AKTRES seksi Olla Ramlan nekad untuk membuang kesemua tatu yang
terdapat pada seluruh tubuhnya. Dia mengukir semua tatu berkenaan
sewaktu menjadi isteri kepada Alex Tian.
Menurut Olla, keputusan yang dibuat untuk membuang kesemua 23 buah
tatu yang terdapat pada tubuhnya itu setelah melakukan perbincangan
dengan bakal suaminya iaitu Muhammad Aufar Hutapea.
"Saya tahu kesakitan yang bakal dirasai apabila menjalani proses
untuk menghilangkan tatu dengan menggunakan laser.
Namun, saya tetap
dengan keputusan untuk membuang semua tatu itu dan berharap semuanya
berjalan dengan lancar," ujarnya.
Ketika ditemui wartawan sewaktu berlangsungnya acara Panasonic Gobel
Award di Djakarta Theater, Jakarta pada Selasa lalu, Olla memberitahu,
proses membuang tatu berkenaan terpaksa mengambil masa selama dua bulan.
Sementara itu, Aufar yang turut berada di samping Olla pada majlis
tersebut menyatakan dia tidak pernah bercadang untuk mengukir tatu nama
Olla pada tubuhya.
No comments:
Post a Comment