Jom Buat Duit

Wednesday 20 June 2012

Jerman merendah diri


LOEW lebih gemar Jerman dilabel sebagai underdog dalam aksi bertemu Greece, Sabtu ini.


GDANSK, Poland - Pengendali Jerman, Joachim Loew yakin dengan kemampuan pasukannya membenam cabaran Greece pada pertemuan suku akhir di PGE Arena di sini awal pagi Sabtu ini.
Namun pada masa yang sama, Loew enggan melabelkan Jerman sebagai pasukan pilihan untuk mara ke separuh akhir.

Sebagai rekod, The Team tidak pernah tewas kepada Greece serta melakar 15 kemenangan berturut-turut ke atas juara edisi Euro 2004 itu setakat ini.
Begitupun, menurut jurulatih berusia 52 tahun itu, beliau percaya Greece mampu menguji kredibiliti barisan skuadnya supaya mempamerkan aksi luar biasa.
"Greece mampu memberikan cabaran sebenar kepada kami. Saya rasa perlawanan menentang mereka pastinya sukar.

"Sebagai contoh, pasukan yang cukup kuat seperti Rusia juga tewas kepada Greece, di situ sahaja anda boleh menilai bagaimana kemampuan mereka sebenarnya.
"Jadi, saya lebih suka sekiranya kami dilabel pasukan underdog berbanding Greece," katanya.
Skuad Jerman yang memenangi kesemua 10 perlawanan peringkat kelayakan sebelum ini dalam misi mendakap trofi Euro yang kali terakhir dimenangi mereka pada 1996.
Benteng Greece pula dilihat cukup kebal apabila secara puratanya hanya bolos satu gol dalam 24 perlawanan sebelum ini.

"Bagi saya, Greece adalah pasukan yang bijak memanfaatkan setiap peluang yang mereka ada.
"Satu peluang, satu gol. Itulah Greece, manakala benteng pertahanan mereka juga cukup liat.
"Jadi, kami perlu memperkuatkan jentera tengah serta mengamalkan corak hantaran pantas.
"Masih banyak yang perlu diperbaiki jika berhasrat untuk mara lebih jauh, dan saya harap kami berjaya mengatasi ancaman Greece," kata Loew. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters