Jom Buat Duit

Wednesday 29 February 2012

Padah bogel di web cam

SINGAPURA: Tiga lelaki dan tiga wanita yang dipercayai memeras wang daripada mangsa dengan mengugut akan menyebar gambar bogel mereka sudah ditahan.
Seorang mangsa berusia 22 tahun membuat laporan polis Ahad lalu selepas sekumpulan anggota sindiket memeras wang daripadanya sejak sembilan bulan lalu.

Lelaki itu mengenali seorang wanita di laman sembang Alamak.com pada Mei tahun lalu. Dia memulakan perbualan melalui webcam bersama wanita itu dan dipujuk untuk muncul berbogel di webcam. Tanpa pengetahuannya, wanita itu merakam aksinya dan mengancam untuk menyebarkan gambar itu di Internet jika dia tidak memberinya wang.

Lelaki itu mematuhi arahannya dan memindahkan SG$5,000 (RM12,500), tetapi pemerasan itu tidak berhenti di situ.

Secara keseluruhannya, dia membuat lebih 80 transaksi pemindahan wang sebanyak SG$97,000 (RM242,500) ke pelbagai akaun bank diberikan wanita itu sejak sembilan bulan lalu. -AsiaOne



Nadia Vega komited dalam kerjaya

JAKARTA: Sejak putus cinta dengan kekasihnya, seorang jejaka berasal dari Australia, Nadia Vega lebih memilih dalam mencari teman lelaki.
“Sejak pulang, saya begitu komited untuk bekerja. Saya ingin menjadi seorang pelukis animasi, sesuai dengan jurusan yang saya ambil di universiti, tapi sekarang saya sibuk berlakon,” katanya ketika ditemui di Planet Hollywood, Jakarta Selatan, semalam.
“Mengenai soal teman lelaki, saya kini lebih memilih,” katanya.

Sejak berpisah dengan kekasihnya, artis cantik yang berlakon dalam filem “Keumala” ini berkata dia tidak mahu berhubung dengan bekas kekasihnya.


“Lepas putus memang saya menjalani kehidupan seperti biasa. Saya tidak mahu berhubung dengannya, jadi biasa saja,” katanya.

Nadia berkata, memang ramai lelaki yang mahu mendekati, tetapi dia masih belum membuka hatinya.

“Ada beberapa lelaki yang cuba mendekati saya tetapi belum ada yang sesuai,” katanya.

Nadia, yang sudah mencecah usia 23 tahun ini sering ditanya oleh ibu bapanya mengenai soal berumah tangga.

“Saya juga ada memikirkan soal perkahwinan. Ibu dan bapa saya juga sudah bertanyakan soal itu tapi saya masih mencari jodoh yang sesuai. Doakan saya,” kata Nadia. - Inilah.com

Tarzan kena tangkap, haiwan peliharaan dirampas

FLORIDA: Seorang bekas pelakon yang pernah memegang watak Tarzan ditangkap semalam sementara dua ekor harimau dan seekor harimau kumbang dipindahkan dari rumahnya selepas ia dianggap berbahaya kepada orang ramai.
Steve Sipek ditahan selepas lesen untuk memelihara haiwan liar itu dibatalkan oleh pegawai Hidupan Liar Florida.

Pegawai berkata, harimau dan harimau kumbang terbabit dipindahkan dari kediaman Sipek di Loxahatchee atas alasan keselamatan.

Sipek ditangkap atas kesalahan kecil kerana memiliki haiwan Kelas 1 tanpa permit dan memiliki haiwan Kelas 1 sebagai haiwan peliharaan.

Pelakon kelahiran Croatia itu berlakon sebagai Tarzan dalam filem Sepanyol berjudul ‘'Tarzan in the Golden Grotto.’ Ketika penggambaran filem susulan, ‘Tarzan and the Brown Prince,’ seekor singa terlatih menyelamatkan Sipek dari satu kebakaran di set penggambaran di Rainbow Springs, Florida.

Ekoran kejadian itu, Sipek berikrar untuk melindungi haiwan seumpamanya dan memelihara beberapa binatang di kediamannya.


Malah dia pernah dengan bangga berkata dia membiarkan harimau tidur bersamanya di rumah.

“Sungguh menyeronokkan dapat memeluk mereka ketika cuaca sejuk,” katanya dalam satu wawancara.

Enam tahun lalu, Sipek menjadi tumpuan media seluruh dunia ketika gerakan memburu seekor harimau seberat 272 kilogram bernama Bobo terlepas dari kediamannya.

Sipek meletakkan tanda isyarat pada hartanahnya yang berbunyi: “Penceroboh akan dimakan.” Sebelum memelihara harimau itu, dia mempunyai seekor singa yang dinamakannya Elvis dan seekor kugar.

Selepas apa yang pegawai sifatkan sebagai ‘siasatan panjang lebar,’ mereka memutuskan ia tidak selamat bagi orang awam untuk membenarkan haiwan itu kekal di perkarangan kediaman Sipek.

Harimau dan harimau kumbang dikategorikan sebagai hidupan liar Kelas 1 yang dianggap mengancam keselamatan orang ramai.

Pemiliknya mesti membuktikan bahawa mereka mempunyai pengalaman luas dalam menjaga haiwan seumpama itu dan memenuhi syarat khusus. - DM

Akhirnya Mawi jadi bapa


SELEPAS lebih tiga tahun mendirikan tangga, akhirnya tepat jam 4 pagi semalam (Selasa), Mawi kini bergelar bapa apabila isterinya Nora’Asikin Rahmat atau Ekin selamat melahirkan anak sulung mereka di Hospital Pakar An-Nur Hasanah, Bangi, Selangor.
Bayi perempuan yang mirip wajah bapa dan ibunya itu dilahirkan dengan berat 2.8 kilogram tetapi belum diberikan nama.
Menurut Abdul Mutalib Mohd Saad iaitu bapa saudara Ekin merangkap pembantu Mawi, semalaman Mawi berada di samping Ekin sehinggalah Ekin selamat bersalin.

“Oleh itu Mawi minta maaf kepada semua pihak terutama wartawan kerana dia tidak

mahu ditemubual hari ini (semalam) kerana kepenatan dan mahu berehat. Insya-Allah, esok (hari ini) dia bersedia untuk memberikan kenyataan,” katanya.
Mutalib bagi pihak Mawi berkata, Ekin dimasukkan ke hospital pada jam 7.30 malam, kelmarin dan mula terasa sakit mahu bersalin selepas dia diberi ubat ‘induce’ kali kedua.

“Alhamdulillah Ekin bersalin secara normal. Selain Mawi turut berada dengan Ekin menyambut kelahiran bayi sulung itu adalah ibu Ekin dan kembarnya, Datin Nora’Ain Rahmat.

“Mawi sangat teruja menerima kedatangan ahli keluarga barunya dan merancang untuk mengadakan kenduri kesyukuran pada masa terdekat.

Ekin dijangka keluar hospital hari ini dan dia akan berpantang di rumahnya di Bangi yang akan dijaga ibunya. Mawi mengucapkan jutaan terima kasih kepada peminat yang mendoakan keselamatan isteri dan anaknya.

“Saya lihat Mawi sangat tenang dan dia bersyukur di atas kelahiran si kecil itu. Bagaimanapun buat masa ini, mereka belum bersedia untuk menunjukkan wajah bayi itu,” katanya.

Ekin sebelum ini pernah dua kali keguguran dan apabila disahkan dia hamil buat kali ketiga, pasangan itu sangat berhati-hati. Ekin dilarang melakukan kerja berat dan Mawi memberikan sepenuh perhatian terhadap isterinya. Ekin dihantar
balik ke rumah keluarganya di Johor Bharu bagi memastikan dia dan kandungannya sihat.

Pasangan itu berkahwin pada 20 Disember 2008 dalam suasana gilang-gemilang sehingga di gelar ‘wedding of the year’. Acara pernikahan mereka yang dilakukan di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor, disiarkan secara langsung di Astro Oasis dan seterusnya persandingan mereka diadakan di Hotel Palace Golden Horses, Seri Kembangan.

Glamor bintang penyeri Oscar

KEGEMILANGAN Academy Awards saban tahun lebih daripada sekadar majlis penyampaian trofi semata-mata. Ia sering menjadi platform pertemuan ramai karyawan seni handalan dan paling menarik melihat segala yang glamour baik terserlah pada malam kemuncak, ‘post-party’ dan laluan karpet merah.
Melihat atur cara kali ini, kemunculan semula Billy Crystal sebagai pengacara utama, berjaya mencuri tumpuan ramai.
Aktor berusia 63 tahun ini berjaya menjalankan tanggungjawab dengan cemerlang sepanjang acara ini berlangsung sehingga dilabel antara pengacara Oscar paling disayangi.

Pada pembukaan Oscar kali ini, Crystal cuba menyelitkan elemen komedi pada montaj filem The Artist yang akhirnya diangkat sebagai Filem Terbaik.


Dalam montaj itu, dia diikat pada kerusi sebelum beberapa saintis jahat menggunakan kuasa elektrik pada kepalanya sehingga dia menjerit sambil tertera sari kata (ala filem bisu) berbunyi: “Saya tidak akan mengacara! Saya tidak akan mengacara!”

Merujuk pada babak gimik itu, Crystal mendapat pelbagai kritikan. Penyiar di ABC dan The Hollywood Reporter menyifatkan persembahan itu sebagai membosankan.

The Washington Post pula menyatakan ia seperti persembahan makan malam atas kapal persiaran untuk menghiburkan pelancong.

Berbeza pandangan The New York Daily News yang memberikan komen positif kepada Crystal yang dikatakan bijak menggunakan formula jenakanya bersama monolog ringkas, persembahan beberapa lagu dan melaksanakan penyampaian dengan lancar.

Acara kali ini berlangsung di Hollywood & Highland Centre, Los Angeles yang sebelum ini dikenali Kodak Theatre.

Merujuk pula kepada fe�syen artis pula, calon Aktres Terbaik, Rooney Mara yang membintangi The Girl with the Dragon Tattoo antara yang mendapat pujian pengkritik.

Aktres jelita berusia 26 tahun ini kelihatan anggun apabila mengenakan gaun putih mutiara labuh jenama Givenchy rekaan Riccardo Tisci. Rooney sendiri menyatakan dia menyukai fabrik gaun itu yang menggabung�kan konsep moden
dan romantik.

Aktres Latin, Jennifer Lopez atau JLo tampil bersama dua busana seksi berwarna krim dan maroon gelap rekaan Zuhair Murad. Ia memang cantik tetapi kelihatan stereotaip buat pelakon dan penyanyi itu apabila mendedahkan bahagian dadanya dengan luas.

JLo mengenakan gaun krim itu ketika bersama Cameron Diaz apabila mereka mengumumkan pemenang bagi Rekaan Kostum Terbaik. Cameron pula memperagakan
gaun daripada Gucci yang dipadankan rantai platinum Tiffany & Co jutaan dolar.

Angelina Jolie yang memperagakan gaun ciptaan Atilier Versace kelihatan berjalan berpimpin tangan bersama Brad Pitt yang tercalon bagi Aktor Terbaik menerusi Moneyball. Namun rezeki tidak memihak kepada Pitt yang tewas pada calon The Artist, Jean Dujardin.

Dalam pada itu, saluran E! Entertainment (Saluran 712 Astro) turut menayang�kan program Fashion Police hari ini, jam 2 petang. Siaran secara eksklusif ini akan mem�bincangkan fesyen artis yang hadir pada acara itu.

Berikut antara aksi bintang di karpet merah termasuk pada Vanity Fair Oscar Party yang diadakan sejurus selepas acara kemuncak selesai.

‘Cerita patut-patut saja...’ Nurul Huda Abdul Wahab


Nurul Huda Abdul Wahab

SEJAK kembali ‘solo’ atau menjanda, penyanyi dan pelakon Nurul Huda Abdul Wahab kelihatan semakin cantik dan seksi. Apakah rahsia Nurul di sebalik gemar ‘pasang badan’?
Ketika singgah ke Balai Berita, baru-baru ini, Nurul, 35, akui dia bukannya ‘pasang badan’ untuk memikat lelaki tetapi hanya untuk kepuasan dirinya.

Pada pertemuan dengan Rap, tempoh hari, Nurul mengenakan fesyen ‘up-to-date’.
Dia bergaya dengan skirt pendek yang dipadankan dengan kemeja lengan panjang serta ‘vest’.

Sambil menanti rambutnya siap didandan, Nurul berkata, dia sentiasa prihatin dengan penampilan diri kerana menyedari kedudukannya sebagai artis.
“Kalau sudah jadi artis, semuanya orang akan tengok kita, dari hujung rambut ke hujung kaki. Kalau kita tak bergaya pun orang akan bercakap dan kalau bergaya pun orang akan bercakap juga. Jadi biarlah saya bergaya mengikut cita rasa saya sendiri kerana saya sangat sukakan fesyen.

“Saya cuma mahu menjadi diri saya dan soal seksi itu adalah perkara yang sangat subjektif. Saya rasa sejak dulu lagi kawan-kawan tahu saya suka melaram,” katanya.

Apabila ditanya adakah status bukan lagi isteri orang adalah lesen untuk memakai apa saja, Nurul menjelaskannya.

“Oh tidak... Tak pernah pula jadikan status saya sebagai satu alasan atau lesen untuk membuat apa saja. Saya sedar usia saya semakin meningkat dan saya juga ada anak remaja. Ke mana pergi orang akan memandang,” katanya yang gemar sukan berkuda dan ke gimnasium.

Apapun mahu bertanya soal lebih peribadi Nurul, dia yang juga duta Glow & Glamour masih enggan bercerita panjang lebar seperti suatu ketika dulu.

“Dulu saya memang seorang yang suka berterus-terang dan tak pandai memutar belit cerita. Kata orang putih, ‘What you see is what you get’. Namun, dek kerana sikap terlalu jujur itulah juga ia akhirnya membuatkan saya terperangkap dalam keadaan serba salah.

“Jadi sekarang saya kena lebih berhati-hati dan tidak mahu terlalu terbuka bercerita soal peribadi. Kata orang, cerita yang patut-patut saja... Bukan hendak menipu atau apa, cuma saya tak mahu bercerita lagi perkara yang belum pasti,” jelasnya.

Meskipun pernah melangkaui tahap susah, berpegang kepada sikap optimis, anak kelahiran Tasek Gelugor, Seberang Prai, ini akhirnya bangkit membina hidupnya.
Kini jelas Nurul, dia bersyukur dengan nikmat hidup.

“Alhamdulillah 2011 dan 2012 memberikan saya rasa puas dan gembira. Saya berjaya mencapai apa yang diinginkan iaitu mengukuhkan lagi perniagaan sendiri dengan memasarkan produk kesihatan selain mencatur kerjaya seni secara solo,” katanya yang turut muncul dalam filem Tolong Awekku Puntianak tahun lalu.

Apa yang nyata, episod keruntuhan rumah tangga lalu berjaya mematangkan Nurul.

Ibu kepada seorang anak, Ayu Nazirah, 14, hasil perkongsian hidup bersama bekas suaminya, Ajai, sudah bersedia untuk mengejar cinta baru.

Sebelum ini ada juga spekulasi yang tersebar kononnya penyanyi yang mula mencipta nama menerusi lagu Kerana Terluka ini sedang hangat bercinta bersama seorang jejaka Eropah dari Perancis. Namun puas mengorek dan bertanyakan kepada Nurul, dia hanya tersenyum.

Jelasnya, soal siapa yang menjadi pilihan hatinya tidak perlu didedahkan lagi kerana belum sampai waktunya untuk diceritakan. Kalau benarlah lelaki asing itu menjadi pilihannya, Nurul akui biarlah masa yang menentukan.

“Saya tak mahu mengulas panjang mengenai lelaki yang digosipkan sebagai kekasih saya itu. Saya tidak mahu terburu-buru mendedahkan siapa lelaki sebenar di hati saya sekarang kerana ia akan mengundang masalah lain pula nanti.

“Cukuplah saya mengakui yang memang saya ada berkawan dengan seseorang sejak tahun lalu, namun saya masih dalam peringkat mengenali hatinya dengan lebih rapat. Saya tidak mahu tersilap langkah lagi dan kalau benar ada rezeki saya membina perkahwinan sekali lagi, saya inginkan sesuatu yang kekal ke akhir hayat.

“Saya memang bahagia sekarang dan berharap ia akan berpanjangan. Rasa bebas yang ada pada saya kini tanpa komitmen dan ikatan dengan mana-mana pihak membuatkan saya lebih fokus kepada kerjaya dan anak. Mungkin ini masa terbaik untuk saya memperbaiki lagi kelemahan diri,” katanya.

Ditanya mengenai perancangan berkahwin dan perasaannya kembali bercinta, jelasnya perasaan ingin disayangi dan ada pasangan hidup adalah lumrah bagi seorang wanita.

“Selepas bercerai saya memang terlintas untuk kembali mencari pasangan dan seterusnya membina keluarga baru. Itu lumrah dan perasaan normal seorang wanita. Saya inginkan seorang lelaki yang membimbing dan setia bersama.

“Kalau kita ada pasangan, saya rasa hidup ini lebih lengkap. Bukan saja sebagai pelindung, seorang suami juga adalah individu yang membuatkan seorang wanita seperti saya lebih dihargai.

“Kegagalan yang dulu satu pengalaman dan pe�ngajaran. Status menjadi seorang ibu tunggal memang banyak mematangkan saya terutama dari aspek tanggungjawab dan komitmen dalam mencurahkan kasih sayang kepada anak walaupun sudah tidak lagi tinggal sebumbung seperti dulu.

“Namun, saya percaya semua yang berlaku ada hikmah tersembunyi. Takdir dan ketentuan itu bukan urusan saya dan apa yang penting, saya terima dengan hati terbuka dan belajar daripada apa yang berlaku,” katanya.

Soal berkahwin dan bilakah tarikhnya belum pernah terfikir buatnya lagi.

“Insya-Allah saya tidak akan berahsia atau menyorok tarikh perkahwinan saya kelak. Perkara yang baik seperti ini sudah tentu akan saya kongsi bersama peminat kerana mereka tidak pernah sekali berhenti menyokong dan memberi semangat.

“Lebih cepat lagi bagus kerana jujurnya saya tidak sabar-sabar lagi nak menimang anak,” katanya.

Bercakap soal kerjaya, Nurul akui suatu ketika pernah terasa letih apabila tercari-cari haluan sebenar dalam kerjayanya. Bukan kerana hilang identiti atau fokus, tetapi tekanan itu disebabkan adanya perubahan dalam dunia seni zaman ini yang membuatkan penyanyi ‘senior’ sepertinya perlu kreatif mencari idea.

Bagi kekal relevan dan terus memancing selera pendengar muda, Nurul sedar seseorang penyanyi itu perlu sentiasa peka dengan keadaan.

“Ada kalanya pening juga memikirkan apa lagi yang boleh dilakukan maklumlah terlalu banyak penyanyi baru serta bakat muda muncul hari ini. Mereka jauh lebih berbakat dan kaya dengan formula moden selari dengan selera pendengar hari ini.

“Justeru saya tidak mahu tertinggal atau hilang ke belakang. Lantas selain sibuk dengan perniagaan dan komitmen peribadi, saya masih aktif merancang kerjaya seni, tambahan pula masih ramai peminat bertanya album terbaru saya,” katanya.

Nurul akhirnya bertemu penerbit album muda, Andi Merican yang kini gigih mempersiapkan lagu baru buatnya.

Nurul bakal muncul dengan ‘single’ terbarunya, Mari yang mengangkat genre pop dengan suntikan eksperimen rancak dan moden.

Malah, lagu Selamat Jalan akan menyusur kemudian sebelum sebuah lagi lagu balada yang cukup indah liriknya sentuhan Sulu Sarawak, Cinta Baru Nurul.

“Saya memang gembira kerana akhirnya berpeluang bekerjasama dengan komposer muda seperti mereka yang membawa kelainan dalam corak lagu nyanyian saya.
Inilah yang saya cari dan saya yakin peminat akan menyukainya nanti.

“Lagu Cinta Baru Nurul adalah sebuah lagu yang dianggap bagai biografi saya.
Memang menarik sekali susunan muziknya dan liriknya pula begitu mendalam menceritakan episod sebenar dalam diri saya,” katanya yang turut merancang untuk kembali berlakon dalam sebuah lagi filem cereka tahun ini.

Hamilton dijerat dunia glamor Hollywood


CERITA glamor bersama selebriti Hollywood mampu memusnahkan karier Hamilton dalam F1 jika tidak dibendung segera.



LONDON - Pengulas sukan bermotor, Martin Brundle berpendapat Lewis Hamilton perlu melupakan hal peribadinya dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap perlumbaan Formula Satu (F1) jika mahu kembali ke puncak saingan.
Hamilton yang sebelum ini muncul juara pada musim keduanya dalam F1 dilihat bergelut dengan masalah peribadi di luar litar lumba sejak kebelakangan ini.

Legenda F1, Bernie Ecclestone sebelum ini juga pernah menasihatkan Hamilton supaya bercampur gaul dengan individu yang sepatutnya jika berhasrat mahu menjulang trofi sekali lagi dan ia turut dipersetujui Brundle.

"Jika Hamilton mahu menewaskan Sebastian Vettel, dia perlu memikirkan perlumbaan F1 setiap kali dia bangun dari tidur.

"Dan saya rasa, ini tidak dilakukan oleh Hamilton. Saya percaya dia sedang mengalami musim yang sukar.
"Cara penyelesaiannya mudah. Hemilton perlu mengabaikan masalah peribadi di sekelilingnya dan kembali fokus seperti mana yang dilakukan Vettel.
"Selagi dia bercampur gaul dengan golongan selebriti serta hanyut dengan limpahan glamor dunia Hollywood, selagi itulah Hamilton akan gagal," katanya. - Agensi

Soldado pilihan ganti Torres





MADRID - Penyerang Valencia, Roberto Soldado (gambar) dijangka menjadi pilihan utama jentera serangan Sepanyol menjelang Euro 2012 apabila diturunkan ketika perlawanan persahabatan menentang Venezuela di tempat sendiri awal pagi esok.

Penyerang berusia 26 tahun itu kembali menyarung jersi skuad kebangsaan dalam tempoh lima tahun selepas jurulatih Sepanyol, Vicente del Bosque mahu memiliki lebih banyak pilihan di jentera serangan bagi mempertahankan trofi yang dimenangi mereka empat tahun lepas.

Keputusan del Bosque menyenaraikan semula Soldado dilihat bakal menutup peluang penyerang Chelsea, Fernando Torres yang masih bergelut dengan prestasi hambarnya setakat ini.
"Kita semua tahu mengenai kemampuan Torres dan pastinya mahu dia turut sama beraksi di Euro 2012.

"Tetapi, saya juga mahu memberikan yang terbaik kerana saya juga mahu beraksi di sana," kata Soldado.
Soldado ketika ini telah meledak 11 gol dalam Liga Sepanyol, kurang satu gol di belakang penyerang senegara, Fernando Llorente dari Athletic Bilbao.
Sementara itu, nasib penjaring terbanyak The Matador, David Villa begitupun belum pasti disenaraikan ke Euro 2012 gara-gara masih belum cergas sepenuhnya.
- REUTERS

Pencuri 100 kenderaan dicekup




KUALA LUMPUR – Kegiatan jahat tiga lelaki bergelar Geng Wong Sifoo yang telah mencuri 100 kenderaan untuk diseludup ke negara jiran sejak awal tahun lalu terbongkar apabila kesemuanya ditahan dalam dua operasi di sekitar ibu negara bermula Khamis lepas.
Suspek-suspek dari Seremban, Negeri Sembilan dan Simpang Renggam, Johor berusia di antara 27 dan 33 tahun itu dikatakan menyasarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) dan pikap terutamanya jenis Toyota Hilux untuk dijual pada harga di antara RM8,000 dan RM20,000 bergantung kepada keadaan kereta.

Penahanan mereka dilakukan selepas polis menjalankan siasatan terhadap kes kehilangan sebuah kenderaan Toyota Hilux di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 19 Februari lalu.
Empat hari kemudian, polis dapat menahan seorang lelaki di Bandar Sunway sebelum menangkap dua lagi rakannya di sebuah pub di Jalan Loke Yew, Cheras dua hari selepas itu.
MOHMAD (kanan) menunjukkan kereta Toyota Fortuner yang dirampas daripada tiga lelaki pada sidang akhbar di Brickfields, Kuala Lumpur semalam.

Lelaki tua kemaruk seks dijel


YUSOFF dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kota Bharu semalam.



KOTA BHARU - Angkara nafsu tidak bertempat, seorang warga emas dijatuhi hukuman penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas mengaku bersalah atas dakwaan memperdagangkan seorang wanita Indonesia sebagai hamba memuaskan nafsu seksnya.
Tertuduh, Yusoff Mat Rani, 61, yang bekerja sebagai pengutip kotak dituduh memperdagangkan mangsa yang berusia 24 tahun dengan cara melindunginya bagi maksud eksploitasi seks dalam tempoh enam bulan pada Jun hingga Disember 2011.

Mengikut fakta kes, wanita terbabit datang ke negara ini pada Jun 2011 dan bekerja sebagai pembantu rumah di Wakaf Bharu dekat sini tetapi melarikan diri daripada majikannya atas alasan tidak tahan bekerja.
Wanita itu kemudian dihantar oleh orang awam ke Jabatan Imigresen kerana dia tiada pas perjalanan. Bagaimanapun, ketika sampai ke Jabatan Imigresen, pejabat itu sudah ditutup kerana tamat waktu bekerja.
Mangsa kemudian bertemu tertuduh sebelum tertuduh mengajak wanita terbabit ke rumahnya di Kampung Limau Manis di sini.

Mawi dikurnia cahaya mata selepas tiga tahun berumah tangga



KUALA LUMPUR - Selepas tiga tahun melayari alam rumah tangga dan dua kali mengalami keguguran kandungan, akhirnya isteri kepada penyanyi Mawi, Ekin selamat melahirkan bayi perempuan semalam.

Bayi seberat 2.8 kilogram itu dilahirkan oleh Ekin atau nama sebenarnya Nor'ashikin Rahmat, 33, di Hospital Pakar An-Nur Hasanah di Bangi dekat sini pada pukul 4 pagi.
Ekin dan bayinya kini dalam keadaan selamat dan sihat.

Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani yang kini berusia 31 tahun ketika dihubungi Kosmo! nyata cukup teruja kerana dapat bergelar seorang bapa.
"Alhamdulillah, isteri saya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang sihat pagi tadi (semalam). Saya juga bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar," ujarnya yang turut berada di sisi Ekin sewaktu melahirkan anak sulung mereka.
Isteri Mawi, Ekin selamat melahirkan bayi perempuan kelmarin.

Konsert Erykah Badu dibatal





KUALA LUMPUR - Konsert penyanyi wanita Amerika, Erykah Badu yang dijadual berlangsung di ibu negara malam ini dibatalkan kerana melanggar garis panduan Agensi Pusat Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dalam kenyataan yang disiarkan dalam laman Tumblr beliau berkata, persembahan itu juga dibatalkan kerana melanggar syarat-syarat kelulusan iaitu menyentuh sensitiviti agama, bangsa serta nilai budaya masyarakat Malaysia.

Erykah Badu yang berasal dari Dallas, Texas pernah memenangi anugerah Grammy dan dijadual membuat persembahan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini malam ini. Erykah sudah pun berada di Kuala Lumpur sejak Ahad lalu.
Rais berkata, perbuatan artis itu meletakkan tulisan kalimah Allah di badan tanpa baju adalah satu penghinaan kepada agama Islam dan merupakan kesalahan yang serius.

"Perlanggaran syarat ini telah menimbulkan bantahan masyarakat yang boleh menjejaskan keselamatan negara dan memberi impak negatif kepada imej kerajaan," katanya.

Cipta pesawat di atas bumbung rumah




KAMPUNG XIAHE, China - Seorang petani berusia 58 tahun, Li Jingchun mencipta pesawat buatan sendiri di atas bumbung rumahnya di sini.
Dia menyembur cat pada badan pesawat itu yang sepanjang 5 meter (m) dan lebar 1.5m.
Kebanyakan badan pesawat itu diperbuat daripada barang kitar semula dengan kos lebih 40,000 yuan (RM19,136). - Reuters
PESAWAT buatan sendiri yang dicipta oleh Li Jungchun dilihat berada di atas bumbung
rumahnya di Kampung Xiahe semalam.

Gaun Jolie, Lopez jadi isu di Twitter

GAUN yang dipakai oleh Jennifer Lopez pada Anugerah Academy di Hollywood pada Ahad lalu.

LOS ANGELES - Dua aktres terkenal, Angelina Jolie dan Jennifer Lopez mendapat perhatian di laman sosial Twitter kelmarin berhubung pakaian mereka pada Anugerah Academy kali ke-84 di Hollywood.

Pada anugerah itu, Jolie, 36, memakai gaun labuh yang mempunyai belahan dan berwarna hitam.
Jolie juga kerap mendedahkan paha dan kaki kanannya semasa dia berjalan dan berdiri.

Lopez, 42, yang juga dikenali sebagai JLo mengenakan gaun putih hampir menampakkan keseluruhan payudara kirinya ketika dia dan Jolie menaiki ke pentas bagi menyampaikan anugerah Oscar pada Ahad lalu.

Dalam tempoh kurang satu jam, seorang pengguna telah mewujudkan satu akaun Twitter @AngiesRightLeg berhubung dengan kaki kanan Jolie.
Ia mempunyai lebih 15,500 pengikut pada Isnin lalu.
"Lihatlah saya!," kata mesej di Twitter tersebut selepas 45 minit Jolie naik ke pentas bagi menyampaikan anugerah dengan gayanya yang menggoda tanpa rasa malu ketika mendedahkan kaki kanannya.

Sementara itu, akaun Twitter tentang payudara Lopez, @JLosNipple diwujudkan lebih awal daripada @AngiesRightLeg.
"Bukan salah JLo, Saya tidak boleh bernafas," kata salah satu mesej di Twitter.
Namun, menurut laman akhbar Los Angeles Times, akaun Twitter @JLosNipple tidak begitu popular seperti @AngiesRightLeg kerana ia hanya diikuti kira-kira 2,500 pengikut pada Isnin lalu. - Agensi

Wanita pertama Pakistan menang Oscar


SHARMEEN Obaid-Chinoy memegang anugerah Oscar bersama dengan Daniel Junge di Hollywood pada Ahad lalu.



ISLAMABAD, Pakistan – Akhbar-akhbar di sini semalam memuji seorang pengarah wanita muda negara ini, Sharmeen Obaid-Chinoy apabila menjadi warga Pakistan pertama memenangi Anugerah Academy bagi kategori dokumentari pendek terbaik menerusi filem Saving Face.

Gambar-gambar Sharmeen, 33, ketika menerima patung Oscar dalam anugerah itu di Hollywood disiarkan di muka depan akhbar-akhbar Pakistan.
Filem Saving Face mengisahkan tentang mangsa-mangsa serangan asid dan pakar bedah plastik kacukan Inggeris, Mohammad Jawad yang kembali ke Pakistan untuk membantu memulihkan wajah dan kehidupan mereka.

Dokumentari itu diarahkan Sharmeen bersama dengan Daniel Junge.
Akhbar berbahasa Inggeris tertua Pakistan, Dawn, menyatakan kemenangan Sharmeen dialu-alukan kerana liputan media asing terhadap negara ini kerap tertumpu kepada Al-Qaeda, Taliban, kemiskinan, rasuah dan senjata nuklear. – Agensi

Shruti Hassan akui bedah hidung





TIDAK ramai selebriti Bollywood mengakui melakukan pembedahan kosmetik, tetapi berlainan dengan aktres seksi, Shruti Hassan. Dia tanpa berselindung baru-baru ini mengakui telah melakukan pembedahan hidung. Malah, aktres yang baru muncul dengan filem sulungnya, Luck itu pelik kenapa isu tersebut dihebohkan pihak media.

Ujar Shruti kepada akhbar South: "Saya mengakui ada melakukan pembedahan hidung tetapi saya melakukannya bukan kerana hidung saya tak cantik. Saya bedah hidung atas sebab kesihatan."
Tambah Shruti, hidungnya sebelum ini didakwa mengalami simpton septoplasty, iaitu menyebabkan dia menghadapi masalah ketika bernafas.

"Saya melakukan pembedahan hidung di Amerika Syarikat sebab mengalami simpton septoplasty. Ia menyebabkan saya sukar bernafas."
Apa yang menarik, pembedahan hidung sebab kesihatan seperti yang didakwanya itu telah memberikan Shruti hidung baharu yang lebih cantik dan menawan.

Shruti Hassan akui bedah hidung





 
























SHRUTI HASSAN


TIDAK ramai selebriti Bollywood mengakui melakukan pembedahan kosmetik, tetapi berlainan dengan aktres seksi, Shruti Hassan. Dia tanpa berselindung baru-baru ini mengakui telah melakukan pembedahan hidung. Malah, aktres yang baru muncul dengan filem sulungnya, Luck itu pelik kenapa isu tersebut dihebohkan pihak media.

Ujar Shruti kepada akhbar South: "Saya mengakui ada melakukan pembedahan hidung tetapi saya melakukannya bukan kerana hidung saya tak cantik. Saya bedah hidung atas sebab kesihatan."
Tambah Shruti, hidungnya sebelum ini didakwa mengalami simpton septoplasty, iaitu menyebabkan dia menghadapi masalah ketika bernafas.

"Saya melakukan pembedahan hidung di Amerika Syarikat sebab mengalami simpton septoplasty. Ia menyebabkan saya sukar bernafas."
Apa yang menarik, pembedahan hidung sebab kesihatan seperti yang didakwanya itu telah memberikan Shruti hidung baharu yang lebih cantik dan menawan.

Nadia serap jiwa Zaiton Sameon


NADIA AQILAH BAJURI atau dahulunya dikenali Nadia Luscious Aqilah selepas menyertai program realiti Gangstarz bagai diam membisu selepas tampil dalam beberapa drama bersiri seperti Tari Tirana, Emil Emelda, Sindarella dan Merah Putih.
Bakat Nadia bukan hanya tertumpu dalam bidang lakonan di layar kaca semata-mata, dia juga pernah terlibat dalam pementasan teater Puteri Gunung Ledang The Musical pada tahun 2005 dan P. Ramlee The Musical pada tahun 2008.

Menghilang atau merajuk kerana bakatnya boleh dikatakan kurang dihargai berbanding aktres lain? Namun kata Nadia Aqilah, 26, dia selesa dengan progres kariernya kini yang menunjukkan kemajuan tetapi bukan kerana kontroversi.

Kesempatan bersua dengan Nadia Aqilah sewaktu sidang akhbar Broadway Bites di Duta Nusantara, Sri Hartamas, Kuala Lumpur, baru-baru ini turut diajukan beberapa pertanyaan mengenai peranannya memegang watak utama dalam filem biografi penyanyi terkenal era 1980-an, Zaiton Sameon yang berjudul Zaiton Ceritaku.

Kosmo!: Nadia perlahan-lahan menyepi daripada industri, ke mana menghilang?
NADIA: Mana ada menghilang. Saya masih dalam industri dan sekarang sedang sibuk dengan penggambaran sebuah program bersiri di 8TV. Sementara hari minggu pula terlibat dengan latihan untuk Broadway Bites yang bakal dipentaskan pada 14 hingga 18 Mac ini di Auditorium DBKL, Kuala Lumpur.

Nadia pernah tampil dalam beberapa naskhah drama televisyen dan kini kelibat Nadia amat jarang penonton lihat. Apa sebabnya?
Saya seorang yang cerewet dan suka pilih karakter sebab saya tak nak dicop dengan hanya satu jenis watak saja. Selalu berlakon orang akan terus fikir saya akan pegang watak perempuan jahat. Sebab itu muka saya jarang keluar televisyen sekarang.

Nadia pernah menganggotai kumpulan Luscious untuk menyertai Gangstarz beberapa tahun dulu, ke mana pula perginya kumpulan itu setelah keluar daripada Gangstarz?
Saya mula menyanyi pada umur 14 tahun lagi dan pernah menubuhkan kumpulan hip hop suatu masa dulu dan kemudiannya ditukarkan kepada Luscious seterusnya menyertai Gangstarz pada tahun 2007. Saya, Eenaz (Nur Shafinaz Mokhtar) dan Ruzana (Ruzana Ibrahim), Alhamdulillah masih berkawan rapat dan kalau ada rezeki kami akan kembali ke dalam industri.

Bagaimana Nadia boleh terpilih untuk menyandang watak Zaiton untuk filem biografi penuh kontroversi, Zaiton Sameon?
Sebelum saya terpilih pun saya dapat tahu sudah dua pelakon disunting untuk menjayakan peranan itu. Syukur Alhamdulillah rezeki saya, selepas tamat pementasan Secret Life Of Nora, abang Esma Daniel mempelawa saya untuk berlakon dalam naskhah yang saya fikir sangat berat dan menuntut saya banyak belajar.

Bagaimana Nadia memandang karakter Zaiton?
Paling berat dan paling memberikan tekanan! Harap saya berjaya memberikan apa yang pengarah dan penonton mahukan.

Ceritakan peranan Nadia dalam filem itu?
Saya membawakan watak Zaiton Sameon sejak dia berusia 20 tahun hingga 50 tahun dan sememangnya pengalaman ini sangat luar biasa. Dengan mekap yang sangat menakjubkan, saya kagumi produksi filem ini. Tempoh penggambaran kami selama sebulan kebanyakannya di Tanjung Malim, Perak dan Kuala Selangor.

Memandangkan watak yang diberikan sangat berat dan mencabar, apa yang Nadia lakukan sebagai homework?
Research sudah tentu dan setiap hari saya mendengar lagu Zaiton Sameon. Sampaikan abang saya takut tengok keadaan saya yang sudah seperti bukan diri saya sebenar. Katanya perubahan yang berlaku ke atas diri saya sangat drastik, adakalanya saya pun tak kenal diri saya sendiri.
Pernah berjumpa dengan Zaiton Sameon?
Banyak kali! Kadangkala dia akan datang ke set penggambaran untuk tengok progres dan menariknya dia pula yang akan menyerap karakter setiap kali kita usik.

Nadia selesa dengan perjalanan karier sekarang? Pernahkah Nadia terfikir bahawa Nadia perlukan kontroversi atau isu sensasi untuk mudah naik?
Saya selesa dengan perkembangan dan perjalanan kerjaya sekarang. Saya mahu orang hargai saya berdasarkan bakat yang saya ada bukan naik disebabkan kontroversi. Saya juga akui populariti itu penting bagi seseorang artis tapi sebolehnya biar populariti itu datang bersama bakat yang saya miliki.
NADIA mahu maju dalam karier seninya tanpa bantuan kontroversi.
 

Protege Ella harus unik




DIA khabarnya memiliki sikap mudah kasihan dan manja. Namun ratu rock, Ella membuktikan di sebalik sikapnya itu dia juga seorang yang tegas.
Ella mengakui dirinya begitu selektif memilih protegenya. Malah, terpaksa melalui masa pemilihan protegenya sehingga pukul 1 pagi untuk mencari seorang peserta yang mempunyai pesona dan keunikan selain mampu menghayati dan mempersembahkan semua jenis lagu dengan baik.
"Peserta-peserta yang datang memang boleh menyanyi tetapi tonasi suara mereka kebanyakannya serupa dengan penyanyi yang sedia ada. Saya memerlukan peserta yang mempunyai pesona. Apa yang paling penting dia mesti mempunyai keunikan. Calon itu juga perlu tegas dalam menentukan muzik yang hendak diperjuangkan apabila bergelar penyanyi profesional kelak," ujarnya ketika ditemui pada sesi uji bakat program Mentor yang berlangsung di Sri Pentas, TV3, Petaling Jaya, Selangor.

Ditebak soalan sama ada dia memilih calon yang mampu menyanyikan lagu rock dengan baik seperti dirinya sebagai protege, tutur pemilik nama sebenar Norzila Aminuddin, 45, ini, calon protege pilihannya tidak semestinya berpenampilan rock dan ranggi. Katanya, dia perlu mengetahui hala tuju dan konsep muzik yang akan diperjuangkan apabila bergelar penyanyi profesional kelak.

Ella juga memberitahu, dia tidak menetapkan kriteria tertentu untuk calon protegenya.
Malah, pengalamannya dalam industri muzik selama 30 tahun membantu dirinya memilih protege yang bagus selain mampu membimbing protegenya dari segi penampilan, hala tuju dan konsep muzik yang akan diperjuangkan kelak.

"Kalau protege itu ada rupa, ia dikira bonus dan bagus untuk perkembangan kariernya," ujarnya lagi.
Ditanya mengenai teknik bimbingannya terhadap protege itu kelak, ungkap Ella yang tidak memilih jantina calon protege miliknya nanti, dia akan menggunakan pendekatan tersendiri apabila sesi pembelajaran mereka bermula.

"Saya pun tidak tahu apa teknik yang akan digunakan tetapi ia adalah cara saya sendiri. Harap dia faham, dengar dan tahu apa yang diajar nanti.
"Insya-Allah, saya yakin protege itu akan dapat menyesuaikan dan memahami bimbingan dan tunjuk ajar saya," katanya yang turut menyediakan pasukan untuk mengubah imej protege miliknya itu.
Selain Ella, antara selebriti lain yang menggalas tanggungjawab sebagai mentor untuk musim ini adalah Faizal Tahir, Ferhad, Ogy Ahmad Daud, Ramlah Ram dan Adam (AF).
BAGI Ella yang telah 30 tahun menjadi anak seni, setiap bakat baharu harus mempunyai sifat profesional yang tinggi
 

SEORANG calon sedang mencuba nasib dan meniru gaya yang dikehendaki Ella.

Bahagia Marion sebagai ibu





BERTEMU dengan pengacara jelita Marion Caunter pada majlis persandingan Lisa Surihani dan Yusry baru-baru ini, Marion masih kelihatan kekal jelita. Tubuh badannya kelihatan masih kurus, seperti belum melahirkan seorang anak, sedangkan hakikatnya, dia baru sahaja melahirkan anak sulungnya yang diberi nama Leia Rose Caunter SM Nasaruddin pada 16 Disember lalu.

Hadir bersama suaminya, SM Nasaruddin pada majlis tersebut, mereka kelihatan sungguh secocok dan mencuri tumpuan hadirin ketika melangkah masuk ke dalam dewan. Itu merupakan kemunculan pertama Marion selepas melahirkan anak.
Meskipun majlis masih belum selesai, Marion dan suami dilihat tergesa-gesa meninggalkan majlis sebelum mereka disambar pihak media di luar pintu masuk.
Kata Marion, dia harus pulang untuk menyusukan anaknya, Leia yang akan berusia tiga bulan pada 16 Mac ini.

"Saya kena pulang segera bukan tidak mahu berada lama di majlis ini, tetapi anak saya memerlukan saya kerana dia menyusu badan," tuturnya lembut.
Marion dan suami bagaimanapun tetap meluangkan sedikit masa bersama pihak media yang ingin mengetahui tentang perkembangan terkininya.

Disoal bagaimana perubahan hidupnya selepas bergelar seorang ibu, sambil memandang wajah suaminya dengan senyuman, dia memberitahu: "Semua okey, anak saya tidak banyak meragam cuma jika ada masa dia manja, setiap jam dia akan minta susu.
"Biasanya dua jam sekali. Jadi sekarang memang saya hanya duduk di rumah sahaja menjaga Leia. Saya hampir tidak keluar ke mana-mana sebab anak menyusu badan."

Meskipun Marion akan kembali bekerja sebagai pengacara E! News Asia yang menjalani penggambaran di Singapura setiap minggu, jelasnya, dia belum terfikir untuk menghentikan penyusuan badan buat Leia. Malah akuinya, memberi susu tepung sebagai alternatif buat Leia akan difikirkan apabila tiba saatnya. Namun buat masa ini, dia mahu memberi penyusuan badan secara eksklusif selama yang mungkin.

"Memang saya sibuk, tetapi saya rasa lebih baik memberi susu badan berbanding susu tepung kerana anak lebih sihat. Memang saya ada terfikir untuk berikan dia susu tepung, tetapi bila melihat wajahnya tidak sampai hati pula," katanya.
Tambah Marion lagi, sebagai persediaan untuk dia kembali bertugas pada minggu hadapan, dia akan memerah susu dan menyimpan di dalam botol sebagai bekalan Leia saat dia berpergian ke Singapura.

MARION meletakkan gambar dia sedang memeluk Leia yang tertidur lena dalam dakapannya sebagai gambar pengenalannya di akaun Twitter miliknya.



"Saya akan mula bekerja pada minggu depan, jadi caranya adalah saya akan menyimpan susu di dalam botol banyak-banyak sebelum saya terbang ke Singapura. Selain itu, saya akan pastikan yang saya pulang ke Kuala Lumpur pada hari yang sama juga sebab itu saya terpaksa tolak jika ada yang menawarkan kerja pengacaraan di Singapura. Anak kini nombor satu," balasnya sambil tersenyum manis.

Tambahnya lagi sejak melahirkan Leia, dia harus berfikir dua kali sebelum membuat keputusan untuk bercuti atau berjalan ke mana-mana.
"Pergerakan saya lebih terhad sekarang, kalau sebelum ada Leia, rasa ingin bercuti, terus pergi tanpa berfikir panjang sekarang tidak boleh macam itu lagi.

"Kalau kerja pun tidak boleh terlalu lama tinggalkan Leia, nanti saya rindu dia. Saya sekarang hak eksklusif Leia, bila penat bekerja atau tertekan, lihat wajahnya terus hilang semua penat. Bagi saya apa yang berlaku merupakan satu perubahan baik buat kami berdua," ujarnya yang cukup bahagia melewati fasa baharu kehidupannya ini.

Restu kerja - SM Nasaruddin
Suami Marion yang lebih banyak berdiam di sisi isterinya sesekali mencelah dan berkata cabaran terbesar buat Marion adalah membahagikan masa antara kerjaya dan anaknya.
"Cabaran utama Marion adalah membahagikan masa kerja dan anak. Tetapi setakat ini Alhamdulillah, dia lebih selesa menjaga anak kami sendiri daripada menyerahkan tanggungjawab itu kepada pembantu rumah," katanya.

Marion pula berkata dirinya terlalu beruntung dan tidak boleh banyak merungut kerana dia dikurniakan suami yang pandai menjaga anak kecil mereka.
"Suami saya banyak membantu. Dia boleh menjaga Leia dengan baik. Kami bergilir-gilir menjaganya, lebih selesa begitu. Memang sangat seronok ada anak," kata Marion lagi.
Walaupun memiliki anak kecil, suami Marion tidak pernah menghalangnya untuk meneruskan kerjayanya kerana sedar bidang penyiaran merupakan minat utama isteri tercinta.
Malah, dia cukup kagum dengan komitmen kerja yang diberikan oleh isterinya itu.

"Dia memang sangat minat dengan apa yang dilakukan dan saya tidak pernah menghalang dia untuk terus bekerja. Apa yang diperoleh hari ini (kerjaya) hasil daripada usaha kerasnya selama ini," kata Nasaruddin yang selalu menjadi tulang bekalang Marion.
Ditanya tentang dirinya yang berkahwin dengan seorang selebriti terkenal seperti Marion, Nasaruddin memberitahu tidak mengalami perbezaan yang ketara seperti pasangan lain.

SAMA cantik sama padan. Marion dan suaminya. SM Nasaruddin berkongsi kebahagiaan bergelar ibu dan bapa kepada anak sulung mereka, Leia Rose Caunter SM Nasaruddin ketika diserbu pihak media sewaktu ditemui pada majlis resepsi Yusry dan Lisa Surihani baru-baru ini.



"Memiliki seorang isteri selebriti, tidak ada bezanya seperti orang lain. Kami berdua bekerja, selain keluarga, dia juga mempunyai komitmen lain seperti saya, cuma kini anak sangat diutamakan daripada segala hal," jawabnya.

Pantang cara Melayu
Tidak dinafikan ramai yang terkejut melihat tubuh badan Marion yang langsing sama seperti sebelum dia melahirkan anak.

Ditanya apakah rahsianya, jawab Marion, dia berpantang selama sebulan di rumah ibu mertuanya mengikut cara tradisional Melayu.
"Saya tidak ikut sangat sebab ibu mertua juga orang yang agak moden, jadi ada campuran antara moden dan tradisional.

"Ibu mertua lebih menitikberatkan pemakanan secara sihat dan elakkan makanan yang tidak sihat. Saya memang rindu untuk dapat semula badan sebelum lahirkan anak, jadi saya mengikut diet sihat dengan ketat," terangnya.
Ujarnya lagi, meskipun tubuh badannya kembali langsing, dia harus berusaha untuk mendapatkan tubuh asalnya semula.

"Siapa kata saya kurus? Baju saya hari ini ada bantuan ala-ala gaun kembang membantu menutup bahagian yang berlemak (ketawa). Saya masih berdiet cuma saya belum mula bersenam," tuturnya sebelum meminta izin untuk mengundur diri.
Ditanya tentang perancangan menambah ahli keluarga lagi, segera dijawab pasangan ini, mereka mahu memberi tumpuan terhadap Leia terlebih dahulu sebelum memikirkan tentang mempunyai anak lagi.

Tuesday 28 February 2012

2 lelaki dibakar sampai mati kerana dituduh curi lembu

JAKARTA: Penduduk Kampung Lau Bakeri di Kutamlimbaru, Deli Serdang, memukul dua penduduk dikenali sebagai Ricardo dan Kristian dan membakar mereka hingga mati, kelmarin.
Penduduk kampung menuduh mereka mencuri lembu.

Seorang saksi, dikenali sebagi Bob berkata, Ricardo dan Kristian berada di dalam kereta Innova.

“Seseorang tiba-tiba menjerit (ke arah Ricardo dan Kristian) dan penduduk terus mengejar mereka,” katanya, semalam.

Penduduk kampung merosakkan kereta itu dengan kayu dan parang dan akhirnya membakar Ricardo dan Kristian. - Kompas

‘Doktor’ cabul 7 kanak-kanak

SINGAPURA: Dia sentiasa dilihat dengan stetoskop tergantung di leher, tetapi sebenarnya ia cuma fon telinga untuk telefon bimbit.
Sebabnya: Untuk meyakinkan mangsa yang dia seorang doktor.
Untuk melengkapkan lagi penyamarannya, Ng Ban Keong, 55, membawa bersama termometer dan sarung tangan pembedahan.

Antara 2004 dan 2010, bekas pengurus sumber manusia menjadikan tujuh gadis sebagai mangsa untuk memuaskan nafsu seksnya.


Dia mencari kanak-kanak berusia antara sembilan dan 12 tahun kerana mereka “mudah percaya dan menurut kata.”

Ng mengaku bersalah di Mahkamah Daerah semalam atas kesalahan seksual.

Dia mengaku bersalah dalam tiga tuduhan pencabulan dan satu tuduhan serangan seksual terhadap remaja berusia 14 tahun ke bawah.

Enam lagi dakwaan termasuk mengeksploitasi kanak-kanak secara seksual dan menyimpan video lucah, akan dipertimbangkan ketika hukuman dijatuhkan.

Ng memulakan jenayah itu pada 13 September 2004.

Dia terlihat seorang kanak-kanak berusia 11 tahun berjalan kaki dari sekolahnya di flat Clamenti tengahari itu dan menghampirinya.

Mereka berdua masuk ke dalam lif bersama-sama dan dia berpura-pura untuk melihat sebuah rumah di tingkat enam, lalu meminta kanak-kanak itu menunjukkan arah.

Ketika mereka berjalan ke arah tangga, Ng menipu kanak-kanak itu dengan mengaku dia seorang doktor dari Kementerian Kesihatan.

Ketika tiba di tingkat lima, Ng berkata dia akan membantu untuk memeriksa tubuhnya.

Ng kemudian mencabul kanak-kanak itu.

Apabila pulang kanak-kanak itu menceritakan kejadian itu kepada ibu bapanya dan mereka membuat laporan polis. - Asiaone

Femmy dah janda


JAKARTA: Artis  rasmi bercerai dengan suaminya, Samudera Djaya, semalam. Femmy secara sah menjadi janda selepas menghadiri perbincangan beberapa kali di Pengadilan Agama Jakarta Utara.
Khabar angin mengenai orang ketiga mulai tersebar sejajar dengan perceraian itu. Bagaimanapun, bintang ‘Cinta Cenat Cenut’ itu menafikan kehadiran orang ketiga menjadi punca keretakan rumah tangganya. Femmy berkata, tiada persefahaman lagi menjadi penyebab dia berpisah dengan bapa kepada tiga anaknya itu. “Sama sekali tiada kena-mengena dengan orang ketiga kerana antara kami sudah tiada persefahaman lagi,” katanya.

Ketika diminta penjelasan lanjut mengenai hal itu, Femmy enggan memberikan komen.
“Puncanya kerana tiadapersafahaman lagi dan saya tidak mahu menjelaskan lebih lanjut mengenainya. Kasihan dengan anak-anak,” katanya. Selama ini, rumah tangga Femmy dan Samudera tidak dilanda khabar yang negatif. Pasangan itu bercerai selepas 13 tahun hidup bersama. Bagaimanapun, peguam Femmy, Sugianto memberikan alasan yang berbeza. Menurutnya, Femmy diceraikan kerana suaminya tidak mahu tiga anak mereka terabai akibat kesibukan ibunya sebagai artis. Samudera dikatakan meminta Femmy mengundurkan diri daripada kerjayanya sebagai artis supaya anak mereka mendapat sepenuh perhatian. - DH

William berang badak sumbu rakan dibunuh

LONDON: Putera William semalam dikatakan berang dan kecewa apabila pemburu membunuh seekor badak sumbu kesayangan rakannya.
Max, badak sumbu putih yang hampir pupus, ditembak oleh pemburu haram yang kemudian memenggal sumbunya.

Haiwan berusia enam tahun itu dipelihara sendiri oleh Ian Craig, pemilik taman hidupan liar di Kenya dan bapa bekas teman wanita William, Jecca.

William, 29, menghabiskan masa beberapa minggu membantu projek pemuliharaan pada 2001 dan berkenalan dengan Max pada kunjungannya ke Afrika selepas itu.

Putera itu begitu tertarik dengan usaha Craig membiak badak sumbu hingga dia menjadi penaung kepada badan kebajikan Tusk Trust.

Max yang pernah muncul dalam dokumentari televisyen, Last Chance To See, ditembak 17 kali.


Pengawal sudah membuang hampir semua sumbunya dalam usaha melindunginya daripada pemburu.

Bagaimanapun, Craig berkata, baki sumbu yang sedikit itu tetap menjadi tarikan pemburu.

Sumbu badak boleh dijual dengan harga sehingga RM200,000 sekilogram di Asia, di mana ia didakwa boleh mengubati barah.

Jurucakap William berkata: “Beliau kecewa dengan kejadian itu. Beliau berang dengan kegiatan pemburuan haram itu.” - DM

‘Pelanggan’ hotel berparang

PETALING JAYA: Dua pekerja sebuah hotel bajet di Bandar Sunway, di sini, terkedu apabila premis berkenaan dimasuki dua penyamun berparang yang disangka pelanggan dalam kejadian pagi kelmarin.
Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, hotel berkenaan kerugian RM5,000 wang hasil bayaran sewa bilik dan deposit pelanggan, manakala kedua-dua mangsa berusia 23 tahun kerugian barangan peribadi dilarikan penyamun terbabit.

“Seorang suspek yang memakai topi keledar mengacukan parang ke arah pekerja lelaki itu dan merentap rantai lehernya.

“Manakala, seorang lagi suspek yang memakai topi besbol melompat ke dalam kaunter dan menggeledah laci meja bagi mencari wang,” katanya, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, mengesahkan menerima laporan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan dan bersenjata.

Bekas polis dijel sepanjang hayat

PUTRAJAYA: Seorang bekas konstabel polis terpaksa menghabiskan sisa hidupnya di dalam penjara selepas gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Rayuan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara sepanjang hayat dan 12 kali sebatan kerana mempamerkan pistol milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika merompak dua kedai telefon.
Hakim Datuk Wira Low Hop Bing yang mengetuai hakim tiga panel menolak rayuan Aeleh Wahab terhadap sabitan dan hukuman setelah mendapati rayuannya tidak bermerit.

Dua hakim lain bersidang bersama Hakim Low ialah hakim Datuk Sulaiman Daud dan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali.




Bakal cetus fenomena

SARAT dengan suntikan drama, elemen cinta dan komedi ringan yang cukup menghiburkan! Itulah yang dapat disimpul�kan mengenai pementasan Cuci The Musical Last Kopek yang bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) bermula 2 hingga 18 Mac ini.
Rata-rata penonton dan peminat Cuci yang hadir ketawa tidak kering gusi dan masing-masing bersetuju pementasan kali ini lebih berjaya dan bakal mencetuskan satu lagi fenomena dalam pementasan muzikal di negara ini.
Tidak keterlaluan, pementasan kali ketiga arahan Harith Iskandar yang dibawakan Tall Order Productions ini tidak menghampakan dan sehebat pementasan musim pertama dan kedua sebelum ini.

Mengangkat plot cerita dan perwatakan serupa, siapalah yang tidak terhibur mengi�kuti cerita dan perjalanan hidup empat beradik yang bercita-cita tinggi untuk memenangi pertandingan Window Washing Olympics dan gelagat mereka yang bekerja sebagai tukang cuci di Cuci-Cuci Services iaitu Fairil (Afdlin Shauki), Jojo (Awie), Hans Isaac (Khai) dan adik mereka, C’ Tan (Nabil).


Fairil adalah abang sulung yang juga ketua kumpulan Cuci-Cuci Services. Jika Jojo seorang yang ‘cool’, Khai yang paling kacak daripada mereka bertiga pula lurus bendul dan jujur orangnya. Manakala, C’ Tan adik yang sering memberontak bila tidak puas hati dengan keputusan abangnya. Selaku penerbit teater ini, Hans mengakui bersedia untuk menerima kritikan sekali gus memperbaiki lagi kelemahan pementasan yang membabitkan kos mencecah lebih RM2 juta itu.

“Pihak kami bersedia untuk menerima maklum balas daripada media yang datang pada malam ini. Saya akui aspek teknikal kurang baik malam ini dan ia perlu diperbaiki.

“Selepas pementasan ini, Harith selaku pengarah muzikal ini akan mengada�kan sesi percambahan minda dengan semua pelakon dan kru untuk perbaiki kelemahan pementasan pada malam ini (Jumaat lalu). Contohnya, ada pihak yang komen mengenai kostum yang dipakai Dina malam ini. Kami akan beri Dina pakai baju yang lebih sesuai pada hari pementasan sebenar nanti.

“Saya simpati dengan Dina kerana ramai yang membandingkannya dengan Adibah Noor dan Jaclyn Victor yang membawa watak itu pada pementasan pertama dan dua dulu, tetapi saya tetap dengan keputusan memilih Dina untuk membawakan watak Farah.
Saya juga puas hati dengan lakonannya,” katanya.

Tambah Hans, mereka sudah buat yang terbaik dan hanya serah pada penonton untuk menilai hasilnya sendiri.

“Barisan pelakon berlatih selama dua minggu dan barisan penari pula berlatih selama dua bulan. Saya juga puas hati dengan komitmen terbaik yang diberikan semua pelakon.

“Semua pelakon bukan saja buat lawak, mereka perlu menyanyi dan menari dalam muzikal ini. Saya juga gementar pada hari pertama latihan. Maklumlah, walaupun pelakon itu bukan penyanyi seperti saya dan Vee, kami perlu menyanyi dengan suara mereka sendiri seperti diperlukan dalam pementasan muzikal.

“Semua pelakon juga hebat dalam melakukan lakonan spontan atau ‘ad-lip’ dan ia juga tarikan dalam pementasan yang membabitkan tempoh 2 jam 45 minit ini,” katanya.

Ditanya sama ada dia merancang untuk mementaskan Cuci musim keempat, Hans tetap dengan keputusan yang sudah dibuatnya.

“Ini adalah yang terakhir kerana saya tidak akan pentaskan Cuci untuk kali keempat. Justeru, peminat Cuci di luar sana, jangan lepaskan peluang keemasan untuk menonton pementasan buat kali terakhir ini,” katanya ketika ditemui selepas sesi pratonton untuk pihak media di IB, baru-baru ini. Bagaimanapun, ramai yang memuji lakonan Dina yang berjaya membawa watak Farah dengan baik.

Selain berbakat sebagai pelakon teater, Dina yang pernah berlakon dalam pementasan Dreamgirls juga mempunyai� vokal yang lantang dan memang sesuai untuk beraksi dalam pementasan muzikal.

Kalau adapun yang kurang menarik ialah kostum korporat dan baju kurung yang digayakan Dina nampak sendat dan kurang sesuai untuk menampung badannya yang montel itu.

Tidak kurang juga yang menganggap tubuh Dina dieksploitasi dalam pementasan itu. Namun, Dina pula selesa dengan kostum yang digayakannya.

“Saya tidak melihat diri dieksploitasi dalam pementasan ini. Baju korporat yang saya pakai itu nampak sendat bila saya masukkan ke dalam skirt untuk imej korporat. Sebenarnya, kemeja tu longgar dan ia baju Adibah Noor pada musim pertama dulu.

“Saya akan berbincang dengan pengarah nanti. Mungkin saya tak perlu masukkan baju ke dalam skirt nanti atau saya pakai baju korporat dengan ‘legging’ saja. Tapi ia akan diputuskan pengarah nanti,” katanya.

Pada masa sama, Dina juga tidak ada masalah untuk menyesuaikan diri dengan empat watak utama dalam pementasan itu.

“Saya akui gementar berlakon dengan Awie. Siapalah yang tidak minat Awie kerana bila dia menyanyi semua orang akan terpegun. Dalam muzikal ini, Farah bercinta dengan Jojo dan Awie banyak buat lawak untuk mengurang�kan perasaan gementar saya itu.

“Begitu juga dengan tiga lagi watak utama, Hans, Afdlin dan Nabil yang semuanya memang suka buat lawak dan memudahkan kami mendapat keserasian antara satu sama lain,” katanya.

Kekuatan Cuci musim ketiga ini bukan sekadar bersandar�kan empat teraju utamanya sebaliknya ia dimantapkan lagi dengan wajah baru seperti Dina Nadzir (watak Farah), pelakon komedi Harun Salim Bachik (Tan Sri yang juga bapa CJ), watak antagonis Wira pula dilakonkan Doug�las Lim dan Reefa.

Tidak kurang menariknya ialah penampilan aktres Vanidah Imran yang membawa watak Siti Jasmin (CJ), anak Tan Sri yang juga bunga yang menjadi pujaan ramai kumbang. Namun, CJ nampaknya jatuh hati dengan Khai yang nampaknya malu-malu untuk meluahkan isi hatinya ketika naik gondola.

Tiket untuk menonton pementasan ini berharga RM53, RM123, RM163, RM183, RM203 dan RM303. Keterangan lanjut, layari laman sesawang www.ticket2u.biz.

The Artist karya terunggul

pix_middle

HAMPIR empat dekad lamanya dia bergelumang dalam bidang lakonan. Sama sedar atau tidak, sudah 17 kali dia dicalonkan dalam anugerah paling berprestij, Academy Awards. Lalu, tidak hairanlah dia sudah mencipta rekod terhebat sebagai pelakon paling banyak menerima pencalonan bagi merebut ‘statuette’ Oscar.

Semalam (waktu Malaysia), Meryl Streep kembali bergelar Pelakon Wanita Terbaik.
Dalam usia 62 tahun, dia terus dihargai apabila mencipta satu lagi sejarah manis pada Academy Awards ke-84.

Ia juga kemenangan Oscar buat kali ketiga bagi Meryl selepas berjaya melalui Kramer vs Kramer pada 1980 diikuti Sophie’s Choice (1983).

Kali ini, Meryl berjaya menewaskan empat calon lain - Glenn Close yang membintangi Albert Nobbs, Viola Davis (The Help), Rooney Mara (The Girl with the Dragon Tattoo) dan Michelle Williams (My Week with Marilyn).
Apa yang membanggakan, kejayaan Meryl itu adalah melalui aksi cemerlangnya dalam membawakan peranan Perdana Menteri Wanita Pertama Britain, Margaret Thatcher.

“Oooh tidak! Saya rasa ketika ini tentu separuh rakyat Amerika akan mengatakan... ‘oooh tidak, dia lagi (menang)!” kata Meryl sebaik saja naik ke pentas menerima Oscar daripada Aktor Terbaik tahun lalu, Colin Firth.

Bagi kategori Aktor Terbaik, kehebatan lakonan aktor Jean Dujardin yang membintangi filem The Artist tidak dapat disangkal lagi apabila diumumkan sebagai pemenang pada majlis yang berlangsung di Hollywood & Highland Center (dulunya Kodak Theatre), Los Angeles.

Lebih bermakna, kejayaan sulung Dujardin itu turut mencipta sejarah sebagai aktor Perancis pertama memenangi Oscar. Dujardin hebat dalam menghayati watak pelakon veteran, George Valentin yang mencipta nama di Hollywood pada 1927.

Keputusan Dujardin diangkat sebagai Aktor Terbaik sesuatu yang dijangka ramai andai merujuk kepada pencapaiannya menang kategori yang sama dalam pelbagai acara sebelum ini, antaranya Screen Actors Guild Awards (SAG) Ke-18, British Academy of Film and Television Arts (BAFTA) dan Golden Globe Awards, tahun ini.

Menariknya, pencapaian pelakon berusia 39 tahun kali ini turut menewaskan saingan hebatnya yang lain seperti George Clooney melalui The Descendants dan Brad Pitt (Moneyball).

“Saya sukakan negara kamu!” katanya berseloroh. Selain itu dia juga akui cintakan isterinya.

Seperti mana kegembiraan dirasakan Dujardin, ia terlebih dulu diraikan pengarah filem itu, Michel Hazanavicius yang menggondol gelaran Pengarah Terbaik.
Kemenangan julung kali itu juga menewaskan saingan dua pengarah tersohor, Martin Scorsese yang mempertandingkan Hugo sementara Woody Allen pula (Midnight in Paris).

Pengarah Perancis berusia 44 tahun ini mencipta sejarah apabila menjadi pemenang kedua yang diiktiraf selepas Roman Polanski menerusi The Pianist pada 2003.

“Sayalah pengarah yang paling gembira di dunia ketika ini!” kata ketika menerima anugerah itu.

Kemenangan Oscar sulung suami kepada aktres Berenice Bejo yang turut membintangi The Artist bersama Jean Dujardin itu jelas memberi makna mendalam kepada perjalanan karier seninya sejak membabitkan diri dalam bidang pengarahan program TV.

The Artist yang meraih 10 pencalonan kedua terbanyak selepas Hugo (11 pencalonan) nyata berpuas hati dengan kemenangan lima anugerah. Paling bermakna, The Artist menang anugerah utama Filem Terbaik selain Pengarah Terbaik, Aktor Terbaik, Rekaan Kostum Terbaik dan Skor Asal Terbaik.

The Artist juga berjaya menewaskan enam calon filem lain yang bertanding iaitu Hugo (Scorsese), The Descendants (Alexander Payne), The Help (Tate Taylor), Moneyball (Bennett Miller), Extremely Loud and Incredibly Close (Stephen Daldry) dan The Tree of Life (Terrence Malick).

Bagi kategori Aktres Pembantu Terbaik, rezeki memihak pada Octavia Spencer yang cemerlang membawakan watak pembantu rumah menerusi The Help. Menariknya, ketika menerima anugerah di pentas dia menerima tepukan gemuruh bersama hormat berdiri (standing ovation).

Penghargaan yang cukup bermakna turut diterima aktor veteran Kanada, Christopher Plummer yang menang anugerah Aktor Pembantu Terbaik. Apa yang menarik perhatian, kemenangannya ini secara tidak langsung mengiktiraf sumbangan seni pelakon ini selama enam dekad dalam bidang lakonan.

Plummer menang menerusi filem lakonannya, Beginners yang menyaksikan dia membawakan watak duda yang berdepan masalah diri terhadap hubungan homoseksual.

Berkongsi kegembiraan pemenang acara kali ini adalah filem Iran, A Separation arahan Asghar Farhadi yang diumumkan sebagai Filem Bahasa Asing Terbaik. Ini adalah kejayaan terbaik filem ini selepas bertanding di Golden Globe Awards Ke-69, Festival Filem Antarabangsa Berlin dan Asia-Pacific Screen Awards.

Ketika menerima Oscar, Asghar sempat meluahkan kritikan terhadap permusuhan antara Iran dengan negara Barat yang berprasangka negatif terhadap republik Islam itu yang mempunyai program nuklear.

Rahsia peminat misteri terbongkar


LELAKI yang menjadi peminat misteri dengan mengirim barang-barang aneh kepada seorang gadis ditahan di Balai Polis Wangsa Maju, Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR – Teka-teki siapa peminat misteri yang menghantar kiriman aneh berupa seluar dalam lelaki dan tiga ekor ayam kepada seorang gadis di Wangsa Maju di sini baru-baru ini terjawab apabila polis menahan seorang lelaki semalam.

Suspek berusia 33 tahun itu ditahan di rumahnya di Sri Rampai, Wangsa Maju di sini pada pukul 1.30 petang.

Lelaki yang telah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak rupa-rupanya jiran mangsa yang bekerja sebagai setiausaha di sebuah syarikat Teknologi Maklumat di ibu negara. Malah mangsa turut mengenali peminat misteri itu.

Suspek yang berasal dari Perak itu dipercayai bertindak demikian kerana menyangkakan mangsa yang berusia 20-an itu ialah pelakon terkenal, Diana Danielle Beeson atau lebih dikenali sebagai Diana Danielle, 20.

Suspek mendakwa dia tidak pernah bersemuka dengan pelakon kacukan terbabit tetapi kerap berhubung dengan pelakon itu di laman sosial Twitter sejak beberapa tahun lalu iaitu sebelum wanita itu menceburi bidang seni.

Suspek juga mendakwa sepanjang berkomunikasi di Twitter, Diana Danielle sering membalas komennya menyebabkan dia teruja untuk mengenali wanita itu dengan lebih rapat.

Jelas suspek itu lagi, dia amat meminati pelakon itu kerana bukan sahaja memiliki wajah yang cantik malah menyifatkan Diana Danielle sebagai seorang wanita bijak.
Suspek itu memberitahu, dia mengirim bungkusan berisi gambar, nota cinta dan tiga ekor ayam yang dipelihara sendiri kepada mangsa sebagai tanda persahabatan kepada wanita itu atau hadiah daripada peminat tanpa muslihat lain.

Selain Diana Danielle, suspek turut menyertakan nota cinta kepada penyampai berita TV3, Pang Chinn Fei yang turut dikirimkan di rumah mangsa. Chinn Fei juga merupakan seorang wanita diminati suspek.

Melukis di skrin telefon bimbit




BARCELONA, Sepanyol -Telefon bimbit Galaxi Note yang membolehkan para pengguna melukis pada skrin dipromosikan syarikat Samsung pada Kongres Telefon Bimbit Dunia di sini.
Kongres itu yang merupakan pameran telefon bimbit terbesar di dunia berlangsung pada 27 Februari hingga 1 Mac di Barcelona. - AFP
SEORANG pekerja melukis di atas skrin sebuah telefon bimbit Galaxi Note keluaran syarikat Samsung pada Kongres Telefon Bimbit Dunia di Barcelona semalam.

Baron Cohen tabur debu mayat palsu Jong-il


HOLLYWOOD - Pelakon komedi terkenal dari Britain, Sacha Baron Cohen muncul pada acara karpet merah Anugerah Oscar kelmarin dengan memakai kostum seorang jeneral dalam filem terbaharunya, The Dictator.

Namun, dia yang berlakon dalam filem Borat memegang sebuah bekas yang mengandungi gambar bekas pemimpin Korea Utara, Kim Jong-il.
Cohen yang memegang bekas itu kemudian ditanya oleh hos, Ryan Seacrest kenapa dia teruja untuk menghadiri Anugerah Oscar.

"Ini memberi satu peluang untuk membawa rakan saya dan teman permainan tenis, Jong-il," kata Cohen yang diiringi dua wanita yang memakai pakaian tentera berwarna hijau.
"Adalah menjadi impiannya (Jong-il) untuk datang ke Oscar," tambahnya.
Pada satu ketika, dia berpura-pura untuk melepaskan bekas tersebut yang mengandungi abu mayat palsu Jong-il.

Abu itu kemudian ditaburkannya di atas karpet merah di depan kamera.
Beberapa pengawal peribadi menarik dia keluar semasa Seacrest meneruskan tugasnya membuat liputan secara langsung.
Namun, Cohen berada di belakang Seacrest dan mencaci maki beberapa pengawal.
Jong-il meninggal dunia pada Disember tahun lalu akibat serangan sakit jantung. - Agensi
SACHA BARON COHEN (berbaju putih) menaburkan abu mayat palsu Kim Jong-il di atas karpet merah Anugerah Oscar di Hollywood kelmarin.
 

Pelakon siri Xena ditangkap


WELLINGTON, New Zealand - Aktres siri fantasi Xena: Warrior Princess, Lucy Lawless dan lima aktivis alam sekitar Greenpeace ditahan polis selepas mereka menunjuk perasaan selama empat hari di atas sebuah kapal menggerudi minyak di sini.
GAMBAR yang disiarkan pertubuhan Greenpeace menunjukkan Lucy
Lawless (dua dari kanan) dan dua lagi aktivis alam sekitar sebelum mereka ditangkap polis di atas menara penggerudi di atas kapal Noble Discoverer
di Pelabuhan Taranaki, New Zealand semalam.
 


Pihak polis semalam menangkap kumpulan terbabit di atas sebuah menara penggerudi setinggi 53 meter di atas kapal Noble Discoverer di Pelabuhan Taranaki.
Lawless, 43, dan enam aktivis alam sekitar memanjat menara kapal itu pada Jumaat lalu dalam usaha mereka untuk mengganggu misi mencari minyak di luar Alaska.

Seorang aktivis meninggalkan menara tersebut pada hujung minggu lalu.
Lawless yang merupakan penduduk New Zealand ditahan dan didakwa menyalahi undang-undang kerana berada di atas sebuah kapal tanpa kebenaran.
Kapal Noble Discoverer yang disewa oleh syarikat Shell dijadual belayar ke Artik pada hujung minggu lalu untuk melakukan misi penerokaan minyak. - Agensi

Calon Presiden AS mahu Obama tarik balik permohonan maaf isu al-Quran


RICK SANTORUM



WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Seorang anggota Parti Republikan yang bertanding untuk menjadi calon Presiden AS, Rick Santorum menuduh rakyat Afghanistan kelmarin 'bertindak keterlaluan' ekoran isu kitab al-Quran dibakar di sebuah pangkalan tentera AS di negara itu.

Santorum turut mengkritik Presiden AS, Barack Obama kerana meminta maaf ekoran insiden itu.

Menurut beliau, tiada keperluan untuk Obama meminta maaf.
"Saya menganggap permohonan maaf perlu dibuat oleh Presiden, Hamid Karzai dan rakyat Afghanistan kerana menyerang dan membunuh askar kita serta bertindak keterlaluan terhadap kesilapan yang tidak disengajakan," katanya.
Beliau merujuk perbuatan membakar al-Quran itu sebagai perbuatan yang tidak disengajakan. - AFP

Abu Bakar Bashir dipenjara 15 tahun





JAKARTA - Mahkamah Agung Indonesia semalam mengesahkan hukuman penjara selama 15 tahun dikenakan terhadap seorang guru agama, Abu Bakar Bashir (gambar) kerana melakukan keganasan.
Dia dianggap sebagai pemimpin kerohanian militan Islam di Indonesia dan penyokong jihad kumpulan Al-Qaeda.

Bagaimanapun, Abu Bakar yang berusia 73 tahun menafikan dia merupakan seorang pengganas.
Pada Jun tahun lalu, sebuah mahkamah yang lebih rendah menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun terhadapnya.

Namun, disebabkan rayuan, Mahkamah Tinggi mengurangkan hukuman kepada sembilan tahun penjara dengan menyebut kekurangan bukti dan umur sebagai faktor keputusan itu dibuat.
Hukuman itu kemudian kembali kepada asal apabila Mahkamah Agung menyatakan dalam keputusannya semalam bahawa Abu Bakar terbukti bersalah melakukan perbuatan pengganas.

Abu Bakar Bashir yang merupakan pengasas kumpulan Jemaah Islamiah (JI) bertanggungjawab berhubung satu siri serangan termasuk kejadian letupan bom di Bali pada 2001 yang menyebabkan 202 orang terbunuh kebanyakannya warga asing. - AFP

Sekitar Konsert Sudirman... Abadi Di Hati


ALYAH merupakan penyanyi generasi baharu yang rasa teruja kerana dapat menjayakan konsert khas mengenang 20 tahun pemergian Sudirman.



TANGGAL 22 Februari 1992 sememangnya sangat dirasai oleh seluruh warga Malaysia apabila kehilangan seorang insan seni yang paling berbakat iaitu Datuk Sudirman Haji Arshad.
Kini setelah 20 tahun Allahyarham meninggal dunia, kehilangannya terus dirasai oleh para peminat. Malah, lagu-lagu malar segarnya masih kerap berkumandang di stesen-stesen radio dan menjadi siulan ramai.

Sebagai mengenang jasa Allahyarham sepanjang pembabitannya sebagai penyanyi sejak tahun 1976, Orkestra Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah menganjurkan Konsert Sudirman... Abadi Di Hati pada 24 Februari lalu dan disiarkan secara langsung menerusi saluran RTM 1 bermula pada pukul 9 malam.

Penerbitnya, Ain Sabrina Onn berkata, konsert tersebut dianjurkan bertujuan untuk mengimbas semula perjalanan karier seni Sudirman sepanjang 16 tahun menjadi seorang penghibur.

“Konsert ini merupakan kali kedua dianjurkan oleh RTM setelah pertama kali ia diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor pada tahun 2007. Ketika itu konsert yang diberi nama Suara Hati Sudirman telah dihadiri seramai 15,000 orang.

“Pada kali ini kami memilih Auditorium P. Ramlee, Angkasapuri sebagai lokasi konsert yang bertujuan mengenang kembali perjalanan karier seninya yang bermula di RTM selepas menjuarai Bintang RTM 1976,” ujarnya ketika ditemui sejurus konsert berakhir.

Menurut Ain, sepanjang konsert tersebut berlangsung, sebanyak 24 buah lagu Sudirman telah dinyanyikan semula oleh beberapa orang penyanyi terkenal tanah air selama dua jam.
Persembahan pada konsert tersebut membabitkan penyanyi seperti Shila Amzah, Bob Yusof, Tomok, Aril, Dayang Nurfaizah, Jaclyn Victor, Alyah, Black, Adibah Noor, Datuk Sharifah Aini dan Rey, manakala ia dihoskan oleh Saiful Apek dan Didie Alias.

Lagu-lagu yang dipersembahkan pula antaranya seperti Gerimis Di Lautan, Jali Jali, Bila Hati Terpikat, Aku Anak Gembala, Nilai Cintamu dan Pelangi Petang dengan mengikut turutan album yang telah dihasilkan serta diiringi oleh 40 orang pemuzik Orkestra RTM.

Mengenai persiapan pula, Ain menjelaskan pihaknya mengambil tempoh selama sebulan untuk memastikan segala perjalanan konsert berjalan dengan lancar, manakala penyanyi yang terbabit pula berlatih selama dua minggu bagi menyesuaikan lagu-lagu dengan susunan muzik baharu.

“Saya bersyukur kerana konsert malam ini telah berjaya diadakan dan mendapat sambutan hangat daripada penonton yang telah memenuhi ruang auditorium 45 minit sebelum konsert berlangsung. Begitu juga dengan persembahan yang ditampilkan oleh barisan penyanyi sangat menghiburkan dan berhasil mengimbau kembali nostalgia terhadap Sudirman,” ujarnya.

Sementara itu, Penerbit Perkhidmatan Muzik RTM, Ali Shaaib menyatakan konsert berkenaan merupakan yang pertama daripada sembilan konsert orkestra yang dirancang bagi mengisi kalendar Siri Orkestra 2012 RTM pada tahun ini.

Jelas Ali, bagi menampilkan sedikit kelainan berbanding dengan konsert Sudirman yang pernah dianjurkan sebelum ini, pihaknya telah memilih gabungan lagu-lagu malar segar dan lagu-lagu Sudirman yang jarang diputarkan stesen radio.

“Sebenarnya banyak lagu-lagu Allahyarham yang menarik dan sedap untuk didengar. Jadi, pada konsert kali ini para penonton akan dapat mendengar lagu-lagu yang jarang diputarkan seperti Di Dalam Sepi Itu, Bila Hati Terpikat dan Hilang Berganti,” ujarnya.

Menurut Ali, pihaknya juga telah menetapkan idea untuk konsert berkenaan lebih menjurus kepada konsep yang menghiburkan dan kurang menerapkan elemen-elemen sedih.
“Tidak dinafikan kehilangan Sudirman masih lagi dirasai sehingga sekarang, tetapi pada masa yang sama adalah lebih baik sekiranya kita terus mengangkat karya-karyanya menerusi konsert-konsert sebegini.

“Selain dapat mengimbau semula nostalgia kariernya sepanjang bergelar penyanyi menerusi 24 buah lagu yang telah dinyanyikan, kami juga mahu para penonton terhibur dengan lawak dan celoteh yang ditampilkan oleh kedua-dua pengacara,” ujarnya.
Selepas berakhirnya Konsert Sudirman... Abadi Di Hati, kalendar Siri Orkestra 2012 RTM diteruskan dengan sebuah persembahan Istimewa Orkestra RTM... Datuk Sharifah Aini yang akan berlangsung pada
1 April ini.

Arah tuju seni Kamal, Mikha


IMPAK daripada drama sinetron Nada Cinta di Malaysia, nama Mikha Tambayong mula dikenali peminat-peminat di Malaysia.
Malah, gadis berusia 18 tahun yang kini digosip bercinta dengan pasangannya dalam Nada Cinta iaitu Randy Pangalila terkejut apabila dirinya menjadi kegilaan di kalangan peminat Malaysia sehingga saban hari ada sahaja peminat Malaysia yang menghantar tweet kepadanya.

Bagi pelakon Malaysia, Kamal Adli, 26, pula, dia mengakui berasa bertuah kerana dikenali di Indonesia selepas be berapa kali berulang alik dari Jakarta ke Malaysia untuk mempromosikan filem lakonannya bersama pelakon popular Indonesia, Olivia Jensen, 19, iaitu Gerimis Mengundang.
Malah, hasil daripada propaganda yang dicipta media di Indonesia mengatakan kedua-dua mereka bercinta selepas berlakon bersama-sama dalam filem arahan Ahmad Idham itu menyebabkan ada beberapa penerbit Indonesia berminat mengambil Kamal berlakon dalam drama sinetron mereka.

Kedua-dua pelakon itu kini digandingkan bersama dalam teater Gerimis Mengundang. Teater yang merupakan prekuel daripada filem Gerimis Mengundang itu bakal dipentaskan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 27 Mac ini.
Ada sebab mengapa Mikha dipilih untuk menjayakan pementasan Gerimis Mengundang.

Mikha penat berlakon
Perasaan sedikit teruja mengiringi pertemuan Kosmo! dengan Mikha Tambayong. Pertama, sebab dia begitu cantik dan kedua, sikap dia begitu sopan dan baik.
Ke mana sahaja jurufoto Kosmo!, Djohan Shahrin Shah memintanya bergambar, dia tidak menolak malah terjadi satu insiden kakinya dinaiki beberapa ekor kerengga.
Selesai sahaja sesi fotografi dilakukan, lantas pemilik sebenar nama Moudy Mikha Maria Tambayong itu diajukan soalan tentang populariti yang diraih di Malaysia menerusi sinetron Nada Cinta.

Akui Mikha, dia hanya mengetahui dirinya popular di Malaysia apabila mendapati pengikut di laman sosial Twitter miliknya bertambah dan kebanyakannya daripada negara ini.
"Setiap hari pengikut di Twitter saya akan bertambah dan kebanyakannya dari Malaysia. Mereka tweet mengatakan sangat sukakan lakonan saya dalam Nada Cinta selain sering bertanya bila ingin bertandang ke Malaysia.

"Saya terkejut dan tidak tahu sama sekali Nada Cinta kini ditayangkan di Malaysia memandangkan sinetron itu sudah ditayangkan di negara saya dua tahun lalu. Saya ketahui juga selepas beberapa peminat di Malaysia memberitahu perkara itu kepada saya," ungkapnya mengenai sinetron Nada Cinta sebanyak 244 episod yang mula ditayangkan di Malaysia pada 27 September di Astro Ria.
Mengenali sisi hidup Mikha, gadis kelahiran Jakarta, Indonesia itu memulakan kariernya sebagai model dan kemudiannya terjun ke bidang lakonan. Sinetron pertamanya, Kepompong berjaya melonjakkan nama Mikha di persada seni Indonesia.

Anak saudara kepada penyanyi terkenal Harvey Malaiholo ini juga kemudiannya mengikut jejak bapa saudaranya dan merakamkan single, Cinta Pertama untuk runut bunyi sinetron Kepompong pada tahun 2009.

Mikha kemudiannya merakamkan album penuh pada tahun 2010 lantas sukses di lapangan nyanyian.
Tidak hanya fokus pada bidang nyanyian semata-mata, Mikha juga terus terusan membintangi drama sinetron walaupun mengakui penat menjadi seorang pelakon.

"Memang sangat capek (penat) berlakon untuk sinetron. Sebabnya, untuk satu sinetron sahaja saya perlu mengorbankan waktu selama setahun. Bayangkan sahaja setiap sinetron mempunyai beratus-ratus episod. Saya tidak punya masa untuk diri sendiri malah sambutan hari krismas dan sambutan tahun baru saya juga berlangsung di lokasi. Tetapi ia sudah jadi tabiat saya berlakon. Saya akan rasa janggal berada di rumah dalam tempoh masa yang lama," ujarnya yang menganut agama katolik.

Ditebak dengan soalan cinta dan hubungannya bersama Randy Pangalila, Mikha mengakui Randy hanya merupakan rakan baiknya kerana mereka sudah mengenali antara satu sama lain sejak kecil lagi. Mikha juga tanpa berselindung memberitahu, dirinya sendirian tanpa sebarang teman lelaki.
"Saya dan Randy hanya teman baik walaupun ramai yang mengatakan kami bercinta. Saya tidak akan bercinta dengan pasangan lakonan saya. Dan saya akui saya tidak punya pacar (teman lelaki) buat masa ini," ungkapnya yang tidak sabar untuk menjayakan pementasan teater buat pertama kalinya di Malaysia bergandingan dengan Kamal Adli.

Berjanji memberikan persembahan yang terbaik, Mikha tanpa berselindung juga mengakui gemantar untuk beraksi di pentas teater yang berjudul Gerimis Mengundang.
"Perasaan gementar itu mesti ada tetapi lebih mendebarkan apabila ini adalah kali pertama saya beraksi di pentas teater di negara orang.

"Bagaimanapun saya yakin dapat melakukannya dengan tunjuk ajar daripada pengarah dan pelakon lain yang terlibat," ujarnya yang bakal menjalani latihan untuk teater muzikal itu pada Sabtu depan dan sepanjang tempoh itu dia akan menetap di Malaysia.
Kamal kecil hati



KAMAL dan Mikha dipertemukan khusus untuk pementasan Gerimis Mengundang.



Sudah lama tidak melihat wajah Kamal di bawah filem-filem Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd. (MMP) sedangkan pelakon itu masih lagi mempunyai kontrak selama tiga tahun bersama syarikat David Teo itu.

Adakah Kamal dianak tiri oleh David Teo? Diajukan soalan kepada kekasih Intan Ladyana itu, Kamal tanpa berselindung mengakui berasa kecil hati dengan pihak pengurusan yang seakan-akan mengabaikannya tanpa sebarang projek baru. Bagaimanapun, ujar Kamal, dia tidak menyesal mengikat kontrak dengan syarikat itu kerana ia adalah kehendaknya sendiri dan bukan dipaksa oleh sesiapa.

Atas dasar itu juga dia tidak mahu duduk diam tanpa berbuat apa-apa sebaliknya turut mencari peluang lain tanpa terlalu mengharapkan syarikat pengurusannya.
"Saya tidak pernah menyesal bersama MMP tetapi ada berasa kecil hati dengan pihak pengurusan yang seakan-akan mengabaikan saya tanpa sebarang projek baharu.

"Disebabkan itu, saya banyak ambil projek luar kerana pihak lain melihat bakat saya. Tetapi, saya juga tidak salahkan mereka kerana mereka bukan menguruskan saya seorang tetapi hampir 100 artis lain yang bernaung di bawah MMP," ujarnya yang bagaimanapun tetap memberi keutamaan kepada MMP berbanding projek luar.

Mengulas mengenai namanya yang semakin melonjak naik di Indonesia pula, Kamal mengakui berasa bertuah kerana semakin diterima oleh peminat di sana selepas berulang alik mempromosikan filem Gerimis Mengundang yang mengandingkannya dengan pelakon Olivia Jensen.

"Filem Gerimis Mengundang juga akan ditayangkan di Indonesia jadi saya kerap ke sana untuk mempromosikan filem tersebut. Media di sana pula membuat gosip yang saya dan Olivia sedang bercinta. Saya cuma menganggap ia sebagai satu promosi untuk saya dan filem itu nanti," ujarnya.

Mengaku menerima tawaran melebarkan sayap ke Indonesia, dia bagaimanapun belum bersedia untuk ke sana selain belum puas berlakon dengan produksi tempatan.
"Memang saya ada menerima tawaran berlakon di sana tetapi saya masih tidak memberi jawapan. Bukan kerana sombong tetapi banyak perkara yang perlu saya korbankan. Pertama, saya perlu menguasai bahasa Indonesia dengan baik sedangkan saya tidak ada masa untuk belajar.

"Selain itu, saya masih belum bersedia dalam pelbagai aspek. Daripada menimbulkan masalah kepada mereka lebih saya baik tolak secara baik. Namun, jika ada rezeki lagi dan sudah bersedia saya mungkin akan beralih arah ke Indonesia," tuturnya.

Monday 27 February 2012

Heidi terima hakikat bercerai


SUPERMODEL Heidi Klum meneruskan kehidupannya ekoran bercerai dengan penyanyi Seal.
Model Jerman itu yang berpisah daripada penyanyi Kiss From A Rose pada bulan lalu selepas hampir tujuh tahun perkahwinan dilapor memikirkan memang baik untuk berjauhan daripada bekas suaminya ketika mereka berdepan dengan hakikat perceraian itu.
Satu sumber berkata: “Mereka jarang berhubung dan Heidi mahukan ia kekal seperti itu. Dia rasa kurang tertekan sekarang dan memang baik untuk berjauhan daripada Seal, supaya dia tidak keliru dengan perasaannya.

“Heidi ingin meneruskan kehidupannya dan melupakan perceraian itu.”


Pasangan itu yang membesarkan empat anak mereka, Leni, tujuh; Henry, enam; Johan, lima; dan Lou yang berusia dua tahun bersama-sama - sebelum ini dilihat masih memakai cincin perkahwinan mereka dijangka sudah berputus asa untuk “berbaik semula” kerana kedua-duanya kini dilihat tidak lagi memakai cincin mereka.

Sumber itu berkata kepada People.com: “Mereka memakai cincin perkahwinan dan memikirkan mereka dapat berbaik semula, tetapi kelihatannya ia tidak menjadi seperti dirancang.”

Ekoran perpisahan itu, Seal mengakui dia masih mahu memakai cincin perkahwinan mereka sebagai “lambang” perasaannya terhadap Heidi dan dia tidak berniat untuk menanggalkannya dalam tempoh terdekat.

Seal berkata baru-baru ini: “Saya rasa ia seperti lambang yang menggambarkan perasaan saya terhadapnya. Kami berkongsi hidup selama lapan tahun yang cukup indah bersama.

“Hanya kerana kami memutuskan untuk berpisah tidak bermakna anda perlu tanggalkan cincin dan tidak lagi mempunyai kaitan dengan individu itu.

“Adakah kami akan memakai cincin itu seumur hidup? Siapa tahu? Tetapi kini, ia rasa selesa di jari saya, jadi saya tidak berniat menanggalkannya dalam waktu terdekat ini,” katanya.

Delta, Jonas berpisah


MEREKA mencetuskan kontroversi apabila mula berpacaran ekoran jarak usia yang jauh antara kedua-duanya.
Dan kini Nick Jonas, 19, dan Delta Goodrem, 27, mengumumkan perpisahan mereka selepas 10 bulan menjalin hubungan.
Pasangan itu mengeluarkan kenyataan mengesahkan berita itu, tetapi menegaskan mereka akan kekal sebagai kawan.

Kenyataan itu berbunyi: “Jonas dan Delta memutuskan untuk mengakhiri hubungan mereka.


“Pada saat ini, mereka mahu menumpukan kepada kerjaya apabila meneruskan haluan yang berbeza. Mereka akan kekal sebagai kawan dan saling mengucapkan yang terbaik untuk masa depan masing-masing.”

Delta pertama kali dikaitkan dengan pemuzik Jonas itu Mei tahun lalu, sejurus selepas hubungan tujuh tahunnya bersama penyanyi Irish Brian McFadden berakhir.

Bercakap mengenai hubungan itu, Delta berkata: “Saya bertuah kerana mempunyai seorang yang hebat dalam hidup saya.

“Saya benar-benar gembira sekarang. Saya rasa amat diberkati,” katanya.

Dan di sebalik perbezaan jarak usia antara bekas bintang Neighbours itu dengan teman lelaki remajanya, sejarah hubungannya menyusuri laluan berbeza kerana dia dikenali sering berpacaran dengan lelaki lebih tua.

Delta turut mempunyai hubungan sembilan bulan bersama pemain tenis Australia, Mark Philippoussis, 34, yang berusia lapan tahun lebih tua daripadanya.

Jonas mempunyai kehidupan yang kurang berwarna-warni kerana kehidupannya masih singkat untuk menjalin lebih banyak hubungan.

Dia pernah berpacaran dengan Miley Cyrus, 19, dari Jun 2006 hingga Disember 2007 sebelum penyanyi itu menulis 7 Perkara Saya Benci Tentang Anda merujuk kepada Jonas ekoran perpisahan mereka.

Klik Untuk Saya k... :)

free counters