Jom Buat Duit

Wednesday 28 March 2012

Chong Wei kembali beraksi


CHONG WEI melahirkan hasrat untuk turun beraksi membantu skuad Malaysia Tiger pada Piala Axiata, Jumaat ini.


JAGUH perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei berkemungkinan akan turun beraksi buat skuad Malaysia Tiger pada pertemuan menentang Indonesia Garuda pada aksi separuh akhir kejohanan badminton Piala Axiata 2012, Jumaat ini.

Bagaimanapun, pemain No. 1 dunia itu menjelaskan yang dia masih perlu menunggu keputusan daripada Persa- tuan Badminton Malaysia (BAM) sama ada membenarkannya beraksi atau sebaliknya.

"Saya mungkin akan beraksi tetapi perlu menunggu keputusan daripada BAM dahulu.
"Sekarang, saya sudah tidak berasa sakit-sakit lagi dan saya juga sudah kembali menjalani latihan penuh hari ini (semalam).

"Namun, saya tidak boleh membuat keputusan terburu-buru kerana bimbang kecederaan saya akan berulang dan saya perlu berhati-hati," kata Chong Wei ketika ditemui pemberita sejurus tamat latihan di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam.

Sebelum ini, Malaysia Tiger terpaksa melupakan khidmat Chong Wei, 30, selepas dia mengalami kecederaan di bahagian bahu kanan ketika beraksi pada perlawanan akhir kejohanan Seluruh England 2012 dua minggu lalu.

Ekoran kecederaan tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr. Ramlan Abd. Aziz memberitahu bahawa pemain itu memerlukan tempoh tiga hingga lima minggu sebelum kembali pulih sepenuhnya.

Begitupun, dengan kenyataan Chong Wei yang mengakui bahawa dia sudah tidak berasa sakit lagi dan telah kembali menjalani latihan sepenuhnya, besar kemungkinan khidmatnya akan digunakan bagi membantu Malaysia Tiger mara ke pentas final Piala Axiata.

Terdahulu, tanpa kelibat Chong Wei yang diketepikan dalam tiga perlawa- nan peringkat kumpulan, Malaysia Tiger hanya mampu bergelar naib juara Kumpulan K.

Lebih malang, skuad senior negara tewas mengejut kepada Indonesia Rajawali yang dilabel sebagai pasukan kedua negara itu pada aksi terakhir Kumpulan K, Ahad lalu.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters