Jom Buat Duit

Friday 8 March 2013

3 Wanita Thailand baru selesai tawar khidmat seks ditahan

Melaka: Tembelang seorang lelaki dipercayai bapa ayam menjadikan satu unit pangsapuri di Taman Malim Jaya, di sini, sebagai pusat pelacuran terbongkar apabila diserbu Jabatan Imigresen negeri awal pagi semalam.

Gambar Hiasan

Dalam serbuan kira-kira jam 2.30 pagi, tiga wanita warga Thailand berusia 29 hingga 32 tahun ditahan dan dipercayai baru selesai menawarkan khidmat seks kepada dua pelanggannya.

Difahamkan, pelanggan turut ditawarkan perkhidmatan mengurut dan perlu membayar antara RM150 hingga RM200 bagi mendapatkan perkhidmatan seks.
Menurut sumber, bagi mengelakkan kegiatan itu dikesan pihak berkuasa, hanya pelanggan dikenali bapa ayam berkenaan dibenarkan mendapatkan perkhidmatan.

“Malah, apabila ditanya mengapa tidak membuka pintu ketika serbuan, wanita berkenaan mengatakan mereka diarahkan hanya boleh membuka pintu sekiranya dihubungi bos.

“Ketika pemeriksaan dilakukan, selain tiga wanita berpakaian mencolok mata itu beberapa botol gel pelincir turut ditemui di dalam unit pangsapuri berkenaan,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Imigresen negeri Kamalludin Ismail berkata, pangsapuri didiami tiga wanita itu dipercayai dijadikan tempat aktiviti tidak bermoral sejak setahun lalu.

Menurutnya, hasil pemeriksaan ketiga-tiga wanita itu menyalahgunakan pas lawatan sosial melakukan kegiatan tidak bermoral.
“Dipercayai kegiatan itu diurus bapa ayam dan hanya pelanggan tertentu dibenarkan mendapatkan perkhidmatan yang terhad untuk lima hingga enam orang sehari.

“Ketika serbuan hanya tiga wanita itu berada di dalam bilik dengan berpakaian seksi, malah sebelum serbuan dipercayai dua pelanggan baru keluar selepas mendapatkan perkhidmatan,” katanya.

Kamalludin berkata, tiga wanita berkenaan antara 17 warga asing yang ditahan dalam serbuan dilakukan 11 pegawainya di lima lokasi iaitu di Jalan Peringgit Jaya, Melaka Sentral, pasar raya di Ayer Keroh, Taman Krubong Jaya dan Taman Malim Jaya .

Katanya, dalam serbuan di Taman Krubong Jaya, seorang lelaki warga Indonesia berusia 40-an turut ditahan menjadi pelindung bagi tiga lelaki warga negara sama tidak mempunyai dokumen sah.

“Mereka yang ditahan berusia 25 hingga 50 tahun terdiri daripada 12 lelaki dan lima wanita masing-masing lima warga Indonesia, Pakistan (3), India (5), Thailand (3) dan Nepal (1).
Sumbar

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters