Jom Buat Duit

Thursday 23 February 2012

Aktor terkenal Bollywood Saif Ali Khan dituduh mematahkan hidung seorang lelaki dalam satu serangan di sebuah restoran


 MUMBAI: Aktor terkenal Bollywood Saif Ali Khan dituduh mematahkan hidung seorang lelaki dalam satu serangan di sebuah restoran di hotel mewah di bandar raya ini, kata polis, semalam.
Satu kes dibuka atas nama Saif selepas seorang lelaki Afrika Selatan mendakwa, dia ditumbuk di muka oleh aktor terbabit di Restoran Wasabi Jepun di Hotel Taj Mahal Palace. Saif, 41, sedang makan malam bersama teman wanitanya, aktres Kareena Kapor dan teman mereka malam kelmarin ketika dia menyerang Iqbal Sharma.

Polis berkata, Sharma memberitahu dia ditumbuk di hidung selepas “satu pertengkaran”.
“Siasatan masih dilakukan dan kami sedang mengesan aktor itu,” kata polis. - AFP

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters