Jom Buat Duit

Wednesday 20 June 2012

Marwijk berdepan penyingkiran


MISI Marwijk pada Euro 2012 menemui kegagalan. 
 

KHARKIV – Jurulatih Belanda, Bert van Marwijk bakal berdepan penyingkiran atas kegagalan skuad kendaliannya pada kempen Euro 2012.
Presiden Persekutuan Bola Sepak Belanda, Bert van Oostveen telah meminta van Marwijk memberi penjelasan atas kekalahan skuad The Oranje itu dalam kesemua tiga perlawanan peringkat Kumpulan B.
Beliau juga mahu tahu bagaimana berita mengenai pergolakan dalaman kem Belanda boleh sampai ke pengetahuan media.

Van Oostveen yang menyaksikan kegagalan paling teruk Belanda dalam masa 70 tahun, berkata: “Kami telah memanggilnya untuk hadir dalam satu mesyuarat tergempar. Saya sangat kecewa. Ini sesuatu yang tidak bagus untuk pasukan Belanda.

“Saya akui bahawa Bert telah membantu kami mara ke final Piala Dunia dua tahun lalu tetapi prestasi kami pada Euro 2012 ini tidak boleh diterima.
“Kami akan melakukan siasatan terperinci mengenai kegagalan ini.”
Sementara itu, perancang Inter Milan, Wesley Sneijder memberitahu ada ‘tali barut’ telah meranapkan moral pemain Belanda.
Dia berkata: “Setiap kali kami ada sesi latihan tertutup, semua maklumat terperinci tentang strategi kami telah diketahui oleh media keesokannya.
“Ia telah menghancurkan keyakinan kami. Sukar untuk bermain sebagai sebuah pasukan sekiranya ada tali barut dalam pasukan ini.”
– Agensi

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters