Jom Buat Duit

Thursday 23 February 2012

Aksi lucah Adele di pentas

REAKSI spontan Adele kepada penonton apabila pengacara majlis mengganggu ucapan kemenangannya di Arena O2 di London, semalam.
REAKSI spontan Adele kepada penonton apabila pengacara majlis mengganggu ucapan kemenangannya di Arena O2 di London, semalam.

LONDON: Penyanyi Britain yang baru saja memenangi enam anugerah Grammy minggu lalu, Adele, menjadi perhatian media selepas dia menunjukkan isyarat lucah di depan orang ramai, semalam.
Menghadiri majlis anugerah pop terbesar Britain, Brit Awards, Adele mengangkat jari hantunya sejurus selepas pengacara majlis, James Corden, menamatkan ucapan diberinya atas faktor masa.

Adele, 23, ketika itu menyampaikan ucapan penghargaan atas kejayaannya memenangi kategori Album Britain Terbaik.
Disebabkan majlis itu semakin lewat dan ia disiarkan secara langsung di televisyen, Corden terpaksa meminta Adele berhenti berucap bagi memberi ruang kepada artis lain membuat persembahan.

Tindakan itu dibalas Adele dengan menunjukkan isyarat lucah kepada penonton.

Akhbar paling laris di Britain, The Sun menyiarkan gambar aksi Adele itu di muka depan dengan tajuk “Someone dislikes you” sebagai sindiran untuk lagu popularnya ketika ini, Someone Like You.

Pesaing akhbar itu, Mirror, juga menampilkan gambar sama diiringi tajuk “Adele: Go to hell!!” (Adele: Pergi mampus!!).

Bercakap kepada media di belakang pentas selepas insiden itu, Adele berkata, dia berang kerana diganggu ketika berucap di pentas.
Katanya, isyarat itu bukan ditujukan kepada peminatnya dan meminta maaf jika tindakan itu menghina sesiapa.

“Ia reaksi yang wajar atas tindakan yang menyakitkan hati saya,” katanya. Insiden itu berlaku hanya beberapa minggu selepas saluran televisyen Amerika Syarikat, NBC dan NFL meminta maaf atas perlakuan sama ditunjukkan penyanyi rap Britain, M.I.A. ketika Madonna beraksi dalam pertandingan Super Bowl. - Reuters

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters