Jom Buat Duit

Friday 22 March 2013

Jumlah calon SPM dapat semua A meningkat

PUTRAJAYA – Seramai 15,793 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 berjaya memperoleh gred A bagi semua mata pelajaran.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd. Ghafar Mahmud (gambar) berkata, daripada jumlah itu, seramai 13,721 calon adalah yang didaftarkan dengan sekolah di bawah Kementerian Pelajaran.

Menurut beliau, pencapaian itu menunjukkan peningkatan sebanyak 0.16 peratus berbanding tahun lalu apabila seramai 12,970 calon sahaja yang berjaya mendapat keputusan tersebut.

Bagi sekolah bukan di bawah kementerian pula, beliau memberitahu, keputusan agak merosot apabila hanya 2,072 calon berjaya memperoleh pencapaian tersebut berbanding tahun 2011 (2,109 calon).

“Seramai 481 calon iaitu 438 daripada sekolah di bawah kementerian dan 43 bukan kementerian telah berjaya memperoleh gred A+ iaitu Cemerlang Tinggi bagi semua mata pelajaran,” katanya pada majlis Pengumuman Keputusan SPM 2012 di sini semalam.

Seramai 472,541 calon menduduki peperiksaan SPM 2012 dari 5 November hingga 6 Disember tahun lalu.

Mengulas lanjut, Abd. Ghafar memberitahu, berdasarkan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP), prestasi 51 mata pelajaran didapati meningkat, manakala 54 lagi menurun dan tiga pula kekal berbanding tahun sebelumnya.
Sumbar

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters