Jom Buat Duit

Friday 22 June 2012

Bekas PM Romania cuba bunuh diri selepas dihukum penjara kerana rasuah

BUCHAREST (Romania): Doktor negara ini berkata, bekas perdana menteri yang menembak dirinya di leher dalam percubaan membunuh diri akan menjalani pembedahan.
Adrian Nastase dimasukkan ke hospital kelmarin selepas dia menembak dirinya, beberapa jam selepas mahkamah tinggi negara itu memerintahkan dia dikenakan hukuman penjara dua tahun atas dakwaan rasuah.

Pakar bedah plastik, Ion Lascar semalam berkata, kumpulan doktor akan cuba merawat kecederaan dialami Nastase, tetapi tidak menyatakan tarikh tepatnya.
Bekas presiden yang juga sekutu rapatnya, Ion Iliescu berkata, percubaan polis untuk melaksanakan perintah mahkamah itu dan menahan Nastase dianggap “tidak berperikemanusiaan.” Dia berkata, Nastase yang mencecah usia 62 tahun hari ini, mendakwa dirinya tidak bersalah. Anggota kanan parti pembangkang, Vasile Blaga menganggap insiden tembakan itu “mengejutkan” dan “satu tragedi.” - AP

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters