PENYANYI dan pereka fesyen yang satu ini memang terkenal dengan wajah
dingin. Keadaan wajah beku itu sebenarnya disedari Victoria Beckham
apabila dia melihat gambar-gambarnya.
Isteri pemain bola sepak David Beckham ini menyangkal bahawa dia
ialah seorang yang murung dan tidak ceria. Walaupun sering tampil dengan
wajah kaku, namun Victoria mendakwa dia selalu berasa bahagia.
"Ya, memang saya terlihat seperti itu tetapi saya sangat berbeza daripada yang dipaparkan," kanya.
"Saya tidak berasa perlu menjerit atau memekik kerana ekspresi wajah
saya ini. Saya tahu saya ialah orang yang selalu berasa bahagia. Jadi
saya tidak akan terkejut jika ada yang memberi komen mengatakan saya
selalu kelihatan murung sepanjang waktu," ujar bekas ahli grup Spice
Girls tersebut.
Ekspresi muka Victoria ini memang sudah dipamerkan seperti itu sejak dia muncul sebagai Posh dalam grup Spice Girls.
Namun di sebalik wajah baru, Victoria berhasil mencuri hati salah satu bintang bola sepak paling digilai wanita di Britain.
No comments:
Post a Comment