Jom Buat Duit

Friday 24 February 2012

Doktor Britain buat pengguguran haram

LONDON: Kerajaan Britain berikrar akan menyiasat laporan akhbar mengenai doktor membenarkan pengguguran janin berdasarkan jantina.
Daily Telegraph semalam mendakwa, ia mempunyai rakaman kamera tertutup menunjukkan doktor di klinik di Britain memberi perkhidmatan memalsukan dokumen untuk membenarkan wanita membuat pengguguran disebabkan jantina janin.
Setiausaha Kesihatan, Andrew Lansley berkata, dia “sangat bimbang” dengan dakwaan itu.

Katanya, “Pengguguran disebabkan jantina janin adalah diharamkan dan salah di segi moral.”


Menurut Telegraph, wartawan yang menyamar, menemankan seorang wanita mengandung pergi ke sembilan klinik di seluruh negara dan tiga daripadanya bersetuju melakukan pengguguran disebabkan jantina janin. - AFP

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters