KUASA apa yang merasuk kumpulan yang pernah tenggelam timbul pada tahun 1990-an dahulu untuk kini kembali mencanak naik dengn beberapa buah lagu mereka semakin kerap diputarkan di corong-corong radio?
Suatu ketika dahulu, kumpulan AXL’s yang bermaksud All Size Xtra Large yang diterajui oleh Elly selaku vokalis, Art-Tar (gitaris), Topix (bass) dan Rix (dram) disifatkan bagai datang dan pergi. Mana tidaknya, ahli kumpulan itu datang bersilih ganti dan yang kekal cuma vokalisnya, Elly.
Sekarang barisan baharu AXL’s terdiri daripada Elly, Rizz (dram), Attar (gitar utama) dan Topek (gitar kedua). Bagaimanapun, AXL’s yang lama kini bagai dihidupkan kembali.
Akulah Kekasihmu dan Andai Dapat Ku Undur Masa kini menjadi lagu-lagu wajib didendangkan sewaktu resepsi persandingan.
Malah, rangkaian lagu-lagu lama AXL’s itu juga kembali mendapat permintaan tinggi di pusat-pusat karaoke.
Sedar atau tidak dengan fenomena yang berlaku itu, Kosmo! bertanyakan sendiri kepada vokalis AXL’s, Elly atau nama sebenarnya Mohd. Suhaili Elas @ Elias, 36, usai persembahannya di Hot FM Big Jam di Dataran Syahbandar, Terengganu, baru-baru ini.
Kosmo!: Lagu-lagu daripada kumpulan AXL’s kembali mendapat tempat di hati pendengar masa kini, anda sedar situasi tersebut?
ELLY: Alhamdulillah, masih ada pendengar dan peminat yang masih menyokong AXL’s walaupun su dah berlainan zaman. Saya tidak hairan kerana ada antara peminat kami berumur seawal usia empat tahun.
Sebagai vokalis kumpulan ini, apa agaknya kekuatan lagu-lagu AXL’s sehingga mendorong sokongan peminat sampai sekarang?
Saya rasa kekuatan yang ada pada lagu dan lirik yang terkedepan pada era kegemilangan AXL’s dahulu. Maknanya, lirik yang ditulis pada zaman itu sesuai pada zaman sekarang.
Saya terharu. Sebelum ini saya diberitahu lagu Andai Dapat Ku Undur Masa merupakan lagu paling kerap diputarkan di radio-radio seluruh Malaysia. Syukur kerana impak AXL’s masih berbisa.
Adakah ada antara lagu-lagu itu diberikan nafas baharu?
Banyak versi sebenarnya, ada antara lagu popular seperti Akulah Kekasihmu dirakam semula sebanyak empat kali.
Adakah AXL’s bakal kembali bersama album baharu?
Kami sedang mengumpulkan material untuk album keempat. Konsep masih sama seperti dahulu. Paling lambat, album itu akan dikeluarkan pada tahun depan.
Bagaimana pula dengan imej yang dibawakan oleh anda sendiri selaku vokalis? Tidak bimbang jika imej berambut panjang akan diharamkan suatu masa nanti?
Imej sebenarnya tidak mencerminkan perilaku. Sejak dahulu lagi inilah imej saya dan saya selesa. Saya tak takut diboikot dan Alhamdulillah industri sekarang lebih bersifat menerima dan terbuka.
No comments:
Post a Comment