Jom Buat Duit

Showing posts with label David Beckham. Show all posts
Showing posts with label David Beckham. Show all posts

Monday, 28 October 2013

David Beckham, anak kemalangan

BEVERLY HILLS - Bekas pemain bola sepak England, David Beckham, 38, dilaporkan terlibat dalam kemalangan apabila kenderaan pacuan empat roda yang dipandu keluar dari rumahnya berlanggar dengan sebuah kereta di sini pada Jumaat lalu," lapor akhbar Daily Mail.

Beckham memandu sebuah Range Rover Sport berwarna hitam manakala anak lelakinya, Brooklyn, 14, duduk di bahagian penumpang ketika kejadian.

Seorang saksi berkata, Beckham memandu keluar dari rumahnya apabila berlanggar dengan sebuah kereta dari arah hadapan.

Dia kemudian dilapor mengundurkan kenderaan pacuan empat roda tersebut ke kediamannya sementara menunggu polis tiba untuk mengambil keterangan mengenai kejadian tersebut.

Kereta jenis Acura 4x4 yang dipandu seorang wanita rosak dalam kemalangan tersebut manakala bumper kereta mewah Beckham pula bengkok.

Bekas bintang bola sepak itu membeli kenderaan tersebut pada harga antara AS$60,595 (RM190,510) hingga AS$76,195 (RM239,557) pada tahun 2010.

Ini bukan kali pertama Beckham dan Brooklyn terlibat dalam kemalangan kerana pada tahun 2011 mereka terselamat selepas kereta yang dipandu Beckham merempuh belakang sebuah kereta lain di sebuah lebuh raya di Los Angeles.

Namun, mereka tidak cedera dalam kemalangan tersebut kerana kedua-duanya memakai tali pinggang keledar. - Agensi

Monday, 27 August 2012

Kekayaan David Beckham

KACAK dan tangkas di padang bola ternyata membuat nilai diri David Beckham melambung tinggi. Selain menerima bayaran yang cukup lumayan menerusi pekerjaan sebenarnya sebagai pemain bola sepak kelab LA Galaxy dengan bayaran sekitar RM7 juta sebulan, Beckham memperoleh pendapatan luar biasa sebagai duta beberapa produk.
Menurut laporan, dengan hanya menjadi model iklan dan duta produk untuk jenama Armani, Adidas, Samsung dan Diet Coke pada tahun lalu, Beckham berjaya memperoleh pendapatan mencecah RM60 juta.

Malah Beckham turut berkongsi pendapatan lumayan bersama isterinya, Victoria melalui wangian ciptaan mereka serta jenama yang dijual di bawah payung H&M.
"Jumlah pendapatan lumayan yang diperoleh oleh Beckham membuktikan bahawa dia masih popular, berkuasa, berpengaruh dan kuat untuk dijadikan model atau duta produk. Malah untuk tahun ini, pendapatan Beckham dijangka menjadi lebih tinggi walaupun ramai yang berpendapat kariernya sebagai pemain bola sepak sudah hampir berkubur," ujar seorang sumber kepada The Sun.

Thursday, 9 August 2012

David Beckham Penghias Muka Depan Majalah Elle

Pemain bola sepak terkenal dunia, David Beckham menempa sejarah tersendiri apabila menjadi selebriti lelaki pertama yang berjaya menghiasi muka depan majalah terkemuka, Elle untuk bulan Julai.

Selain itu, keputusan menjadikan Beckham sebagai penghias muka depan majalah itu turut didorong dengan pemilihan London sebagai tuan rumah sukan Olimpik yang bakal berlangsung pada hujung tahun ini di mana Beckham dilihat sebagai ikon dalam bidang sukan dan fesyen.

Berita baik untuk peminat setia Beckham, edisi ini menampilkan dua 'cover' berlainan yang terdiri daripada edisi biasa dan 'Special Collectors Edition'.

Sunday, 3 June 2012

Kemurungan Victoria Beckham

PENYANYI dan pereka fesyen yang satu ini memang terkenal dengan wajah dingin. Keadaan wajah beku itu sebenarnya disedari Victoria Beckham apabila dia melihat gambar-gambarnya.
Isteri pemain bola sepak David Beckham ini menyangkal bahawa dia ialah seorang yang murung dan tidak ceria. Walaupun sering tampil dengan wajah kaku, namun Victoria mendakwa dia selalu berasa bahagia.

"Ya, memang saya terlihat seperti itu tetapi saya sangat berbeza daripada yang dipaparkan," kanya.
"Saya tidak berasa perlu menjerit atau memekik kerana ekspresi wajah saya ini. Saya tahu saya ialah orang yang selalu berasa bahagia. Jadi saya tidak akan terkejut jika ada yang memberi komen mengatakan saya selalu kelihatan murung sepanjang waktu," ujar bekas ahli grup Spice Girls tersebut.

Ekspresi muka Victoria ini memang sudah dipamerkan seperti itu sejak dia muncul sebagai Posh dalam grup Spice Girls.

Namun di sebalik wajah baru, Victoria berhasil mencuri hati salah satu bintang bola sepak paling digilai wanita di Britain.

Klik Untuk Saya k... :)

free counters