacksons. "As Michael's parents, we never could have imagined that we would live to witness his passing; it is simply against the natural order of things. As his brothers and sisters, we won't be able to laugh, hold, or perform again with our brother Michael. And as his children, we will grow up without our father, our best friend, our playmate, and our dad."
"We are not here to seek revenge, there is nothing you can do today to bring Michael back," Panish continued. "We respectfully request that you impose a sentence that reminds physicians that they cannot sell their services to the highest bidder and cast aside their Hippocratic oath to do no harm. As we all know, doing so has devastating results… That is all that we can ask for as a family, and that is all that we can ask for here."

With a sentence of merely probation a possible outcome, prosecutor David Walgren next took the podium to convince the court why Murray deserved four years behind bars. Walgren spoke of how the "careless and reckless behavior by Conrad Murray continued for two months before the death of Michael Jackson at the hands of Conrad Murray." He added that Jackson's death was a "direct result" of Murray's actions, and that the doctor was constantly was playing a game of "Russian roulette" with Jackson's life every time he administered sedatives to the singer. Walgren also accused Murray of trying to cover up his crime and lying to investigators.
In addition to the plea for an appropriate sentence, the prosecution also asked the court to make Murray pay an astounding $100 million restitution to the Jackson family. Even worse than the jail time and the restitution Murray will never be able to pay, however, is the fact that the doctor will inevitably have his medical license universally revoked, ensuring that he never treat another patient again and also crippling his financial means.
The defense, meanwhile, called no one to attest for Murray's character, and the doctor himself declined to speak on his own behalf to plead for a lighter sentence. Lead defense attorney Ed Chernoff made a brief statement to lobby for probation, since Murray is a first-time offender with six children and patients that depend on him.
"We do not disagree with the prosecution that this is a tragedy, and what we lost with Michael Jackson and what his children lost certainly demands punishment. I do wonder, though, to what extent the court considers the entirety of a man's book of life, as opposed to just one chapter. The two months Dr. Murray was treating Michael Jackson, he did so regrettably. He shouldn't have done it." Chernoff also called Jackson a "drug seeker," and said his client, a 58-year-old cardiologist who was born "dirt poor" in the Caribbean, was lured by the King of Pop and the promise of wealth.

However, the judge was unaffected by Chernoff's statements and proceeded to eviscerate Murray's reputation in his critical and moving 15-minute decision. Pastor also condemned Murray for recording an audio tape of a weakened, drugged-out Jackson. "It was designed to tape his patient surreptitiously at that patient's most vulnerable point," the judge said. Pastor also explained why -- even though Murray was eligible for probation -- he was handing the doctor a jail sentence: Throughout the trial, Murray has shown "absolutely no remorse." Pastor had been an interesting, colorful presence throughout Murray's trial with his quirky requests to witnesses and his clashes with the defense, but his delivery of the sentence was both a magnificent encore and a stirring epilogue to this long ordeal for the Jackson family and Michael's fans.
From the onset, Murray and his defense team asked the judge to ban the live television cameras in the courtroom during the sentencing process, since the testimony would threaten the "privacy interest of the defendant." However, Judge Pastor cited Murray's controversial MSNBC documentary as a reason to deny Murray's request, adding that there is a "public interest" to Murray's fate. It's no surprise why Murray wanted to cameras off, though: The Jackson family statement, Walgren, and especially Pastor further permanently tarnished Murray's reputation, which is something he won't escape even after his sentence expires.

As The Amp previously reported, despite the judge's harsh sentence, Murray will not spend any time in a federal penitentiary, thanks to overcrowding in the California penal system. Instead, since Murray was convicted of a non-violent felony, he'll instead be transferred to a county jail, where sentences are routinely reduced. For example, there's every instance where Lindsay Lohan is sentenced to spend 30 days in a county lockup and instead goes free after six hours. Additionally, because of the overcrowding, a new California law dictates that "low-risk" convicts charged with a lesser felony only have to serve half their sentence behind bars, and the other half on probation. For now, though, Jackson's family and fans can take small solace in Murray receiving a max sentence.

Tuesday 29 November 2011

Bikini-Clad Jennifer Lopez Lounges with Shirtless Casper Smart in Hawaii

Bikini-Clad Jennifer Lopez Lounges with Shirtless Casper Smart in Hawaii

Harry ke Kota Maksiat

PUTERA Harry hanya menunggu peluang saja untuk berfoya-foya di di bandar cahaya, Las Vegas.
Malam Sabtu lalu, dengan menunggang Harley Davidson berharga 11,000 pound (RM55,000), dia terus menghala ke Sin City.

Juruterbang helikopter, yang kini berada di Amerika Syarikat untuk mengikuti kursus latihan lanjutan senjata, sedang menikmati cuti panjang bersama rakan-rakannya.

Harry kelihatan seperti seorang penunggang sejati dengan mengenakan helmet Harley, kain bandanna dan cermin mata hitam aviator.


Dia menginap di Wynn Hotel dan menghabiskan masa di kelab malam Tryst di mana dia dilihat terpikat dengan seorang gadis berambut perang memakai blaus warna kuning cair dan skirt kulit hitam. Mereka kelihatan berbual dan kemudian menari bersama-sama.

Harry pulang ke Wynn Hotel selepas pesta berakhir jam 3 pagi.

Tidak seperti Harry, ayahnya Putera Charles tidak mempunyai minat dengan motosikal. Harry mempunyai sebuah motosikal Ducati 848 dan sebuah motosikal klasik Triumph. Putera William pula mempunyai motosikal Ducati 1198.

Kata Charles tahun lalu, “Saya tak suka tapi anak-anak lelaki saya minat dengan motosikal. Saya tak boleh nak imbangkan badan atas motosikal.”

2PM Hands Up Asia Tour 2011 - Bunga Mawar Buat Peminat

DUA jam 30 minit melewati 2PM Hands Up Asia Tour 2011 yang berlangsung di Stadium Negara, Jumaat lalu, diakui sebuah persembahan yang cukup berbaloi untuk ditonton.
Perbezaan bahasa sedikitpun tidak mewujudkan jurang atau membikin penonton terpinga-pinga kerana ‘showmanship’ keenam-enam pemuda yang menggelarkan diri mereka 2PM itu membuatkan kita tidak sempat mencari sudut negatif dalam persembahan mereka.

Dengan tawaran tarian yang cukup kemas dan bertenaga, nyanyian yang dipersembahkan juga tidak menghampakan walaupun terkadang kedengaran seperti suara rakaman atau erti kata lain ada sebahagian lagu tidak disampaikan secara langsung.

Penulis punya hujah berkata demikian, kerana dalam gerak tari mereka cukup ‘energetik’ mustahil mereka langsung tidak mengah hingga menjejaskan suara.

Walaupun penulis biasa membaca kisah artis-artis Korea sering melalui proses latihan yang ketat dan panjang untuk memastikan persembahan mereka sentiasa berstamina.

Hakikatnya, 2PM bukannya mesin yang menggunakan tenaga bateri, solar atau sebagainya justeru tidak banyak, sikit pasti akan ada kecelaan dalam nyanyian mereka dalam tempoh persembahan sebegitu panjang.

Lupakan seketika soal itu, kerana yang pasti daripada reaksi diberikan lebih 5,000 penonton yang membanjiri Stadium Negara dengan jelas mereka amat terhibur dan berpuas hati.

Banyak perkara menarik sepanjang menyaksikan konsert tajaan TM itu yang bermula tepat jam 8.30 malam. Namun paling istimewa, tentunya tatkala penonton menerima kuntuman bunga mawar daripada setiap ahli 2PM iaitu Junsu, 23, Junho, 21, Nickhun, 23, Taecyeon, 23, Wooyoung, 22, dan Chansung, 21, sewaktu mereka mendendangkan lagu Only You.

Peminat yang duduk di bahagian belakang berlari ke hadapan, tepi kiri dan kanan pentas untuk mendapatkannya. Ia tentunya ‘moment’ paling romantis apabila anda menerima sekuntum bunga mawar daripada insan pujaan, yang anda sedar hanya mampu mengagumi mereka dari kejauhan dan melepaskan rindu hanya dengan mendengar suara menerusi lagu yang dititipkan.

Penulis berpendapat ia satu tindakan yang bijak dilakukan 2PM. Apabila mencetuskan idea sedemikian rupa sebagai salah satu elemen dalam persembahan kerana penulis pasti hal itu akan terpahat sebagai kenangan paling indah dalam diari kehidupan pencinta mereka.

Bukan itu saja, lirik turut disertakan di layar skrin supaya penonton boleh sama-sama menyanyi dengan mereka dan ini dapat mengelakkan persembahan menjadi hambar bagi mereka yang tidak menghafal lirik lagu 2PM.

Turut disertakan klip video yang menunjukkan personaliti 2PM secara dekat. Junho misalnya, antara paling kreatif di antara yang lain kerana selain menyanyi dia juga adalah komposer untuk kumpulan itu.

Manakala Chansung tangkas bermain pedang, Wooyoung peminat tegar mendiang Michael Jackson, Taecyeon memiliki bakat seni lukis, Junsu ahli 2PM yang paling suka makan dan Nickhun pemilik wajah comel ini seorang yang bimbang pada kegemukan.

Mengupas lebih meluas perjalanan konsert terbesar enam jejaka tampan di Malaysia itu, selain menonjolkan pelbagai aksi tarian yang menarik dan tidak kenal lelah seperti berlarian, melompat ke sana dan ke mari, pentas ‘runaway’ yang berbentuk ‘T’ dikelilingi penonton, membuatkan penghuni stadium berasa lebih puas.

Aksi yang tak kalah menarik, adalah permainan samurai yang dipadukan dengan animasi di LCD raksasa dengan warna putih sebagai layar ‘backdrop’. Di mana Changsung berkelahi dengan animasi monochrom itu.

Secara tidak langsung, mengingatkan pada kolaborasi Madonna dan band animasi, Gorillaz dalam sebuah konsert yang diadakan beberapa tahun lalu. Ia begitu mengujakan penonton kerana konsep seperti ini sangat jarang dapat disaksikan dalam mana-mana penganjuran konsert.

Aksi teaterikal dilanjutkan saat Nickhun ditarik memakai ‘sling’ seakan terawang-awang di udara dengan layar putih, yang memancarkan sayap kupu-kupu animasi yang besar berwarna warna dan akhirnya terbakar.

Persembahan juga menjadi semakin hangat barangkali berjaya mengundang rasa cemburu di kalangan penonton khususnya wanita. Apabila enam penari perempuan dengan gaya cukup seksi dan menggoda dengan kostum ala-ala model ‘playboy’ beraksi erotik di samping 2PM untuk beberapa lagu seperti Dance Tonight, Back To You dan 10 Out Of 10.

Sampai satu tahap, penonton menjerit hampir histeria apabila butang baju Nickhun terbuka sehingga menampakkan tubuhnya yang berotot ketika menyampaikan lagu 10 Out of 10.

Sesudah lagu itu, Junho sempat memberi ucapan dalam bahasa Melayu dengan mengatakan, “ terima kasih kerana datang ke sini, saya akan balik lagi,” lalu disambut teriakan penonton.

Hot, Electricity, dan Hands Up, dipilih sebagai mukadimah konsert. Disusuli Crazy For U, Wait & Tired, Besides You, I Can’t dan Give It To Me yang menjadi aksi lanjutan Junsu, Junho, Nichkhun, Taecyeon, Wooyoung dan Chansung memancing teriakan demi teriakan peminat.

Tidak sekadar nyanyian secara berkumpulan, setiap ahli 2PM juga mempamerkan kehebatan masing-masing dengan segmen secara solo. Misalnya, Beside U disampaikan oleh Junho dan Wooyoung, My Valentine (Nichkhun dan Taecyeon), Revenger (Chansung) serta Alive (Junsu).

Persembahan kemudiannya diteruskan lagi dengan rangkaian lagu I’ll Be Back, I Hate You, Back To You, disusuli oleh Without You, selepas Junsu membawakan lagu ciptaannya berjudul Alive.

Sebanyak 25 lagu dipersembahkan termasuk Only You, 10 Points Out Of 10, Again and Again, I’m Your Man, Don’t Stop Can’t Stop dan Heartbeat, single hit mereka Thank You yang dilancarkan sekitar Ogos 2010 diumumkan sebagai lagu terakhir sekali gus menandakan persembahan tamat.

Bagaimanapun, sebelum beredar meninggalkan pentas mereka mengejutkan penonton dengan penataan lampu dipadukan bersama laser hijau yang memanah perhatian penonton lantas memberi amaran bahawa konsert belum berakhir lalu kemudiannya menggegarkan tarian dengan lagu remix 10 Points of Out 10 dan Hands Up.

Sedikit latar belakang 2PM, ahli aslnya terdapat tujuh bagaimanapun ketua kumpulan itu Jaebeom ditamatkan kontraknya ekoran kontroversi yang membabitkannya di internet pada 2009.

Kumpulan ini, dibentuk oleh pemuzik terkenal Korea iaitu Park Jin Young dan diuruskan oleh syarikat JYP Entertainment yang turut dinaungi Wonder Girls dan 2AM.

Berbeza dengan kumpulan K-Pop yang lain, 2PM yang mula dikenali menerusi lagu 10 Jeom Manjeome 10 Jeom membawa personaliti lebih matang di sebalik imej ‘pretty boys’ mereka.

Ajal di Tempat Wuduk

KULIM: “Pada mulanya saya hanya menyangka ia mungkin kesan darah ikan disiang, tetapi terkejut apabila menemui mayat seorang lelaki berlumuran darah dalam keadaan telentang di situ,” kata Hishamsul Osman, 42, apabila menemui mayat seorang lelaki warga Myanmar dipercayai dibunuh di tempat mengambil wuduk wanita di tapak projek Masjid Taman Kenari, dekat sini, jam 9.30 pagi semalam.
Hishamsul yang bekerja sebagai penyelia berkata, dia pelik mendapati kawasan tapak pembinaan berkenaan sunyi tanpa kehadiran pekerja melakukan tugas masing-masing seperti biasa.

Berikutan itu, katanya, dia meronda di sekitar kawasan selain memeriksa tempat mengambil wuduk wanita yang dijadikan tempat tinggal pekerja asing.
“Ketika sampai, saya melihat kesan darah di pintu masuk lalu menyangka ia mungkin kesan darah ikan disiang pekerja terbabit.

“Saya masuk ke dalam dan terkejut melihat seorang lelaki dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah di dalam bilik berkenaan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini.

Menurutnya, dia langsung tidak mengenali lelaki terbabit kerana mukanya dipenuhi darah lalu menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian.

Katanya, dia mempunyai 10 pekerja menjalankan kerja pembinaan masjid berkenaan, namun mayat lelaki ditemui itu mungkin pekerja kepada subkontraktor lain yang turut melakukan kerja di tempat sama.

“Saya hampir pengsan selepas melihat mayat lelaki itu dalam keadaan mengerikan dan terus berlari keluar sebelum memaklumkan polis serta majikan saya.
“Ini pertama kali saya melihat mayat mangsa pembunuhan dan tidak sangka keadaan sunyi rupanya petanda perkara buruk berlaku,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Superintendan Law Tiang Huat berkata, pihaknya menerima laporan orang awam mengenai penemuan mayat seorang pekerja asing di kawasan berkenaan, jam 10 pagi.

Katanya, polis ke tempat kejadian dan menemui mayat seorang lelaki warga Myanmar berusia 30-an.

“Mayat lelaki terbabit masih belum dikenal pasti identitinya kerana tiada pengenalan diri pada mangsa.

“Hasil pemeriksaan, pasukan forensik percaya mangsa kemungkinan dibunuh lebih seorang dan kejadian mungkin berlaku pada awal pagi tadi (semalam).

“Mangsa cedera di bahagian muka iaitu satu kecederaan di atas kening dan tiga kesan cedera di bawah bibir. Polis turut menemui sebatang kayu mempunyai kesan darah di tempat kejadian dipercayai digunakan suspek,” katanya.

Menurutnya, pihaknya tidak menolak kemungkinan mangsa mungkin diserang dengan senjata tajam berdasarkan kesan kecederaan, tetapi gagal menemui senjata terbabit.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Asisten Superintendan C Tharmalingam di talian 04-4906222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Artis Tempatan - Penyanyi Rap Kena Keroyok


KUALA LUMPUR: Seorang penyanyi rap cedera di kepala dan badan selepas diserang 10 lelaki dipercayai samseng jalanan di Jalan Selangor, di sini, kelmarin.
Difahamkan, dalam kejadian jam 5 pagi itu, mangsa yang berusia 35 tahun dalam perjalanan ke sebuah kedai bagi membeli barangan keperluan harian.

Menurut sumber, ketika tiba di jalan berkenaan, mangsa didatangi sekumpulan lelaki seramai 10 orang menaiki dua kereta dan tiga motosikal.
Sumber berkata, mangsa menyedari dikepung kumpulan samseng terbabit sebaik pintu keretanya ditendang dari luar.

Katanya, mangsa yang sibuk menyiapkan persiapan majlis resepsi perkahwinannya yang bakal berlangsung dua hari lagi keluar dari kereta dan bertanyakan punca tindakan mereka menendang pintu keretanya.

“Akibatnya, seorang daripada mereka merampas kunci kereta mangsa sebelum menyerang dan memukul mangsa bertubi-tubi menggunakan batu, kayu dan batang besi.

“Mangsa yang tidak tahu punca diserang cuba mempertahankan dirinya, tetapi gagal kerana bersendirian ketika kejadian,” katanya.

Beliau berkata, kumpulan terbabit turut memecahkan cermin depan dan merosakkan pintu serta bumbung kereta Proton Iswara mangsa.
“Serangan itu menyebabkan mangsa cedera di kepala, muka dan badan, malah mangsa memberitahu kumpulan lelaki itu berhenti menyerang selepas dia merayu beberapa kali,” katanya.

Susulan itu, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Jinjang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian berkenaan.

Katanya, mangsa yang juga seorang artis tempatan itu diserang individu tidak dikenali dan tindakan pantas anggota polis berdasarkan maklumat yang diterima, semua lelaki berusia 30-an ditahan di sekitar ibu kota.

Monday 28 November 2011

Korea Tewaskan Arab Saudi - Olimpik 2012




SEOUL: Korea Selatan menundukkan Arab Saudi 1-0 menerusi kemenangan penalti pada perlawanan Kelayakan Olimpik London 2012, semalam.
Disaksikan 27,000 penyokong di Stadium Piala Dunia Seoul, pemain tengah Cho Young-Cheol menjaringkan gol di minit ke-33 sekali gus meletakkan tuan rumah di tangga teratas Kumpulan A, dengan tujuh mata dari dua kemenangan dan seri.

Ketika tuan rumah bersedia untuk menerima tendangan percuma dari sayap kiri, pemain pertahanan Saudi, Ahme Walibi berlanggar dengan pemain lawan yang menghadiahkan penalti.
Menerusi penalti, Cho menewaskan penjaga gol, Hussain Shaian dengan menendang bola ke penjuru kanan gawang.

Cho adalah seorang daripada empat pemain Liga-Jepun yang menyertai skuad Olimpik. Bagaimanapun Jepun enggan melepaskan pemain lain beraksi menentang Qatar, Rabu lalu.

Korea Selatan mendominasi permainan babak pertama namun tandukan Cho pada minit ke-25 disingkirkan kerana ofsaid.

Cho hampir menjaringkan gol kedua pada minit ke-41 tetapi diselamatkan Shaian. Penjaga gawang itu turut berjaya menepis rembatan pemain gantian, Yun Suk-Young m-75.

Pasukan pelawat beroleh beberapa peluang tetapi hanya satu berjaya menguji kemampuan penjaga gawang, Lee Bum-Young m-66 menerusi pemain gantian Abdulrahim Jezawi, namun ditepis Lee.
Korea Selatan sekali lagi bertemu Saudi di tempat lawan pada 5 Februari depan, sebelum ke Oman. Perlawanan kelayakan final bakal berlangsung di laman sendiri menentang Qatar pada 14 Mac.

Mereka sedang dalam misi memburu kedudukan ke Olimpik buat kali ketujuh berturut-turut dan sembilan penampilan secara keseluruhan. Bagaimanapun Korea Selatan belum pernah memenangi pingat acara bola sepak di Olimpik. - AFP

Jepun Tewaskan Syria - Olimpik 2012




TOKYO: Jepun meraih kemenangan pada minit-minit akhir ke atas Syria di saingan Kumpulan C kelayakan zon Asia untuk Sukan Olimpik London 2012 sekali gus menduduki tangga teratas selepas mencatat tiga kemenangan berturut-turut.
Tandukan penyerang Jepun, Yuki Otsu empat minit sebelum tamat perlawanan membolehkan Jepun meraih kemenangan 2-1 dan mengumpul sembilan mata untuk mendahului peringkat kumpulan sementara Syria menduduki tempat kedua dengan enam mata. “Saya rasa Yusuke Higa melakukan hantaran silang cantik kepada saya. Sejak saya berpindah ke Jerman, banyak yang saya pelajari mengenai hantaran silang,” kata pemain berusia 21 tahun itu.

“Inilah stadium yang menyaksikan saya melakukan penampilan terakhir sebelum berpindah ke Jerman.
“Saya sangat gembira membantu pasukan menang di sini. Saya akan terus melakukan yang terbaik untuk membantu pasukan layak ke Sukan Olimpik,” kata Otsu yang beraksi di saingan Bundesliga.

Syria mempunyai peluang pertama pada minit ke-10 apabila sepakan percuma pemain tengah, Mohammed Fares gagal disempurnakan dengan baik oleh penyerang, Nassouh Nakkdahli. - AFP

Tragedi jambatan runtuh: Jumlah kematian meningkat kepada 11 orang

JAKARTA: Jumlah kematian dalam tragedi jambatan runtuh di Kutai Kartanegara, Kalimantan Timur Sabtu lalu meningkat menjadi 11 orang dengan penemuan beberapa lagi mayat oleh pasukan mencari dan menyelamat sehingga tengah hari ini.
Ibu pejabat Polis Indonesia di sini yang mengeluarkan angka kematian itu, menyatakan bahawa 34 orang lagi yang dilaporkan hilang dalam kejadian itu masih belum ditemui.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Polis Indonesia Inspektor Jeneral Saud Usman Nasution memberitahu sidang akhbar di sini bahawa daripada 11 yang mati, empat mayat belum dapat dikenal pasti.

Jumlah mangsa yang cedera dalam kejadian itu ialah 34 orang, katanya.


Jambatan Kutai Kartanegara, Kalimantan Timur runtuh pada kira-kira jam 4.30 petang Sabtu waktu tempatan ketika kenderaan sedang sesak menggunakannya, mengakibatkan ada kenderaan terjunam ke dalam Sungai Mahakam dan sejumlah pengguna kenderaan turut tenggelam bersama.

Jambatan itu yang merentangi Sungai Mahakam, merupakan satu daripada jambatan gantung terpanjang di Indonesia.

Bahagian yang tergantung tanpa penyangga adalah sepanjang kira-kira 270 meter. Jambatan itu berukuran 710 meter panjang.

Dibina pada 1995 dan siap pada 2001, jambatan yang direka mirip kepada Jambatan Golden Gate di San Fransisco, Amerika Syarikat itu merupakan antara penghubung penting bagi laluan darat Tenggarong dengan Samarinda dan Balikpapan, Kalimantan Timur.

Pelbagai pihak di Indonesia berasa hairan dengan kejadian itu memandangkan
jambatan itu baru berusia 10 tahun. - Bernama

Bunuh - Cabut nyawa abang

KUALA LUMPUR: Senja berdarah. Itulah gambaran tragedi seorang lelaki berusia 21 tahun yang menikam abang kandungnya sendiri di depan ibu dan bapa mereka di rumah keluarga berkenaan di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya, di sini, kelmarin.
Difahamkan, pergaduhan antara dua beradik berusia 21 dan 28 tahun pada kira-kira jam 6 petang itu berpunca daripada masalah keluarga yang dikatakan turut berkaitan dengan faktor kewangan.

Mangsa yang mengalami kecederaan serius dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini oleh keluarganya, namun disahkan meninggal dunia kira-kira dua jam kemudian manakala adiknya ditahan polis di rumahnya dalam keadaan kebingungan.

Menurut sumber, kejadian bermula apabila mangsa dan suspek masing-masing anak keenam dan ketujuh daripada 11 beradik itu bertengkar di ruang tamu rumah mereka.

“Ketika kejadian, ibu dan bapa mereka serta seorang anak saudara berusia empat tahun ada bersama. Usaha meleraikan pertelingkahan antara dua beradik oleh ibu dan bapa mereka gagal biarpun beberapa kali mencuba,” katanya.

Menurutnya, suspek yang hilang pertimbangan bergegas ke dapur dan kembali semula ke ruang tamu dengan membawa pisau lalu terus menikam perut abangnya, ” katanya.


Sumber itu berkata, akibat tikaman berkenaan, mangsa rebah ke lantai manakala suspek yang kebingungan hanya mampu terduduk seperti menyesali perbuatannya.

“Melihat darah memenuhi badan dan pakaian seorang daripada anak mereka, si ibu rebah sebelum si bapa bergegas mendapatkan bantuan jiran dan membawa mangsa ke hospital.

“Sebaik menerima laporan, sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian sebelum menahan suspek yang ‘kebingungan’ dalam rumah berkenaan. Abangnya pula disahkan meninggal dunia di PPUM kira-kira jam 8 malam,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian dan penahanan suspek.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan suspek direman selama tujuh hari sehingga 3 Disember ini.

Gempa bumi kuat landa laut Bali

KUALA LUMPUR: Gempa bumi berukuran 6.2 pada skala Richter melanda Laut Bali di Indonesia pada jam 5.13 petang.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan di sini berkata pusat gegaran terletak di di kedudukan 2,59km timur laut dari Denpasar, Indonesia dan 1,047km Asia Tenggara Sarikei di Sarawak.

Menurutnya kejadian gempa itu tidak mencetuskan ancaman tsunami. -Bernama

Lin Dan Singkirkan Lee Chong Wei Sekali Lagi






Lin Dan Singkirkan Lee Chong Wei Sekali Lagi dan kali ini pada separuh akhir Badminton Terbuka China dengan catatan 19-21     21-12    dan 21-11.

UM

Gol Kedua Malaysia Menentang Bahrain - Bola Sepak




Mahali Jasuli berjaya menyumbat gol kedua Malaysia pada perlawanan kelayakan Olimpik Kumpulan C menentang Bahrain.

UM

Gol Pertama Malaysia Lawan Bahrain - Bola Sepak



Skuad Harimau Muda berjaya menjaringkan gol pertama dalam saingan kelayakan Olimpik menentang Bahrain. Gol dijaringkan Muhd. Nazmi Faiz

UM

Bola Sepak - Olimpik 2012 Malaysia Lawan Bahrain



Bahrain berjaya mendahului Malaysia dengan jaringan 3 - 1 melalui pemain no.16 pada perlawanan kumpulan C kelayakan Olimpik 2012.

UM

Mahu Pecahkan Penjara

Kenyataan pembangkang mahu pecahkan penjara jika pemimpin mereka dipenjarahkan hanyalah kenyataanpolitik. Negara ada undang - undang - PM

UM

Datuk Ramzi Zubir Duhukum Penjara 1 Tahun

DatukRamzi Zubir dihukum penjara setahunselepas didapati bersalah hantar sms berbentuk ugutan kepada 3 wakil rakyat BN.

UM

Masa depan Mesir tak menentu

KAHERAH: Pemerintah tentera Mesir semalam memberi amaran negara itu berdepan dengan kesan serius jika krisis melanda kini gagal diatasi.
Hussein Tantawi juga menyeru orang ramai keluar mengundi dalam pilihan raya Parlimen bermula esok.

“Kami tidak akan membiarkan mana-mana pihak mencetuskan masalah dalam pilihan raya ini.
“Mesir kini berada di persimpangan - sama ada kita berjaya secara politik, ekonomi dan sosial, atau gagal dengan kesannya yang serius dan kita tidak akan membiarkan ia berlaku,” katanya.

Amaran Panglima Medan Tentera Mesir itu dikeluarkan ketika ribuan penunjuk perasaan memenuhi Dataran Tahrir untuk mengadakan satu lagi demonstrasi bagi memaksanya serta pegawai kanan lain melepaskan jawatan.

Orang ramai menuntut tentera menyerahkan kuasa kepada kerajaan sementara awam sehingga presiden baru dilantik. - AP

Pakistan sekat Nato

ISLAMABAD: Pakistan semalam berkata akan mengkaji semula kerjasamanya dengan Amerika Syarikat dan Nato selepas 26 tenteranya maut dalam serangan tentera pakatan Atlantik Utara itu, kelmarin.
Ia menutup sempadannya dengan Afghanistan untuk Nato, sekali gus menghentikan bekalan kepada kira-kira 130,000 tentera asing diketuai AS yang masih berperang dengan Taliban.

Islamabad juga menggesa AS meninggalkan sebuah pangkalan udara rahsia yang dilaporkan digunakan pesawat tanpa juruterbang milik Agensi Perisikan Pusat (CIA).
Protes paling tegas turut dilakukan Islamabad apabila Duta AS di Pakistan, Cameron Munter, dipanggil untuk menyatakan serangan di kawasan sempadan itu melanggar undang-undang antarabangsa.

Tentera Nato - sehingga kini diketuai AS - di Afghanistan mengakui “kemungkinan besar” jet mereka bertanggungjawab menyebabkan kematian tentera Pakistan dalam serangan sebelum subuh kelmarin.

Insiden di daerah Mohmand itu memburukkan lagi hubungan Islamabad - Washington selepas AS melakukan operasi rahsia membunuh Osama bin Laden pada Mei lalu.

Komander AS di Afghanistan berjanji melakukan siasatan menyeluruh dan mengirim takziah kepada mana-mana tentera “yang mungkin dibunuh” di kawasan kubu Taliban itu.

Afghanistan dan AS menuduh tentera Pakistan bekerjasama dengan Taliban atau sekadar melihat pemberontak itu melepaskan tembakan dari wilayah Pakistan.
Bagaimanapun, sehingga kini belum jelas apa berlaku sebenarnya kelmarin walaupun media melaporkan beberapa jam sebelum itu, komander tentera AS berbincang mengenai koordinasi dengan Panglima Tentera Pakistan, Jeneral Ashfaq Kayani. - AFP

Kekasih baru Syahrini jejaka Malaysia

JAKARTA: Sejak tidak bersama Anang Hermansyah, kehidupan peribadi penyanyi, Syahrini, selalu menjadi tumpuan media.
Dia pernah digosipkan dengan Ustaz Solmed. Bagaimanapun, Syahrini menyangkal wujudnya perhububungan di antara mereka.

Kini, penyanyi itu didakwa intim dengan jejaka warga Malaysia.
Penyanyi lagu ‘Aku Tak Biasa’ itu tidak menafikan dia sudah menemui kekasih baru. Tetapi, nyata dia belum bersedia untuk mendedahkannya kepada media.

“Siapa yang menyebarkan hal itu?” katanya, ketika ditemui di Balai Sarbini, Jakarta Selatan, semalam.

Dia hanya meminta supaya didoakan agar hubungan dengan jejaka berkenaan berterusan hingga ke jinjang pelamin. Dalam pada itu, Syahrini dikatakan sudah mengukur baju untuk majlis nikahnya. “Mudah-mudahan, kerja mengukur baju itu akan menjadi kenyataan dan berlanjutan hingga ke upacara pernikahan,” tegasnya. - AP

Robot Canggih Bakal Kawal Banduan Korea Selatan

CANGGIH... robot pengawal penjara yang mampu mengesan sebarang perubahan pada banduan.
CANGGIH... robot pengawal penjara yang mampu mengesan sebarang perubahan pada banduan.

SEOUL: Mana-mana banduan yang cuba melarikan diri dari penjara Korea Selatan tidak lama lagi terpaksa berdepan lebih daripada pengawal, rintangan dan menara kawalan.
Kini pihak berkuasa dilengkapi pengawal baru - robot berteknologi tinggi yang mampu mengesan tingkah laku mencurigakan di kalangan banduan.

Tiga robot pertama - setiap satu setinggi 1.5 meter - akan mula digunakan di penjara bandar Pohang awal tahun depan.
Jika pelaksanaannya berjaya, lebih banyak robot akan dihasilkan untuk mengawal penjara Korea Selatan.

Robot itu diprogramkan untuk meronda di kawasan koridor penjara dan memantau keadaan dalam sel, manakala pengesan yang ada padanya membolehkan ia menilai perubahan keadaan banduan - sama ada agresif atau berisiko membunuh diri.

Semua maklumat itu kemudian dimaklumkan kepada pegawai bertugas. Robot itu bergerak menggunakan empat roda dan boleh menghubungkan tahanan dengan pengawal melalui sistem perhubungan terkawal.

Pegawai Asian Forum For Corrections, Prof Lee Baik-Chul, berkata berbanding sistem kamera litar tertutup yang hanya memantau, robot itu diprogramkan untuk menganalisis pelbagai aktiviti dalam penjara.

“Kini robot itu dalam peringkat perapian bagi membolehkan ia kelihatan lebih mesra kepada banduan,” katanya. DM

Khairul Fahmi Che Mat - Lima Keping Gambar Mesra




KUALA LUMPUR: Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, 22, sekali lagi dilanda kontroversi berikutan penyebaran lima keping gambarnya bermesra bersama seorang gadis yang kini tersebar luas menerusi beberapa blog hiburan.
Gambar yang dimuat naik di laman portal hiburan terbabit malam kelmarin dilakukan individu tidak dikenali atau kemungkinan dilakukan sendiri gadis berkenaan dipercayai sebagai usaha menjatuhkan reputasi penjaga gol kebangsaan itu yang popular dengan gelaran Apek.
Seakan-akan menerima nasib malang buat Khairul Fahmi selepas dia putus tunang 3 Ogos lalu dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia, 22, penjaga gawang itu dikaitkan kontroversi panas selepas beberapa gambarnya bersama kekasih, Dahlia Teck tersebar luas menerusi Internet termasuklah ketika mereka berada di Singapura dan tempat yang eksklusif.

Namun, pada 2 November lalu, Apek sekali lagi tersentak dengan penyebaran dua gambarnya bersama Dahlia Teck diambil dan dimuat naik di portal hiburan ketika mereka dan beberapa rakan meraikan pesta hari jadi di sebuah restoran makanan Itali di Bukit Bintang, Kuala Lumpur sambil beberapa botol arak bergelimpangan di atas meja.


Apek bagaimanapun, menafikan meminum arak dengan alasan mukanya merah padam disebabkan suasana panas dan keadaan yang sesak, namun biarpun tidak melakukannya Apek tetap ditegur Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamed kerana disabitkan sebagai bersubahat.

Ibu Tanam Mayat Bayi Baru Lahir

DI SINI...tempat mayat bayi ditanam.
DI SINI...tempat mayat bayi ditanam.
TAHAN...suspek dibawa dengan kenderaan polis.
TAHAN...suspek dibawa dengan kenderaan polis.

TAMPIN: Status kesihatan seorang ibu yang mencurigakan ketika dia menjalani pemeriksaan di Hospital Melaka (HM) membawa kepada penahanan wanita itu kerana disyaki menanam mayat bayi lelakinya yang lahir tidak cukup bulan di kawasan semak sekitar Jalan Batu Belang, dekat sini.
Difahamkan, suspek berusia 25 tahun pergi mendapatkan rawatan di hospital berkenaan pada malam Jumaat lalu sebelum ditahan polis bagi membantu siasatan jam 1 pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Wooi Kooi Cheang berkata, sejurus menerima laporan daripada HM, sepasukan polis diketuai Cif Inspektor Azmi Abdul Salam bergegas ke hospital itu untuk menahan wanita berkenaan.
“Selepas disoal siasat, suspek membawa anggota polis ke tempat mayat bayinya ditanam di kawasan semak di Jalan Batu Belang. Bayi itu dipercayai ditanam pada sebelah petang.

“Polis mengambil masa hampir setengah jam untuk menggali dan mengeluarkan mayat bayi lelaki yang sudah reput dan berkecai itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurut beliau, mayat bayi itu dibawa ke Hospital Tampin sebelum dipindahkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat.

Kata Wooi, suspek dari Taman Indah, dekat sini, direman tiga hari mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat secara sulit dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Menurutnya, bayi itu dipercayai dilahirkan pada 22 November dan suspek kini dikatakan dalam proses bercerai dengan suaminya. Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Cif Inspektor Azmi Abdul Salam di talian 06-4411221/ 06-4411222 bagi membantu siasatan.

Anak Bunuh Ibu yang Lumpuh

ANGKAT...anggota polis mengangkat mayat mangsa untuk dibawa ke hospital, semalam.
ANGKAT...anggota polis mengangkat mayat mangsa untuk dibawa ke hospital, semalam.

KUALA LUMPUR: Seorang ibu berusia 75 tahun yang uzur dan lumpuh maut ‘disembelih’ anak lelakinya ketika dia tidur nyenyak di banglo di Taman Bukit Serdang, di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 10 pagi itu, suspek berusia 35 tahun yang dipercayai mengalami masalah mental mengambil pisau di dapur rumah mereka dan mengelar leher ibunya yang tidur di atas katil di ruang tamu.
Difahamkan, ketika kejadian hanya mereka berdua berada di rumah dan suspek yang menerima rawatan di Unit Psikiatri, Hospital Serdang (HS), di sini, diberi tanggungjawab menjaga ibunya yang lumpuh memandangkan suspek tidak bekerja.

Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai insiden itu pada jam 10.45 pagi.


“Hasil soal siasat seorang anak mangsa iaitu kakak suspek mendakwa dia datang ke rumah berkenaan untuk berjumpa ibu dan adik lelakinya namun terkejut apabila mendapati ibunya terbaring berlumuran darah.

“Sebaik menyedari kehadiran kakaknya, suspek cuba membunuh diri dengan mengelar lehernya sebelum rebah ke lantai dan kakak membawanya ke HS untuk menerima rawatan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Sunday 27 November 2011

Wang Darah RM1.7j Untuk Bebas



JEDDAH; Seorang amah warga Indonesia perlu membayar wang darah atau denda sebanyak dua juta riyal (RM1.7 juta) untuk mengelak hukuman mati.
Satinah yang didapati bersalah membunuh majikannya kira-kira empat tahun lalu, diberi tempoh sehingga akhir Disember ini untuk menjelaskan wang darah itu.

Keluarga mangsa sebelum ini enggan memaafkannya, sebaliknya mahukan hukuman pancung itu dijalankan segera. -Agensi

Anang Lamar Ashanty, Kahwin Bulan Depan



JAKARTA: Komposer dan penyanyi, Anang Hermanshah sah melamar pasangan duetnya, Ashanty ketika mereka bercuti di Beijing baru-baru ini.
Hal itu diakui oleh Ashanty sendiri kepada wartawan di Jakarta, semalam.

“Syukur, akhirnya dia melamar saya. Selepas ini, akan ada orang yang akan melindungi saya,” kata Ashanty.
Menurutnya, Anang memberikan cincin lamaran ketika mereka berada di atas kapal pesiaran bersama-sama Aurelle dan Azriel, anak Anang hasil perkahwinannya dengan Krisdayanti.

Dalam pada itu, pasangan itu dijangka berkahwin bulan depan.

“Insya Allah, tahun ini. Harap semua bersabar. Saya pasti akan memberitahu tarikhnya sedikit masa lagi. “Ini sudah tentu berita baik dan kerana itu ia akan diumumkan supaya tidak timbul lagi tanda tanya,” kata Anang.

Baik Anang mahupun Ashanty enggan memberi bayangan mengenai tarikh perkahwinan mereka.

“Persiapan sudah dilakukan. Hanya tinggal untuk diumumkan tarikhnya,” kata penggubah lagu itu. - Detik

Masak Kurma Mayat Suami

ISLAMABAD: Polis Pakistan menangkap seorang wanita kerana disyaki membunuh suaminya sebelum mencincang dan kemudian memasaknya dalam usaha untuk menghapuskan bukti.
Zainab Bibi, 42, dilapor memberitahu pihak berkuasa bahawa dia membunuh suaminya, Ahmad Abbas selepas lelaki itu cuba memperkosa anaknya berusia 17 tahun dari perkahwinan pertamanya.

Zainab memberitahu polis, dia mencampurkan pil tidur dalam minuman Ahmad dan kemudian menjerut lelaki itu hingga mati dengan tali sebelum mencincang mayat mangsa.
Polis berkata, mereka mula menyiasat kes itu selepas jiran mengadu bau busuk yang datang dari rumah keluarga itu.

Anak saudara Zainab berusia 22 tahun, Zaheer Ahmed, juga ditangkap kerana didakwa terbabit mencincang mayat Ahmad. Ketika diwawancara oleh wartawan televisyen ARY di bilik kurungannya, Zainab berkata: “Saya bunuh suami saya sebelum dia menyentuh anak saya.” Kejadian mula terbongkar apabila tuan rumah Zainab, Behzad yang tinggal di tingkat bawah rumah dua tingkat itu, kecewa dengan bau busuk masakan dari tingkat atas.

Dia naik untuk menegur wanita itu.

Polis mendakwa Behzad mendapati Zainab di dapur, memasak korma dari daging lengan dan kaki suaminya kerana percaya ia satu-satunya cara untuk menghapuskan mayat suaminya.

Akhbar tempatan, The Express Tribune melaporkan, Zainab tinggal di rumah itu bersama-sama anaknya, Sonia dan Ahmad yang dikahwininya lima tahun lalu dan pernah menjadi guru Sonia ketika dia mengajar di sekolah gadis itu.
Zainab dipetik sebagai berkata: “Sebaik dia mati, saya merasa ketakutan buat kali pertama. Saya tidak mempunyai keberanian untuk menghampiri mayatnya selama sejam. “Terlintas di fikiran saya untuk memasak mayatnya sebagai cara untuk menghindar bau busuk.” Bagaimanapun, menurut wanita itu, dia tidak berniat untuk memakan masakan itu, sebaliknya mahu membuangnya. “Saya akan memberitahu jiran, korma itu tak sedap,” katanya. - Agensi

Yana Cantikkan Lakonan

Norliana Samsudin
Norliana Samsudin


LAPAN tahun lalu, langkahnya bermula sebagai editor produksi. Setahun dia berada di posisi itu dan pada masa sama mencuba nasib sebagai penyanyi hingga terhasil album berjudul Yana Ceria.
Fokusnya terhadap kerja kreatif terpaksa dihadkan apabila melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Muda di Universiti Teknologi Mara selama tiga tahun.
Pemilik nama Norliana Samsudin atau mesra membahasakan diri Yana ini hanya memikul tugas sebagai penyunting pada cuti semester dan pada 2007, dia diberi peluang oleh Metrowelth Pictures mengarah filem Selamat Pagi Cinta yang dibintangi Nur Fazura, Pierre Andre, Que Haidar dan Sharifah Amani.

Tahun sama juga dia menjayakan filem Histeria sebagai penutup sementara kerjaya seninya untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran. Usai menggenggam segulung ijazah, gadis kelahiran Yong Peng, Johor ini ditawarkan membintangi filem Adnan Sempit dan itulah permulaan pintu rezeki sebagai pelakon terbuka luas.


Tawaran datang mencurah-curah baik di layar kaca mahupun perak. Syukur...
berulang kali frasa itu dipanjatkan ke hadrat Ilahi, kerja keras dan kesabarannya selama ini akhirnya membuahkan hasil. Biarpun terpaksa menunggu, manisnya tidak terucap dengan kata-kata.

“Alhamdulillah, sepanjang tahun ini jadual saya penuh dengan penggambaran filem, drama dan telefilem. Ada yang sudah ditayangkan, selebihnya keluar tahun depan. Boleh dikatakan saya berpuas hati kerana tahun ini saya dapat merasa pelbagai karakter dan kelainan.

“Berdebar kerana tahun depan lima filem lakonan saya akan ditayangkan bermula dengan Adnan Sempit 2 pada 23 Februari diikuti Tiga Temujanji (5 April), 8 Jam, Aku Ada Kau Ada dan Minyak Dagu.

“Saya bahagia usaha keras selama ini berbaloi dan pada usia muda, saya bekerja di belakang tabir, berlakon, mengarah, menulis skrip filem serta menyanyi.
Syukur, rezeki Allah,” kata gadis berjiwa periang ini.

Dipuji lakonannya semakin mantap, dengan merendah diri Yana berkata, andai itu disuarakan penonton, dia berbesar hati namun bagi dirinya apa yang dipersembahkan belum capai tahap piawaian yang disasarkan. Masih banyak yang perlu diperbaiki malah proses pembelajaran tidak pernah bernoktah.

Ulasnya, bermula dari bawah mendidiknya menjadi anak seni berjiwa penyabar, gigih berusaha, tahu apa itu makna bersyukur serta menghargai peluang yang hadir depan mata. Masih segar di kanvas memori, awalnya dia hanya diberi peranan pelakon tambahan. Ketika itu hanya ‘baju’ yang nampak di kaca TV, siapa sangka dia kini pelakon utama.

“Umpama mimpi kerana saya tak pernah terfikir akan dapat peluang ini. Awal pembabitan, saya diberitahu susah naik kerana tidak ada pakej. Bagaimanapun selepas bertemu mereka yang menjelaskan apa sebenarnya makna berlakon, persepsi saya terhadap diri mula berubah. Frasa berlakon tak perlu cantik tetapi lakonan yang menampakkan pelakon cantik memberi 1001 makna kepada saya. Sejak itu keyakinan diri mula bertambah dan syukur Adnan Sempit melonjak nama saya.

“Kalau nak tahu gigi saya pun pernah jadi isu. Kata mereka kalau nak berlakon kena gigi cantik dan pada ketika itu saya nekad mahu pakai pendakap gigi. Saya sudah berjumpa doktor gigi dan ukuran sudah diambil. Fikir punya fikir, akhirnya saya batalkan hasrat itu. Gigi saya bukan jarang, cuma tidak rata.

“Nasib baik tak buat sebab ramai peminat cakap gigi saya ‘cute’. Alhamdulillah saya suka dengan apa yang saya ada dan terima seadanya. Tak perlu ubah atau tambah,” katanya seraya ketawa.

Mengulas perkembangan terkini, sehingga penghujung bulan depan Yana terbabit dengan penggambaran Santau Merasuk arahan Azhari Zain untuk slot Seram TV3.
Menerusi siri yang diadaptasi dari filem Santau ini, Yana menggantikan Puteri Mardiana.

“Ini bukanlah projek seram pertama saya kerana sebelum ini saya pernah menjayakan Jangan Tegur Lagi dan Minyak Dagu. Pun begitu inilah kemunculan sulung saya sebagai teraju utama menerusi genre seram. Cabarannya memang berbeza kerana dalam projek terdahulu saya cuma melihat hantu tetapi kali ini saya yang terkena santau dan dirasuk.

“Ketika menelaah skrip, saya sedar perlu persediaan lebih baik dari segi mental mahupun fizikal kerana ada banyak babak yang babitkan darah. Mengenali Abang Zack (Azhari Zain), filem seram garapannya pasti ada lintah, cacing dan ulat.
Saya geli dengan semua itu dan tidak tahan dengan bau darah buatan. Jika masih segar, boleh tahan lagi tetapi andai disimpan sehari dua saya memang tak lalu.

“Apabila terhidu baunya saya akan rasa mual. Dalam siri ini ada banyak babak muntah darah, bayangkan saya kena letakkan darah itu dalam mulut. Suka atau tidak saya kena lalui kerana itu adalah tugas seorang pelakon.

“Untuk menjiwai watak ini, saya buat rujukan dengan menonton filem Santau, Paranormal Activity, Anti Christ, Exorcist dan Laddaland (Thailand). Jika filem Santau mengisahkan pasangan suami isteri mengalami kejadian menakutkan akibat di santau jiran menerusi drama ini ada penambahan anasir lain seperti penunggu pokok,” katanya memaklumkan penggambaran itu mengambil masa 40 hari sekitar Sijangkang dan Kuala Lumpur.

Ditanya bilakah dia akan kembali duduk di kerusi pengarah sambil tersenyum Yana berkata sejak dua tahun lalu hasrat itu bermain di tangkai hatinya namun belum ada kesempatan lantaran terikat dengan jadual penggambaran yang ketat.

Pernah dia cuba mencari ruang tahun ini namun tidak betah menolak tawaran beraksi depan kamera. Bukan sikapnya tergamak menghampakan harapan pihak yang percayakan kemampuannya demi mengejar sasaran peribadi.

“Sejak tahun lalu saya cakap mahu mengarah tetapi hingga ke hari ini belum berkesempatan. Kalau ikutkan skrip, sudah ada cuma masa tidak mengizinkan.
Tawaran berlakon tidak putus-putus dan bagi saya selagi ada permintaan saya harus penuhi.

“Maklumlah untung nasib pelakon tidak menentu. Ada masanya banyak tawaran dan ada ketikanya langsung tidak ada. Sementara ada permintaan ini, kita buat habis-habisan.

“Mengarah bila-bila masa pun boleh. Insya-Allah, tengoklah tahun depan macam mana. Harap-harap menjadi,” katanya.

Beralih ke perihal cinta, sepantas kilat Yana menjelaskan belum ada insan istimewa di hatinya. Bukan tidak ada cuba mendekati tetapi berat hatinya untuk menerima berikutan bimbang rutinnya yang padat akan menjadi punca ketegangan di kemudian hari.

Justeru ada baiknya, dia menumpukan sepenuh perhatian kepada karier terlebih dulu daripada ada hati terluka. Andai memahami tidak mengapa namun akal warasnya memintanya menimbang perkara ini sedalam-dalamnya kerana apabila ada rasa sayang pasti tinggi harapan yang disandarkan.

“Bukan semua orang faham cara kerja anak seni yang tidak menentu masa. Tambahan dalam keadaan sekarang, saya belum bersedia kerana masa sangat terhad.
Bayangkan jika ada insan istimewa di hati, pasti dia terkilan apabila saya tidak dapat melapangkan banyak masa dengannya.

“Lagipun dalam soal hati dan perasaan, saya tidak mahu tergesa-gesa. Apabila tiba masanya nanti, saya pasti bertemu seseorang yang akan membuat saya ketawa dan tersenyum bahagia,” katanya.

Mayat Berulat Atas Siling

  POTONG... anggota bomba memotong besi penghadang bumbung bagi membolehkan mayat dibawa keluar.
POTONG... anggota bomba memotong besi penghadang bumbung bagi membolehkan mayat dibawa keluar.

SEBERANG JAYA: “Daripada mula lagi saya berdebar, memang sejak awal seperti dapat dirasakan ada orang di bumbung rumah.
“Telahan saya terbukti benar, tetapi mengejutkan apabila terjumpa sekujur tubuh seorang lelaki dalam keadaan tertiarap,” kata seorang pekerja syarikat pendawaian elektrik.

Pekerja syarikat pendawaian elektrik yang tidak mahu dikenali itu menemui mayat berkenaan berhampiran kotak penyambung utama bekalan elektrik di bumbung sebuah rumah di Kampung Jalan Baru, dekat sini, jam 12 tengah hari semalam.
Dia kemudian menghubungi polis bagi memaklumkan penemuan mayat tidak dikenali itu.

Menurutnya, dia ke rumah yang baru siap pembinaan itu selepas dimaklumkan oleh kontraktor mengenai ketiadaan bekalan elektrik di kediaman terbabit, jam 11 pagi.

Katanya, dia memeriksa bekalan elektrik dari tiang bekalan Tenaga Nasional Berhad (TNB) tetapi didapati ada arus elektrik disalurkan ke rumah berkenaan.

“Saya mula mengesyaki ada masalah pada kotak sambungan bekalan di bumbung rumah dan ketika itu juga saya mula merasakan sesuatu perkara buruk berlaku.

“Bagi memastikan masalah yang berlaku, saya naik ke bumbung sebelum menemui mayat itu,” katanya.
Difahamkan, lelaki berkenaan yang berusia 20 hingga 30-an adalah penduduk berhampiran dan ditemui dalam keadaan berulat, berbau dan kehitaman, dipercayai terkena renjatan elektrik.

Polis mendapatkan bantuan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi membawa turun mayat lelaki terbabit.

Difahamkan juga, turut ditemui berhampiran mayat lelaki berkenaan adalah beberapa gulungan wayar yang dipercayai baru dipotong dari rumah dalam proses akhir pembinaan itu.

Mayat mangsa akan dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya.

Saturday 26 November 2011

Cinta Luna Maya Dan Ariel Peterpan Putus



JAKARTA: Kisah cinta antara Luna Maya dengan Nazriel Irham atau Ariel, dikatakan telah berakhir. Benarkah?
Khabar angin mengenai hubungan mereka itu tersebar kerana bintang filem ‘Janda Kembang’ itu sudah tidak melawat kekasihnya di Penjara Rutan Kebon Waru di Bandung.

Bagaimanapun, kenyataan itu dinafikan oleh pengurus kumpulan Peterpan, Budi Soeratman yang menganggap sikap Luna Maya bukanlah alasan yang pasangan kekasih itu putus.

Tetapi, lain pula kenyataan yang diberikan oleh Luna ketika menjadi pengacara rancangan Dahsyat RCTI, kelmarin.


“Jodoh itu di tangan Tuhan. Kalau jodoh, tak ke mana. Jadi, tak apa. Biarkan masa saja yang menentukan,” katanya.

Namun, seorang teman rapat Ariel mengesahkan hubungan mereka putus.

“Betul, hubungan mereka putus dan Luna sudah dua bulan tidak menjenguk Ariel di penjara,” katanya.

Hubungan asmara antara Luna dan Ariel memang menarik. Selain khabar mengenai hubungan kereka yang sudah putus, mereka pernah memeranjatkan tanah air dengan video seks yang tersebar luas. - KL

Linda Tidak Kongkong Saya - Que Haidar

BAHAGIA...Que Haidar bersama isteri, Linda Jasmine dan anak mereka, Muhamad Qalis.
BAHAGIA...Que Haidar bersama isteri, Linda Jasmine dan anak mereka, Muhamad Qalis.

KUALA LUMPUR: “Bukan isteri mengongkong karier sebagai pelakon, tapi ini keputusan saya. Saya bertekad mengundur diri daripada dunia lakonan kerana mahu memberi perhatian sepenuhnya kepada keluarga dan perniagaan milik mentua,” kata pelakon, Tengku Iskhan Tengku Haidar atau Que Haidar, 32.
Sehubungan itu, dia menolak dakwaan pihak tertentu yang menuduh isterinya, Linda Jasmine Hashim, 38, sebagai punca dia meninggalkan dunia lakonan yang selama ini menjadi sumber pendapatannya.
Terbaru apabila pelakon berkenaan tidak menghadiri prebiu tayangan filem, ‘Misteri Jalan Lama (MJL)’ di Cathay Cineplax e@Curve menyebabkan Que Haidar didakwa dikongkong isterinya yang dikatakan cemburu melampau selain diberikan banyak syarat termasuk tidak melakonkan adegan cinta bersama pelakon wanita lain.

“Saya sudah lali dengan isu ini, isteri tak pernah mengongkong, tapi apa yang berlaku keputusan sendiri. Sebelum berkahwin saya sudah berniat meninggalkan dunia lakonan kerana bagi saya keluarga lebih utama.


“Bukan niat saya tak hadir tayangan prebiu filem MJL, namun ketika itu terpaksa berulang-alik ke Johor melawat saudara yang sakit akibat kanser,” katanya.

Banjir - Naik Bot Solat Jumaat

DEMI IBADAH...penduduk menggunakan sampan secara bergilir-gilir. 
DEMI IBADAH...penduduk menggunakan sampan secara bergilir-gilir.
BERSEDIA...sampan yang mengangkut jemaah menunaikan solat Jumaat di Masjid Mukim Simpangan Hilir, semalam.
BERSEDIA...sampan yang mengangkut jemaah menunaikan solat Jumaat di Masjid Mukim Simpangan Hilir, semalam.

TUMPAT: Kira-kira 70 penduduk Kampung Simpangan Hilir, Pengkalan Kubor, dekat sini, terpaksa menaiki bot dan sampan untuk menunaikan solat Jumaat selepas kampung mereka ditenggelami banjir.
Tinjauan Harian Metro di kampung itu, semalam mendapati, penduduk terpaksa menaiki bot berenjin dan mendayung sampan secara bergilir-gilir dan terpaksa turun di pintu masjid selepas pekarangan masjid ditenggelami air sedalam kira-kira tiga meter.

Imam Masjid Mukim Simpangan Hilir, Ismail Awang Mat, 61, berkata, sudah menjadi tradisi penduduk kampung itu menggunakan bot dan sampan sebagai pengangkutan bagi menunaikan solat Jumaat dan solat berjemaah di masjid pada musim banjir.
Katanya, penduduk tetap menunaikan tanggungjawab masing-masing walaupun terpaksa bersusah payah ke masjid “Setiap tahun penduduk akan menghadapi banjir, malah menaiki bot atau sampan ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat atau solat berjemaah sudah menjadi tradisi sejak masjid ini di bina pada 1991.

“Kita bernasib baik air tidak pernah melimpah ke dalam masjid dan penduduk masih dapat menunaikan solat Jumaat dan solat berjemaah seperti biasa,” katanya.

Penduduk, Mat Razi Mat Ail, 50, berkata, 10 bot berenjin termasuk beberapa sampan milik orang kampung dijadikan pengangkutan menghantar penduduk ke masjid kira-kira 800 meter dari jalan besar.

Katanya, penduduk menggunakan pengangkutan itu secara bergilir-gilir kerana sebuah bot atau sampan hanya mampu memuatkan antara lima hingga enam orang penduduk kampung.

Sementara itu, Pemangku Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Pengakalan Kubor, Ahmad Mazdan Jusoh, ketika dihubungi berkata, 10 penduduk membabitkan dua keluarga di kampung berkenaan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan (SK) Pengkalan Kubor 2.
Katanya, operasi menyelamat dan memindahkan mangsa banjir di kampung itu turut dibantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

“Jumlah mangsa banjir di kampung itu dijangka bertambah berikutan paras air Sungai Golok semakin meningkat dan kita sudah bersedia melakukan kerja menyelamat,” katanya.

Maut Dipijak Lembu

MALANG...polis membawa mayat Akosetiawan untuk dibedah siasat.
MALANG...polis membawa mayat Akosetiawan untuk dibedah siasat.

HULU BERNAM: Seorang buruh ladang mati dipercayai dipijak sekumpulan lembu selepas melanggar seekor daripada haiwan berkenaan dalam kemalangan di Jalan Tanjung Malim- Bestari Jaya berdekatan Kampung Gedangsa di sini, malam kelmarin.
Kejadian berlaku jam 8 malam apabila mangsa, Akosetiawan Ibon, 27, seorang warga Indonesia menunggang motosikal bersendirian dari pekan Gedangsa ke rumahnya di Kampung Soeharto, dekat sini.
Rakan mangsa, Mohd Irwan Kamaruzaman, 22, berkata, dia hanya menyedari kejadian itu sebaik menerima panggilan daripada orang ramai sebelum bergegas ke tempat kejadian.

Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian, dia melihat rakannya sudah meninggal dunia di tempat kejadian dengan kesan luka di muka yang turut diselaputi najis lembu.


“Kami baru bertemu dan minum lewat petang semalam (kelmarin) di restoran kolam pancing Gedangsa. Tidak sangka pula ajal menjemputnya dengan keadaan menyedihkan dan tragik,” katanya.

Berjuang Mati - Matian

TIDAK CERGAS...Syahrul Azwari (kiri) belum pasti diturunkan.
 TIDAK CERGAS...Syahrul Azwari (kiri) belum pasti diturunkan.

SKUAD Olimpik negara mempunyai seribu satu sebab untuk menundukkan Bahrain dalam perlawanan getir di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.
Skuad kendalian Ong Kim Swee itu memerlukan kemenangan bagi menghidupkan peluang untuk terus bersaing dalam Kumpulan C Kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia.

Namun lebih penting, skuad negara bakal beraksi di laman sendiri untuk perlawanan play-off bagi tiga pasukan kedua terbaik yang dijadual berlangsung pada Mac tahun depan sekiranya berjaya menduduki tempat kedua Kumpulan C. “Saya serta pemain sudah mengetahuinya dan secara tidak langsung ia memberikan motivasi kepada kami untuk berjuang habis-habisan Ahad ini.
“Kami memerlukan tiga mata kerana pasukan yang tewas bakal tersingkir. Selain itu saya harap Jepun mampu menewaskan Syria bagi membolehkan jarak mata bagi pasukan di tempat kedua dan ketiga tidak terlalu jauh,” kata Kim Swee selepas sesi latihan di Bukit Jalil, semalam.

Sekiranya mampu menewaskan Bahrain, skuad negara akan meraih tiga mata selepas tewas pada dua perlawanan sebelum ini dengan Syria dan Jepun yang bertemu sesama sendiri kini mendahului Kumpulan C dengan mengumpul enam mata.

“Kami tidak mempunyai banyak pilihan dan perlu menekankan corak menyerang bagi mendapatkan keputusan yang positif namun pemain diingatkan supaya tidak terlalu ghairah dan ampuh bertahan.

“Strategi yang dirancang perlu betul kerana ini adalah perlawanan penentuan hidup mati dan saya percaya pemain mampu melaksanakannya,” katanya yang turut mengkaji corak permainan lawan semasa Bahrain tewas kepada Syria (1-3) dan Jepun (0-2) baru-baru ini.

Menurut Kim Swee lagi, barisan pemainnya kelihatan sudah pulih daripada kepenatan selepas mempertahankan pingat emas Sukan Sea pada Isnin lalu dan percaya mereka mampu mengulangi persembahan seperti dipamer sewaktu temasya dwi tahunan itu.
Namun pengendali kelahiran Melaka itu berdepan masalah baru apabila pertahanan tengah, Mohd Muslim Ahmad tidak cergas sepenuhnya kerana mengalami kecederaan hamstring dengan Mohammad Amer Saidin menjadi antara pilihan untuk diturunkan.

Dua tonggak utama, Syahrul Azwari Ibrahim dan Ifran Fazail masih belum menjalani latihan sepenuhnya petang semalam dan peluang mereka untuk beraksi Ahad ini juga masih belum pasti.

Tiga pasukan teratas setiap kumpulan layak secara automatik ke London 2012 manakala tiga pasukan di tempat ketiga akan merebut satu tempat untuk bertemu wakil dari Afrika sebelum layak ke temasya sukan terbesar dunia itu.

Muhd Nazmi Faiz Ambil SPM Tahun Depan

KUALA LUMPUR: Pemain paling muda dalam skuad Olimpik negara Muhd Nazmi Faiz Mansor akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun depan setelah tidak berbuat demikian tahun ini.
Demi bagi membantu skuad Harimau Muda beraksi di Temasya Sukan SEA Indonesia 2011 yang baru berakhir, pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) ini sanggup menangguh peperiksaan SPM yang sepatutnya didudukinya mulai 14 Nov lepas.

Pengorbanan pemain yang memakai jersi nombor 21 ini berbaloi apabila skuad Bawah 23 Tahun Negara berjaya meraih emas dengan menewaskan Indonesia.

Bapa Muhd Nazmi Faiz, Mansor Mustafa berharap anaknya bukan sahaja berjaya dalam arena bola sepak malah turut cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti.


"Saya bangga dengan kejayaan anak saya dalam sukan bola sepak namun pelajaran juga penting dalam menentukan masa depan beliau," kata peniaga berusia 40 tahun ini kepada Bernama hari ini.

"Kami sekeluarga sentiasa memberi dorongan kepada Muhd Nazmi Faiz untuk maju dalam sukan bola sepak dan tidak pernah menghalang minat dan impiannya itu, jelas Mansor.

Beliau berkata walaupun anaknya seorang yang pendiam, dia adalah seorang yang berdisiplin dalam soal pengurusan masa dan bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara.

"Dalam membantu Muhd Nazmi Faiz membahagikan masa antara latihan dan pelajaran, saya serahkan perkara tersebut kepada guru-guru SSBJ kerana mereka tentu mempunyai formula terbaik dalam mengatur jadual harian pelajar mereka," katanya. - BERNAMA

Friday 25 November 2011

Banjir Di Kelantan Dan Terengganu

Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada1,892 manakala Terengganu pula berkurangan kepada 1,236. Di Pahang 11 mangsamasih di pusat pemindahan.

UM

Keputusan Muzik - Muzik Separuh Akhir 2 25/11/2011

Antara artis dan 5 lagu yang layak pada separuh akhir sebentar tadi adalah:

1. Hazama - Cinta Teragung

2. Aizat - Sungai Lui

Projek Pistol - Wanita Seluruh Dunia

Najwa Latif - Cinta Muka Buku

Monolog dan Atilia - Kekanda Adinda

4 Kakak Penggal Kepala Adik

RIYADH: Empat orang adik beradik perempuan ditahan kerana dituduh membunuh saudara lelaki mereka, semalam.
Menurut polis, mereka menikam si adik berkali-kali sebelum memenggal kepalanya.

Pembunuhan kejam itu dikatakan berlaku kelmarin di rumah keluarga mereka di Hafr al Baten.

Keempat-empat saudara perempuan itu kini ditahan untuk siasatan.


Dalam satu kenyataan, jurucakap polis, Ziyad al-Ruqaiti berkata: “Bapa mereka masuk ke rumah dan mendapati kepala anak lelakinya yang berusia 20 tahun terpisah daripada badan.”

Katanya, semua suspek melarikan diri tetapi polis berjaya mengesan sebelum menangkap mereka.

Ziyad berkata, siasatan awal mendapati semua saudara perempuan itu terlibat dengan pembunuhan berkenaan

Yahudi mahu kuasai makam Nabi Yusuf

NABLUS: Menteri Dalam Negeri Israel, Elly Yasha menyeru agar kerajaan rejim Zionis menawan untuk menguasai makam Nabi Yusuf di kota Nablus.
“Kawasan itu adalah milik kita dan kita mesti merebut kembali makam Nabi Yusuf.

“Persetujuan Oslo mesti kita susun semula,” kata Elly seperti yang dilapor oleh akhbar Yediot Aharonot, semalam.

Elly sebelum itu mengetuai 1,500 penduduk Yahudi yang dikawal ketat oleh ramai tentera Zionis, melawat makam Nabi Yusuf.


Acara lawatan sekali gus berdoa di makam berkenaan adalah amalan tradisi Yahudi untuk memperingati hari kematian nabi itu.

Nablus, atau nama dalam Bahasa Inggerisnya Shechem, adalah kota di pinggir barat laut Palestin, kira-kira 63 kilometer dari utara Baitulmaqdis.

Lokasinya strategik, antara Gunung Ebal dan Gunung Gerizim.

Pada tahun 636 Masihi, Nablus berada di bawah pemerintahan kerajaan Islam Umar al-Khattab.

Pada tahun 1099, tentera Salib menguasai kota itu selama satu abad sebelum ia dirampas kembali oleh Saladdin Al-Ayyubi. - Agensi

Bos Djarum terkaya di Indonesia



JAKARTA: Kedudukan tiga daripada 40 tokoh paling kaya di Indonesia tahun ini hampir tidak berubah berbanding 2010.
Nilai kekayaan mereka juga jauh lebih tinggi berbanding tokoh lain yang ada dalam senarai berkenaan.

Tiga hartawan utama dalam senarai Forbes itu dianggarkan memiliki kekayaan bernilai RM103.5 bilion - atau 38 peratus daripada keseluruhan harta 40 tokoh berkenaan.
Tiga tokoh itu ialah pasangan adik-beradik R Budi dan Michael Hartono, Susilo Wonowidjojo dan Eka Tjipta Widjaja.

R Budi dan Michael Hartono adalah pemilik Kumpulan Djarum yang memiliki harta bernilai RM44.6 bilion.

Aset utama menguntungkan mereka ialah kilang rokok Djarum dan Bank Central Asia (BCA).

Susilo, 55, pula memiliki syarikat Gudang Garam dan meningkatkan kekayaannya menjadi RM33.5 bilion berbanding 2010, manakala Eka Tjipta, 88, memiliki harta bernilai RM25.5 bilion dengan perolehan utamanya datang dari Golden Agri-Resources. - Agensi

Mangsa Bunuh, Perkosa

PERIKSA...kereta mangsa ditemui di persimpangan Jalan Undan 12, Taman Perling, semalam.
PERIKSA...kereta mangsa ditemui di persimpangan Jalan Undan 12, Taman Perling, semalam.


JOHOR BAHRU: Kehilangan seorang guru piano yang tidak pulang ke rumah seperti kebiasaannya terjawab apabila mayatnya ditemui dalam Perodua Myvi miliknya dengan kesan jerutan di leher serta tangan diikat di belakang badan di persimpangan Jalan Undan 12, Taman Perling di sini, semalam.
Ketika ditemui, mangsa masih memakai baju-T putih, jaket perang serta skirt paras lutut dengan seluar dalamnya terlondeh dipercayai dirogol sebelum dibunuh di tempat lain. Mayatnya kemudian diletakkan dalam kereta berkenaan.

Mayat mangsa, Chiu Kong Min, 31, ditemui kira-kira tujuh jam selepas bapanya membuat laporan polis berhubung kehilangannya.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 pagi itu, mangsa mulanya disangkakan tidur dalam kereta berkenaan dan cuba dikejutkan seorang individu yang kebetulan melalui kawasan berkenaan. Bagaimanapun, selepas mangsa yang duduk di tempat duduk pemandu didapati sudah tidak bernyawa, individu terbabit segera melaporkan kejadian itu kepada polis. Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Mohd Akhir Ishak berkata, sebaik menerima panggilan orang ramai, pihaknya bergegas ke lokasi bagi melakukan siasatan.
Menurutnya, polis kemudian menemui wanita itu tertunduk kaku dalam kereta miliknya dan siasatan mendapati mangsa dikatakan keluar dari rumahnya kira-kira jam 2.30 petang kelmarin untuk mengajar di Jalan Simbang, Taman Perling, menaiki Perodua Myvi hijau berkenaan.

“Hasil siasatan mendapati mangsa keluar untuk mengajar piano seperti biasa, namun sehingga jam 12.30 tengah malam kelmarin, masih tidak pulang ke rumah menyebabkan keluarganya yang bimbangkan keselamatannya membuat laporan polis.

“Pemeriksaan dan siasatan awal mendapati mangsa cedera ringan di kening kiri, kesan calar pada jari kedua-dua tangan selain luka di tangan dipercayai akibat bergelut dengan penyerangnya.

“Selain itu, ketika ditemui, kedua-dua tangannya diikat menggunakan kabel pengikat dan ada kesan jerutan di leher, namun barangan peribadi mangsa seperti telefon bimbit tidak diambil suspek,” katanya.

Beliau berkata, motif kejadian itu masih dalam siasatan dan hingga kini, polis masih tidak menemui sebarang bukti di kawasan sekitar lokasi penemuan mangsa serta dalam keretanya.
“Kami tidak menolak kemungkinan mangsa dirogol sebelum dibunuh dan mayatnya dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini untuk dibedah siasat.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Kami belum menahan mana-mana individu bagi membantu siasatan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan, Tan Yang Siong di talian 012-7076928,” katanya.

Klik Untuk Saya k... :)

free counters