Jom Buat Duit

Monday 27 February 2012

Barang peribadi Whitney dilelong

BEBERAPA barang milik mendiang Whitney Houston paling berharga akan dilelong, bulan depan.
Antara barang berharga itu, termasuk sepasang subang, weskot satin berwarna perang dan gaun baldu hitam yang dipakai dalam filem “The Bodyguard” pada 1992.
Bos Julien’s Auction, Darren Julien mempertahankan keputusan untuk menjual barang-barang itu, yang akan diadakan di tempat lelongan Hollywood Legends pada 31 Mac ini.

Dia memberitahu Associated Press, “Ini menunjukkan barang-barang ini adalah satu pelaburan. Anda beli barang-barang ini seperti anda beli stok. Beli dan jual pada masa yang sesuai dan nilainya akan bertambah.”


Katanya lagi, lelongan itu adalah untuk meraikan Whitney, yang dijumpai mati di dalam tab mandi di bilik suite hotelnya di Beverly Hilton, minggu lalu.

Katanya, “Ia adalah untuk meraikan hidupnya. Kita tidak boleh sembunyikan barang-barang ini kerana takut akan menyinggung seseorang.

“Barang-barang ini adalah sejarah sebab dia sudah mati. Ia sebahagian daripada sejarah yang sepatutnya disimpan di muzium. Dia telah menjalani kehidupan dan mempunyai karier yang tiada pada orang lain.

“Untuk peminat Whitney Houston dan tidak pernah berpeluang untuk bertemunya dan bercakap dengannya, barang-barang ini adalah sebahagian daripada hidupnya.

“Ia adalah cara untuk berhubung dengannya atau menjadi sebahagian daripada kehidupannya walaupun tidak mengenalinya.”

Sementara itu, keluarga Whitney memastikan bilik hotel di mana dia mati telah dibersihkan daripada segala bentuk memorabilia untuk menghalang sesiapa menjual barang-barang di situ untuk mengambil keuntungan daripada kematiannya.

TMZ melaporkan kesemua barang-barang telah dikeluarkan dari bilik 434, termasuk sarung tilam, tuala dan sampah.

Whitney, 48 telah disemadikan di sebelah kubur bapanya John Russel Houston Jr.
yang meninggal dunia pada 2003, di Perkuburan Fairview di New Jersey.

Hanya ahli keluarga terdekat, termasuk sepupunya Dionne Warwick menghadiri upacara pengkebumian tertutup itu yang dibuat sehari selepas majlis peringatan, sementara peminatnya beratur sepanjang jalan ke tanah perkuburan.

Untuk menghalang pandangan orang ramai, sebuah khemah besar didirikan di tempat di mana keranda perak Whitney dimasukkan ke liang.

Bintang lain termasuk Oprah Winfrey, Mariah Carey, Clive Davis dan Kevin Costner, pelakon bersama Whitney dalam “The Bodyguard” adalah antara yang hadir di majlis itu.

Kevin memberi penghormatan kepada penyanyi itu dengan memberi ucapan eulogi, memberitahu peminatnya untuk mengingati “keajaiban” penyanyi itu.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters