Jom Buat Duit

Sunday 26 February 2012

Konsert bertenaga Evanescence




PERUT KL Life Centre di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur penuh dan sesak dengan manusia. Mereka merupakan antara peminat setia grup Evanescence yang berasal dari Little Rock, Arkansas, Amerika Syarikat (AS).Bermula tepat pukul 8.30 malam, set lagu-lagu grup ini dinyanyikan pantas dan berterusan membuatkan konsert itu habis tepat pukul 9.30 malam.

Komunikasi yang diberikan cukup sekadar bertanya dan memberi respons, sememangnya lagu-lagu indah dan vokal bertenaga Amy Lee dinantikan untuk menyerikan konsert mereka.
Begitu juga hubungan kimia muzik dan padunya lantunan instrumen Terry Balsamo (gitar), Troy Mclawhorn (gitar irama), Tim McCord (bass) dan Will Hunt (dram).

Sekitar 16 buah lagu dikongsi jiwa dan rasa bersama para peminat di Kuala Lumpur. Antaranya What You Want, Going Under, My Last Breath dan diakhiri dengan Bring Me To Life, Your Star dan My Immortal.

Grup yang diasaskan pada 1995 ini berkunjung ke beberapa buah negara sempena rangkaian jelajah konsert mereka di samping mempromosikan album terbaharu yang bertajuk Evanescence.
KUMPULAN Evanescence membuat persembahan hanya sejam tetapi kumpulan dari AS itu berjaya mendendangkan 16 buah lagu.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters