Jom Buat Duit

Wednesday 28 March 2012

Jiran ganas


KOTA KINABALU: Hanya kerana merakam gambar rumah kongsi untuk dibaik pulih, tiga beranak dibelasah jiran menggunakan topi keledar hingga mengakibatkan tangan kiri seorang daripada mereka hampir putus ditetak di ladang kelapa sawit di Kampung Tandek Asin-Asin, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian pertama jam 8 pagi, Mopinshiew Kundihor, 50, dibelasah lima lelaki selepas mereka tidak berpuas hati tindakan mangsa merakam gambar rumah kongsi berkenaan.

Difahamkan, mangsa diarahkan majikan merakam gambar rumah kongsi bagi membolehkan ia dibaik pulih tetapi jiran menyangka ia akan diroboh sebelum nekad menyerang lelaki terbabit menyebabkannya cedera di kepala sebelum membuat laporan polis.
Kejadian itu tidak berakhir di situ apabila kumpulan lelaki terbabit menyerang rumah mangsa lalu mencederakan isteri, Lainah Ajob, 50, dan anak, Zaki Mopinshiew, 19.

Tangan kiri Zaki hampir putus akibat ditetak.

Menurut seorang anak mangsa, Raimah Mopinshiew, 34, dia mengetahui kejadian itu ketika di rumah di Taman Ketiau, Putatan.

“Kumpulan lelaki terbabit cuba menyerang ayah di hospital, tetapi tidak berjaya sebelum menyerang rumah kami dan mencederakan ibu serta adik saya sehingga parah,” katanya ketika ditemui di Hospital Queen Elizabeth II, di sini, semalam.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters