Jom Buat Duit

Friday, 22 June 2012

Wanita kerja malam tingkatkan risiko barah payu dara

PARIS: Bekerja malam mungkin akan meningkatkan peluang untuk wanita mengalami barah payu dara sebanyak 30 peratus, mungkin agak tinggi tetapi “ketara secara statistik,” menurut penyelidik Perancis, semalam.
Pengarah Badan Penyelidikan Kesihatan Perancis (INSERM), Pascal Guenel berkata, ini meletakkan kerja malam mempunyai risiko yang sama seperti mutasi genetik, kehamilan pertama lewat atau rawatan hormon.

Jika diteliti mengikut konteks, seorang perokok mungkin mengalami barah paru-paru lapan kali sama seperti wanita bekerja malam mungkin mengalami barah payu dara, katanya.

Kira-kira 1.3 juta wanita di seluruh dunia didiagnosis menghadapi barah payu dara setiap tahun.


Dalam satu kajian yang diterbitkan oleh Jurnal Kanser Antarabangsa, pasukan yang diketuai oleh INSERM berkata, kaitan antara bekerja malam dan barah payu dara “lebih banyak dilihat pada wanita yang bekerja syif malam, mereka yang bekerja waktu malam untuk 4.5 tahun atau lebih dan kurang daripada tiga malam setiap minggu secara purata.

“Kaitan itu lebih cenderung pada wanita yang bekerja malam sebelum awal kehamilan berbanding wanita yang baru bekerja malam di lewat usia.”

Saintis berkata, lebih banyak kajian diperlukan untuk mengenal pasti sebabnya.

Hipotesis lain termasuk perubahan dalam genetik, ketidakseimbangan dalaman dan kurang tidur, mengubah sistem imunisi. - AFP

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)