Jom Buat Duit

Wednesday 28 March 2012

Ditolak dari tingkat 4 lepas dirogol


SHARJAH: Seorang wanita berusia 20 tahun dimasukkan ke hospital selepas ditolak dari tingkat empat sebuah bangunan apartmen di sini selepas dirogol pagi semalam.

Akhbar Gulf News melaporkan, mangsa yang juga pembantu rumah warga Habsyah bekerja dengan sebuah keluarga di Emiriah Arab Bersatu memberitahu polis, dia terpaksa melakukan kerja sampingan kerana hanya dibayar gaji 500 dirham (RM416).

Dia meminta seorang rakan warga Bangladesh supaya menghantarnya pulang tetapi lelaki itu membawanya ke rumah suspek dengan alasan untuk mengambil barang. Bagaimanapun, wanita itu diperkosa rakannya sebelum ditolak dari tingkat empat bangunan berkenaan. - GN

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters