Jom Buat Duit

Friday, 29 March 2013

Seorang lelaki bakar dirinya kerana putus cinta

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia yang gagal memenangi cinta seorang rakan sekerja wanitanya yang sudah berkahwin telah bertindak membakar dirinya sendiri di pejabat mereka, menurut polis dan media semalam.

Ketika kejadian, lelaki tersebut, Mochamad Zikra, 30, cuba menarik rakan sekerja wanita itu mendekati dirinya semasa api menyambar tubuhnya.

Jurucakap polis, Rikwanto berkata, Mochamad merupakan seorang pekerja logistik kargo menyimbah dirinya dengan minyak petrol sebelum membakar dirinya pada Rabu lalu.

Media tempatan melaporkan bahawa dia cuba menarik anggota badan wanita yang dicintainya itu, Santi Diosaka Gumelar, yang berusia 26 tahun mendekatinya supaya badan mereka disambar api.
Bagaimanapun, seorang pekerja wanita lain bertindak cuba menghalang Santi daripada turut terbakar bersama Mochamad.

"Kedua-dua wanita itu berjaya melepaskan diri daripada dirangkul Mochamad dan mereka kemudian melarikan diri keluar dari pejabat. Badan kedua-dua wanita tersebut turut melecur," kata Rikwanto.
Mereka kemudian dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan manakala Mochamad kemudian diisytiharkan meninggal dunia.

"Kami mengesyaki ia membabitkan masalah percintaan," kata jurucakap polis itu.
Seorang ketua detektif polis di Jakarta Timur, Entong memberitahu akhbar The Jakarta Globe, Mochamad telah bercinta dengan Santi selama dua tahun.
"Disebabkan telah berkahwin, Santi menolak Mochamad," kata Entong. - AF

Backstreet Boys kembali

KUMPULAN Backstreet Boys satu nama yang cukup gah pada penghujung tahun 90-an dengan 130 juta unit album terjual di seluruh dunia. Tanyalah kepada mana-mana wanita yang membesar pada zaman itu, pastinya mereka cukup mengenali lima jejaka kacak, A.J McLean yang kini telah berusia 35 tahun, Howie Dorough, 39, Brian Littrell, 38, Kevin Richardson, 41, dan anggota termuda mereka, Nick Carter, 33.

Selepas 20 tahun, mereka berlima masih lagi berdiri di pentas menghiburkan peminat tanpa jemu. Bagaimanapun, peningkatan usia jelas kelihatan pada wajah mereka ketika berkunjung ke Malaysia atas undangan persembahan di Konsert Twin Tower @Live 2013 yang berlangsung pada Sabtu lalu.
Empat daripada mereka telah berkahwin dan mempunyai anak dengan pasangan masing-masing, manakala Nick telah bertunang dengan kekasihnya selama empat tahun, Lauren Kitt pada Februari lalu.

"Ya, kehidupan kami telah banyak berubah sepanjang 20 tahun. Kebanyakan daripada kami semuanya telah berkahwin dan mempunyai anak dan tidak lama lagi Nick akan menyertai kami (ketawa).

"Sekarang kehidupan kami lebih stabil dan lengkap. Memang kami seronok bergelar bapa dan menghabiskan masa bersama anak-anak tetapi minat kami pada muzik tidak pernah pudar sehingga ke hari ini. Mungkin sebab itu Backstreet Boys tidak pernah bubar dan terus berada di atas pentas menghiburkan peminat," kata Howie.

Bercakap tentang muzik Backstreet Boys yang telah melalui perubahan seiring dengan peredaran waktu dan penambahan usia anggotanya, Brian mengatakan dia cukup bersyukur kerana Backstreet Boys diterima dan terus diminati selepas 20 tahun.

"Tidak sangka dan sangat bersyukur kerana kami mempunyai peminat yang setia serta sentiasa memberi sokongan di mana sahaja kami berada. Saya akui Backstreet Boys banyak mengalami perubahan bukan sahaja pada kehidupan peribadi sahaja tetapi secara keseluruhannya.

"Muzik kami juga telah berubah ke arah lebih dinamik dan matang sesuai dengan usia kami ketika ini. Namun, semua itu tidak mengubah identiti kumpulan Backstreet Boys, kami tetap sama seperti dahulu cuma komitmen kini lebih besar memandangkan masing-masing sudah berkeluarga," balas Brian.

Disoal bagaimana mereka bersaing dengan kumpulan dan penyanyi baharu yang muncul, balas Howie, mereka tidak perlu bersaing kerana Backstreet Boys mempunyai pengikut yang setia.

"Kami tidak perlu bersaing, sebaliknya kami menyokong penyanyi dan kumpulan generasi baharu. Apa yang penting kami harus sentiasa menghasilkan lagu-lagu berkualiti dan juga persembahan yang terbaik untuk peminat," ujar Howie.

Sungguhpun begitu, akui Nick perasaan berada kembali di atas pentas dan mengadakan persembahan di seluruh dunia cukup mengujakannya.

"Saya rasa seperti kembali ke masa dahulu, di mana kami mengadakan konsert jelajah. Cukup seronok dan bersyukur apabila kami kembali di atas pentas persembahan selepas senyap seketika daripada industri seni.

"Bagaimanapun pada usia kami sekarang, kami harus bekerja lebih kuat untuk mengekalkan stamina di atas pentas," tuturnya yang pernah muncul dengan program realiti House Of Carter bersama adik-beradiknya.

Penyatuan Kevin
Kevin yang merupakan sepupu kepada Brian, sebelum ini pernah mengundurkan diri daripada kumpulan Backstreet Boys pada tahun 2006 selepas 13 tahun bersama untuk memberi fokus kepada keluarga dan kehidupannya.

Namun, pada April 2012, kumpulan Backstreet Boys mengumumkan Kevin telah kembali bersama mereka secara tetap dan akan terlibat dalam pembikinan album terbaharu yang dijangka keluar pada 20 April ini.

"Keputusan untuk keluar daripada Backstreet Boys sangat sukar bagi saya tetapi ketika itu, mengundur diri merupakan keputusan yang terbaik. Hubungan kami tetap rapat meskipun saya tidak bersama mereka.

"Tahun lepas, saya mengambil keputusan untuk kembali bersama Backstreet Boys kerana hati saya mengatakan sudah sampai masanya untuk saya kembali," kata Kevin.
Album terbaharu yang akan muncul pada tahun ini merupakan album pertama mereka rakamkan bersama semua ahli asal selepas album Unbreakable (2007) dan This Is Us (2009) yang dirakamkan tanpa Kevin.

Menurut Brian, meskipun Kevin telah keluar daripada Backstreet Boys, tetapi mereka tidak pernah menghalang andai Kevin ingin kembali semula bersama mereka.
"Selepas Kevin kembali, saya rasakan seperti abang sulung telah kembali ke pangkuan keluarga (ketawa). Adanya Kevin kami lebih stabil dan kuat kerana Kevin merupakan tenaga positif dalam kumpulan ini," ujar Brian yang berkahwin dengan model dan aktres Leighanne Wallace yang ditemui pada pembikinan muzik video lagu As Long As You Love Me.

Tambah Kevin, mereka berlima telah tinggal bersama selama sebulan di London untuk pembikinan album terbaharu dan bekerja bersama penerbit Martin Terfere yang pernah bekerja dengan penyanyi Train dan Jason Mraz.

"Tinggal bersama telah membuatkan kami mengimbas seperti zaman muda. Kami hanya tinggal bersama buat sementara waktu sahaja iaitu sebulan, saya tidak boleh tahan jika tinggal lebih lama bersama mereka kerana mereka akan berperangai gila-gila (ketawa)," ucap Kevin.

Ulang tahun
Tanggal 20 April ini merupakan tarikh keramat buat kumpulan Backstreet Boys apabila mereka akan mengadakan sambutan ulang tahun ke-20 Backstreet Boys dan dalam pada masa yang sama melancarkan album terbaharu mereka.

Majlis ulang tahun itu akan diadakan diadakan di California, Amerika Syarikat bersama peminat. Kemudian pada 22 April kumpulan itu sekali lagi diraikan apabila nama mereka terpahat di Hollywood Walk Of Fame yang menjadi mercu tanda di Hollywood.
"Kami sudah tidak sabar untuk bersama peminat meraikan ulang tahun ke-20 kami. Apa yang pasti sambutannya akan dibuat secara besar-besaran khas buat peminat yang bersama kami selama 20 tahun.

"Kami juga cukup berbangga kerana selepas 20 tahun di dalam industri seni, akhirnya kami diberi penghargaan untuk nama Backstreet Boys berada di Hollywood Walk Of Fame yang menjadi tanda kejayaan kami. Terima kasih kerana terus menyokong kami," ujar A.J.
Selain itu, bermula bulan Mei depan, kumpulan itu akan memulakan siri konsert jelajah ke seluruh dunia dan Malaysia turut tersenarai sebagai destinasi konsert tersebut.

"Kami akan bertemu anda selepas ini di konsert jelajah. Kamu semua peminat yang hebat. Ini hanyalah sebuah konsert pemanas badan sahaja, nantikan konsert yang sebenar tidak lama lagi. Kami sayang anda semua," kata Kevin ketika membuat persembahan di Konsert Twin Tower @Live 2013.
Sumbar

Thursday, 28 March 2013

Korea Utara siap sedia serang Amerika Syarikat & Korea Selatan

PYONGYANG - Korea Utara, semalam didakwa sudah bersiap sedia untuk bertempur dengan mengarahkan unit pelancar roket strategik untuk membuat persediaan bagi melancarkan serangan ke atas tanah besar Amerika Syarikat (AS).

Dipetik Al-Jazeera, Pyongyang turut mengancam untuk menyerang Korea Selatan dan pangkalan tentera AS termasuk di Guam dan Hawaii.

Media melaporkan perintah tertinggi tentera itu dikeluarkan sebagai tindak balas terhadap AS dan Korea Selatan yang mengadakan latihan bersama ketenteraan, awal bulan lalu.

Pengumuman tersebut dibuat sehari selepas Seoul dan Washington menandatangani perjanjian baru berhubung respons bersama terhadap sebarang serangan atau provokasi Pyongyang pada masa hadapan.

Sementara itu, Kementerian Pertahanan Korea Selatan mengesahkan tiada tanda berlaku aktiviti luar biasa di Pyongyang, namun mereka akan terus memantau perkembangan situasi tersebut.

Sebelum ini, Korea Utara pernah mengancam untuk melancarkan serangan balas ke atas AS selepas mendakwa mereka membuat persediaan perang dengan menggunakan pesawat pengebom B-52 yang dikesan terbang di ruang udara negara terbabit.

DUN Negeri Sembilan tamat tempoh hari ini

SEREMBAN - Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan mencatat sejarah apabila menjadi negeri pertama terbubar secara automatik hari ini selepas tempoh penggal lima tahun matang semalam.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tempoh DUN negeri itu tamat pada pukul 12 tengah malam tadi iaitu genap lima tahun persidangan pertama penggal ke-12 berlangsung pada 27 Mac 2008.

"Esok (hari ini) DUN negeri ini akan terbubar dengan sendirinya dan sebuah kerajaan sementara akan wujud secara automatik.

"Buat pertama kali kita sampai ke tahap DUN genap lima tahun kerana kebiasaannya penggal baharu berusia empat tahun atau empat tahun setengah sudah ada pilihan raya umum," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Negeri di sini semalam.
Ujarnya, kali ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil langkah untuk menggenapkan hingga hujung penggal dan ia baik untuk negara.
Sumbar

Friday, 22 March 2013

Jumlah calon SPM dapat semua A meningkat

PUTRAJAYA – Seramai 15,793 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 berjaya memperoleh gred A bagi semua mata pelajaran.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd. Ghafar Mahmud (gambar) berkata, daripada jumlah itu, seramai 13,721 calon adalah yang didaftarkan dengan sekolah di bawah Kementerian Pelajaran.

Menurut beliau, pencapaian itu menunjukkan peningkatan sebanyak 0.16 peratus berbanding tahun lalu apabila seramai 12,970 calon sahaja yang berjaya mendapat keputusan tersebut.

Bagi sekolah bukan di bawah kementerian pula, beliau memberitahu, keputusan agak merosot apabila hanya 2,072 calon berjaya memperoleh pencapaian tersebut berbanding tahun 2011 (2,109 calon).

“Seramai 481 calon iaitu 438 daripada sekolah di bawah kementerian dan 43 bukan kementerian telah berjaya memperoleh gred A+ iaitu Cemerlang Tinggi bagi semua mata pelajaran,” katanya pada majlis Pengumuman Keputusan SPM 2012 di sini semalam.

Seramai 472,541 calon menduduki peperiksaan SPM 2012 dari 5 November hingga 6 Disember tahun lalu.

Mengulas lanjut, Abd. Ghafar memberitahu, berdasarkan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP), prestasi 51 mata pelajaran didapati meningkat, manakala 54 lagi menurun dan tiga pula kekal berbanding tahun sebelumnya.
Sumbar

Sanjay Dutt dihukum penjara 5 tahun

NEW DELHI - Mahkamah Agung India semalam menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap bintang Bollywood, Sanjay Dutt.

Dutt didapati bersalah kerana menyimpan sejumlah senjata api milik kumpulan penjenayah yang terbabit dalam siri serangan bom terburuk di India pada tahun 1993.

Sebelum ini, aktor yang pernah membintangi filem Khalnayak itu pernah menjalani hukuman penjara selama 18 bulan.

"Dia akan menjalani hukuman penjara selama tiga tahun dan enam bulan lagi. Kami akan menunggu salinan penghakiman mahkamah dan kemudian memutuskan tindakan yang selanjutnya," kata peguam Dutt, Satish Maneshinde.

Pada tahun 2007, Dutt dibebaskan daripada terlibat dalam satu siri serangan bom itu.
Bagaimanapun, dia didapati bersalah kerana memiliki sepucuk raifal AK-56 dan pistol.
Aktor yang berusia 53 tahun itu kini menjalani pengambaran filem terbaharunya, Policegiri.
Dutt yang merupakan anak pasangan legenda Bollywood, Sunil dan Nargis Dutt berkahwin dengan kekasih lamanya, Manyata pada Februari 2008.

Dia dikurniakan anak kembar dan seorang anak perempuan, Trishala daripada perkahwinan pertamanya.

Pelakon itu tidak berada di mahkamah ketika keputusan tersebut diumumkan.
Adik Dutt, Priya yang merupakan seorang ahli parlimen kecewa dengan keputusan itu.
Priya enggan bercakap dengan pemberita selepas dia keluar dari mahkamah. - Agensi

Pengganas amal ilmu hitam, mayat cepat reput

LAHAD DATU, Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, tetapi berdasarkan tanda-tanda yang ditemui pada mayat pengganas itu, mereka menggunakan ilmu kebatinan yang berunsur syirik.
Antara benda-benda berunsur syirik yang ditemui pada mayat pengganas ialah tangkal yang mereka percayai boleh menjadikan anggota militan kebal dan takwim bagi meramal hari yang sesuai untuk menyerang pasukan keselamatan. 

Menurut sumber pasukan keselamatan, terdapat pengganas yang mati ditembak memakai tangkal dan mempunyai tatu ayat al-Quran di badan. 

"Mereka mungkin kebal dengan peluru tetapi tidak setiap masa. Malah jika kulit mereka tidak lut namun letupan mortar mampu membunuh mereka," katanya. 
Beliau berkata ada satu mayat pengganas yang mempunyai kesan hitam dipercayai kesan peluru namun kemungkinan kematian pengganas itu disebabkan luka dalaman akibat bunyi dan letupan mortar.

"Peliknya pengamal ilmu batin ini, mayat pengganas cepat busuk dan dihurungi ulat dalam tempoh sejam. Jika manusia biasa ulat akan hurungi mayat itu jika dibiarkan lebih dari dua atau tiga hari," katanya. 

Pegawai Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) Sabah Mej Anuar Mat Zin berkata Islam melarang menggunakan ilmu kebatinan yang boleh menyekutukan Allah dalam menegakkan sesuatu perjuangan kerana ia lari daripada landasan agama. 
Beliau berkata perbuatan itu boleh merosakkan akidah sekaligus menjadikan perjuangan mereka adalah perbuatan sia-sia. 

"Perbuatan memuja sesuatu ilmu seperti untuk kebal adalah salah di sisi Islam, Islam tidak menerima perjuangan seperti itu biar apapun niat dan matlamatnya," katanya yang turut terlibat dalam Operasi Daulat dalam membanteras kumpulan pengganas itu. 
Beliau berkata soal ajal dan maut adalah di tangan Allah dan tiada siapa atau kuasa yang dapat mengubahnya.

Pengganas yang didakwa menggunakan ilmu batin untuk kebal turut memakai tangkal dan kad meramal hari, iaitu ilmu Kutika yang dipelajari daripada buku Tajul Muluk dan perkara itu disahkan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar. 
"Itu mungkin kepercayaan mereka," katanya selepas ditemui pemberita di markas operasi Felda Sahabat 16, dekat sini semalam. 

Anggota Parlimen Silam Salleh Kalbi pula menyifatkan amalan kebatinan pengganas tidak melambangkan mereka seorang pejuang jihad seperti yang cuba digembar-gemburkan pihak tertentu di negara ini. 

"Menurut Islam adalah haram bagi mana-mana pihak yang ingin mengganggu-gugat negara yang berdaulat, iaitu pemimpinnya dipilih oleh rakyat dengan kerelaan hati mereka.
"Tetapi ia dibenarkan jika kedaulatan negara terancam seperti Palestin kerana ia demi mempertahankan kedaulatan negara itu yang telah dirampas," katanya yang menyifatkan pengorbanan pasukan keselamatan adalah satu jihad kerana mempertahankan negara berdaulat.
Bernama

Thursday, 21 March 2013

Seorang penceroboh ditembak mati, wanita ditahan dalam operasi Daulat

LAHAD DATU, Pasukan keselamatan menembak mati seorang pengganas ketika operasi penggeledahan di Kampung Tanjung Batu pada kira-kira 1.30 tengah hari semalam, menjadikan jumlah keseluruhan yang maut 63 orang. 

Seorang militan wanita berusia lewat 40-an serta tidak bersenjata turut ditahan dalam operasi itu. Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kejadian itu susulan daripada pertempuran yang tercetus pada 11.30 pagi yang menyebabkan seorang anggota tentera cedera di jari kiri akibat terkena serpihan peluru. 

"Susulan itu, pasukan keselamatan terus menjejaki musuh dan berlaku pertempuran di mana pasukan kita telah membunuh seorang daripada mereka serta menahan seorang wanita. 
"Anggota tentera yang tercedera dibawa ke hospital berdekatan dan selepas pembedahan, keadaannya stabil," katanya pada sidang akhbar bersama Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Berhubung kemungkinan penduduk Kampung Tanduo boleh kembali ke kediaman masing-masing, Zulkifeli berkata pasukan penilaian terdiri daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN), Majlis Daerah Lahad Datu dan Ibu Pejabat Polis Lahad Datu akan digerakkan ke kampung itu selewat-lewatnya esok bagi melakukan penilaian keseluruhan sebelum penduduk dibenar pulang. 

Beliau berkata kelewatan membenarkan penduduk pulang ke rumah ialah bagi memastikan kewasan kampung itu yang di kelilingi paya, hutan dan semak samun, benar-benar selamat daripada ancaman selepas ia menjadi sasaran utama militan selain berlaku banyak pertempuran di situ sebelum ini. 

"Dari segi kerosakan fizikal agak mudah untuk dinilai tetapi dalam aspek keselamatan kami perlu pastikan keadaan benar-benar bersih dan selamat sebelum penduduk dibenar kembali ke kediaman mereka," katanya dan memberitahu bahawa hanya terdapat 12 rumah penduduk di kampung itu. 
Dalam perkembangan berkaitan, Zulkifeli turut menafikan dakwaan bahawa sekumpulan lelaki dari Sabah akan dihantar ke Filipina untuk membunuh Kiram, dan berkata dakwaan itu tidak berasas dan mengarut. 

Sementara itu, Khalid ketika ditanya sama ada pihak berkuasa mempunyai bukti sehingga lapan militan didakwa di mahkamah berkata: "Sudah tentu, tapi kita tidak boleh dedahkan dan jika tiada bukti bagaimana kita boleh mendakwa mereka.

Beliau berkata mana-mana pihak yang cuba mempertikai tindakan itu perlu menunggu sehingga perbicaraan dan sekiranya mempunyai sebarang persoalan ia boleh dirujuk kepada Wisma Putra. 
Lapan rakyat Filipina hari ini didakwa di Mahkamah Tinggi di Tawau dan dua daripadanya bakal berdepan hukuman mati kerana dituduh melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan menjadi anggota kumpulan pengganas. 

Empat lagi didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas manakala dua yang lain didakwa cuba melindungi sekumpulan pengganas. Kesemua mereka ialah antara 108 individu yang disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012.

Berhubung statistik terkini pencerobohan, Khalid berkata 30 mayat militan berjaya dikeluarkan dan selesai dibedah siasat, namun sehingga kini tiada pihak tampil menuntut mayat-mayat itu.
Jumlah tangkapan di bawah SOSMA kekal 108 orang, manakala 268 individu ditahan mengikut lain-lain akta setakat ini, katanya.  BERNAMA

Tentera Malaysia didakwa mahu bunuh Jamalul Kiram


MANILA - Tentera Malaysia didakwa merancang untuk membunuh pemimpin pengganas Sulu, Jamalul Kiram III dan para pengikutnya, lapor akhbar Philippine Daily Inquirer semalam.


Seorang anak perempuan kepada Jamalul Kiram, Jacel Kiram berkata, seorang peguam, Mario Lozada telah berjumpa dengan seorang lelaki bernama Sunny Ng yang dipercayai sebagai pegawai tentera Malaysia berpangkat kolonel di restoran Genting Palace di kompleks kasino Resorts World, bandar Pasay pada Isnin lalu.

Menurutnya, pertemuan itu diatur oleh seorang ahli perniagaan Malaysia bernama Kenneth Lee yang mempunyai kaitan dengan sebuah firma Malaysia, tempat Lozada bekerja sebagai penasihat undang-undang.

"Mereka membayangkan kepada Lozada bahawa kedatangan ke sini adalah untuk membunuh Jamalul Kiram dan para pengikutnya (termasuk penasihat Jamalul Kiram, Pastor Boy Saycon)," dakwa Jacel pada satu sidang media di kediamannya di bandar Taguig.

Jacel berkata, Biro Siasatan Kebangsaan dan beberapa pegawai tentera Filipina memberi komitmen untuk menyiasat dakwaan untuk membunuh Jamalul Kiram.
"Malaysia berani untuk bertindak radikal kerana kenyataan Presiden Filipina, Benigno Aquino III yang pro-Malaysia," katanya.

Kelmarin, jurucakap Jamalul Kiram, Abraham Idjirani mendakwa Ng dan empat orang 'komando' telah tiba di negara ini.

Menurutnya, mereka mahu membunuh Jamalul Kiram dan para pengikutnya.
Idjirani turut mendakwa Ng mengupah tiga anggota Tentera Rakyat Baharu untuk melakukan misi tersebut.

Sebelum ini Jacel pernah menipu dengan menunjukkan sekeping gambar palsu yang didakwanya sebagai anggota keselamatan Malaysia yang mati selepas bertempur dengan pengikut bapanya.
Menurut akhbar dalam talian GMA News, gambar itu sebelum ini telah diterbitkan di muka hadapan akhbar Philippine Star.

Selepas dimaklumkan oleh beberapa orang pembaca, pihak GMA News kemudian turut mengesahkan imej tersebut sebenarnya palsu.
Gambar itu merupakan askar-askar Thailand yang terkorban pada tahun 2007 yang disiarkan di internet.

Sementara itu,Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin ketika dihubungi Kosmo! menerusi kiriman sistem pesanan ringkas (SMS) menyifatkan tuduhan terbaharu itu sebagai mengarut.
Baca Kat Sini...

Rakyat Filipina berhadapan hukuman mati


KUALA LUMPUR, Lapan rakyat Filipina bakal berhadapan hukuman mati setelah didakwa terhadap pertuduhan melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong.
 
Mereka yang berusia dalam lingkungan 17 hingga 66 tahun itu ialaha antara 108 individu dari selatan Filipina yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) ekoran insiden pencerobohan di Lahad Datu sejak 12 Feb lepas. 
 
Mereka didakwa mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan kerana melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong yang membawa hukuman mati dan Seksyen 130KA kanun sama iaitu menjadi ahli dalam kumpulan pengganas yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan boleh didenda jika sabit kesalahan.
Bernama

Wednesday, 20 March 2013

Pengganas wanita tawan rumah


PEMANDANGAN di sekitar Kampung Tanjung Labian dan Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu yang menjadi tempat pengganas Sulu berkubu sekarang. Kedua-dua kampung tersebut berlatarbelakangkan Laut Sulu yang memisahkan Sabah dengan selatan Filipina.


LAHAD DATU - Seorang penduduk Kampung Tanjung Batu dekat sini melalui saat genting dan menakutkan selama 28 jam apabila dijadikan tebusan selepas rumahnya ditawan 22 pengganas Sulu termasuk dua wanita bersenjatakan senjata api dan parang pada 4 Mac lalu.

Peristiwa mendebarkan yang menentukan hidup atau mati Hamzah Arsan 52, itu berlaku pada pukul 8 pagi apabila dua pengganas wanita memasuki rumahnya ketika insiden pencerobohan di sini yang bermula pada 12 Februari lalu sampai ke kemuncaknya.

Ini kerana, beberapa hari sebelum itu, seramai lapan anggota pasukan keselamatan terkorban dalam pertempuran dengan penceroboh di Kampung Tanduo di sini dan Kampung Srijaya, Semporna manakala musuh yang mati pula seramai 18 orang.

Difahamkan, pengganas wanita itu digambarkan sebagai berbadan sederhana, kusut masai, kelaparan, sentiasa menundukkan muka dan hanya bercakap untuk meminta makanan. Mereka menggunakan bahasa Suluk.

Menceritakan semula kejadian itu, Hamzah berkata, sebaik sampai, dua pengganas wanita bersenjatakan parang tersebut terus naik ke rumahnya mengatakan mereka mahu tidur.
Sumber

Jamalul Kiram dakwa ada pihak mahu bunuhnya

MANILA - Satu pasukan asing didakwa tiba di negara ini untuk membunuh pemimpin puak pengganas Sulu, Jamalul Kiram III, kata jurucakapnya, Abraham Idjirani.
Menurut akhbar Philippine Daily Inquirer semalam, skuad itu juga didakwa akan membunuh penasihat Jamalul Kiram Pastor 'Boy' Saycon.

Pada satu sidang media semalam, Idjirani mendedahkan, seorang kolonel tentera asing bersama empat komando dan tiga pembunuh upahan tempatan didakwa akan membunuh Jamalul Kiram dan para pengikutnya.

Idjirani meminta pihak Biro Siasatan Kebangsaan dan polis tentera Filipina untuk menyiasat maklumat perisikan masing-masing bahawa skuad bunuh itu kini tinggal di Hotel Maxim di bandar Pasay.

Idjirani berkata, seorang peguam yang dikatakan didekati anggota-anggota skuad berkenaan telah memberitahu Saycon mengenai plot tersebut.

Para pengikut Jamalul Kiram sebelum ini menceroboh Lahad Datu, Sabah untuk menuntut tanah nenek moyang Kesultanan Sulu pada 12 Februari lalu.
Pertempuran kemudian berlaku melibatkan para pengikut itu dengan anggota-anggota keselamatan Malaysia yang melibatkan sejumlah kematian. - Agensi

Monday, 18 March 2013

Ebi Kornelis selesa di Sabah

SEJURUS namanya diumumkan sebagai naib juara pertandingan rancangan realiti televisyen Akademi Fantasia musim kelima (AF5) beberapa tahun lalu, nama Ebi Kornelis seperti tenggelam timbul.

Mujurlah kontroversi kisah cintanya dengan juara program sama, Mila Jirin menjadi bahan bualan peminat. Sekurang-kurangnya ada bahan untuk nama penyanyi itu terus diingati.
Namun, setelah cerita-cerita mengenai percintaan mereka semakin lenyap, nama Ebi juga semakin luput daripada liputan media.

"Saya tidak pernah hilang pun dalam dunia hiburan ini. Cuma tidak ada publisiti media kerana saya lebih memberi tumpuan kepada penglibatan dalam industri seni di negeri kelahiran saya (Sabah).
"Di sana pun industrinya serancak di Semenanjung. Mungkin rezeki saya di sana," tutur Ebi ketika hadir pada sesi fotografi bersama Sensasi Bintang di Studio Utusan, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Pemilik nama penuh Firdaus Yaimal itu mengakui bahawa rezekinya dalam dunia hiburan semakin bertambah apabila mengambil keputusan pulang ke kampung halaman di Kota Kinabalu, Sabah.
Selain banyak berlakon dalam naskhah-naskhah drama dan telemovie di Negeri di Bawah Bayu itu, Ebi kini bergelar Pengarah Kreatif di bawah syarikat penerbitan miliknya, Empayar Bayu (M) Sdn. Bhd.

"Saya sedang menerbitkan sebuah telemovie berjudul Aboi yang akan ditayangkan di saluran tempatan Sabah selain dalam perancangan untuk beberapa judul yang lain.
"Beberapa filem juga telah saya terbitkan. Cuma masih menunggu masa untuk ditayangkan," katanya yang banyak merakamkan lagu-lagu dalam bahasa tempatan seperti Dulu Sayang Suka dan Sayang Sabah.

Dalam perkembangan sama, Ebi kini kembali ke Semenanjung dalam usahanya mengembalikan ingatan peminat terhadap peserta rancangan realiti televisyen Mania itu. Ebi kini muncul dengan sebuah single baharu ciptaan komposer Kuncidemak.

"Saya sekarang dalam proses mempromosikan single berjudul Takdir & Masa yang dikeluarkan dalam masa terdekat. Lagu itu benar-benar mewakili suara hati saya sepanjang bergelar anak seni.
"Lagu itu juga ada kaitan tentang hubungan saya dengan Mila yang pada suatu ketika dahulu pernah bercinta dan masih bersahabat biarpun sudah tidak bersama. Ia adalah tentang takdir dan masa yang telah saya lalui," kata jejaka berumur 30 tahun itu.

Sibuk dengan pelbagai urusan di belakang tabir termasuk aktif menerusi Kelab Artis 1Malaysia Sabah (KA1MS) memaksa Ebi mengenepikan seketika hal berkaitan jodoh.
Katanya, dia tidak mahu membiarkan hal remeh-temeh yang melibatkan percintaan menjadi penghalang untuk dia berjaya terlebih dulu.

"Selepas hubungan saya dengan Mila putus, saya ada mengenali seorang gadis biasa. Namun hubungan kami tidak lama kerana dia sukar memahami kerjaya saya. Kini saya lebih selesa solo dan memberi tumpuan kepada karier yang saya anggap baharu bermula," luah Ebi jujur.

Jurucakap Kiram nafi Raja Muda Azzimuddie Kiram larikan diri

MANILA - Jurucakap Jamalul Kiram III semalam menafikan bahawa Raja Muda Azzimuddie Kiram telah melarikan diri ke tanah airnya, Filipina.
Pada bulan lalu, Azzimuddie mengetuai lebih 200 pengganas menceroboh Sabah di Malaysia untuk menuntut negeri berkenaan.

Pengganas-pengganas Jamalul Kiram telah bertempur dengan pasukan keselamatan di Sabah kerana mendakwa negeri itu milik Kesultanan Sulu berdasarkan faktor sejarah.

Kumpulan tersebut membina sebuah kem di Sabah pada 12 Februari lalu untuk melaksanakan tuntutan mereka sekali gus mencetuskan isu diplomatik dan keselamatan kepada Manila dan Kuala Lumpur.

Konfrontasi itu meletus menjadi pertempuran dengan pasukan keselamatan Malaysia pada 1 Mac lalu.

Beberapa laporan dari Malaysia memetik panglima angkatan tentera negara itu, Tan Sri Jeneral Zulkifeli Mohd Zin sebagai berkata bahawa Azzimuddie telah meninggalkan pengikutnya dan melarikan diri ke Filipina.

Ketua Polis Malaysia, Tan Sri Ismail Omar memberitahu wartawan Malaysia bahawa laporan yang diterima menunjukkan raja muda itu tidak lagi bersama kumpulannya di Sabah.
Namun, jurucakap Jamalul Kiram, Abraham Idjirani menafikan kedua-dua laporan tersebut.
Dalam satu jawapan bertulis kepada agensi berita dpa, dia berkata: "Itu tidak benar. Dia (Azzimuddie) masih berada di Sabah."

Dalam pada itu, polis di Tawi-Tawi iaitu pulau di wilayah Mindanao yang paling dekat dengan Sabah masih mencari tanda-tanda bahawa Azzimuddie mungkin melarikan diri ke sana. - dpa

Dahsyatnya - 330 juta pengguguran di China

BEIJING - Hampir 330 juta pengguguran telah dilakukan di China dalam tempoh 40 tahun lalu sejak ia melaksanakan langkah mengekang pertambahan penduduk, menurut perangkaan rasmi negara.
China merupakan negara berpenduduk paling ramai di dunia.

Data di laman web kementerian kesihatan awal tahun ini menunjukkan dari tahun 1971 hingga 2010, sejumlah 328.9 juta pengguguran dilakukan di China yang mempunyai 1.35 bilion penduduk.
Beijing menyatakan bahawa dasar satu anak yang diperkenalkan pada awal tahun 1980-an berjaya mengekang masalah penduduk berlebihan di samping melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara.
Dasar tersebut bagaimanapun mengecualikan sebahagian keluarga di pedalaman, etnik minoriti dan pasangan yang masing-masing merupakan anak tunggal.

Namun, gesaan agar dasar itu dihapuskan semakin meningkat ekoran tenaga kerja yang berkurangan dan peningkatan bilangan warga emas di China.

Sebelum ini, beberapa pertubuhan hak asasi manusia mengkritik tindakan keras pemerintah dalam melaksanakan dasar satu anak satu keluarga tersebut.

Di bawah dasar itu, keluarga di bandar dibenarkan memiliki cuma seorang anak manakala keluarga di pedalaman dibenarkan mempunyai anak kedua jika anak sulong mereka ialah perempuan.
Mereka yang melanggar peraturan tersebut perlu membayar sejumlah denda. - AFP

Saturday, 16 March 2013

Zizan mahu kahwin tahun depan


IBU Zizan mengakui akan menerima sesiapa sahaja gadis yang menjadi pilihan anak kesayangannya ini untuk dijadikan isteri. 
 

SETAKAT ini pencapaian pelakon dan pelawak Mohd. Razizan Abdul Razak atau Zizan dalam bidang seni cukup membanggakan dengan pelbagai rentetan kejayaan yang telah diraihnya.
Bakal mencecah usia 29 tahun pada 15 April ini, pastinya ramai peminat yang tertanya-tanya bilakah artis kegemaran mereka ini bakal menamatkan zaman bujang setelah pernah digosipkan dengan beberapa artis seperti Juliana Evans dan Nora Danish.

Ikuti temu bual bersama Zizan yang ditemui pada majlis bertemu peminat yang diadakan Shah Alam, Selangor baru-baru ini. Seorang wanita yang sungguh istimewa di hati Zizan menemaninya pada majlis tersebut – tidak lain dan tidak bukan ibunya, Anai Ibrahim.

Kosmo!: Tidak lama lagi usia Zizan sudah menjangkau 29 tahun. Adakah anda tidak pernah terfikir mahu mendirikan rumah tangga?
ZIZAN: Bukan tidak pernah terfikir ke arah itu, cuma buat masa ini saya lebih selesa untuk menumpukan sepenuh masa kepada kerjaya. Apatah lagi dengan jadual yang agak padat membuatkan saya kurang mengambil berat tentang perkahwinan.

Adakah Zizan meletakkan sebarang sasaran untuk berkahwin dalam tempoh tertentu?
Secara terus terang saya mahu berkahwin pada tahun hadapan apabila usia saya menjangkau 30 tahun. Bagaimanapun, sehingga kini saya masih belum jumpa gadis yang sesuai untuk menjadi teman hidup saya.

Adakah Zizan meletakkan sebarang kriteria tertentu untuk memilih calon isteri?
Biarpun saya pernah digosipkan bercinta dengan beberapa pelakon cantik, tidak semestinya kecantikan menjadi pilihan utama saya memilih seseorang gadis sebagai isteri.
Saya tidak kisah sangat tentang paras rupa kerana kriteria yang paling penting adalah keserasian. Selain itu, gadis berkenaan perlu menghormati keluarga dan memahami kerjaya saya.

Apakah perkembangan kerjaya terbaharu Zizan?
Buat masa ini, saya sedang menjalani penggambaran filem aksi komedi arahan Syafiq Yusof berjudul, Abang Long Fadil bergandingan dengan pelakon hebat seperti Aaron Aziz dan Soffi Jikan.
KOSMO! juga tidak ketinggalan menemubual ibu Zizan. Berikut sedutan temu ramah bersamanya.
Kosmo!: Bagaimanakah dengan harapan puan setelah melihat kejayaan Zizan sekarang?
ANAI: Sebagai ibu, sudah tentu saya sangat gembira dan berbangga dengan kejayaannya. Sebelum ini saya memang tidak menjangka sama sekali dia akan bergelar seorang artis.
Dengan kejayaannya itu, kini saya cuma amat berharap agar dia segera mendirikan rumah tangga. Tentang calon isteri pula saya serah semua kepada Zizan dan saya akan bersetuju dengan sesiapa sahaja pilihannya.

Adakah puan pernah mendesak Zizan supaya dia cepat-cepat berkahwin?
Saya tidaklah terlalu mendesaknya sangat, cuma saya ada bertanya bila lagi dia mahu berkahwin. Namun begitu, dia cuma menjelaskan mahu memberi tumpuan kepada kerjaya terlebih dulu.
Apakah pandangan puan terhadap hubungan Zizan dan Juliana Evans?
Setahu saya mereka berdua tidak lebih daripada teman biasa, malah Zizan menyatakan bahawa Juliana merupakan seorang teman yang baik.
Sumber

Daging babi ditemui dalam sosej ayam halal

 Sekadar Gambar Hiasan

LONDON - Sejumlah daging babi ditemui dalam sosej ayam halal yang dihidangkan di sebuah sekolah rendah di bandar raya ini, kata pihak berkuasa pentadbiran tempatan kelmarin.
Daging babi itu dikesan di Sekolah Rendah Bryanston Square selepas Majlis Perbandaran Westminster melakukan ujian ke atas produk daging di sekolah susulan skandal penipuan label daging kuda di Eropah.

Menurut seorang jurucakap Majlis Perbandaran Westminster, beberapa pegawai majlis itu mengambil tujuh sampel dari tiga buah sekolah bermula 25 Februari lalu untuk menguji kehadiran asid deoksiribonukleik (DNA) lembu, biri-biri, babi, ayam, ayam belanda, kambing dan kuda.
Kata jurucakap berkenaan, pihaknya memberikan kontrak membekalkan makanan ke sekitar 40 buah sekolah di Westminster kepada firma Chartwells.

Firma tempatan itu merupakan anak syarikat Compass Group. Jelasnya, tiada daging kuda ditemui dalam semua sampel itu.

Susulan penemuan itu, majlis itu telah menamatkan kontrak firma tersebut dan menghentikan bekalan daging sehingga isu berkenaan selesai. - Reuters

Friday, 15 March 2013

Tentera Filipina tempatkan 34 kapal untuk bantu pelarian dari Sabah


GAMBAR fail menunjukkan penduduk Filipina tiba di Jolo dari Sabah bagi melarikan diri daripada pertempuran antara kumpulan pengganas Sulu dengan anggota keselamatan Malaysia baru-baru ini.


MANILA - Tentera Laut Filipina menyatakan ia telah menempatkan sebanyak 34 unit kapal di sepanjang sempadan perairan negara ini bagi membantu pelarian dari Sabah untuk kembali ke sini, lapor portal berita Philstar.com. semalam.

Ia juga memberi jaminan tidak akan ada pengikut pemimpin puak pengganas Sulu, Jamalul Kiram III boleh melepasi sekatan itu untuk ke Sabah.
"Kita mempunyai kapal yang mencukupi untuk mengawal sempadan perairan negara," kata jurucakap

Katanya, pasukannya masih berkemampuan untuk mengesan dan mencegah sebarang pencerobohan.
Kelmarin dua buah bot yang membawa seramai 36 orang yang merupakan saki-baki pengganas Sulu di Sabah berjaya dipintas kapal peronda milik negara ini.
Ketika pemeriksaan pihak tentera laut menemui sejumlah senjata api termasuk senapang patah dan raifal M16. - Agensi

36 pengikut Azzimuddie akan didakwa di Filipina


ANGGOTA polis Filipina cuba menghalang seorang penunjuk perasaan yang mendesak pasukan keselamatan Malaysia menghentikan operasi ke atas pengganas Sulu daripada mendekati pagar Kedutaan Malaysia di Manila semalam. 
 

MANILA - Seramai 36 orang pengikut ketua gerombolan pengganas Sulu di Sabah, Azzimuddie Kiram yang ditahan oleh Tentera Laut Filipina selepas melarikan diri dari Sabah pada pagi kelmarin akan didakwa kerana memiliki senjata haram, kata Setiausaha Kehakiman Leila de Lima semalam.
Menurut laporan akhbar Philippine Daily Inquirer, De Lima berkata, 35 orang lelaki dan seorang wanita yang mendakwa sebagai anggota Tentera Kesultanan Sulu itu akan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan tersebut.

"Mereka boleh dikenakan tuduhan kerana memiliki senjata api dan senjata berbahaya," kata De Lima pada satu sidang media di Istana Malacanang.

Ketika mengulas kritikan yang mendakwa pemerintah bertindak menfailkan pertuduhan terhadap para pengikut itu dengan cepat berbanding membantah layanan tidak berperikemanusiaan oleh Malaysia terhadap warga Filipina, de Lima berkata: "Kumpulan itu telah melakukan tindakan menyalahi undang-undang dan perbuatan jenayah menyebabkan kita tidak boleh mengetepikan mereka."

Kelmarin, dua buah bot peronda Tentera Laut Filipina berjaya memintas dua bot yang membawa 36 pengikut Azzimuddie termasuk seorang wanita yang memasuki perairan Filipina dari Sabah.
Ketika pemeriksaan, kedua-dua bot itu didapati membawa sejumlah senjata api termasuk M16 dan senapang patah.

Salah seorang penumpang turut dilaporkan cedera.
De Lima berkata, semua penumpang memperkenalkan diri mereka sebagai Tentera Kesultanan Sulu.
Bot peronda tentera laut Filipina memintas sebuah bot yang membawa 18 orang penumpang termasuk seorang wanita di perairan Pulau Omapoy kira-kira pukul 6.35 pagi.
Kira-kira sejam selepas itu sebuah bot lagi yang membawa 18 penumpang dipintas di perairan Pulau Andulingan.

Mereka melarikan diri dari Sabah selepas berlaku pertempuran antara pasukan keselamatan dengan para pengikut Azzimuddie yang merupakan adik Jamalul Kiram III.
Pertempuran itu berlaku selepas para pengganas Sulu tersebut menceroboh Sabah pada 12 Februari lalu dengan alasan untuk menuntut tanah nenek moyang Kesultanan Sulu.
Namun, Azzimuddie bukan antara yang ditahan.
Menurut De Lima, beliau tidak tahu sama ada pegawai penyiasat memperoleh sebarang maklumat mengenai kedudukan Azzimuddie.

"Daripada semua petunjuk itu, mereka kemungkinan adalah saki-baki pengikut ke Sabah dan selepas diserang pasukan keselamatan Malaysia mereka pulang ke sini," katanya.
Kesemua mereka kini ditempatkan di sebuah kem tentera laut di bandar Panglima Sugala di Tawi-Tawi dan disoal siasat oleh para pegawai Biro Siasatan Kebangsaan dan polis. - Agensi

Thursday, 14 March 2013

Anak bos F1 bergambar bogel untuk majalah Playboy

LONDON - Seorang anak perempuan bos perlumbaan kereta Formula Satu (F1) Bernie Ecclestone telah bergambar bogel untuk majalah bogel Playboy, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Pewaris aset berbilion-bilion dolar milik Ecclestone itu menjadi penghias muka depan majalah tersebut untuk edisi Mei depan.

Gambar bogel Tamara bakal menghiasi lapan halaman majalah milik Hugh Hefner, 86 itu.
Tamara pernah berbogel untuk kempen sebuah pertubuhan pembela hak-hak haiwan pada tahun 2008 ketika dia berusia 24 tahun.

Berita tersebut didedahkan selepas selebriti berusia 28 tahun itu bertunang dengan seorang broker saham, Jay Rutland, 31. - Agensi

Wednesday, 13 March 2013

Seorang tentera dan 3 pengganas terbunuh

 
Ahmad Hurairah Bin Ismail berasal dari Kelantan. Al fatihah buat wira negara ini

Lahad Datu: Seorang anggota pasukan tentera terkorban dan tiga penceroboh militan terbunuh dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, dekat Tanjung Batu di sini hari ini.

Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata pertempuran antara pasukan keselamatan dan kumpulan militan itu berlaku pada 10.45 pagi.

"Seorang anggota keselamatan gugur," katanya. Zulkifeli berkata pasukan keselamatan diserang hendap oleh kumpulan pengganas itu pada 7.45 pagi dan selepas itu mereka melarikan diri sebelum dijejaki pasukan keselamatan dan berlaku pertempuran.

Sehingga kini sembilan anggota keselamatan terkorban dalam insiden pencerobohan itu manakala 57 penceroboh militan ditembak mati.

Tuesday, 12 March 2013

Anak sanggup bunuh bapa sendiri


ANGGOTA polis mengangkat mayat Madang Sengkala yang dibunuh oleh anak bongsunya di Rumah Panjang Sabang, Sungai Suai, Miri semalam.


MIRI – Hanya kerana memarahi menantu perempuannya tidak memasak, seorang lelaki maut akibat kepalanya dihentak ke dinding berulang kali oleh anaknya sendiri di Rumah Panjang Sabang, Sungai Sawai, Suai dekat sini semalam.

Dalam kejadian pukul 1 petang itu, mangsa, Madang Sengkala, 52, dikatakan bertengkar dengan anak bongsunya setelah menegur menantunya yang tidak menyediakan hidangan tengah hari.
Menurut anak sulung mangsa yang enggan dikenali, pada kejadian itu, bapanya turut dicekik sebelum adiknya berusia 26 tahun itu bertindak ganas menghentak kepala mangsa berkali-kali ke dinding tanpa belas kasihan.

Katanya, dia cuba menghalang perbuatan adiknya itu tetapi tidak berjaya.
Ujarnya, selepas itu bapanya tidak sedarkan diri.
“Beranggapan bapa hanya pengsan, saya membiarkan dia terbaring.
“Lebih kurang enam jam kemudian, selepas mendapati bapa masih tidak sedarkan diri, saya memeriksa keadaannya dan mendapati dia telah meninggal dunia pada pukul 7.30 malam.
“Selepas itu, saya dan penduduk kampung melaporkan kejadian tersebut kepada polis,” katanya semalam. BM

Kampung Tanduo disah selamat

LAHAD DATU - Pasukan keselamatan semalam mengisytiharkan Kampung Tanduo yang ditawan puak pengganas Sulu sejak 12 Februari lalu sebagai kawasan selamat.
Bagaimanapun, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, pasukan keselamatan melalui Ops Daulat masih melakukan kawalan keselamatan di seluruh kampung itu.

Menurut beliau, lebih 50 penduduk yang dipindahkan ke penempatan sementara di Dewan Embara Budi, Dewan Fajar Harapan dan Dewan Cenderawasih akan dibenarkan pulang dalam tempoh terdekat.

"Operasi menggeledah dan mencari di kampung itu hampir tamat dan apabila semua proses selesai, penduduk yang tinggal di penempatan sementara akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.
Berikutan itu, Hamza berkata, Ops Daulat kini memberi tumpuan untuk membersihkan Kampung Tanjung Batu dan Kampung Sungai Bilis di sini.
Sumbar

Monday, 11 March 2013

Rumah pengganas akan diroboh

SEMPORNA - Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Simunul akan merobohkan sembilan buah rumah termasuk tiga daripada rumah yang dijadikan tempat pengganas Sulu melakukan serangan hendap hingga menyebabkan enam anggota polis maut pada 2 Mac lalu.

Ketua Kampung Simunul, Ramlee Saraman berkata, tindakan merobohkan rumah itu bagaimanapun hanya akan dilakukan sebaik mendapat laporan daripada pihak polis mengenai maklumat yang mendakwa pemilik ketiga-tiga buah rumah tersebut dipercayai bersekongkol dengan pengganas.
"Saya, JKKK dan penduduk kampung telah membuat perbincangan serta bersepakat akan merobohkan tiga rumah yang menjadi lokasi pengganas bersembunyi.

"Enam buah rumah lagi yang tidak diketahui siapa penghuninya dan terletak berhampiran kawasan serangan hendap itu juga dalam rancangan untuk dirobohkan," kata Ramlee di sini semalam.
Difahamkan, sehingga semalam tiada penghuni di sembilan buah rumah tersebut dapat dihubungi oleh pihak berkuasa.
Sumbar

Remaja maut ditembak dalam belukar

LAHAD DATU - Seorang remaja mati manakala seorang lelaki cedera di kaki akibat terkena tembakan yang dilepaskan anggota keselamatan ke arah belukar di Kampung Sungai Bilis dekat sini semalam.

Kedua-dua mangsa yang berusia 12 tahun dan 30-an itu tiada dokumen pengenalan diri. Polis sedang menyiasat status latar belakang kedua-dua mangsa terbabit.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, tembakan pada pukul 9.45 pagi itu dilakukan ketika pasukan keselamatan sedang melakukan pemeriksaan ke atas lima orang penduduk kampung tersebut.

"Ketika kelima-lima penduduk di kampung itu sedang disoal siasat, pasukan keselamatan tiba-tiba mendengar pergerakan di kawasan belukar berhampiran menyebabkan anggota keselamatan terus melepaskan tembakan secara spontan ke arah belukar itu.
"Pemeriksaan selepas tembakan itu mendapati seorang remaja berusia lingkungan 12 tahun mati manakala seorang lelaki berusia 30-an cedera di kaki," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurut beliau, ekoran kejadian itu, markas taktikal menghantar seorang doktor bersama pasukan perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menaiki kereta perisai masuk ke Kampung Sungai Bilis.
Sumbar

Filipina bimbang nasib rakyatnya di Sabah

MANILA - Filipina menyuarakan kebimbangan yang mendalam semalam berhubung dakwaan terdapat penduduk negara ini yang tidak bersalah di Sabah didera selepas ditangkap dalam pertempuran antara para pengikut Sultan Jamalul Kiram III dengan anggota-anggota keselamatan Malaysia.

Menurut beberapa laporan media tempatan semalam, ada penduduk Filipina yang tidak bersalah dipukul dan ditembak oleh pasukan keselamatan Malaysia sebagai sebahagian daripada kempen memerangi para pengikut Jamalul Kiram.

Bagaimanapun, polis Sabah menafikan dakwaan tersebut.
Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina menyatakan, pihak pemerintah akan mendokumentasikan laporan terkini itu selepas ia meminta Malaysia menjelaskan insiden berkenaan.
Penolong Jurucakap Presiden Filipina, Abigail Valte juga menyuarakan kebimbangan tentang laporan berkenaan.

"Layanan terhadap rakyat Filipina itu tidak boleh diterima," katanya kepada pemberita.
Beliau juga mengulangi bahawa Presiden Filipina, Benigno Aquino III telah meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memastikan 800,000 penduduk Filipina di Sabah tidak dihukum ekoran krisis tersebut. - AP

Sunday, 10 March 2013

Jamalul Kiram III rela dipenjara

MANILA, Filipina - Lelaki yang mendakwa dirinya pewaris Kesultanan Sulu, Jamalul Kiram III menegaskan, dia bersedia untuk dipenjarakan, menurut sebuah akhbar dalam talian semalam.
Kenyataan itu dibuat Kiram III semasa dia melahirkan kesediaan untuk hadir di pejabat Biro Siasatan Nasional (NBI) di sini selepas mendapat perintah berbuat demikian.

"Sebenarnya, saya telah menunggu untuk perintah ini ke atas saya. Jika mereka (pihak berkuasa) mahu saya masuk penjara, teruskan," kata Kiram III.

"Saya sedia menjalani hukuman penjara," tambahnya.
Menurutnya, dia bersedia untuk masuk penjara kerana mahu membuktikan bahawa tuntutan ke atas Sabah dibuat bukan kerana wang.

Warga emas berusia 74 tahun yang menjalani rawatan dialisis dua kali seminggu itu sebaliknya berkata, dia menuntut hak daripada aspek sejarah dan moral untuk mengetuai pengikut-pengikutnya kembali ke tanah air mereka.

"Tiada wang menjadi taruhan dalam isu ini. Apa yang penting ialah maruah dan kehormatan kami. Impian saya adalah untuk meninggalkan legasi untuk tanah air kami," jelas Kiram III.
"Kita akan menunjukkan kepada dunia bahawa kita memiliki bukti dan hak untuk tinggal di sana (Sabah)," tambahnya.

Malah, pemimpin tersebut percaya Sabah adalah sebahagian daripada tanah pusaka mereka selepas menerima kawasan di Borneo Utara itu sebagai tanda terima kasih kerana membantu Kesultanan Brunei menewaskan satu pemberontakan pada 1704.
Kelmarin, jurucakap Kiram III, Abraham Idrijani mengumumkan bahawa NBI memerintahkan pemimpin itu supaya hadir di pejabat agensi tersebut lusa. - Agensi

Saturday, 9 March 2013

Lebih 50 penceroboh militan ditahan mengikut akta baru

LAHAD DATU - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata lebih 50 individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan penceroboh militan di Lahad Datu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas).
  
Beliau berkata mereka, termasuk wanita, ditahan di beberapa tempat di Sabah tetapi di luar kawasan Op Daulat.
  
"Mereka ditahan mengikut akta baharu itu (Akta Kesalahan Keselamatan(Langkah-Langkah Khas) 2012) dan dibaca bersama (beberapa seksyen) Kanun Keseksaan," katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Angkatan Tentera di sini pada 5 petang ini.
  
Gerakan Op Daulat masuk hari keempat hari ini dengan helikopter diguna untuk menghantar anggota keselamatan ke lokasi sekitar bagi operasi menggeledah manakala jet pejuang berlegar di udara membuat tinjauan.
  
Ismail berkata polis kini mendapatkan maklumat daripada mereka yang ditahan berkaitan pihak penceroboh militan bagi membolehkan pasukan keselamatan mencapai objektif operasi.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan butiran tangkapan itu secara terperinci kerana khuatir akan menjejaskan siasatan.
  
"Apapun, tangkapan itu perlu dan mesti dilaksana kerana ada tanda-tanda kaitan suspek dengan penceroboh," katanya.
  
Sementara itu, Zulkifeli berkata sehingga 5 petang ini, pihaknya masih menunggu Wisma Putra berkaitan perkembangan kumpulan penceroboh akan menyerah diri dan meletak senjata tanpa syarat.
  
"Kami telah hubungi Wisma Putra, dan masih tidak dapat apa-apa berita sejak pagi tadi... tiada isyarat (serah diri dan letak senjata) daripada pihak berkenaan.
  
"Justeru itu, Op Daulat diteruskan," katanya sambil menjelaskan tiada kejadian pertempuran antara pasukan keselamatan dan musuh hari ini.
  
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang meninjau markas Op Daulat di Felda Sahabat semalam, berkata Malaysia menolak sebarang tawaran gencatan senjata serta menegaskan satu-satunya pilihan bagi penceroboh ialah letak senjata dan serah diri tanpa bersyarat. - Bernama

Jericho Rosales Ingin ke Hollywood

BIARPUN drama fenomena Filipina Pangako Sayo sudah 13 tahun berlalu, tetapi gelagat lakonan dan wajah kacak heronya iaitu Jericho Rosales masih lagi diingati peminat-peminatnya sehingga kini.
Gandingannya bersama aktres cantik, Kristine Hermosa dalam drama tersebut dan juga dalam drama Sana'y Wala Nang Wakas begitu mantap sehingga mereka diberi jolokan Pasangan Paling Ideal ASEAN, malah peminat juga berharap mereka digandingkan semula dalam drama-drama terbaharu.

Disuarakan persoalan itu kepada Jericho atau lebih mesra disapa Echo itu, dia mengakui perkara tersebut (gandingan bersama Kristine semula) tidak mustahil. Namun, dia berharap agar gandingannya bersama Kristine nanti nampak berbeza dan lebih kelihatan matang.

"Sejujurnya, saya sudah tidak begitu rapat dengannya. Dia (Kristine) sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan. Berlakon bersama semula? Tidak mustahil. Cuma, saya berharap agar gandingan kami dalam drama kelak nampak lebih berbeza. Saya dan Kristine sudah banyak berlakon bersama. Jadi, saya mahu peminat tengok gandingan yang berbeza serta jalan cerita yang lebih matang," jelasnya.

Jika Kristine sudah berumah tangga, Jericho pula tanpa berselindung memberitahu hatinya telah dimiliki oleh seorang wanita kelahiran Australia bernama Kim Jones.
Merupakan seorang pengacara televisyen, kongsi Jericho mengenai kekasihnya itu, dia mengenali Kim menerusi seorang teman dalam sebuah majlis dan mula menyukai gadis tinggi lampai itu kerana sikap ramah dan pertuturannya.

Begitupun, dedah Jericho, perkenalan yang baru berlangsung lebih setahun lalu itu belum mahu memasuki fasa alam perkahwinan.
"Hubungan kami sangat baik dan indah. Dia seorang pengacara TV yang sangat baik, merendah diri dan peramah.

"Ada satu perkara lucu yang membuatkan saya lebih jatuh cinta kepadanya adalah loghat Australia dia yang terlalu pekat ketika bercakap. Kadang-kadang saya tidak faham apa yang dia tuturkan dan hanya pura-pura faham. Tetapi, kami masih dalam proses mengenali dan belum terfikir untuk berkahwin," lontarnya sambil ketawa mengenai kekasihnya yang mempunyai darah kacukan Australia, Cina dan Filipina itu.

Mengurung diri
Ditebak kenapa dia kelihatan sangat kurus, ujar Jericho, mungkin disebabkan faktor umurnya yang semakin meningkat iaitu 34 tahun.

"Dahulu peminat Malaysia mengenali saya menerusi lakonan dalam drama Pangako Sayo. Ketika itu, usia saya baru 21 tahun dan memang kelihatan berisi. Kini saya sudah berusia 34 tahun," ujarnya yang mengakui kesibukannya dalam berlakon, menyanyi dan menulis lagu juga menjadi punca dia kelihatan kurus.

Mengulas mengenai kariernya sebagai penyanyi, dedah Jericho, dia sangat meminati bidang nyanyian, sebaliknya peminat-peminatnya tidak suka dan memintanya terus berlakon.
Bercelaru dan kecewa, Jericho akhirnya bertindak mengurungkan diri selama setahun.

"Satu pengalaman yang saya tidak akan lupakan. Ia berlaku kira-kira lapan tahun lalu. Masa itu, saya ambil keputusan untuk berhenti berlakon seketika dan beralih pada bidang nyanyian. Bagaimanapun, hasrat saya itu ditentang oleh peminat. Mereka marah dan tidak suka saya berhenti berlakon.

"Saya tertekan dan akhirnya bertindak mengurungkan diri dalam rumah. Masa saya banyak dihabiskan dengan tidur dan menulis lagu buat peminat-peminat. Selama setahun saya berkurung, tetapi, apabila saya mula keluar dan perdengarkan lagu saya kepada peminat, mereka mula menyukai dan kembali memberi sokongan kepada saya. Saya mula menyanyi dan dalam masa yang sama kembali pada dunia lakonan," jelasnya.

Disoal bidang mana yang paling disukainya, ujar Jericho, dia sukar membuat pilihan kerana menyukai kedua-dua bidang tersebut (menyanyi dan berlakon) dan menganggapnya seperti darah dagingnya.

Bagaimanapun, seandainya dia terpaksa memilih, dia akan memilih untuk berlakon dalam drama muzikal yang mana memerlukan dia berlakon dan juga menyanyi.
Sementara itu, kehadiran lelaki tersebut ke Malaysia baru-baru ini juga tidak hanya bagi mempromosikan drama-dramanya menerusi Astro Bella (saluran 133), sebaliknya dia bakal berlakon dalam sebuah produksi bersama seorang pelakon lelaki paling popular Malaysia.
Quentin Tarantino

Mengulas mengenai perkara itu, dengan berseloroh Jericho memberitahu: "Mungkin saya akan dipecat jika saya mendedahkan perkara tersebut".
Begitupun, selepas dirayu, ungkap Jericho, dia ada menerima tawaran daripada pihak Astro untuk menjalani penggambaran drama bersiri. Dia juga difahamkan bakal berlakon dengan pelakon popular, tetapi tidak mengetahui nama pelakon tersebut.

"Saya tidak tahu nama dia (pelakon gandingannya). Mungkin projek itu akan bermula pada sekitar penghujung tahun ini.

"Lagipun saya perlu menyelesaikan beberapa projek di bawah produksi saya sendiri Ten Again Production dan juga penggambaran drama bersiri di Manila," ujarnya yang mengimpikan untuk berlakon di Hollywood.

Bukan kerana ingin popular, jelas Jericho, sebelum ini dia ada melibatkan diri dengan projek indie d Hollywood.

Justeru, dia teringin pula bekerja dengan pengarah-pengarah hebat Hollywood seperti Quentin Tarantino.

Mengakui ingin merasai pengalaman bekerja di bawah produksi besar, ulas Jericho, dia juga teringin berlakon dalam filem seperti Pirates Of Carribbien.
"Jika saya dapat, kiranya itu adalah kejayaan saya paling tinggi. Saya tidak kisah berlakon di samping siapa dan genre apa asalkan ia filem yang besar dan hebat," jelasnya.
Sumbar

Friday, 8 March 2013

3 Wanita Thailand baru selesai tawar khidmat seks ditahan

Melaka: Tembelang seorang lelaki dipercayai bapa ayam menjadikan satu unit pangsapuri di Taman Malim Jaya, di sini, sebagai pusat pelacuran terbongkar apabila diserbu Jabatan Imigresen negeri awal pagi semalam.

Gambar Hiasan

Dalam serbuan kira-kira jam 2.30 pagi, tiga wanita warga Thailand berusia 29 hingga 32 tahun ditahan dan dipercayai baru selesai menawarkan khidmat seks kepada dua pelanggannya.

Difahamkan, pelanggan turut ditawarkan perkhidmatan mengurut dan perlu membayar antara RM150 hingga RM200 bagi mendapatkan perkhidmatan seks.
Menurut sumber, bagi mengelakkan kegiatan itu dikesan pihak berkuasa, hanya pelanggan dikenali bapa ayam berkenaan dibenarkan mendapatkan perkhidmatan.

“Malah, apabila ditanya mengapa tidak membuka pintu ketika serbuan, wanita berkenaan mengatakan mereka diarahkan hanya boleh membuka pintu sekiranya dihubungi bos.

“Ketika pemeriksaan dilakukan, selain tiga wanita berpakaian mencolok mata itu beberapa botol gel pelincir turut ditemui di dalam unit pangsapuri berkenaan,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Imigresen negeri Kamalludin Ismail berkata, pangsapuri didiami tiga wanita itu dipercayai dijadikan tempat aktiviti tidak bermoral sejak setahun lalu.

Menurutnya, hasil pemeriksaan ketiga-tiga wanita itu menyalahgunakan pas lawatan sosial melakukan kegiatan tidak bermoral.
“Dipercayai kegiatan itu diurus bapa ayam dan hanya pelanggan tertentu dibenarkan mendapatkan perkhidmatan yang terhad untuk lima hingga enam orang sehari.

“Ketika serbuan hanya tiga wanita itu berada di dalam bilik dengan berpakaian seksi, malah sebelum serbuan dipercayai dua pelanggan baru keluar selepas mendapatkan perkhidmatan,” katanya.

Kamalludin berkata, tiga wanita berkenaan antara 17 warga asing yang ditahan dalam serbuan dilakukan 11 pegawainya di lima lokasi iaitu di Jalan Peringgit Jaya, Melaka Sentral, pasar raya di Ayer Keroh, Taman Krubong Jaya dan Taman Malim Jaya .

Katanya, dalam serbuan di Taman Krubong Jaya, seorang lelaki warga Indonesia berusia 40-an turut ditahan menjadi pelindung bagi tiga lelaki warga negara sama tidak mempunyai dokumen sah.

“Mereka yang ditahan berusia 25 hingga 50 tahun terdiri daripada 12 lelaki dan lima wanita masing-masing lima warga Indonesia, Pakistan (3), India (5), Thailand (3) dan Nepal (1).
Sumbar

Air mani disangka pelembap muka

Kerana terlalu minat kepada seorang pelajar perempuan, Gou Wen bertindak meluahkan perasaannya dengan memberi gadis itu sebotol air maninya, mencontohi filem lakonan Cameron Diaz, There’s Something About Mary.

Tetapi Gou Wen ditangkap tidak lama selepas itu selepas pelajar perempuan berkenaan, Zeng Lin, 19, yang menyangka hadiah itu pelembap muka, menyapu pada mukanya dan bertindak melaporkan kejadian itu kepada polis.

Menurut laporan, lelaki berusia 22 tahun itu memohon maaf dan diarah membayar ganti rugi RM1,000 kepada mangsa.
Zeng Lin dikatakan sudah menyapu separuh daripada cecair itu pada mukanya sebelum bertanya rakan serumah mengenai bau ganjil ‘pelembap’ berkenaan.

Gou Wen dari Chongqing berkata: “Saya mencintainya, tetapi dia tidak tahu. Saya juga tidak tahu bagaimana nak meluahkankannya. Saya memberinya air mani itu sebagai cara membuktikan cinta saya,” - Agensi

Bakal Penjaga Gol Brazil Dalam Piala Dunia 2014 Bunuh Kekasihnya dan Cebisan Mayat Dimakan Anjing

Brasilia: Penjaga gol yang disebut-sebut bakal bermain untuk skuad Brazil dalam Piala Dunia 2014 semalam mengaku membunuh bekas teman wanitanya sebelum memberi cebisan mayat itu kepada anjing.

Bruno Fernandes De Souza, 28, sebelum itu dituduh membunuh Eliza Samudio bagi mengelak dipaksa menanggung saraan anak mereka yang dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan. De Souza sebelum ini menafikan terbabit dalam kematian Eliza, 25, tetapi ketika perbicaraan dilangsungkan di mahkamah semalam, bekas pemain kelab Flamengo itu menceritakan bagaimana pasangannya itu dibunuh.

Kata De Souza, kawan baiknya, Luiz Henrique Romao mengupah seseorang untuk membunuh Eliza. Walaupun tidak mampu mengarahkan bekas kekasihnya dibunuh, De Souza mengaku menerima bantuan Romao. De Souza dituduh merancang penculikan Eliza dan membunuh wanita terbabit dengan bantuan lapan orang lain, termasuk isterinya, Dayane, seorang lagi bekas kekasihnya, seorang sepupu dan bekas anggota polis, Marcos Santos.

Pendakwa berkata, De Souza melihat Santos menyeksa Eliza sehingga mati sebelum membantu bekas anggota polis itu memotong mayat mangsa. Sebahagian daripada cebisan mayat Eliza diberi kepada anjing De Souza sebagai makanan, manakala selebihnya ditanam di bawah lapisan simen. Dalam perbicaraan awal, Romao didapati bersalah membunuh Eliza dan dihukum penjara 15 tahun.

Santos pula akan mula dibicarakan bulan depan. Sebelum ditangkap, De Souza disebut-sebut akan berpindah ke kelab AC Milan.

Ketika disoal siasat, dia mendakwa, Eliza masih hidup dan berada di luar negara.

Namun, dia memberitahu mahkamah di Contagem, sepupunya, Jorge Rosa, menyaksikan pembunuhan itu dan menceritakan apa yang berlaku kepadanya. “Selepas diculik, Eliza dibawa ke rumahnya di Belo Horizonte dan Santos yang diupah sebagai pembunuh menunggu di situ,” katanya.

Eliza yang didakwa pernah menjalin hubungan dengan bintang Real Madrid, Cistiano Ronaldo berselisih faham dengan de Souza selepas hamil akibat hubungan sulit mereka.
De Souza dan Eliza bertemu kali pertama pada Mei 2009. - Daily Mail

Etnik Suluk Sabah gembira dengan jaminan Najib

TAWAU - Masyarakat etnik Suluk Sabah gembira dengan jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan Persekutuan tidak sangsi terhadap kesetiaan etnik itu berikutan insiden pencerobohan kumpulan bersenjata Sulu di Lahad Datu sejak 12 Februari lalu.

Jurucakap masyarakat etnik itu Datu Raman Datu Ismail berkata, masyarakat etnik Suluk di Sabah amat selesa dengan jaminan berkenaan dan ia sememangnya ditunggu-tunggu etnik Suluk selama ini.

"Alhamdullillah, pada pandangan kami etnik Suluk di Sabah, maklum balas Perdana Menteri amat baik sekali sehingga dia memberi jaminan bahawa kerajaan persekutuan tidak ada kesangsian kepada bangsa Suluk di Sabah tentang ketaat setiaan bangsa ini di dalam mendaulatkan negara Malaysia ini.

"Selain daripada itu, kami juga dari etnik Suluk Sabah mengharapkan suku-suku yang ada di Sabah ini tidak memandang serong terhadap suku ini sebab tidak semua suku ini suka mengadakan keganasan seperti yang berlaku hari ini," katanya.

Datu Raman berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum bagi menyatakan taat setia etnik Suluk di Sabah mempertahankan kedaulatan Malaysia kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Lapangan Terbang
Tawau sebelum Perdana Menteri berlepas ke Felda Sahabat, Lahad Datu di sini, hari ini.

Seramai 60 pemimpin kerajaan dan pemimpin pelbagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Suluk yang mewakili kira-kira 30,000 ahli mereka di seluruh Sabah hadir dalam majlis penyerahan memorandum berkenaan.

Turut berada di Lapangan Terbang Tawau bagi menyambut Najib ialah Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Nasir Tun Sakaran, Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan dan Anggota Parlimen Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh.

Turut mengiringi Najib ke Felda Sahabat yang berlepas menggunakan helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia ialah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.  

Datu Raman berkata, etnik Suluk di Sabah juga tidak bersetuju dengan perbuatan pencerobohan dan menolak perbuatan ganas berkenaan namun cuma segelintir etnik itu yang berfikiran sedemikan yang menyimpang daripada ajaran Islam.

Beliau mengakui etnik Suluk Sabah turut merasa kecil hati apabila perkataan Sulu itu diulang-ulang dan disebut-sebut termasuk melalui media massa kerana ia menggambarkan seolah-olah semua etnik berkenaan adalah ganas.

"Syukurlah, bermula daripada kelmarin, "Ops Sulu" telah ditukar kepada "Op Daulat" kerana Ops Sulu itu menggambarkan seolah-olah etnik Suluk Sabah akan dihabiskan sama sekali. Alhamdulillah ia telah ditukar kepada Op Daulat dan itulah kebanggaan kami sebagai etnik Suluk Sabah," katanya.- Bernama

Lelaki maut tertelan gigi palsu


INILAH gigi palsu yang dipakai oleh Hock Beng.


GEORGE TOWN – Seorang kontraktor maut akibat tertelan gigi palsu yang dipakainya semasa tidur di rumahnya di Bandar Baru Air Itam di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, Choo Hock Beng, 44, (gambar kecil) dipercayai tidur berdengkur dan terbatuk berkali-kali menyebabkan gigi palsu di bahagian atas rahangnya terlekat pada kerongkong.

Isterinya yang hanya mahu dikenali sebagai Goh, 40-an berkata, sebelum kejadian, mereka menonton televisyen namun suaminya masuk ke dalam bilik tidur terlebih dahulu.
Ujarnya, tidak lama kemudian dia mendengar suaminya batuk dan seolah-olah dalam kesakitan.

Raja Muda Sulu mati ditembak


SATU mayat pengganas Sulu ditemui diletakkan atas karpet selepas dipercayai mati dalam pertempuran di Kampung Tanduo, Lahad Datu kelmarin.


LAHAD DATU - Saki-baki kumpulan pengganas Sultan Sulu diyakini berada dalam keadaan lemah ekoran Jeneral Raja Muda Azzumuddie Kiram yang mengetuai pencerobohan di Sabah terbunuh bersama 31 anggotanya dalam pertempuran di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu di sini.
Sehingga semalam, jumlah musuh yang terbunuh sejak pertempuran bermula pada 1 Mac lalu seramai 52 orang. Bagi pihak pasukan keselamatan pula seramai lapan pejuang negara gugur.
Bagaimanapun, dalam pertempuran terbaharu kelmarin dan semalam, tiada kematian atau kecederaan dialami pihak pasukan keselamatan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, 31 daripada pengganas termasuk seorang ketua puak musuh yang berpangkat Jeneral maut dalam pertempuran yang berlaku di Kampung Tanjung Batu petang kelmarin.

Seorang lagi pengganas berjaya ditembak mati pasukan keselamatan dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada pukul 11 pagi semalam.
"Sejak petang semalam (kelmarin) hingga pukul 11 pagi ini (semalam) pasukan keselamatan terlibat dalam beberapa pertempuran di Kampung Tanjung Batu dan sekitar Kampung Tanduo," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Ismail bagaimanapun enggan mengesahkan status seorang Jeneral yang terbunuh ialah Azzumuddie yang merupakan adik kepada Sultan Sulu, Jamalul Kiram III.
"Setakat ini kita belum dapat mengesahkan identiti Jeneral yang terbunuh berikutan keadaan yang berisiko dan membahayakan anggota keselamatan bagi mengeluarkan mayat-mayat pengganas yang terbunuh," kata beliau.
Sumber

Thursday, 7 March 2013

4 disyaki pengganas dicekup di Semporna


ANGGOTA pasukan keselamatan memberkas seorang lelaki disyaki pengganas Sultan Sulu di Sri Jaya, Simunul, Semporna.


SEMPORNA - Empat lelaki yang dipercayai anggota pengganas Sultan Sulu ditahan oleh polis di Kampung Sri Jaya, Simunul yang terletak kira-kira lima kilometer dari sini semalam.
Kesemua lelaki berusia antara 20 hingga 50-an itu ditahan dalam operasi dan serbuan yang dilakukan dari pukul 11 pagi hingga pukul 1 petang.

Satu sumber berkata, serbuan itu dilakukan hasil maklumat risikan dan orang awam yang mendakwa terdapat pergerakan luar biasa pada waktu senja dan malam dua hari lalu di kampung tersebut.
Bertindak atas maklumat tersebut, sumber itu memberitahu, sepasukan polis menyerbu Kampung Sri Jaya dan menggeledah sebuah rumah di kampung tersebut.

"Pemeriksaan di rumah yang digeledah berjaya menahan dua lelaki dipercayai anggota pengganas, namun polis tidak menemui sebarang senjata di dalam rumah atau di kawasan sekitar rumah itu," kata sumber itu.

Selepas itu, sumber tersebut memberitahu, polis menahan dua lagi lelaki juga dipercayai daripada kumpulan pengganas di kawasan belukar di kampung berkenaan.
Sumber

Wednesday, 6 March 2013

Seorang lagi musuh ditembak, penceroboh menyamar orang awam

Seorang penceroboh bersenjata dipercayai mati ditembak ketika cuba menyerang hendap pasukan keselamatan pada hari kedua 'Op Daulat' di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah.

Bagaimana pengganas yang ditembak itu sempat dilarikan oleh rakan sekumpulan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar Rabu.

Ismail mengesahkan kumpulan penceroboh kini menyamar dengan berpakaian seperti orang awam untuk melepaskan diri daripada kepungan pasukan keselamatan.

Dalam kejadian pada pukul 6.45 pagi itu, pasukan polis dan tentera yang meneruskan operasi susulan dan penggeledahan ditembak oleh kumpulan pengganas itu, sebelum pasukan keselamatan membalas tembakan.

"Tiada anggota pasukan keselamatan negara yang terkorban atau cedera dalam operasi pagi ini" kata Ismail, pada sidang akhbar bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Semalam, pasukan keselamatan melancarkan serangan udara menggunakan tiga jet pejuang F18 dan 5 Hawk sebagai gerakan pertama ke arah menamatkan pencerobohan pengganas Sulu sejak 12 Feb lepas.

Sesudah itu, gerakan susulan dan penggeledahan dilakukan rumah ke rumah bertumpu di sekitar kawasan empat kilometer persegi di kampung itu bagi memburu kumpulan pengganas itu.

Kawasan operasi kini diperluas setiap dua kilometer berikutan pasukan keselamatan mengesan kumpulan pengganas sedang bergerak ke tempat-tempat tertentu.

Ismail sekali lagi menasihatkan penduduk di kawasan sekitar agar berhati-hati dan dapatkan apa-apa maklumat di pos taktikal pasukan keselamatan dan balai polis berdekatan.

"Sekali lagi saya minta kerjasama orang ramai agar tidak cemas walaupun musuh bergerak lebih luas kerana pasukan keselamatan masih mengawal," katanya.
Bernama

Ayah Imran Ajmain Meninggal Dunia Petang Semalam

Dalam pada rakyat Malaysia berdoa semoga peperangan yang berlaku di Lahad Datu segera berakhir, industri hiburan tempatan dikhabarkan mengenai berita kematian ayahanda kepada penyanyi Imran Ajmain, petang semalam.

Perkara ini telah disahkan oleh sahabat baik pelantun lagu Seribu Tahun iaitu Dato' Fazley Yaakob menerusi laman Instagramnya petang semalam.
Berikut adalah pengumuman rasmi dari Fazley mengenai berita sedih ini yang telah dikongsi kepada peminat semalam:

Al Fatihah. Pihak pengurusan FiPro melafazkan takziah buat Imran Ajmain sekeluarga di atas pemergian ayahanda tercinta pada jam 3.20 petang tadi di Singapore General Hospital akibat komplikasi dari Kidney Failure.

Kawalan di Semporna diperketatkan

SEMPORNA - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar hari ini berkata, kawalan keselamatan di daerah Semporna yang terletak berhampiran Lahad Datu, diperketatkan ekoran serangan ke atas penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Beliau memberi jaminan kepada penduduk di kawasan sekitar bahawa keadaan keselamatan di daerah ini, yang terletak kira-kira 200 kilometer dari Lahad Datu, adalah terkawal.

Ismail berkata operasi yang dijalankan pihak keselamatan di kawasan itu tidak menjejaskan keselamatan penduduk di Semporna yang rata-rata melahirkan kebimbangan mungkin berlaku serangan balas oleh pihak penceroboh di kawasan itu.

"Kami telah mengetatkan kawalan keselamatan di daerah Semporna terutama di kawasan Kampung Simunul. Pegawai dan anggota polis telah bersiap-sedia dari pelbagai aspek, jadi saya minta orang ramai jangan panik," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dengan khabar angin yang disebar pihak tidak bertanggungjawab, sambil menegaskan bahawa langkah keselamatan yang diatur pasukan keselamatan adalah yang terbaik.

Orang ramai hanya sentiasa perlu mendapatkan maklumat yang sahih dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna agar berita yang tepat dapat disalurkan, katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Semporna, DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata, keadaan di daerah Semporna dalam keadaan baik dan orang ramai diminta sentiasa menghubungi IPD Semporna di talian 089781244 bagi mendapatkan maklumat sebenar.

Dalam pada itu, tinjauan Bernama ke Pekan Semporna mendapati rata-rata penduduk melahirkan kebimbangan mengenai situasi di Kampung Tanduo yang mungkin menjadi sasaran serangan balas daripada kumpulan penceroboh di sini.

Moses Tan, 35, berkata keadaan di Kampung Tanduo mungkin boleh merebak ke Semporna.

Bagaimanapun, beliau melahirkan keyakinan situasi itu mampu dikawal pasukan keselamatan dengan cekap. - Bernama

Presiden Venezuela, Hugo Chavez meninggal dunia

CARACAS - Presiden Venezuela, Hugo Chavez, 58, yang dilihat sebagai antara 'musuh utama' Amerika Syarikat daripada kalangan pemimpin dunia ketiga, meninggal dunia di sini, semalam.

Chavez yang dipilih semula sebagai presiden tahun lalu tetapi tidak mengangkat sumpah sehingga beliau meninggal dunia, bertarung kerana kanser.

Carlos Slim dan Li Ka-shing masih kekal orang paling kaya di dunia dan Asia

NEW YORK - Bilionair dari Mexico, Carlos Slim yang merupakan taikun telekomunikasi America Movil dan pemilik kumpulan Grupo Carso mengekalkan kedudukan individu terkaya untuk tahun keempat berturut-turut dengan jumlah kekayaan dianggarkan bernilai AS$73 bilion (RM226.48 bilion).

Kekayaannya meningkat AS$4 bilion (RM12.4 bilion) berbanding pada tahun lepas.
Pengasas Microsoft Corporation, Bill Gates dari Amerika Syarikat menduduki tempat kedua diikuti pemilik rangkaian pakaian jenama Zara, Amancio Ortega dari Sepanyol.
Senarai kekayaan itu dikeluarkan majalah Forbes kelmarin.

Gates yang menduduki tempat kedua mempunyai anggaran kekayaan sebanyak AS$67 bilion (RM207.8 bilion) iaitu meningkat sebanyak AS$6 bilion (RM18.6 bilion) berbanding tahun 2012.
Ortega pula berjaya melonjak ke tempat ketiga dengan anggaran kekayaan sebanyak AS$57 bilion (RM176.8 bilion).

Slim and Gates mengekalkan kedudukan nombor satu dan dua sebagai individu terkaya di dunia sama seperti pada tahun lepas.
Senarai individu terkaya di dunia kini meningkat kepada 1,426 orang termasuk 210 muka baharu.
Terdapat juga peningkatan ketara jumlah bilionair wanita yang kini berjumlah seramai 138 orang berbanding tahun lepas yang mencatatkan jumlah 104 orang.

Individu terkaya di Asia masih milik Li Ka-shing dari Hong Kong dengan jumlah kekayaan dianggarkan bernilai AS$31 bilion (RM96.1 bilion). - AFP

Tuesday, 5 March 2013

Dayang Nurfaizah takut lelaki

SEHINGGA kini penyanyi bersuara gemersik, Dayang Nurfaizah Awang Dowty atau Dayang, mengakui belum pernah bercinta dan tidak mempunyai kekasih.
Bukan sebab memilih atau tiada lelaki yang mendekati dirinya, tetapi ujar Dayang yang kini sudah menginjak usia 33 tahun itu, dia fobia untuk bercinta dan juga takut untuk mempunyai ikatan dengan insan bergelar lelaki.

Ditemui pada majlis sidang akhbar Pencalonan Anugerah Tribute P. Ramlee anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) bersama Kumpulan Utusan serta Syarikat Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. (Suhan Movies) di Hotel Holiday Villa, Subang, Dayang juga bercerita tentang nilai eksklusif diri serta perkembangan terbaharu karier seninya.

Kosmo!: Kenapakah Dayang fobia dengan lelaki dan takut untuk bercinta?
DAYANG: Setelah melihat dan membaca mengenai gosip percintaan rakan-rakan artis, saya jadi fobia dan takut untuk bercinta. Sebabnya, saya takut jika berkenalan dan bercinta nanti akan timbul gosip-gosip liar seterusnya memusnahkan karier nyanyian saya.

Adakah anda takut dengan gosip-gosip liar mengenai anda?
Gosip-gosip seperti itu (bercinta) tidak membantu dalam karier saya. Gosip percintaan artis menakutkan saya.

Mungkin juga anda terlalu memilih sehingga menyebabkan anda masih belum menemui lelaki dalam usia yang sudah mencecah 33 tahun?
Ya, saya akui agak memilih kerana saya percaya setiap wanita di dunia ini ada hak untuk memilih pasangan hidup. Kalau boleh saya mahu jumpa dengan seorang lelaki, bercinta dan berkahwin. Saya mahu buat semua itu sekali seumur hidup.

Apakah ciri-ciri lelaki idaman anda?
Saya tidak mahu meletakkan sebarang ciri-ciri kerana ia akan menutup peluang saya berkenalan dengan lelaki. Kalau saya letak dan tidak jumpa dengan ciri-ciri yang dimahukan, saya juga yang kecewa nanti.

Anda kini dilihat kurang muncul dalam sebarang majlis hiburan yang melibatkan media. Adakah anda meletakkan diri terlalu eksklusif?
Saya tidak pernah rasa diri eksklusif. Saya sebenarnya sibuk dengan jemputan mengadakan persembahan di majlis-majlis makan malam dan juga korporat.

Bagaimanakah peminat mahu tahu perkembangan terbaharu mengenai anda?
Saya ada Facebook dan Twitter. Jika saya ada persembahan, saya akan beritahu peminat menerusi dua medium tersebut. Saya juga baru ada Instagram dan menggunakan medium tersebut untuk lebih mendekatkan diri dengan peminat. Tetapi, perkara peribadi saya tidak akan kongsikan. Peribadi tetap peribadi bagi saya.

Beralih pada karier nyanyian, apakah perkembangan terbaharu anda?
Walaupun orang kenal saya, ia tidak bermakna saya perlu leka dan tidak mengeluarkan sebarang produk. Saya kini sedang mengumpul bahan untuk album terbaharu. Album rakaman konsert Anuar Zain bersama Dayang Nurfaizah yang berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas tahun lepas juga sudah berada di pasaran. Saya juga merancang untuk mengadakan mini showcase buat peminat-peminat pada tahun ini. kosmo.com.my

Klik Untuk Saya k... :)