Jom Buat Duit

Wednesday 6 March 2013

Kawalan di Semporna diperketatkan

SEMPORNA - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar hari ini berkata, kawalan keselamatan di daerah Semporna yang terletak berhampiran Lahad Datu, diperketatkan ekoran serangan ke atas penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Beliau memberi jaminan kepada penduduk di kawasan sekitar bahawa keadaan keselamatan di daerah ini, yang terletak kira-kira 200 kilometer dari Lahad Datu, adalah terkawal.

Ismail berkata operasi yang dijalankan pihak keselamatan di kawasan itu tidak menjejaskan keselamatan penduduk di Semporna yang rata-rata melahirkan kebimbangan mungkin berlaku serangan balas oleh pihak penceroboh di kawasan itu.

"Kami telah mengetatkan kawalan keselamatan di daerah Semporna terutama di kawasan Kampung Simunul. Pegawai dan anggota polis telah bersiap-sedia dari pelbagai aspek, jadi saya minta orang ramai jangan panik," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dengan khabar angin yang disebar pihak tidak bertanggungjawab, sambil menegaskan bahawa langkah keselamatan yang diatur pasukan keselamatan adalah yang terbaik.

Orang ramai hanya sentiasa perlu mendapatkan maklumat yang sahih dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna agar berita yang tepat dapat disalurkan, katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Semporna, DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata, keadaan di daerah Semporna dalam keadaan baik dan orang ramai diminta sentiasa menghubungi IPD Semporna di talian 089781244 bagi mendapatkan maklumat sebenar.

Dalam pada itu, tinjauan Bernama ke Pekan Semporna mendapati rata-rata penduduk melahirkan kebimbangan mengenai situasi di Kampung Tanduo yang mungkin menjadi sasaran serangan balas daripada kumpulan penceroboh di sini.

Moses Tan, 35, berkata keadaan di Kampung Tanduo mungkin boleh merebak ke Semporna.

Bagaimanapun, beliau melahirkan keyakinan situasi itu mampu dikawal pasukan keselamatan dengan cekap. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters