Jom Buat Duit

Wednesday 20 June 2012

Sharapova No. 1 dunia


SHARAPOVA kembali merampas kedudukan No. 1 dunia.


PARIS - Ratu tenis Rusia, Maria Sharapova sekali lagi mengukuhkan kedudukannya sebagai pemain No. 1 dunia selepas senarai ranking dunia dikeluarkan oleh Persatuan Tenis Wanita Antarabangsa (WTA) semalam.

Dengan mengutip 9,490 mata dan bergelar juara Terbuka Perancis awal bulan ini, Sharapova berjaya mengatasi pemain terkemuka Belarus, Victoria Azarenka dan Agnieszka Radwanska dari Poland.
Pemain Serbia, Jelena Jankovic kembali ke senarai 20 terbaik selepas mara ke pusingan akhir di Birmingham.

Bekas juara dunia itu yang dikalahkan oleh pemain Amerika Syarikat (AS), Melanie Oudin 6-4, 6-2 pada aksi akhir, melonjak selesa dengan dua mata.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters