Jom Buat Duit

Sunday 26 February 2012

Ana Raffali cuti dua bulan selepas kahwin




KUALA LUMPUR - Pemenang Anugerah Juara Lagu ke-25, Ana Nur Hidayah Mohd. Raffali atau Ana Raffali selamat diijabkabulkan dengan jejaka yang dikenalinya sejak enam tahun lalu, Ahmad Aznaim Abdullah di sini semalam.
Tepat pukul 11.55 pagi, dengan sekali lafaz dan mas kahwin RM11,412, Ana, 26, sah menjadi milik Naim, 30.

Pasangan tersebut mengikat tali pertunangan serentak dengan majlis pernikahan yang dikendalikan sendiri oleh bapa Ana, Mohd. Raffali Mohd. Nor di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati.
Sebagai tanda kesyukuran, pasangan itu mengadakan majlis resepsi secara sederhana di pekarangan masjid pada sebelah petang dengan dihadiri kira-kira 500 tetamu.

Ana menerima hantaran tujuh dulang berupa sirih junjung, coklat, telekung, minyak wangi, manisan dan gelang tangan perak. Naim pula mendapat sembilan dulang iaitu bunga rampai, buah, kek, dompet, kamera, iPad, jam tangan dan minyak wangi, sebentuk cincin dan sirih junjung.
ANA bersama Mohd. Aznaim memegang salah satu dulang hantaran selepas diijabkabulkan di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati, Kuala Lumpur semalam.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters