Jom Buat Duit

Saturday 26 April 2014

Diperkosa 30 Lelaki Dalam Masa 6 Jam

Sekadar Gambar Hiasan
London: Seorang remaja perempuan diperkosa oleh 30 lelaki, termasuk pasangan bapa dan anak lelaki, dalam serangan seksual berlanjutan selama enam jam.
Dalam inkues semalam, aktivis hak wanita, Shaista Gohir memperincikan penderaan seksual terhadap mangsa melalui laporan yang mengejutkan itu.

Menurut Shaista, eksploitasi seksual terhadap remaja terbabit dilakukan sekumpulan lelaki daripada etnik sama sering berlaku dengan pengetahuan pihak berkuasa.

Namun, katanya, pemimpin masyarakat, sekolah mahupun keluarga mungkin tidak menghiraukan serangan sedemikian atau dalam sesetengah kes turut membela penyerang.

Shaista menggunakan kes mengerikan di Birmingham itu sebagai contoh kes dikemukakannya dan menggesa pihak berkuasa menangani isu berkenaan dengan segera.

“Kejadian itu berlaku selama enam jam membabitkan penyerang termasuk seorang bapa serta anaknya yang masih bersekolah, selain pemandu teksi yang muncul secara berkumpulan,” katanya.

Laporan diserahkan kepada Majlis Bandaraya Birmingham itu dibuat susulan daripada temu bual dengan 35 mangsa serangan seksual, selain beberapa penjenayah seks daripada masyarakat Islam di seluruh Britain.

Shaista turut mencabar pendapat popular dalam eksploitasi kes berprofil tinggi di Rochdale dan Oxford khususnya yang membabitkan kumpulan lelaki Asia yang menyerang remaja kulit putih.

“Ramai orang memberitahu saya, mereka tahu mengenai kejadian di Rochdale dan Oxford, tetapi ia turut berlaku di Birmingham dan di tempat lain,” katanya.

Amaran itu dibuat pada selepas kumpulan pemangsa seks kanak-kanak dipenjarakan kerana mendera kanak-kanak perempuan.

Hakim John Bevan berkata, empat lelaki dan remaja lelaki seorang lelaki Kurdis dihukum kerana memperkosa lima kanak-kanak perempuan semuda 12 tahun.

Empat daripada ahli kumpulan itu berasal dari Republik Czech dan Slovakia. Dua daripada mangsa berketurunan Czech dan Slovak, manakala tiga lagi berbangsa Inggeris.

Tahun lalu, tujuh lelaki dari Oxford - kebanyakannya keturunan Pakistan - dipenjara kerana terbabit dengan operasi rangkaian seks kanak-kanak.

Kanak-kanak perempuan sering menjadi sasaran masyarakat daripada etnik dan latar kebudayaan yang sama.

Mereka sering didera kerana mudah diancam agar menutup mulut atau berdepan risiko menanggung malu di kalangan masyarakat.

Apabila kes penderaan seksual didedahkan, sesetengah keluarga menghantar mangsa ke luar negara atau mengatur perkahwinan untuk mengelak isu berkenaan berpanjangan.- Agensi

Helikopter Apache Terhempas

TAIPEI - Dua juruterbang cedera semalam apabila helikopter Apache AH-64E yang dinaiki mereka terhempas di atas sebuah bangunan tiga tingkat di daerah Taoyuan, utara Taiwan.
Menurut seorang pegawai tentera, ketika kejadian, dua juruterbang tersebut sedang mengikuti latihan penerbangan.

kedua-dua juruterbang itu dihantar ke sebuah hospital tentera untuk mendapatkan rawatan kerana mendapat kecederaan ringan.

"Nahas berlaku ketika latihan asas penerbangan dilakukan untuk tujuan yang tidak diketahui manakala sebuah pasukan kahas sedang menyiasat punca kejadian," kata seorang pegawai tentera kepada pemberita.
Pada bulan November tahun lalu, Taiwan menerima enam buah helikopter Apache AH-64E yang dibeli dari Amerika Syarikat. - AFP

Friday 25 April 2014

Saiful Apek didenda

Shah Alam: Mahkamah Tinggi di sini, menjatuhkan hukuman denda RM2,500 ke atas pelawak dan pelakon popular Saiful Apek sekali gus mengenepikan keputusan Mahkamah Majistret Petaling Jaya yang melepas dan membebaskannya daripada tuduhan memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badannya, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Nurchaya Arshad turut menjatuhkan hukuman yang sama terhadap tiga lagi tertuduh, yang juga pekerja di syarikatnya, Gitu-gitu Production, iaitu Shah Zainatul Ehsan Al Muazam Shah Yahya, 30, Shaiful Baharom, 26, dan Noremy Mohamad, 30.

Hakim Nurchaya memerintahkan kesemua tertuduh menjalani enam bulan penjara sekiranya mereka gagal membayar denda berkenaan serta menjalani perintah pengawasan selama tiga tahun.

Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan di sini pada pukul 11 malam, 12 Jun 2010. 

Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 jika sabit kesalahan. myMetro

3 Objek Tiada Kaitan MH370

PERTH – Pihak berkuasa Australia mengesahkan tiga serpihan yang dijumpai di sebuah pantai di Australia tidak mempunyai kaitan dengan sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Tiga objek itu dijumpai oleh seorang lelaki kelmarin yang berjalan di sebuah pantai di barat negara tersebut sebelum menghubungi polis.

Salah satu objek itu adalah sekeping logam sebesar kereta dan mempunyai paku-paku rivet pada birainya.
Bagaimanapun, pihak berkuasa Australia mengambil masa tidak sampai satu hari untuk menganalisis gambar objek tersebut dan menolak kemungkinan ia mempunyai kaitan dengan pesawat MH370.

“Kami tidak melihat sebarang petunjuk menerusi gambar itu yang boleh kami percaya bahawa ia datangnya dari sebuah pesawat Boeing,” kata seorang Biro Keselamatan Pengangkutan Australia, Martin Dolan.
Pesawat itu hilang daripada radar pada 8 Mac lalu semasa ia sepatutnya menghubungi sebuah menara kawalan di Vietnam semasa dalam penerbangan ke Beijing.

Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 8 Mac lalu.
Seramai 227 penumpang dan 12 kru menaiki pesawat itu yang didapati berpatah balik dan dipercayai terhempas di selatan Lautan Hindi.

Dalam pada itu, kapal sokongan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Bunga Mas 6 semalam menyertai kapal frigat KD Lekiu dalam usaha mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) Ia adalah kapal TLDM kelapan yang menyertai pasukan dari pelbagai negara untuk mencari pesawat malang itu. – Agensi

Thursday 24 April 2014

Lelaki bernafsu songsang terima padah


Sekadar Gambar Hiasan

GEORGETOWN - Seorang pelajar tingkatan satu terpaksa menghadapi detik hitam yang mungkin sukar dilupakan dalam hidupnya apabila dicabul seorang lelaki bernafsu songsang di sebuah stesen minyak terbiar di Jalan Air Itam di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 petang itu, mangsa yang berusia 13 tahun dikatakan baru pulang dari sekolah sebelum didatangi suspek yang secara tiba-tiba keluar dari sebuah kereta.
Menurut sumber, suspek pada mulanya mengajak mangsa berbual sambil bertanya bersekolah di mana sebelum berlaku perkara sumbang yang menjengkelkan.

“Suspek mungkin tidak dapat mengawal nafsunya lagi dan terus memegang baju sebelum menarik mangsa ke lokasi yang agak gelap dan terlindung di kawasan berkenaan.
“Lelaki itu kemudian melondeh seluar mangsa dan cuba menghisap kemaluannya. Remaja berkenaan yang terkejut dengan perlakuan suspek meronta sebelum bertindak menendang muka suspek,” katanya ketika dihubungi semalam.
Akibat tendangan itu, suspek tersungkur dan mangsa terus berlari menyelamatkan diri.

Menurutnya, mangsa terserempak dengan rakan abangnya tidak jauh di tempat kejadian dan memaklumkan kejadian itu.

“Mangsa meminta pertolongan rakan abangnya dan suspek yang ketakutan kemudian melarikan diri namun berjaya ditahan sebelum diserahkan kepada polis,” katanya.

Sumber berkata, ketika ditahan berlaku sedikit pergelutan apabila suspek cuba meloloskan diri namun tiada sebarang kecederaan serius berlaku.
“Siasatan awal mendapati mangsa langsung tidak mengenali suspek dan polis kini menahan lelaki berusia 18 tahun itu bagi membantu siasatan.
“Pemeriksaan juga mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan ujian saringan awal air kencing mendapatinya tidak berada bawah pengaruh dadah,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ismail Idris ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Ismail berkata, suspek kini direman selama tiga hari bagi membantu siasatan. SH

Wednesday 23 April 2014

Rani Mukerji dan Aditya Chopra Berkahwin di Kota Rome

Rome: Aditya Chopra dan Rani Mukerji akhirnya sah menjadi pasangan suami isteri dalam majlis tertutup pada 21 April lalu di Itali.

Mengesahkan perkara itu, Naib Presiden Pemasaran & Komunikasi Yash Raj Films (YRF) Rafiq Gangjee berkata, majlis itu diadakan secara kecil-kecilan.
 “Hanya ahli keluarga terdekat pasangan terbabit dijemput menyaksikannya,” katanya.

Menulis di Twitter, syarikat penerbitan YRF turut mengatakan perkara sama semalam. 
Ia turut memuat naik mesej lanjut: “Kami mengucapkan tahniah kepada pasangan itu, moga berbahagia selamanya.”
Sementara itu, Rani sendiri mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkahwinan itu.
“Saya ingin berkongsi hari paling bahagia ini dengan semua peminat di seluruh dunia.
“Doa kalian selama ini memang penguat semangat saya.
“Saya tahu ramai antara anda menanti-nantikan berita ini dan bergembira bersama saya. Majlis kami amat indah di sebuah perkampungan di Itali dengan hanya dihadiri beberapa keluarga serta teman rapat.

“Sayangnya Yash Uncle (panggilan Rani merujuk kepada Yash Chopra yang meninggal dunia pada 21 Oktober 2012) tidak bersama kami, namun saya tahu dia tidak pernah berhenti menyayangi serta mendoakan kami,” katanya.

Menurut Rani, dia meminati kisah dongeng sejak kecil dan percaya hidupnya tidak ubah seperti satu cerita.

“Kini saya memasuki fasa seterusnya kehidupan sebagai seorang isteri - nampaknya, ‘kisah dongeng’ ini masih belum tamat,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Aditya sudah berpindah ke rumah Rani dan pasangan itu akan berkahwin dalam masa terdekat.

Malah, sejak beberapa tahun lalu Rani dilihat memainkan peranan sebagai anak perempuan sulung serta tuan rumah di kediaman Chopra. - Agensi

Seorang Pelajar Tikam Ibu Lebih 40 Kali Sampai Mati

GARA-gara tertekan dengan penderaan mental dan fizikal, seorang anak menikam ibunya, Tolu Kalejaiye, lebih 40 kali di Wickford, Britain.

Selepas melakukan pembunuhan, Emmanuel Kalejaiye, 21, dikatakan menyamar sebagai ibunya untuk memperdaya jiran supaya mereka beranggapan ibunya itu masih hidup.

Ketika pendengaran kes, pendakwa mendakwa, suspek merancang melakukan pembunuhan dan menghapuskan bukti dengan sempurna.

Sebanyak 12 juri bagaimanapun mendapati pelajar jurusan biokimia di Universiti Essex ini tidak bersalah melakukan pembunuhan tetapi bersalah menyebabkan kematian kerana masalah mental.

Ketika serangan itu, ibunya yang juga seorang akauntan berusia 44 tahun sempat meninggalkan pesanan telefon kepada kekasihnya, Leo Shogunle untuk meminta tolong.

Shogunle kemudian bergegas ke rumah mangsa dan mendapati mangsa berlumuran darah di lantai dapur. Suspek memberitahu, ibunya diserang sekumpulan lelaki sebelum dia bertindak melarikan diri.

“Saya mengaku membunuh ibu dengan menikamnya kerana saya didera sejak beberapa tahun lalu," katanya ketika di soal siasat menurut laporan Mail Online.
Dalam rakaman kamera litar tertutup di sekitar pejabat pos pada pukul 10.30 pagi, suspek dilihat membeli setin minuman sebelum pergi menyerah diri di balai polis berhampiran.
Malangnya, pesanan suara mengandungi jeritan mangsa itu hanya diketahui beberapa jam selepas kejadian.

Rumahtangga Retak - Adam Akan Beri Penjelasan?

NAMA Adam dan Fiza kembali menjadi perhatian selepas bekas ahli anggota Elite itu dikatakan memfailkan penceraian di mahkamah syariah di Shah Alam minggu lalu.

Khabar itu tentu sekali mengejutkan ramai selepas Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 31, menerusi kenyataan kepada beberapa portal hiburan minggu lalu memberitahu dia dan isterinya tidak bergaduh dan meminta agar semua mendoakan yang terbaik untuk rumah tangga mereka.

Ditebak sekali lagi mengenai perihal rumah tangganya, Adam berkata kepada Zass, : "Maaf saya tidak mahu komen mengenai hal peribadi. Tunggu saja masa dan ketikanya nanti, pasti akan mengetahuinya," jelas Adam yang dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp.

Sebelum ini Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abd Halim, 33, dan Adam mengejutkan peminat dan industri seni apabila mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga September tahun lalu.

Pernikahan itu berlangsung  dalam majlis serba sederhana di Jabatan Agama Islam Selangor, Shah Alam selepas dua bulan berkenalan.

Bagaimanapun sebulan selepas itu, hal rumah tangga mereka menjadi perhatian apabila pasangan ini dikatakan bergaduh besar di stesen minyak dipercayai akibat perasaan cemburu Adam selepas Fiza terjumpa dengan bekas teman lelakinya.

Namun, Adam yang dihubungi selepas itu menjelaskan hubungan mereka masih dalam keadaan baik. Bagaimanapun beberapa bulan kemudian, sekali lagi perkahwinan Adam dan Fiza jadi bahan perhatian selepas Fiza dilihat memadam gambar-gambar suaminya di Instagram.


Luahan hati Fiza

Bagaimanapun usaha Zass untuk mendapatkan penjelasan daripada Fiza gagal apabila pelakon dan penyanyi itu tidak menjawab panggilan dan WhatsApp yang dihantar kepadanya.

Namun, Fiza menerusi akaun Instagram miliknya seolah-olah meluahkan perasaan mengenai apa yang dirasai ketika ini.

"Salam semua. Maaf andai saya ada berbuat silap atau terkasar bahasa. Saya benar-benar berharap agar semua di luar sana memahami perasaan saya sekarang ini. Janganlah ditanya bermacam-macam jenis soalan. Saya ini cuma wanita biasa yang ke kadang lemah dan tak mampu untuk menanggung beban.

"Tapi saya tahu dan pasti semua ini ketentuan dari pada ALLAH. Siapa yang mahu untuk jadi begini? Kalau disoal pada sesiapa pun,  tak mungkin seseorang itu mahu menjalani kehidupan seperti saya. Hormatilah apa jua keputusan saya. Saya hanya merancang, tapi ALLAH lebih mengetahui segala-galanya.

"Saya cuma perlukan sokongan daripada anda semua untuk saya terus kuat dan maju ke depan. Apa yang terjadi dan bakal berlaku biarlah jadi rahsia antara saya dan ALLAH. Tak perlu untuk saya berkongsi ke semua cerita peribadi saya kepada umum.

"Harap semua dapat memahami ya. Doakan yang terbaik untuk kami. ALLAH adalah tempat saya berbicara dan mengadu, bukan dengan sesiapa pun. Kita sebagai makhluk ALLAH dan hambanya cuma perlu menadah tangan dan berdoa meminta pertolongan dari-Nya. Amin.”
SH

Monday 21 April 2014

Runtuhan salji di Everest, 13 maut

NEPAL .Sekurang-kurangnya 13 pemandu pendaki warga tempatan maut mana kala lebih 10 masih hilang dalam insiden runtuhan salji di Gunung Everest, menurut pihak berkuasa, semalam .

Kementerian Pelancongan Nepal , Krishna Lamsal memaklumkan kejadian itu berlaku pada jam 6.30 pagi (waktu tempatan ) ketika kesemua mereka sedang membuat persediaan untuk musim mendaki pada bulan depan .

"Pasukan penyelamat telah mengeluar kan kesemua mayat daripa da timbunan salji.

Bagaimanapun, usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan dengan bantuan tiga helikopter," katanya.

Menurutnya lagi, lapan pemandu pendaki yang cedera telah dihantar ke hospital di ibu negara dengan menaiki helikopter.

Difahamkan, ratusan pendaki bersama pemandu dan kru sokongan telah mula berkumpul di kem utama sebagai persediaan untuk menakluki puncak dunia setinggi 8,850 meter pada awal bulan depan, dipetik dari laporan AP.

Sunday 20 April 2014

Gadis Maut disimbah Asid di Penampang, Sabah

PENAMPANG – Hasrat seorang remaja perempuan menikmati sarapan pagi yang dipesannya tidak kesampaian apabila dia maut disimbah asid oleh seorang ‘lelaki misteri’ di sebuah restoran berhampiran Towering, Jalan Penampang di sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, mangsa, Memay Kundusan, 19, dikatakan sedang berdiri memesan makanan di dalam restoran itu sebelum dihampiri seorang lelaki bertopi.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Ratan Kumar Singh berkata, lelaki yang tidak dikenali itu kemudian bertindak menyimbah sejenis cecair dipercayai asid yang diisi dalam sebuah botol plastik pada muka mangsa menyebabkan dia menggelupur kesakitan.
“Selepas itu, suspek bertindak melarikan diri dari tempat kejadian,” katanya di sini semalam. Kosmo

Cari MH370 Tujuh Hari Lagi?

SYDNEY - Misi mencari kotak hitam pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) di dalam Lautan Hindi mungkin selesai dilakukan dalam tempoh lima hingga tujuh hari lagi, kata Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) semalam.

Pencarian pesawat MH370 itu menggunakan kenderaan dalam air autonomi yang lebih dikenali sebagai Bluefin-21 berharga AS$4 juta (RM12.95 juta) dilakukan di dalam lingkungan 10km di Lautan Hindi.
Pesawat itu hilang dari radar pada 8 Mac lalu semasa ia dalam penerbangan ke Beijing, China dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Seramai 227 penumpang dan 12 kru menaiki pesawat itu yang didapati berpatah balik dan dipercayai terhempas di selatan Lautan Hindi.

Operasi melibatkan pelbagai negara kemudian dilancarkan untuk mencari pesawat Boeing 777-200 itu.
Misi pencarian tersebut mula dilakukan di Laut China Selatan dan kemudian di selatan Lautan Hindi apabila pesawat itu didapati menukar laluannya.

Selepas hampir dua bulan tanpa sebarang tanda-tanda serpihan ditemui, misi mencari pesawat itu dilakukan di kawasan radius 10km di selatan Lautan Hindi.

Beberapa pegawai berkata, kawasan lingkungan 10km itu terletak di sekitar salah satu isyarat dipercayai daripada kotak hitam yang sebelum ini berjaya dikesan pasukan pencari MH370.
Namun, isyarat itu tidak lagi dapat dikesan dan ia dipercayai disebabkan bateri kotak hitam sudah kehabisan kuasa.

Pihak JACC dalam satu kenyataan yang dihantar kepada agensi berita Reuters menerusi e-mel menyatakan, berdasarkan keadaan cuaca yang baik dan kelancaran operasi Bluefin-21 itu, misi pencarian di dalam lautan akan dapat diselesaikan dalam tempoh lima hingga tujuh hari.

Beberapa pegawai tidak memberikan petunjuk sama ada mereka yakin bahawa pencarian di kawasan tersebut boleh memberikan maklumat baharu tentang pesawat MH370.

Kenderaan dalam air autonomi itu sebelum ini telah melakukan enam misi pencarian selepas ia diturunkan dari kapal Ocean Shield milik Australia.
Ia boleh menyelam pada kedalaman 4.5km.

Namun, kumpulan pencarian melakukan pengubahsuaian ke atas Bluefin-21 itu supaya ia boleh menyelam pada kedalaman 4.695km.

Bluefin-21 itu milik sebuah syarikat yang melakukan kerja-kerja menyelamat dalam lautan iaitu Phoenix International Holdings Inc. dari Amerika Syarikat. - Agensi

Friday 18 April 2014

Emma Maembong Tidak Kisah Kahwin Usia Muda

Pelakon popular, Emma Maembong, 22, menyatakan kesediaan untuk mengahwini kekasihnya yang juga pelawak terkenal, Zizan Razak pada usia muda.

Ketika dihubungi Kosmo!, Emma atau nama sebenarnya Che Fatimah Rohani Ismail berkata, dia tidak mempunyai masalah berbuat demikian sekiranya jodohnya sudah sampai.
"Saya sudah sedia berkahwin pada usia sekarang kalau sudah sampai jodoh dan waktunya," ujarnya di sini semalam. Kosmo

Adam Nafi Rumah Tangga Goyah

BEBERAPA bulan selepas mendirikan rumah tangga, hubungan antara penyanyi dan pelakon, Adam bersama isterinya, Fiza Halim dikatakan mulai renggang.
Fiza yang dahulunya merupakan bekas anggota kumpulan Elite dikatakan sering mengemas kini status di aplikasi permesejan Whatsapp miliknya dengan kata-kata dan ungkapan yang berbaur sedih.
Lantaran itu, timbul gosip mengatakan keadaan rumah tangga Adam atau nama sebenarnya, Mohd. Aizam Mat Saman, 31, dikatakan sedang bergolak.

Pernah beberapa kali Kosmo! cuba menghubungi penyanyi yang popular dengan lagu Tak Tahu itu untuk mendapatkan komen, namun usaha tersebut gagal.

Baru-baru ini, Adam yang sepatutnya datang ke studio Utusan di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur bagi menjayakan sesi fotografi sempena promosi filem Apokalips X bersama Kosmo!, tidak hadir.
Temu janji tersebut terpaksa dibatal- kan atas alasan Adam perlu pulang ke kampungnya di Sabah. Walaupun sesi tersebut telah ditunda ke tarikh yang lain, anak jati negeri Sabah itu turut membatalkannya untuk kali yang kedua.

Kosmo! bagaimanapun berkesempatan bertemu dengan Adam pada majlis tayangan perdana filem, Bahaya Cinta di TGV 1 Utama, Damansara, Selangor baru-baru ini. Ikuti temu bual selanjutnya antara Adam dan
Kosmo!.

Kosmo!: Benarkah anda sedang mengalami masalah rumah tangga?
ADAM: Saya sedar ramai orang sedang bercakap tentang perkara ini dan ada juga ura-ura yang mengatakan hubungan kami sedang dilanda masalah.
Namun, saya dan Fiza baik-baik sahaja. Rasanya, saya tidak perlu memberikan komen mengenai perkara ini dengan lebih lanjut.

Adakah disebabkan ura-ura tersebut, anda cuba untuk lari daripada media dan meninggalkan majlis yang anda hadiri dengan lebih awal?
Saya akui pulang awal sewaktu menghadiri majlis sidang akhbar Selawat Perdana baru-baru ini. Namun, saya pulang awal kerana perlu menghadiri sesi fotografi untuk filem Apokalips X.
Saya tidak pernah berniat untuk lari daripada wartawan. Jika mahu menyembunyikan diri, saya tidak akan datang pada majlis tayangan perdana malam ini.

Bercakap tentang Apokalips X, anda juga dikatakan pulang awal sewaktu majlis tayangan perdana filem itu yang diadakan beberapa minggu lalu. Boleh berikan sedikit komen?
Tuduhan itu tidak benar sama sekali. Saya hadir pada majlis tayangan tersebut. Bagaimanapun, tiada wartawan yang datang berjumpa saya untuk diwawancara.

Apakah komen anda terhadap pembatalan sesi fotografi bersama Kosmo!?
Saya akui, itu merupakan kesalahan saya sendiri. Saya memang ada hal yang perlu diselesaikan dan perlu pulang ke Sabah. Namun, saya telah memaklumkan perkara tersebut beberapa hari sebelum sesi fotografi tersebut dijalankan.

Apakah pula komen anda terhadap cakap-cakap negatif mengenai kerjaya anda sebagai penyanyi yang berjalan seiring dengan keupayaan mengubat orang sakit dengan menggunakan kaedah Islam?
Buat masa ini, saya hanya membantu guru saya mengubati orang. Jika guru saya berada di luar kawasan, baru saya mengambil alih tugasnya. Lagipun, saya memakai serban dan jubah mengikut tempat yang dituju. Padahal, saya masih Adam yang sama.

Adakah isu-isu ini menggugat kebahagian rumah tangga anda?
Tidak sama sekali. Walaupun dihambat dengan pelbagai cerita, saya dan Fiza tidak pernah bergaduh. Mungkin ini adalah ujian yang Allah ingin berikan kepada saya.

Sampai bilakah anda akan meneruskan kerjaya sebagai seorang penyanyi?
Insya-Allah, saya memang mengharapkan perubahan yang lebih baik dalam hidup saya. Di samping itu, saya akan cuba untuk memperlahankan karier saya sebagai penyanyi. Sebab itu, saya mula menyanyi lagu-lagu berentak perlahan dan mengurangkan lagu-lagu yang memerlukan saya menari. Bagaimanapun, saya tetap akan menari jika mendapat permintaan.

Boleh ceritakan sedikit tentang filem Bahaya Cinta?
Ini merupakan filem kerjasama pertama antara Malaysia dengan Vietnam. Filem arahan Yusof Kelana ini mengisahkan Iskandar, lakonan saya, terbang ke Hanoi, Vietnam untuk mencari kekasih lama ibunya yang merupakan pelarian negara itu suatu ketika dahulu. Filem ini akan menemui penonton pada 1 Mei depan.

Apakah perkembangan terbaharu anda?
Saya akan muncul dengan single terbaharu berjudul Marmie Maafkanku. Lagu tersebut merupakan karya komposer dari seberang, Bajai. Kosmo

Thursday 17 April 2014

Feri Karam, Ratusan Masih Hilang

Pegawai pasukan pengawal pantai Korea Selatan mengesahkan pihaknya menemui empat mayat penumpang dalam insiden feri karam semalam.

Jurucakap kerajaan berkata, angka terkini (10 malam waktu tempatan) mereka yang masih hilang adalah 293 orang setelah hanya 164 penumpang dapat diselamatkan daripada feri yang membawa 459 penumpang itu.

“Selebihnya dianggap masih hilang. Jumlah penumpang disahkan 459 orang, berbanding laporan awal 477 orang,” katanya.

Menurutnya, setakat ini, identiti penumpang maut disahkan sebagai anak kapal feri terbabit, Park Ji-young, 22, dan pelajar tahun dua Sekolah Tinggi Ansan, Jung Cha-woong.

“Kira-kira 27 penumpang kritikal dikejarkan ke Hospital Besar Hankook, Hospital Mokpo Hankook dan Hospital Besar Haenam,” katanya.

Difahamkan menurut laporan Reuters, feri terbabit membawa 325 pelajar menuju Pulau Jeju sebelum memberikan isyarat kecemasan pada  8.58 pagi waktu tempatan iaitu ketika belayar sekitar 20 kilometer dari Pulau Byeongpoong.

Sejurus berita diterima, kapal pengawal pantai, kapal dagang dan beberapa helikopter dikerahkan dalam operasi menyelamat itu.

Menurut seorang penumpang, mereka mendengar satu letupan kuat sebelum feri itu terhenti dan mulai condong.

Karpal Singh Dan Pembantu Peribadinya Maut Dalam Kemalangan

IPOH - Anggota Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh dan pembantu peribadinya maut dalam kemalangan membabitkan kenderaan serba guna (MPV) yang dinaikinya dan lori di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kampar Superintenden Ng Kong Soon berkata Karpal Singh, 74, dan pembantu peribadinya Michael Cornelius, 40-an, maut di tempat kejadian.

Selain itu, katanya, pembantu rumah Karpal Singh, seorang wanita warga Indonesia cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak sementara anak lelaki pemimpin DAP itu, Ram Singh, 38, dan pemandu kenderaan MPV tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan pada pukul 12.40 pagi itu.



Beliau berkata lori lima tan yang membawa muatan simen, besi dan mozek itu dipercayai bergerak perlahan di sebelah kiri laluan ke utara itu memandangkan ia membawa muatan berat dan tempat kejadian juga merupakan kawasan laluan berbukit.

Ng berkata kesemua mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini. Operasi menyelamat kesemua mangsa dalam kemalangan itu dibantu anggota Bomba dan Penyelamat di tempat kejadian, katanya. - Bernama
"Siasatan awal polis mendapati kenderaan MPV jenis Toyota Alphard berwarna putih yang membawa lima penumpang termasuk Karpal Singh dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dipercayai hilang kawalan apabila tiba di kawasan kejadian dan melanggar bahagian kanan lori yang sedang bergerak di sebelah kiri laluan itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Wednesday 16 April 2014

Zahida Rafik Gagal Ketepi Saman Bekas Pemandunya

KUALA LUMPUR - Pelakon Zahida Rafik hari ini gagal mengetepikan saman yang difailkan bekas pemandu peribadinya berhubung tuduhan memfitnah dalam sebuah akhbar tabloid berkaitan kehilangan wang RM200,000.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hue Siew Kheng menolak permohonan Zahida untuk mengetepikan saman yang difailkan Noor Azman Azemi serta memerintahkan Zahida membayar kos RM3,500 kepada lelaki itu.

Hue membuat keputusan itu di dalam kamarnya di hadapan peguam Latheefa Koya yang mewakili Noor Azman dan Jeffrey John yang mewakili Zahida.

Latheefa memberitahu pemberita bahawa Hue menolak permohonan itu atas alasan saman berkenaan bukan suatu kes yang patut ditolak dan mahkamah menetapkan 20 dan 21 Oktober untuk perbicaraan.

Beliau berkata mahkamah juga menolak permohonan defendan untuk mendapatkan penangguhan pelaksanaan keputusan itu sementara menunggu keputusan rayuan.

Pada 27 November tahun lepas, Noor Azman memfailkan saman yang mendakwa pelakon terbabit, yang berlakon dalam filem 'Anak Mami The Movie', secara salah dan berniat jahat membuat kenyataan berunsur memfitnah dalam sebuah artikel yang disiarkan akhbar berkenaan pada 3 Mac tahun lepas.

Noor Azman mendakwa Zahida menuduhnya melesapkan wang itu, yang sepatutnya dimasukkannya ke dalam akaun bank pelakon tersebut.

Menurut Noor Azman, kenyataan itu menggambarkannya sebagai seorang yang tidak amanah, pencuri dan penjenayah serta mencemar nama baiknya dan merosakkan peluangnya untuk mendapat pekerjaan.

Menurut Noor Azman dia direman polis selama empat hari selepas Zahida,39, membuat laporan polis terhadapnya berhubung kehilangan wang itu.

Plaintif menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan serta kos dan relif lain yang dianggap wajar oleh mahkamah. - Bernama

Tuesday 15 April 2014

Seorang Ibu Simpan 7 Mayat Bayi di Rumahnya

Utah: Seorang wanita ditahan selepas mayat tujuh bayi ditemui di rumahnya, hujung minggu lalu.
Megan Huntsman, 39, ditahan atas tuduhan bunuh selepas pihak polis menyiasat aduan bahawa ada mayat bayi baru lahir di rumah berkenaan.
“Waran tangkap diperoleh untuk membolehkan pemeriksaan dilakukan dan polis menemui enam lagi mayat yang disimpan dalam kotak kadbod berasingan,” kata kenyataan polis.

Hasil siasatan menunjukkan Megan melahirkan dan membunuh setiap bayi itu dalam tempoh 10 tahun lalu.

Menurut akhbar Salt Lake Tribune, bekas suami Megan yang juga dipercayai bapa semua bayi berkenaan yang menghubungi polis.

Tiga anak perempuan mereka berusia antara 13 hingga 20 tahun masih tinggal di rumah berkenaan yang dimiliki ibu bapa bekas suami Megan itu.

Menurut seorang jiran, bekas suami Megan menemui mayat berkenaan ketika sedang mengemas garaj rumah itu Sabtu lalu kerana bercadang berpindah semula ke situ. - Agensi

Monday 14 April 2014

Kisah Khalwat Dan Boxer Shah Jaszle

PELAKON popular, Shah Jaszle cukup sinonim dengan kontroversi berkaitan wanita. Bagaimanapun, kontroversi dia ditangkap khalwat dengan seorang wanita pada 16 Mei tahu lalu merupakan kontroversi paling besar buatnya.

Ironinya, Shah Jaszle atau nama sebenarnya, Mohd. Shahrizal Jaszle bin Jasmin, 26, ditangkap khalwat bersama seorang wanita, Farah Nurizzati Salleh, 22, sedangkan ketika itu dia telah bertunang dengan Redzwani Puteri, 26.

Sempat putus tunang ekoran tamparan kontroversi tangkap khalwat itu, pertunangan mereka disambung kembali pada Hari Raya Haji tahun lepas.

Kini, kes khalwat itu sedang dibicarakan di mahkamah. Mengejutkan apabila saksi pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memberitahu, dia ditemui dalam sebuah bilik sedang berada di atas katil dengan hanya memakai seluar pendek atau boxer.

Bahkan Shah Jaszle turut mengaku kepada pegawai JAIS, dia dan Farah Nurizzati merupakan pasangan kekasih dan belum bernikah.
Ikuti temu bual Kosmo! bersama Shah Jaszle tentang perasaannya ketika berhadapan dengan perbicaraan kes khalwat tersebut.

Kosmo!: Bagaimanakah perasaan Shah Jaszle apabila berhadapan dengan perbicaraan kes khalwat ini?
SHAH JASZLE: Saya macam biasa sahaja, tiada apa yang berbeza. Bahkan saya hadir ke mahkamah seorang diri bersama peguam. Mungkin saya sudah terbiasa dengan kontroversi, jadi tidak ada apa perasaan yang boleh saya jelaskan.

Apabila tersiar berita yang mengatakan anda ditangkap khalwat hanya memakai seluar boxer, adakah anda berasa malu?
Memanglah bila orang baca terus akan menjatuhkan hukuman kepada saya kerana benda yang buruk orang terus ingat. Berita itu tidak ditulis secara keseluruhan. Cuma saya harap, tunggulah sehingga perbicaraan selesai dan hukuman dikeluarkan oleh mahkmah.

Bagaimanakah pula reaksi keluarga dan tunang anda tentang perbicaraan kes khalwat ini?
Keluarga saya macam biasa, mereka ada juga bertanya mengenai perkembangan kes. Tunang saya pula, dia tidak ambil tahu langsung kerana kami berdua sangat sibuk, tidak sempat untuk bercakap mengenai kes ini. Apa yang pasti, hubungan kami tidak ada sebarang masalah.

Adakah perancangan majlis perkahwinan anda tetap diteruskan?
Kami mengikat tali pertunangan selama dua tahun. Buat masa ini, kami tunggu sehingga perbicaraan kes khalwat ini selesai, barulah kami akan berbincang tentang perkahwinan. Kalau boleh saya mahu perbicaraan ini tamat dengan segera.

Selepas kontroversi tangkap khalwat, adakah rakan-rakan anda masih bersama anda seperti biasa?
Jika hendak tahu, sebelum kontroversi itu lagi saya memang tidak ramai kawan. Saya lebih suka bersendiri. Jadi, apabila kontroversi ini berlaku, tiada apa yang berubah dengan keadaan sekeliling saya.

Adakah anda pernah terfikir kerjaya anda dalam bidang seni akan tamat setelah ditangkap khalwat?
Sejujurnya pernah fikir seperti itu. Bimbang tentang kerjaya dan masa depan diri sendiri. Bagaimanapun, benda yang sudah berlaku tidak boleh diputarkan semula, jadi saya hadapi apa yang datang dengan tenang. Apa yang saya boleh lakukan adalah menjaga disiplin dan persembahan saya di hadapan kamera.

Selepas apa yang berlaku adakah kerjaya anda terjejas?
Alhamdulillah, setakat ini tawaran tidak putus. Saya masih sibuk di lokasi penggambaran. Esok (semalam) saya akan berangkat ke Australia untuk penggambaran drama Silir Kasih Bella.

Apakah pengajaran terbesar yang anda peroleh apabila berhadapan dengan kontroversi ini?
Jangan sesekali percaya dengan orang. Bila perkara ini berlaku saya sudah tidak percaya dengan sesiapa pun. Orang di hadapan kita cukup baik tetapi sebenarnya masing-masing mempunyai kepentingan sendiri.Kosmo

Manny Pacquiao Rampas Semula Gelaran Dunia WBO

Las Vegas: Manny Pacquiao merampas mahkota kejuaraan dunia daripada Timothy Bradley dengan keputusan sebulat suara juri dalam 12 pusingan di Kejuaraan Boxing Dunia (WBO).
Bintang Filipina itu memperbaiki rekodnya 56-5 dengan seri dua kali dan menang 38 kali untuk merampas kembali gelaran yang terlepas kepada Bradley pada 9 Jun 2012.


Walaupun gagal meraih ‘knockout’ pertama sejak 2009, Pacquiao membuktikan tekadnya apabila mempamerkan persembahan lebih bertenaga bagi menewaskan Bradley pada pertemuan itu.
“Saya rasa boleh bertarung untuk tempoh dua tahun lagi,” kata Pacquiao yang masih bersemangat mencabar Bradley pada usia 35 tahun dan ketika zaman kemuncaknya beliau antara peninju terbaik dunia.
“Saya amat gembira menjadi juara dunia sekali lagi.


Bertarung dengan Tim Bradley bukan satu perlawanan mudah,” kata Pacquiao.
Bradley pula mendakwa masih mengalami kecederaan betis, namun tetap mahu bertarung dengan rekod 31-1, 12 KO.
“Kehidupan harus diteruskan,” kata Bradley dalam kekalahan pertamanya sejak bergelar pro.
Juri Glenn Trowbridge memberi kemenangan 118-110 kepada Pacquiao, manakala Michael Pernaick dan juri dari Kanada, Craig Metcalf memberi 116-112 pada pertarungan disaksikan 15,601 penonton di MGM Grand Garden Arena.
Di Manila, rakyat Filipina meraikan kejayaan apabila wira mereka meraih semula gelaran dunia yang terlepas daripada genggamannya pada 2012.


Perlawanan yang disiarkan secara langsung dari Las Vegas itu dapat disaksikan peminat di negaranya itu.
“Rakyat negara bersatu dan bersorak atas kemenangan ini, tahniah Pacquiao.

Beliau adalah simbol kecemerlangan Filipina dalam semua usaha,” kata jurucakap Presiden Benigno Aquino, Herminio Coloma.- AFP

Sunday 13 April 2014

Ammar Terharu, Rozita Che Wan Hadiahkan BMW 6 Series G Power Modified

KUALA LUMPUR – Anak sulung pelakon jelita Rozita Che Wan, Ammar Effendy terharu dan berterima kasih dengan ganjaran kereta mewah BMW 6 Series G Power Modified yang bakal dihadiahkan oleh ibunya selepas mencapai keputusan cemerlang 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013.

Ammar, 18, turut melahirkan rasa gembira dan bersyukur dengan hadiah kereta mewah berharga kira-kira RM700,000 seunit yang ditawarkan oleh ibunya itu.

“Ya, memang mummy nak belikan kereta BMW untuk saya,” katanya ringkas melalui aplikasi WhatsApp kepada Kosmo! semalam. Kosmo

Tiada lagi isyarat kotak hitam

PERTH - Memasuki hari ke-36 misi mencari pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 di Lautan Hindi, tumpuan kini bagi pengerahan Kenderaan Dalam Air Automatik milik Amerika Syarikat Blue Fin 21 kerana dikhuatiri bateri kotak hitam telah kehabisan berikutan tiada isyarat dikesan pasukan mencari bagi tempoh 24 jam lepas.

Dua isyarat getaran akustik dikesan pada Selasa lepas oleh Kapal Pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield manakala satu isyarat dikesan pesawat Australia AP-3C Orion pada Khamis lalu disahkan tidak ada kaitan dengan alat pengesan isyarat pesawat di bawah permukaan air.

Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) berkata, bagi misi mencari semalam, kapal Ocean Shield terus menumpukan usaha untuk mengesan isyarat daripada kotak hitam pesawat dengan menggunakan alat pengesan pinger ditunda.

Menurutnya, AP-3C Orion turut meneruskan misi pencarian akustik, bersama-sama kapal Ocean Shield dan kapal oseanografi HMS Echo.

"Tiada sebarang pengesanan akustik disahkan dalam tempoh 24 jam lepas," menurut JACC dalam kenyataan semalam.

Pihak JACC berkata, sembilan pesawat tentera, sebuah pesawat awam dan 14 kapal terbabit dalam misi mencari MH370 di Lautan Hindi semalam, melibatkan kawasan seluas kira-kira 41,393 kilometer persegi.
Kawasan pencarian bertumpu di sekitar kira-kira 2,331 kilometer barat laut Perth, katanya.
"Berdasarkan ramalan cuaca hari ini (semalam), tiupan angin dari arah tenggara selaju 10 knot dan hujan sekejap-sekejap, ombak setinggi satu meter dan jarak penglihatan lima kilometer dalam keadaan hujan," kata JACC.

Menurut JACC, tiada sebarang objek yang diambil dari kawasan pencarian mempunyai kaitan dengan pesawat MH370.

Pada Rabu lepas, Ketua Penyelaras JACC, Angus Houston berkata, Kenderaan Dalam Air Automatik akan dikerahkan sebaik sahaja tiada isyarat dikesan.
Pihak berkuasa menganggarkan bateri kotak hitam mungkin boleh bertahan 10 hari lebih lama daripada jangka hayat asal iaitu 30 hari sebelum ia berhenti menghantar isyarat getaran.
Sejak Jumaat minggu lepas, pasukan mencari mengesan enam isyarat, dua daripadanya dikesan kapal China, Haixun 01, pada 4 dan 5 April lalu manakala kapal Ocean Shield mengesan empat isyarat pada 5 dan 8 April lepas.

Kotak hitam merekodkan data perbualan di kokpit dan data penerbangan mungkin memberikan jawapan mengenai apa yang sebenarnya berlaku terhadap MH370.

Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar semasa berada di kawasan Laut China Selatan pada 8 Mac lepas, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari sama.

Misi mencari pesawat itu melibatkan pelbagai negara, pada mulanya di kawasan Laut China Selatan sebelum beralih ke selatan Lautan Hindi.

Berikutan hasil analisis terhadap data satelit, syarikat telekomunikasi satelit milik United Kingdom, Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB) merumuskan Penerbangan MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya di tengah-tengah Lautan Hindi, barat Perth. - Bernama

Saturday 12 April 2014

Seorang Kanak - kanak Bunuh Suami Setelah Dipaksa Berkahwin

Lagos: Seorang kanak-kanak yang dipaksa berkahwin bertindak membunuh suami dan tiga rakannya dengan memberi makan makanan yang dicampur dengan racun tikus. Wasila Umaru, 14, berkahwin minggu lepas dengan Umaru Sani, 35, menurut penolong penguasa polis, Musa Magaji Majia.
Umaru kemudian menjemput beberapa rakannya untuk meraikan perkahwinan mereka di Kampung Ungwar Yansoro, berhampiran bandar Kano di utara Nigeria.

Pengantin perempuan itu mencampurkan racun berkenaan ke dalam nasi yang dihidangkan kepada tetamu.

Umaru mati pada hari kejadian bersama-sama dua rakannya, Mohammed dan Alhassan Alhassan. Seorang lagi mangsa, Indo Ibrahim mati di hospital ketika menerima rawatan kecemasan.

Wasila mengaku membeli racun itu di pasar.

“Suspek mengaku melakukan kesalahan jenayah dan berkata dia melakukannya kerana dipaksa mengahwini lelaki yang tidak dicintainya.

“Wasila memberi kerjasama baik kepada polis dan akan dihukum dengan tuduhan melakukan pembunuhan tanpa niat,” menurut Majia.

Perkahwinan bawah umur adalah perkara biasa di utara Nigeria. Ia kerap berlaku ketika musim kemarau dan mengahwinkan anak perempuan bermakna menerima wang hantaran.

Ia juga akan akan mengurangkan beban keluarga untuk menyediakan makanan.

Sebanyak 50 peratus remaja perempuan Nigeria yang tinggal di kawasan luar bandar berkahwin sebelum berusia 18 tahun, menurut agensi kanak-kanak Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB). - Agensi

Susilo akui kekalahan dalam Pemilu

Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono, dalam kedudukannya sebagai pengerusi Parti Demokratik (PD) berkata, beliau menghormati keputusan pengiraan segera peninjau pendapat umum berwibawa yang meletakkan parti pimpinannya di tempat keempat dalam pemilihan umum (Pemilu) Parlimen pada Rabu.

"Dengan kepercayaan dan andaian bahawa keputusan pengiraan undi secara segera tidak akan banyak berbeza dengan keputusan pengiraan undi sebenar, kami terima kemenangan Parti Demokrat," katanya kepada pemberita pada Rabu seperti yang dipetik agensi berita Antara.

Susilo berkata, walaupun kelebihan undi yang diterima PD dalam pengiraan undi secara segera itu tidak tinggi, beliau dapat menerimanya dan percaya tidak berlaku sebarang penipuan dalam Pemilu.

Beliau juga menyeru kader dan penyokong parti itu di seluruh negara supaya menerima hakikat itu dan membuat persiapan dengan sebaik mungkin untuk menghadapi Pemilu Parlimen 2019.

"Bagi pihak Parti Demokratik, saya mengucapkan tahniah kepada Parti Demokratik Indonesia-Perjuangan (PDI-P), Parti Golkar dan Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra) atas kejayaan mereka mendapat jumlah undi yang relatif lebih tinggi," katanya.

Mengenai prestasi Parti Demokratik, keputusan awal pengiraan segera oleh dua peninjau pendapat umum, Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa (CSIS) dan Cyrus Network, menunjukkan parti itu hanya memperoleh 9.1 peratus undi.

Jumlah undi yang diterima parti pemerintah itu merosot daripada 26.4 peratus dalam Pemilu 2009.

PDI-P menduduki tempat teratas dalam keputusan awal pengiraan segera itu dengan memperoleh 18.6 peratus undi, diikuti Golkar (14.6 peratus), Parti Gerindra (11.9 peratus) dan Parti Kebangkitan Nasional (PKB) (9.8 peratus).

Parti Amanat Nasional menduduki tempat keenam dengan 7.9 peratus undi, diikuti Parti Persatuan Pembangunan (PPP) (6.8 peratus), Parti Keadilan Sejahtera (PKS) (6.7 peratus), Parti Nasional Demokrat (Nasdem) (6.5 peratus), Parti Hati Nurani Rakyat (Hanura) (5.5 peratus), Parti Bulan Bintang (PBB) (1.6 peratus) dan Parti Keadilan dan Persatuan Indonesia (PKPI) (1.1 peratus).

Pengiran undi secara segera itu dibuat berdasarkan kaedah persampelan rawak, dengan kualiti rawak sementara pada kadar 98.3 peratus, manakala jidar kesilapan adalah satu peratus.

Sampel diambil daripada 2,000 pusat mengundi di 77 kawasan mengundi di seluruh Indonesia. - Bernama

Friday 11 April 2014

Fahrin Ahmad Terima Foto Lelaki Separuh Bogel

MASIH belum lagi berumah tangga pada usia yang sudah memasuki 35 tahun, pelakon dan pengacara Fahrin Ahmad menyatakan bahawa kegagalan cinta terdahulu sedikit memberi kesan terhadap perancangannya untuk berkahwin.

Mendedahkan bahawa masih solo dan tidak menjalinkan sebarang hubungan istimewa dengan mana-mana wanita, dia memberitahu, saat ini dirinya selesa dengan kehidupan yang dilalui serta fokus kepada bidang kerjaya yang diceburinya sekarang.

Namun begitu, bekas pengacara program Sehati Berdansa itu mengakui tentang timbulnya persepsi segelintir pihak yang beranggapan bahawa dia lebih meminati kaum sejenis memandangkan status bujangnya itu.
Ikuti temu bual Kosmo! bersama Fahrin yang ditemui semasa majlis pelancaran Power Root Anda Boleh Jadi Jutawan 4 yang berlangsung di Hotel One World, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Kosmo!: Usia Fahrin sudah menjangkau 35 tahun tetapi masih lagi belum berumah tangga. Adakah anda tidak pernah terlintas untuk berkahwin dalam masa terdekat ini?
FAHRIN: Kalau ditanya tentang perkahwinan, saya akui tidaklah terlalu mencari gadis yang mahu dijadikan teman hidup, namun saya tidaklah menunggu jodoh itu datang sendiri.
Apa yang saya nampak sekarang ini, berkemungkinan besar jodoh saya adalah dalam kalangan rakan-rakan wanita yang saya kenali. Tidak mustahil juga saya akan bercinta selepas berkahwin dengan pasangan saya nanti.

Adakah dalam kalangan rakan-rakan wanita anda yang ingin menjalinkan hubungan yang lebih serius?
Buat masa ini, saya melihat mereka lebih selesa untuk sekadar menjalinkan hubungan persahabatan sahaja. Mungkin salah satu puncanya kerana status saya sebagai seorang selebriti serta kisah lampau saya dengan beberapa orang selebriti dahulu.
Biarpun kini selebriti yang pernah dikaitkan dengan saya dahulu sudah selamat mendirikan rumah tangga, ia langsung tidak memberikan sebarang tekanan kepada diri saya dan berasa tenang dengan kehidupan yang dilalui sekarang.

Bagaimanakah pula kalau ada yang melabelkan anda seorang gay memandangkan status anda sekarang ini?
Kalau ada yang cuba melabelkan sebegitu, saya cuma boleh katakan bahawa ia merupakan satu perkara yang sangat mengarut. Orang yang mengenali diri saya dengan lebih rapat sudah tentu tahu diri saya yang sebenar.

Pernahkah Fahrin cuba didekati oleh golongan lelaki yang meminati kaum sejenis?
Tidak dinafikan yang perkara itu memang pernah berlaku sebelum ini, malah lebih teruk lagi ada yang menghantar gambar separuh bogel kepada saya menerusi aplikasi WhatsApp.
Saya ini bukanlah jenis yang suka memilih kawan dan tidak kisah untuk berkawan dengan sesiapa sahaja tetapi kalau ada yang melakukan perbuatan melampau sebegitu, sudah tentu saya akan menjauhkan diri.

Apakah perkembangan terbaharu kerjaya anda sekarang?
Ketika ini drama bersiri lakonan saya berjudul Yes Boss masih lagi ditayangkan di TV3 dan tidak lama lagi saya akan terbabit pula dalam penggambaran telemovie Abang Samseng Jemur Kain.
Pada masa yang sama, saya kini turut aktif sebagai pengacara sukan bola sepak iaitu Liga Malaysia di TV1 serta telah dipilih mengacara program sukan iaitu Sukan Malaysia (Sukma) XVII, Piala Dunia 2014 dan Sukan Komanwel 2014 yang bakal berlangsung nanti.

Boleh ceritakan tentang penglibatan anda dengan produk Power Root?
Sebenarnya ini merupakan tahun kedua saya menjadi duta kepada produk tersebut dan kini sedang giat mempromosikan peraduan Power Root Anda Boleh Jadi Jutawan 4 yang menawarkan hadiah utama sebanyak RM1 juta serta sagu hati sebanyak RM10,000 untuk lima pemenang.

Selain itu, peraduan yang bermula pada 1 Mei hingga 31 Disember 2014 ini turut menawarkan hadiah harian (RM500), mingguan (RM1,000) dan bulanan RM5,000. Bagi yang berminat menyertai peraduan tersebut boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web www.powerroot.com.my. Kosmo

Isyarat Kotak Hitam Ke 5 Dikesan Pesawat Australia

PERTH - Satu lagi isyarat detik baharu dipercayai daripada kotak hitam Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang di selatan Lautan Hindi berjaya dikesan oleh sebuah pesawat peninjau AP-3C Orion milik Tentera Udara Diraja Australia semalam.

Isyarat itu merupakan yang kelima dikesan pasukan mencari sekali gus memberi harapan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu semakin hampir ditemui.

Ketua Penyelaras Pusat Koordinasi Agensi Bersama (JACC), Angus Houston memberitahu, isyarat terbaharu itu dikesan di kawasan yang sama di mana empat lagi isyarat di kesan sebelum ini.
Katanya, isyarat terbaharu itu dikesan oleh pesawat peninjau AP-3C Orion milik Tentera Udara Diraja Australia pada tengah hari semalam.

"Pesawat mengesan isyarat tersebut melalui berpuluh-puluh alat pengesan bunyi yang dijatuhkan di permukaan air di satu lokasi di kawasan carian.

"Isyarat yang diperoleh oleh pesawat ini perlu dianalisis terlebih dahulu tetapi data menunjukkan ia berpotensi dikeluarkan dari alat buatan manusia," kata Houston.

Tambahnya, sebuah kapal milik Australia, HMAS Ocean Shield yang membawa alat pengesan kotak hitam, towed pinger locator kini memfokuskan carian di satu lagi lokasi di Lautan Hindi kira-kira 2,280 kilometer dari barat laut Perth.

Kapal HMAS Ocean Shield pada Selasa lalu mengesan dua isyarat dipercayai daripada kotak hitam MH370 di lokasi berkenaan.

Isyarat berkenaan kali pertama dikesan pada Sabtu lalu oleh kapal HMAS Ocean Shield sebelum sekali lagi dikesan pada Selasa lalu.

Isyarat baharu itu juga memberi harapan bahawa bateri di kotak hitam yang menyimpan data penerbangan dan rakaman suara kokpit pesawat MH370 masih lagi bertahan.
Kapal HMAS Ocean Shield mengesan isyarat itu di lokasi penerbangan MH370 diramalkan berakhir oleh penganalisis selepas pesawat Boeing 777-200 tersebut kehabisan minyak.

"Saya berpendapat kita kini mencari di kawasan yang betul tetapi saya tidak boleh membuat sebarang pengesahan sehingga kita menjumpai bangkai atau serpihan pesawat ini," tambah Houston.
Menurutnya, sebuah kapal selam kawalan jauh, Bluefin-21 mungkin diturunkan di lokasi isyarat itu dikesan dalam tempoh beberapa hari lagi bagi mengesan bangkai pesawat berkenaan.

"Saya berharap dengan lebih banyak isyarat dikesan kita mampu mengecilkan kawasan carian.
"Saya menjangkakan dalam tempoh beberapa hari lagi kita mampu mengesan sesuatu di dasar lautan yang mengesahkan bahawa ia adalah pesawat MH370," katanya.

Pesawat itu membawa 227 penumpang dan 12 kru terhempas di selatan Lautan Hindi selepas berpatah balik dari laluan penerbangan asal ke Beijing, China. - Agensi

Thursday 10 April 2014

Bayi dua kepala mati

New Delhi: Bayi kembar siam dengan dua kepala dan satu badan meninggal dunia setelah bertarung nyawa selama 20 hari.
Kembar siam itu dilahirkan 13 Mac lalu secara peembedahan dam berat 3.37 kilogram.

Selain dua kepala dan satu badan, bayi itu juga mempunyai dua leher, dua tulang belakang dan dua esofagus yang berlainan, tetapi berkongsi hati, perut dan paru-paru.

Tragiknya, ibu mereka tidak sanggup untuk melihat bayi-bayi itu sebelum mereka menghembuskan nafas yang terakhir. 

Bapa kembar siam itu, Subhash, 32 berkata: ‘Berita kematian itu tidak memeranjatkan, tetapi kami tetap merasa kehilangan mereka dan sedih.

“Saya ingin membesarkan mereka tetapi Tuhan mempunyai rancangannya tersendiri. Mereka berjaya hidup selama 20 hari. Ia satu keajaiban.” - Agensi

Kambing berwajah manusia

Riyadh: Seekor kambing berwajah manusia dilahirkan di Arab Saudi tetapi mati beberapa jam kemudian.
Menurut laporan akhbar tempatan kelmarin, kelahiran “pelik” itu terjadi di sebuah ladang di Samita selepas induk kambing itu bunting selama sembilan bulan, satu lagi perkara luar biasa kerana kebiasaannya purata tempoh bunting binatang itu hanya kira-kira lima bulan.

“Saya terkejut apabila kambing itu terus bunting selama sembilan bulan sama seperti manusia. Tambah mengejutkan apabila kandungan itu dilahirkan. Saya ketika itu berada di luar kawasan.

“Pekerja ladang menghubungi saya dan memaklumkan yang anak kambing itu berwajah manusia. Ketika tiba di ladang, anak kambing itu sudah mati. Tetapi saya sempat melihat wajahnya,” kata pemilik ladang itu. - Agensi

Istimewa Fizz Fairuz pada Almy Nadia

LAPAN tahun bercinta, dugaan demi dugaan terpaksa diharungi insan bernama Almy Nadia Aminuddin Shah dan kekasihnya pelakon Fizz Fairuz.

Pasang surut kisah cinta mereka sudah boleh dibikin sebuah novel cinta tragis jika dihimpun semua kontroversi yang menghiasi perjalanan cinta Almy, 28, dan Fizz, 35.

Bermula dengan Almy menolak pinangan Fizz, kisah putus cinta sehinggalah Fizz sempat bertunang dengan seorang wanita tetapi putus kerana mendakwa wanita itu masih bergelar isteri orang sekitar Februari tahun lalu.

Namun, tabik buat Almy kerana hatinya masih setia kepada lelaki bernama Fizz Fairuz. Menerima kembali cinta Fizz bukanlah suatu yang mudah kerana Almy dihentam kanan dan kiri oleh peminat yang menganggap keputusannya itu tidak relevan.

Perlahan suaranya dihujung corong telefon ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.
"Saya sedar ramai yang berpihak kepada saya dan ramai yang marah apabila saya membuat keputusan untuk menerima Fizz kembali dalam hidup saya.

"Harus diingat sebagai manusia, siapa saya untuk melawan takdir Allah. Saya tidak mampu bercakap lebih, sudah tertulis jodoh saya bersamanya cukup kuat," ujarnya.

Bakal bernikah pada 26 April ini di Masjid Daerah Balik Pulau, Pulau Pinang, ujar ibu kepada kepada seorang anak angkat bernama Nur Afrina Darwisya, 5, ini, dia enggan lagi menangisi kisah silamnya.
"Kalau ikutkan baran dan perasaan marah memang saya marah tetapi selepas berfikir dengan matang, saya sudah ada anak, usia pun bukan muda, buat apa saya kenang perkara yang sudah lepas.

"Apa yang telah berlaku, saya tidak mahu fikir lagi. Rasanya kita lebih kenal siapa diri kita dan sedar diri selepas dilanda musibah," katanya.

Ditebak, apakah istimewanya Fizz sehingga pintu hatinya terbuka untuk menerima lamaran lelaki yang berasal dari Raub, Pahang itu.

"Jodoh sesuatu yang tidak boleh diramal, ada hikmah sebalik apa yang berlaku. Sifat dia yang ramai orang tidak tahu ialah dia seorang yang bertanggungjawab.

"Kami susah sama susah, senang sama senang. Bukan itu sahaja, rasanya Fizz seorang yang mampu terima anak angkat saya. Sebelum ini, saya ada berkawan dengan lelaki lain tetapi mereka tidak dapat menerima anak saya seperti mana Fizz.

"Fizz juga seorang yang bijak mengambil hati. Sebelum melamar saya, dia melamar ibu dan anak saya terlebih dahulu. Sebab itu hati saya terbuka untuk terima dia kembali," balas Almy yang tidak menyimpan dendam terhadap apa yang berlaku sebelum ini.
Sembunyi majlis pertunangan

Selepas deretan kontroversi yang menguliti cinta mereka, Almy dan Fizz mengambil keputusan untuk menyembunyikan majlis pertunangan mereka yang berlangsung pada 22 Oktober tahun lalu sempena hari lahir Fizz.

Akui Almy, dia sendiri tidak menyangka akan bertunang dan tidak lama lagi akan bergelar isteri kepada Fizz Fairuz.

"Semua berlaku dengan cepat. Saya sendiri tidak tahu Fizz melamar saya. Apabila saya tahu, tarikh majlis pertunangan sudah hampir.

"Fizz datang dan berbincang dengan keluarga. Keluarga semua setuju untuk tidak menghebahkan majlis pertunangan kepada orang ramai. Pengalaman lepas dijadikan pengajaran untuk kami berdua," balasnya.
Almy menjelaskan, dia bimbang mulut orang yang mendoakan perkara yang tidak baik.

"Saya tidak takut pada orang ramai tetapi takut kepada mulut manusia dan mata pena yang bagi saya amat tajam. Bila berita keluar, ada yang suka akan doakan yang baik-baik tetapi buat yang benci pada saya dan Fizz akan mendoakan perkara yang tidak elok.

"Sebab itu kami diamkan sahaja majlis pertunangan. Apabila semua persiapan perkahwinan hampir sele- sai, barulah diumumkan kepada orang ramai. Rasanya lebih baik begitu," kata Almy.
Perubahan diri Almy

Kontroversi cintanya banyak mengubah Almy menjadi wanita yang lebih kuat berbeza dengan Almy yang dikenali sebelum ini.

Bicaranya tetap lembut tetapi lebih tersusun diselit dengan nada tegas yang sebelum ini tidak biasa Almy lakukan ketika sesi temu bual.

Ujarnya, pengalaman lepas banyak mengajarnya untuk menjadi Almy hari ini. Selepas apa yang dilalui, Almy enggan lagi memuaskan hati semua pihak tetapi hatinya sendiri terluka.
"Saya mungkin lebih yakin dan lantang dalam bersuara tetapi pada masa yang sama banyak perkara yang saya rasa tidak perlu diceritakan, saya akan simpan.

"Sebelum ini saya akui terlalu jujur apabila menjawab soalan. Sebab itu perkara yang kecil menjadi besar dan ada yang pijak kepala saya. Bukan mahu sombong tetapi saya telah terkena, jadi lebih baik berhati-hati," ungkapnya.

Tambahnya, kontroversi lalu membuatkan dia bermuhasabah diri. Menilai kembali kesilapannya supaya tidak berulang kembali.

"Semua yang berlaku ada hikmah. Bukan Fizz sahaja tetapi saya juga ada melakukan kesilapan tanpa saya sedar. Saya perlu tapis apa yang saya cakap pada orang lain. Sebelum ini saya bercakap tanpa berfikir kesannya," balasnya. Kosmo

Saturday 5 April 2014

Gadis OKU Menjadi Pemuas Nafsu Bapa Saudaranya.

HUTAN MELINTANG - Seorang gadis yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) bukan sahaja menjadi tempat melampiaskan nafsu bapa saudaranya sendiri malah turut mengandung lapan bulan hasil hubungan terlarang itu.

Suspek yang merupakan seorang gelandangan itu melakukan perbuatan terkutuk terhadap gadis berusia 24 tahun itu di sebuah kebun kelapa di Kampung Tebuk Pangkor, Batu 23, Selekoh, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, pada 31 Mac lalu kira-kira 3 petang, ketua kampung dimaklumkan oleh adik mangsa yang kakaknya mengandung walaupun belum berkahwin.

Menurutnya, ketua kampung  kemudiannya bertanya mengenai dakwaan tersebut kepada mangsa dan gadis itu memberitahu telah melakukan hubungan seks dengan bapa saudaranya sebelum satu laporan polis dibuat berhubung kejadian tersebut.

“Mangsa tidak mengetahui bila kejadian itu hanya mengingati ia berlaku pada waktu tengah hari apabila suspek datang berjumpanya dan memberikan wang sebanyak RM2 sebelum mengajaknya melakukan hubungan seks di kebun.

“Mangsa yang terencat akal mengikut suspek masuk ke kebun dan melakukan hubungan seks,” katanya.

Kok Liang berkata, mangsa telah dirujuk ke Hospital Teluk Intan dan doktor mengesahkan gadis itu mengandung lapan bulan.

Jelasnya, suspek yang berusia 50 tahun berjaya ditahan anggota polis di Batu 23, Jalan Bagan Datoh, Selekoh.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan dan hasil ujian air kencing pula mendapati suspek negatif dadah,” katanya.

Beliau berkata, bagaimanapun, bapa mangsa yang merupakan pengadu ketika itu menarik semula laporan polis dibuat bagi kes berkenaan. Sinar Harian

Friday 4 April 2014

Lagi Bayi Dibuang Dalam Tong Sampah

Kapar: “Kali pertama melihat wajah bayi tidak berdosa itu yang diletakkan dalam beg, perasaan geram dan marah terus bermain dalam fikiran saya kerana masih ada manusia tergamak bertindak kejam.

“Apa dosa bayi itu diperlakukan demikian dan jika tangisannya tidak didengari, tidak mustahil bayi itu dihurung semut, malah lebih teruk mungkin digigit haiwan liar,” kata Jamsari Ali, 45.

Jamsari adalah individu menemui bayi lelaki cukup sifat yang diletakkan dalam beg pakaian sebelum ditutup plastik sampah dan ditinggalkan di tempat pembuangan sampah di Lebuh Pulau Pinang 2 di sini, Selasa lalu.

Bayi berkenaan ditemui jam 10.30 pagi selepas penduduk setempat mendengar suara dari arah tempat pembuangan sampah itu yang mulanya disangkakan tangisan anak jiran tetangga.

Menurutnya, selepas beberapa minit tangisan bayi itu tidak berhenti, dia mulai curiga sebelum mencari suara itu sebelum akhirnya menemui bayi dalam beg pakaian yang dimasukkan dalam plastik sampah bersama botol susu.  myMetro

Balu Ahmad Sarbaini saman SPRM, kerajaan RM8 Juta

Balu Penolong Pengarah Kastam Selangor, Masiah@Maziah Manap, 53 dan anaknya, Shahril Ahmad Sarbaini, 30, memfailkan saman sebanyak RM8 juta terhadap Kerajaan Malaysia, SPRM dan tujuh yang lain.

Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed sebelum ini ditemui mati di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Jalan Cochrane pada 6 April 2011.

Masiah memfailkan saman menerusi peguam mereka, N Surendran di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Menurut Surendran, writ saman tersebut dikemukakan bagi menuntut keadilan ke atas Allahyarham kerana sehingga kini SPRM dan kerajaan Malaysia masih berdiam diri mengenai punca kematiannya.

"Sudah tiga tahun kes itu telah berlalu, tetapi sehingga ke hari ini, tiada  jawapan munasabah dari SPRM dan kerajaan Malaysia kenapa Allahyarham meninggal dunia," katanya ketika ditemui di sini, hari ini. Sinar

Thursday 3 April 2014

Seorang Wanita Sembunyikan Jam Tangan Jenama Rolex di Dalam Kemaluannya

Seorang tukang urut didakwa mencuri jam tangan jenama Rolex seorang pelanggan lelaki dan menyembunyikannya di dalam kemaluannya.
Christina Lafave, 25, dituduh mencuri jam milik Kenneth Herold pada 15 Januari lalu ketika mengurutnya di sebuah kamar di Hotel Wynn Las Vegas.

Kes itu menjadi perhatian apabila peguam Christina percaya yang jam itu ditemui melalui pemeriksaan yang tidak sah dan tidak sepatutnya dibawa ke mahkamah.
Herold, 66, memberitahu polis dia menemui suspek di bar hotel berkenaan dan wanita itu memberitahunya yang dia menyediakan khidmat “urutan peribadi” dengan harga yang ditetapkan.

Selepas bayaran dibuat, mereka berdua menuju ke bilik Herold dan Christina meminta lelaki itu menanggalkan jam tangannya supaya dia dapat mengurut lengannya.

Tidak lama kemudian Herold mendapati jamnya yang berharga AS$35,000 (RM114,362) hilang.
Christina menafi mengambilnya.

Wanita itu ditahan pihak keselamatan hotel sebelum diserahkan kepada polis dan selepas disoal siasat dia mengaku menyembunyikan jam berkenaan di dalam kemaluannya. Ujian X-ray yang dijalankan di hospital berhampiran membuktikan jam tangan itu berada dalam kemaluan Christina. - Agensi

Wanita Hamil Tujuh Bulan Dirogol 5 Lelaki

Sekadar Gambar Hiasan
Seorang wanita hamil tujuh bulan mendakwa menjadi mangsa rogol lima lelaki ketika keluar bersama rakannya untuk membeli makanan di Tangok, malam Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Abdul Hamid Che Ahmad berkata, mangsa, seorang suri rumah berusia 21 tahun keluar dari rumahnya di Kampung Kuchelong, kira- kira jam 10.30 malam untuk ke rumah rakannya di Tangok.

Setengah jam kemudian katanya, mangsa mengajak adik kawannya ke kedai untuk membeli makanan.

“Tiba di tengah jalan, teman lelaki adik rakannya menghalang perjalanan mereka dan mengarahkan mereka menurutinya ke sebuah wakaf di tengah sawah di Kampung Kuau.

 “Adik rakannya dan teman lelakinya meninggalkan mangsa di wakaf itu bersama dua lelaki lain. Salah seorang lelaki tersebut memarahi mangsa yang menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada rakannya agar menjemputnya. Lelaki itu kemudiannya menghubungi tiga lagi rakannya yang menunggang motosikal,” katanya.

Menurutnya, semua lelaki terbabit bergilir merogol mangsa dan mangsa hanya dihantar berdekatan rumah rakannya kira-kira jam 4.30 pagi.

"Mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Tawang pada 1 April.

"Difahamkan, mangsa berkahwin dengan seorang pemandu lori yang kini berada di Kuala Lumpur. Mereka  mempunyai seorang anak berusia 5 tahun," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan semua suspek giat dijalankan.

Sementara itu, dalam kes berasingan, pihak polis berjaya mengesan seorang lelaki warga Bangladesh yang dipercayai diculik di Tangok pada 28 Mac lalu.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 2 petang 28 Mac lalu. Mangsa diheret masuk ke dalam kereta oleh suspek yang tidak dikenali.

Bapa saudara mangsa yang berusia 33 tahun membuat laporan polis mengenai kejadian itu di Kota Bharu pada jam 4.30 pagi, 2 Mac.

Suspek didakwa meminta tebusan daripada keluarga mangsa di Bangladesh sebanyak RM15,000.

Hasil maklumat, polis berjaya menemui semula mangsa di Machang dan menahan 10 suspek terlibat.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di kawasan Tangok, Berkelam. Semua suspek dibawa ke IPD Bachok untuk mendapatkan perintah tahanan reman. Sinar

Seorang Jururawat Suntik 3 Bayi Sampai Mati

Seorang jururawat di sebuah hospital di Vietnam mengaku membunuh tiga bayi baru lahir apabila menyuntik mereka dengan anestetik dan bukannya vaksin hepatitis B.

Jurucakap polis, Nguyen Van Loi berkata, suspek Nguyen Thi Thuan dari hospital besar daerah Huong Hoa di wilayah Quang Tri didakwa tidak sengaja menyebabkan kematian pada Julai tahun lalu akibat melanggar etika dan peraturan pentadbiran.

"Semasa ditahan minggu lalu, Thuan mengaku menyuntik ketiga-tiga mangsa dengan Esmeron, iaitu sejenis ubat yang biasanya digunakan sebagai anestetik am," katanya dipetik DPA.

Wednesday 2 April 2014

Derita Isteri Terpaksa Melayan Nafsu 5 Lelaki Setelah Dilecurkan Suaminya Sendiri

Sekadar Gambar Hiasan

Kuala Lipis: Tempoh lima hari tinggal di dalam ‘neraka buatan suami’ cukup menyeksakan bagi seorang suri rumah apabila dia disuruh menghisap syabu sebelum dipaksa melayan nafsu lima lelaki dengan bayaran RM100 hingga RM120 setiap seorang.

Dalam kejadian pada 26 Mac lalu, wanita berusia 25 tahun berkenaan dibawa suaminya berusia 30 tahun ke sebuah rumah sewa di Benta, dekat sini, sebelum bertemu dengan lima lelaki berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun yang menunggu untuk menjamah tubuh mangsa.

Difahamkan, mangsa dipercayai dilacurkan suaminya sejak awal 2013 di Raub bagi menyara kehidupan termasuk menggunakan hasil pendapatan haram itu untuk membeli syabu.

Bagaimanapun, suaminya terpaksa beralih lokasi di daerah ini untuk meneruskan kegiatan haram itu berikutan lelaki berkenaan masih tidak mempunyai pekerjaan untuk menyara keluarga.

Ketua Polis Daerah Kuala Lipis Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, selama lima hari berada di rumah berkenaan, mangsa terpaksa melayan nafsu lima lelaki terbabit selepas mereka semua membuat pembayaran.

Katanya, bagaimanapun, pada 30 Mac lalu, mangsa akhirnya nekad melarikan diri, namun cubaannya gagal kerana seorang daripada suspek terbabit dikatakan menyedari tindakan wanita berkenaan.

“Mangsa merayu kepada suspek terbabit yang dikenali sebagai Gemuk supaya melepaskannya, namun lelaki itu bersetuju untuk berbuat demikian, tetapi dengan satu syarat iaitu melayani nafsunya.

“Mangsa yang sudah buntu mencari jalan untuk menyelamatkan diri terpaksa mengikut arahan suspek sebelum lelaki itu menidurinya secara percuma tanpa pengetahuan suami mangsa,” katanya.

Menurutnya, selepas melayani nafsu lelaki itu, wanita berkenaan kemudian dibawa keluar dari rumah terbabit tanpa disedari suspek lain termasuk suami mangsa sebelum dia dihantar ke Stesen Bas Bandar Katanya, selepas ditinggalkan seorang diri, mangsa kemudian menghubungi Balai Polis Kuala Lipis, di sini, untuk meminta bantuan sebelum dia membuat laporan berhubung kejadian itu, petang kelmarin.

Abdul Razak berkata, susulan laporan dibuat mangsa, sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Lipis menahan empat lelaki terbabit termasuk suami mangsa di sebuah rumah seorang daripada suspek di Benta, petang kelmarin.

“Siasatan awal mendapati mangsa mendakwa dilacurkan suaminya sejak awal 2013 di Raub dan wang yang diperoleh secara haram itu digunakan untuk menyara kehidupan termasuk membeli syabu,” katanya.

Katanya, siasatan turut mendapati sebelum ini wanita itu pernah merayu tidak lagi dilacurkan, namun suaminya berang sebelum memukul dan menerajang mangsa tanpa belas kasihan.

Menurutnya, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lipis (HKL), di sini, untuk mendapatkan rawatan, manakala anak perempuannya yang berusia lima tahun kini dijaga ibu mentuanya.

Abdul Razak berkata, polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu dan akan bertemu dengan keluarga mangsa serta mentuanya.
 Dirumah Ini lah Mangsa Dilecurkan Suaminya Sendiri

Menurutnya, pada masa sama, ketika mangsa ‘disajikan’ kepada lima lelaki terbabit suaminya menjadi penonton tanpa menghiraukan rayuan dan belas kasihan wanita itu yang meminta dilepaskan.
Sumber: Metro

Diarahkan Berbogel Sebelum Kemaluannya di Makan Dubuk

Chamangeni Zulu dari Malawi dimasukkan ke Hospital Besar Chipata di Zambia yang terletak berhampiran sempadan Malawi selepas dia membiarkan dubuk itu memakan kemaluannya.

Katanya, seorang bomoh menjanjikan kekayaan jika dia ‘mengorbankan’ anggota badannya.

“Saya juga menemui beberapa orang yang giat dalam perniagaan yang juga memberitahu perkara sama,” katanya kepada akhbar Times of Zambia.

Sehubungan itu, katanya, dia memasuki kawasan semak sekitar jam 4 pagi Isnin lalu.

“Saya diarahkan berbogel. Seekor dubuk datang dan mula makan jari kaki saya sebelum turut memakan kemaluan saya,” katanya.

Menurutnya, bomoh itu tidak memberikan arahan jelas, malah dia juga tidak sangka akan kehilangan anggota badan berkenaan sepenuhnya jika bersetuju melakukannya.

Namun Zulu tidak putus harapan dan masih mengimpi untuk jadi kaya.

“Walaupun kehilangan anggota badan yang penting, saya tetap ingin kaya,” katanya yang bekerja di Zambia sejak empat bulan lalu.

Menurut jurucakap Hospital Chipata, keadaannya stabil selepas dibawa untuk rawatan oleh anggota polis.

Sebelum ini pada 2012, hanya 80 kilometer dari tempat kejadian, seorang lelaki turut diserang dubuk ketika keluar membuang air di tandas yang terletak di luar rumahnya. - Agensi

Klik Untuk Saya k... :)

free counters