Jom Buat Duit

Wednesday 20 June 2012

Prandelli tuntut komitmen pemain

POZNAN - Jurulatih Itali, Cesare Prandelli menuntut barisan pemainnya mempamerkan peningkatan dari semasa ke semasa sepanjang beraksi pada kempen Euro 2012.
Prandelli berkata, beliau mahu menyaksikan barisan pemain skuad The Azzurri mempamerkan peningkatan daripada satu perlawanan ke satu perlawanan lain dalam usaha mara ke pentas final.

"Saya mahu semua pemain meningkatkan corak permainan mereka. Saya mahu menyaksikan sebuah pasukan yang mengamalkan corak permainan bola sepak menarik.
"Pasukan yang mampu mengamalkan corak permainan bola sepak sebenar berpeluang cerah untuk melangkah lebih jauh dalam mana-mana kejohanan.

"Mungkin kamu sudah dianggap baik apabila berjaya mencatatkan kemenangan tetapi jika kamu mahu beraksi dengan corak permainan bola sepak sebenar, kamu perlu mempamerkan peningkatan," kata Prandelli.

Anak-anak buah Prandelli kini berada di landasan tepat untuk mara ke pentas final Euro 2012 selepas berjaya melangkah ke peringkat suku akhir.
Itali mengesahkan slot ke pusingan kalah mati itu selepas muncul naib juara Kumpulan C dengan mengumpul lima mata, dua mata di belakang juara bertahan, Sepanyol.
Awal pagi semalam, skuad The Azzurri tampil bergaya apabila mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Republik Ireland pada aksi terakhir Kumpulan C, sekali gus menempah slot ke pusingan kalah mati.
Pada aksi tersebut, dua gol Itali diperoleh menerusi jaringan Antonio Cassano pada minit ke-35 sebelum bintang muda Manchester City, Mario Balotelli meledak gol kedua lewat perlawanan.
Pertemuan dengan Ireland juga menyaksikan Prandelli mengubah formasi skuad kendaliannya apabila meletakkan empat pemain di bahagian pertahanan.
Beliau jelas berpuas hati dengan persembahan para pemainnya yang cepat menyesuaikan diri dengan formasi tersebut.

"Kami tidak mahu beraksi seperti sukan ping pong. Kami sering kali dikritik sebelum ini dengan cara kami mengatasi pihak lawan yang mengamalkan hantaran bola tinggi.
"Namun, dalam perlawanan dengan Ireland kami berjaya mengatasinya. Apa yang pasti, keempat-empat pemain pertahanan kami telah beraksi dengan cemerlang.
"Bukan mudah untuk mengubah formasi dalam sesebuah pasukan tetapi kami berjaya menyesuaikan diri dengan cepat," kata Prandelli. - Reuters

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters