New Delhi: Seorang daripada aktres paling popular Bollywood semalam
membuat aduan rasmi kepada polis mendakwa dia dicabul, didera dan
diancam bekas teman lelakinya ketika menyaksikan perlawanan kriket.
Sumber berkata, Preity Zinta menuduh Ness Wadia - pemilik bersama
kelab Kings XI Punjab - melakukan serangan itu selepas mereka bertengkar
ketika menyaksikan perlawanan pasukan berkenaan pada 30 Mei lalu.
Kelab itu yang menyertai Liga Perdana India turut dimiliki Preity.
Sementara itu jurucakap polis Mumbai mengesahkan menerima aduan daripada Preity.
Kata jurucakap itu, Preity mendakwa mereka duduk bersebelahan di Stadium Wankhede di Mumbai apabila tercetus perbalahan.
Ekoran perselisihan pendapat itu Wadia menolak Preity sebelum menghambur kata-kata kesat kepada aktres terbabit.
Sementara itu jurucakap Preity berkata, aktres itu kini berada dalam “waktu sukar.”
“Tujuan saya membuat aduan ini bukan untuk menyusahkan sesiapa, sebaliknya sebagai langkah perlindungan,” katanya.
Sementara itu Wadia berkata, dia terkejut dengan tindakan Preity dan tuduhan berkenaan adalah “palsu semata-mata.” - AFP
Jom Buat Duit
Showing posts with label Preity Zinta. Show all posts
Showing posts with label Preity Zinta. Show all posts
Sunday, 15 June 2014
Friday, 24 May 2013
Preity Zinta belum sedia jadi isteri
Usianya sudah mencecah 38 tahun. Namun sehingga kini aktres jelita,
Preity Zinta masih belum terlintas untuk menamatkan zaman bujangnya.
Menurut Preity, belum tiba masanya untuk dia berkahwin kerana tumpuannya kini masih terhadap karier seninya.
“Siapa yang tak nak berkahwin? Saya juga ingin memiliki keluarga sendiri, tapi bukan dalam masa terdekat ini.
“Banyak perkara yang perlu difikirkan untuk menempuh alam perkahwinan. Lagi pun saya belum bersedia untuk bergelar isteri,” katanya.

Sunday, 28 October 2012
Preity Zinta tidak terdesak berkahwin
USIANYA sudah menjangkau 37 tahun, namun aktres Preity Zinta
seolah-olah tidak kisah soal jodohnya. Dalam satu wawancara baru-baru
ini, dia memberitahu bahawa pernikahan bukan keutamaan hidupnya.
Jelas Preity, dia tidak perlu membuatkan dirinya terkejar-kejar semata-mata mahu menamatkan zaman bujang.
Pelakon filem Kal Ho Naa Ho itu ingin memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya berbanding berkahwin kerana karier lebih penting daripada segala-galanya.
"Saya hanya boleh katakan, tunggu dan lihat (mengenai perkahwinan). Buat masa ini saya ada masa untuk filem sahaja," katanya yang bakal keluar dengan sebuah filem baharu berjudul Ishq In Paris.

Tuesday, 29 May 2012
Preity Zinta cari klon
AKTRES Preity Zinta kini dilaporkan dalam misi pencarian klon seperti dirinya yang mempunyai lesung pipit pada pipi kanan.
Pencarian tersebut dibuat Zinta untuk memenuhi tuntutan karakter dirinya sewaktu kecil bagi filem
perdana miliknya yang berjudul Ishqk In Paris.
"Agensi saya sedang mencari kanak-kanak usia empat hingga tujuh tahun yang mempunyai lesung pipit pada pipi kanan untuk memainkan watak saya sewaktu kecil.
"Hakikatnya, sangat sukar untuk menemui kanak-kanak yang boleh dijadikan klon saya kerana tidak ramai yang mempunyai lesung pipit pada pipi kanan seperti saya," tulis Zinta dalam Twitter peribadinya.
Oleh kerana sukar mencari klon dirinya itu, Zinta turut meminta bantuan daripada para pengikutnya di Twitter.
Dia menulis: "Jika sesiapa ada mengetahui tentang kanak-kanak dengan lesung pipit pada pipi kanan dan boleh berlakon untuk menjadi saya sewaktu zaman kecil, tolong hantarkan gambar mereka ke alamat ishakqinparis.casting@gmail. com. Terima kasih."
Subscribe to:
Posts (Atom)