Jom Buat Duit
Tuesday, 27 March 2012
Youtube batas tayangan klip video Madonna
LOS ANGELES: Laman video Youtube membataskan paparan klip video ‘Girl Gone Wild’ nyanyian Madonna kerana menganggap ia terlalu lucah.
Madonna bagaimanapun hanya ketawa ketika mengetahui berita itu.
Album penyanyi itu, MDNA yang akan dilancarkan tidak lama lagi dengan lagu ‘Girl Gone Wild’ menjadi single utama dalam album itu mungkin berdepan masalah untuk dipromosikan jika Youtube membataskan penyiarannya. Ketika diwawancara pelawak Jimmy Fallen yang disiarkan di Facebook, Madonna hanya ketawa apabila ditanya mengenai klip video itu yang ditapis Youtube.
Menurutnya, aksi dalam klip video itu menggambarkan lirik lagu berkenaan.
“Saya perlu menjadi perempuan liar dalam klip video itu. Bagaimana anda boleh dianggap liar jika tidak menari dengan aksi lucah dan menggoda?” katanya.
Youtube sebelum ini membenarkan semua pengguna menonton video itu. Bagaimanapun, laman terbabit kemudian mengehadkan pengguna berusia 18 tahun ke atas yang mempunyai akaun di laman itu saja. - DM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment