Jom Buat Duit

Tuesday 27 March 2012

Usaha Janice Zelyn ( Jzelynn )


BAKAT yang dianugerahkan Tuhan pastinya tidak sesekali disia-siakan apatah lagi minat mendalam di dalam dunia nyanyian sejak berusia 13 tahun. Bagi pendatang baru, Janice Zelyn (Jzelynn) mengakui ia tidak semudah dilihat untuk berjaya kerana pelbagai onak dan duri terpaksa ditempuhi.
Berkat usaha anak kelahiran Sungai Petani, Kedah dan dibesarkan di Pulau Pinang ini sudahpun muncul dengan album kedua berjudul This Is Me yang dilancarkan pada November 2010.


Jzelynn ketika ditemui baru-baru ini menarik nafas lega apabila album keduanya mendapat sambutan agak memberangsangkan dan kini This Is Me memasuki cetakan kedua dan album berkonsepkan pop balada yang diterbitkan oleh Jezzel Creative itu mengandungi tujuh lagu termasuk dua lagu Melayu berjudul Cinta Hati dan Katakan.

Katanya, album ini amat istimewa kerana turut mengandungi empat lagu Inggeris, satu lagu Cina dan sebagai hadiah buat peminat, muzik video This It Me kini boleh dilayari di semua pusat karaoke Redbox di seluruh negara selain berterima kasih kepada peminat kerana terus memberi sokongan

Jzelynn berkata, apa yang lebih membanggakan kini selain mempromosikan album, dia kini sibuk dengan penggambaran muzik video sekitar Pulau Pinang selama lima hari untuk dipasarkan dan akan ditayangkan tidak lama lagi sekitar Mei depan sebagai salah satu produk pelancongan.

“Penggambaran yang lebih kepada pengisian produk pelancongan Pulau Pinang ini diarahkan Mark Bay dan W.L Cheong sebagai Penerbit Eksekutif dengan kerjasama bersama Hideaki Lim selaku pereka fesyen dan Jonnas M selaku jurusolek serta penaja bersama, Hotel Penaga dan Firefly.

“Banyak tempat menarik terpilih termasuk Bukit Bendera, Batu Ferringhi, Tanjung City Marina dan beberapa lagi lokasi pelancongan yang sering menjadi tumpuan pelancong tempatan dan luar negara,” katanya.

Jzelynn berkata, dia turut menerima pelawaan beberapa rakan dari Singapura dan juga Indonesia untuk memasarkan album This Is Me selain membuat persembahan di sana namun semua itu masih di peringkat perbincangan.

“Saya juga turut terbabit dalam bidang pengacaraan untuk stesen dalam talian Star TV dan pastinya sekira–nya ada peluang lain pastinya tidak akan melepaskannya dan mencuba sebaik mungkin,” katanya.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkemba–ngan seni Jzelynn bolehlah melayari laman web jzelynn.com atau laman sosial
Facebook di www.facebook.com / jzelynn simmons.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters