Jom Buat Duit

Sunday 26 February 2012

Hankyung Bakal kahwin?


SEBELUM ini, bekas ahli kumpulan Suju, Hankyung dikatakan sedang bercinta dengan aktres China, Jiang Kai Tong. Terbaru, ada khabar angin mereka akan berkahwin dalam masa terdekat.

Paparazi sebelum ini melaporkan kelibat Hankyung dan Jiang Kai Tong di lapangan terbang sehingga ada pihak yang mula membuat spekulasi mengenai hubungan mereka. Beberapa media China dan Taiwan melaporkan, pasangan itu bukan saja terbang ke Kepulauan Maldive untuk bercuti malah keluarga mereka juga sudah bertemu untuk berbincang mengenai perancangan perkahwinan.

Walaupun pelbagai spekulasi timbul, tidak seorang pun daripada mereka membuat kenyataan rasmi mengesahkan berita itu.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters