Jom Buat Duit

Friday 24 February 2012

2 sahabat ke tali gantung

SHAH ALAM: Dua sekawan dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, selepas didapati bersalah mengedar 895 gram syabu dalam kompleks beli-belah di Brickfields, dekat sini, tiga tahun lalu.
Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak membuat keputusan itu terhadap tukang rumah dari Sarawak, Tay Chung Chaw, 51 dan penjual barangan elektronik warga Iran, Habib Shayyan Saidi, 40.

Mohd Sofian pada penghakimannya berkata, mahkamah berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Beliau berkata, pihaknya menerima hujahan pihak pendakwaan bahawa keterangan tertuduh ketika membela diri, dadah terbabit adalah penafian semata-mata.

Katanya, kegagalan pihak pendakwaan untuk mengemukakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) juga tidak menjejaskan kes mereka. Menurutnya, ini berikutan ada banyak saksi mata yang menyaksikan kejadian itu di tempat ia berlaku.

Sepanjang perbicaraan, enam saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan tampil memberi keterangan.

Mengikut pertuduhan, Tay dan Habib didakwa mengedar dadah itu di depan kedai Adidas di tingkat bawah Midvalley Megamall dekat sini, kira-kira jam 3.50 petang, pada 19 Oktober 2009. Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. Pada prosiding semalam, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Hafiz Mohd Yusoff, manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Gooi Soon Seng. Berdasarkan keterangan saksi pendakwaan, kedua-dua tertuduh ditahan dalam satu tangkapan di dalam Midvalley.


Dadah itu ditemui dalam beg plastik mengandungi dua peket lut sinar yang kemudian disahkan sebagai syabu seberat 895 gram.

Tertuduh ketika membela diri menafikan dadah itu milik mereka sebaliknya kepunyaan warga asing bernama Paymen Soleymanpour. Tay juga mendakwa dia ke kompleks beli-belah itu bagi membuat penukaran wang membabitkan RM10,000.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters