Jom Buat Duit

Thursday, 29 November 2012

Seorang kanak-kanak tertusuk pemutar skru

Jiali bertahan ketika menerima rawatan di hospital Xijing, China.

GANSU - Seorang kanak-kanak berjaya diselamatkan selepas sekumpulan doktor berupaya mencabut pemutar skru dari hidungnya di Tianshui, wilayah Gansu, China.

Akhbar tempatan melaporkan, Jiali Gang, 4, dipercayai tergelincir ketika bermain di rumah neneknya.

Menurut ibu mangsa, Jiali dikejarkan ke dua hospital, namun doktor enggan merawatnya kerana berisiko tinggi.

“Saya bergegas ke hospital Xijing untuk mendapatkan rawatan dan keadaan Jiali terlalu tenat ketika itu,“ katanya.

Sementara itu, pakar bedah Yu Qin berkata, dari imbasan x-ray, pemutar skru itu hanya terletak dua hingga tiga milimeter dari bahagian otaknya.

“Dia berisiko mengalami kerosakan sel jangka panjang. Kami berjaya melakukan pembedahan tanpa mengusik bahagian otaknya,” katanya. - Daily Mail

Tan Sri Musa Hassan - Menteri campur tangan tugas polis

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendakwa ada campur tangan luar, dalam tugas Polis Diraja Malaysia (PDRM) semasa beliau memimpin pasukan tersebut.

Beliau berkata, semasa pimpinannya, pegawai junior dan seorang ketua polis daerah pernah menerima arahan daripada seorang menteri tanpa pengetahuannya.

Menurutnya, tindakan menteri tersebut adalah tidak wajar dan bertentangan dengan peruntukan undang-undang.

“Saya berdepan dengan menteri tersebut dan menerangkan dalam Seksyen 4 (1) Akta Polis 1967 menjelaskan hanya mereka yang dilantik sebagai Ketua Polis Negara sahaja boleh mengeluarkan arahan untuk polis.

“Walaupun saya tahu beliau tidak suka dengan penerangan itu, tetapi saya menyampaikan dengan cara baik,” katanya pada sidang media isu peningkatan jenayah, semalam.

Turut sama, Pengerusi Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), R Sri Sanjeevam dan Penasihat MyWatch, S Gobikrishnan.

Musa yang telah memegang jawatan sebagai KPN selama empat tahun mengakui ada menerima aduan daripada pegawai polis yang mendakwa menerima arahan daripada menteri.

Menurutnya, pihak pengurusan tertinggi PDRM perlu melihat keadaan ini bagi memperbaiki mutu kerja dan profesionalisme polis.

Sinar

Suami pilihan Ummi Nazeera

UMMI NAZEERA tidak memilih teman hidup sama ada dalam kalangan artis atau bukan. Apa yang penting dia mesti berpendidikan dan punya latar belakang yang baik. 

SUDAH agak lama kita tidak mendengar cerita Ummi Nazeera, yang satu ketika popular melalui drama bersiri Nur Kasih. Semua itu disebabkan dia terpaksa meneruskan impiannya untuk mencapai segulung ijazah di Royal Melbourne Institute of Technology, Australia.

Ummi atau nama penuhnya, Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin, 22, kini pulang ke Malaysia untuk bercuti semester. Ujarnya, dia akan menamatkan pengajian dalam bidang perniagaan pada akhir tahun hadapan setelah tiga tahun menjadi pelajar di sana.

Dalam pada itu, Ummi juga tidak terlepas dikaitkan bercinta dengan seorang lelaki dan pernah didakwa berniat untuk menamatkan zaman bujangnya. Benarkan dakwaan tersebut?
Ikuti temu bual Kosmo! dengan Ummi ketika ditemui baru-baru ini.

Kosmo!: Setelah tiga tahun berada di Australia, boleh ceritakan tentang pengalaman Ummi di sana?
UMMI: Alhamdulillah, semuanya baik. Saya sudah menganggap Australia sebagai rumah kedua selepas Malaysia. Saya seronok belajar di sana, walaupun pada tahun pertama tidak ramai pelajar dari Malaysia, tetapi kemudian ia semakin bertambah. Sepanjang menuntut di sana, saya tinggal bersama rakan seuniversiti, tetapi bermula pada tahun hadapan saya akan tinggal berseorangan kerana mereka sudah kembali ke Malaysia.

Bagaimanakah pula dengan perancangan anda selepas menamatkan pengajian di sana, adakah anda masih akan terus berlakon?
Ya, saya akan terima jika ada tawaran berlakon, tetapi semua itu bergantung kepada rezeki dan jika tawaran itu menarik. Pada masa sama, saya akan berikan tumpuan terhadap bisnes keluarga.

INILAH lelaki yang didakwa sebagai kekasih Ummi.

Apakah bentuk bisnes yang keluarga anda usahakan sekarang?
Syarikat keluarga saya dikenali sebagai Pointry (M) Sdn. Bhd. Bisnes ini lebih berbentuk kepada pengeluaran tilam dan bantal.

Bagaimanakah perkembangan cerita cinta anda dengan seorang lelaki sebelum ini. Dengar cerita kalian akan berkahwin?
Saya masih lagi berkawan baik dengan lelaki tersebut, tetapi cerita tentang kononnya kami akan berkahwin itu tidak benar sama sekali. Ia tidak pernah ada dalam perancangan kami memandangkan
saya juga masih belum menamatkan pengajian.

Boleh kongsikan sedikit maklumat tentang teman lelaki anda itu?
Kami berkenalan sewaktu saya berada dalam tahun pertama pengajian di sana. Dia berusia 26 tahun dan merupakan senior saya. Dia juga sudah menamatkan pengajian, dan sekarang berada di Malaysia. Sehingga sekarang, kami masih berhubung.

Adakah anda akan berkahwin dengannya?
Insya-Allah, jika ada jodoh dan takdir dengan dia, saya akan terima. Bagaimanapun, apa yang penting sekarang, saya perlu tamatkan dahulu pengajian. Soal perkahwinan, itu akan difikirkan kemudian.

Adakah anda menerima dia selepas serik bercinta dengan teman artis?
Bukan itu sebabnya. Saya tidak kisah bercinta dengan sesiapa pun, asalkan lelaki itu mempunyai latar belakang yang baik, beragama dan berpendidikan, itu sudah memadai. Bercakap tentang hubungan saya dengan teman lelaki sekarang, kami sudah lama kenal dan setakat ini tidak mempunyai sebarang masalah untuk bersama.

Apakah harapan anda terhadap filem Merong Mahawangsa di Festival Filem Asia Pasifik nanti?
Saya berharap agar Merong Mahawangsa bertuah di sana. Sudah tercalon ini pun sudah rasa cukup gembira kerana dapat mewakili negara. Saya akan ke sana untuk mencari pengalaman.

Pemuda Mesir miliki lengan terbesar dunia


MOUSTAFA mengangkat kedua-dua lengannya.

MILFORD, Massachusetts - Seorang pemuda berketurunan Mesir, Moustafa Ismail yang tinggal di sini dipercayai memiliki lengan paling besar di dunia.
Ukur lilit lengan Moustafa yang berusia 24 tahun itu ialah 79 sentimeter.
Pemuda itu makan tiga kilogram (kg) protein, 4.08kg karbohidrat dan minum air sebanyak 11.35 liter pada setiap hari .

Pihak Guinness World Records kini menimbang sama ada akan mengiktiraf Moustafa sebagai pemilik lengan terbesar di dunia.
"Mereka (penduduk) memanggil saya Popeye, Popeye Mesir.
"Bagaimanapun, tidak seperti watak kartun Popeye, saya suka makan ayam, daging dan apa jua makanan kecuali bayam," katanya.

Dia juga mengambil vitamin dan makanan tambahan lain.
Moustafa juga sukar untuk mencari baju yang sesuai dengan tubuhnya.
Dia mula berusaha untuk memperoleh bentuk lengan itu di bandar kelahirannya, Alexandria di Mesir sebelum berpindah ke Amerika Syarikat pada 2007 dan menetap di Franklin, barat daya Boston.
Moustafa melakukan senaman angkat berat selama dua jam hampir setiap hari.
Pemuda itu pernah mengangkat bebanan seberat 272kg.

Dia sanggup melakukan dua pekerjaan termasuk sebagai pembantu di sebuah stesen minyak untuk membiayai senamannya di sebuah pusat kecergasan dan makanannya.
Namun, isterinya meminta dia meninggalkan salah satu pekerjaan kerana menganggap suaminya itu bekerja terlalu keras.

Pihak Guinness kemudian menghubunginya dengan menawarkan pemuda itu lawatan ke London, Britain untuk muncul bersama beberapa pemegang pelbagai rekod dunia termasuk wanita paling kecil di dunia.

Moustafa memenuhi undangan itu.
Bagaimanapun, kontroversi muncul kerana terdapat dakwaan di internet bahawa dia menggunakan dadah steroid dan menanam implan pada lengannya.
Beberapa pihak lain mendakwa, dia menyuntik minyak synthol yang digunakan oleh ahli bina badan.
Dia pernah pergi ke Tokyo untuk muncul dalam program dokumentari stesen televisyen Fuji yang menunjukkan beberapa doktor mengambil sampel darah manakala ototnya turut menjalani ujian X-ray.

Doktor-doktor itu bagaimanapun tidak menemui sebarang bahan terlarang dalam tubuhnya.
Namun, pihak Guinness mengeluarkan nama Moustafa dalam laman webnya.
Jurucakap Guinness, Sara Wilcox berkata pada Oktober lalu, pihaknya masih melakukan penyelidikan dengan pakar-pakar perubatan berhubung kes Moustafa sebelum mengiktiraf lengannya. - AP

Suspek samun, rogol diburu


IMEJ CCTV menunjukkan kelibat tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian samun dan rogol di Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur Ahad lalu. 
 

KUALA LUMPUR – Penjenayah yang menyamun sebuah premis urut sebelum merogol dua wanita Vietnam di Jalan Genting Klang dekat Setapak di sini Ahad lalu kini ibarat cacing kepanasan apabila polis mengedarkan gambar suspek-suspek terlibat.
Gambar suspek yang dapat dirakam melalui rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) itu menunjukkan kelibat seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an memakai baju berwarna biru yang mempunyai logo Superman.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, selain itu, pihaknya turut mengedarkan gambar dua lagi rakan suspek yang menaiki sebuah motosikal dan memakai topi keledar yang dipercayai terlibat dalam kes samun dan rogol tersebut.

“Kita percaya kesemua suspek berada di bawah pengaruh dadah. Dalam kejadian itu, dua tukang urut warga Vietnam telah dirogol selepas suspek menyamun premis berkenaan dengan melarikan sejumlah wang,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Semalam Kosmo! melaporkan, dua tukang urut warga Vietnam ditimpa nasib malang berganda apabila mereka dirogol setelah disamun oleh empat lelaki berparang ketika sedang bersiap untuk pulang.

Dalam kejadian antara pukul 1 hingga 1.30 pagi itu, dua lagi lelaki yang merupakan penjaga premis berkenaan masing-masing putus telinga kiri dan cedera di tangan akibat ditetak ketika cubaan melawan suspek.
Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menghubungi Rakan Cop di talian 03-2115 9999 bagi membantu siasatan.

Menculik sebab anak kelaparan, tiada wang


KERATAN Kosmo! 24 November 2012.


SEREMBAN - Kehabisan wang, terdesak, anak kelaparan serta hilang kawalan merupakan alasan yang dibuat seorang bekas pekerja kedai makan di Mahkamah Majistret di sini semalam ketika mengaku salah atas tuduhan menculik tiga kanak-kanak dan melarikan sebuah kereta dekat Senawang 22 November lalu.

Rose Azrool Mohd. Arshad, 34, dijatuhi hukuman penjara lima tahun lapan bulan atas kedua-dua kesalahan tersebut bermula dari tarikh tangkapan oleh Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.
"Saya mengaku salah. Saya bertindak demikian kerana terdesak, kehabisan duit, anak di rumah kelaparan dan hilang kawalan. Saya mohon mahkamah meringankan hukuman," rayunya.
Bagaimanapun Mohamad Izwan menegaskan itu tidak boleh dijadikan alasan untuk tertuduh melakukan jenayah.

"Cara awak salah. Melakukan jenayah bukan menghalalkan cara," tegasnya.
Mengikut pertuduhan, Rose Azrool didakwa menculik tiga beradik iaitu Muhammad Hazimi Khairul Anwar, 12, Muhammad Hanif, 3, dan Muhammad Haziq, 1, dari jagaan Norhayati Shahimi, 42 pada pukul 2.20 petang di hadapan pasar mini di Taman Desa Dahlia dekat Senawang di sini.
Dia didakwa mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, dia dituduh mencuri kereta jenis Proton Wira nombor pendaftaran KAH 4537 milik Khairul Anwar Zakaria di tempat, hari dan masa yang sama mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara tujuh tahun atau denda.
Sabtu lalu, Kosmo! melaporkan seorang wanita menghadapi debaran hampir tiga jam apabila anak lelakinya yang berusia tiga tahun hilang bersama kereta Proton Wira miliknya yang ditinggalkan dalam keadaan enjin dihidupkan berhampiran sebuah pasar mini di Taman Desa Dahlia.
Suspek kemudian ditahan dalam sekatan jalan di Labu di sini tidak lama kemudian.

Wednesday, 28 November 2012

Pertempuran sebenar Anugerah Juara Lagu ke - 27 bermula

DEBARAN untuk mengetahui finalis Muzik Muzik yang layak ke peringkat final telah berakhir malam Ahad lalu. Sebanyak 12 buah lagu telah terpilih bersaing pada peringkat final.
Lagu- lagu tersebut ialah Idola (Azlan & the Typewriter), Pelangi Senja (Stacy), Terukir Di Bintang (Yuna), Anak Kampung (Jimmy Palikat dan One Nation Emcee), Ombak Rindu (Hafiz dan Adira), Tanpamu (Amir Jahari), Patah Seribu (Shila Amzah), dan Andai Ku Bercinta Lagi (Mojo).
Turut tercalon di pentas final ialah lagu Teman Pengganti (Black dan RJ), Lagu (Bedroom Santuary), Ku Akui (Hafiz), dan Simetri (Hazama & Amy Search).

Bagaimanapun, sedikit pertikaian mula wujud tentang pemarkahan dan pemilihan yang diberi oleh para juri apabila beberapa lagu yang dianggap punya kualiti lebih baik tidak tersenarai, sebaliknya terdapat beberapa lagu yang hanya mendapat putaran tinggi di radio telah tersenarai.
Namun, komposer dan pemuzik terkenal, Azmeer menolak dakwaan itu sebaliknya berkata pemilihan yang dilakukan berdasarkan kreativiti dan bakat pemuzik itu sendiri.
“Daya kreativiti pemuzik merupakan salah satu kriteria utama layaknya sesuatu lagu untuk dipertandingkan di peringkat final.

“70 peratus penilaian sesebuah lagu adalah berdasarkan melodi, lirik, susunan muzik, kreativiti, penerimaan juri dan masyarakat terhadap lagu tersebut, manakala 30 peratus lagi adalah menerusi persembahan penyanyi itu sendiri,” jelasnya.
Azmeer turut mengakui bahawa industri hiburan tanah air telah berkembang secara sihat dan terdapat peningkatan apabila banyak kemunculan penyanyi baharu yang kreatif dan berbakat berbanding dengan tahun 80-an.

“Seperti lagu Teman Pengganti ciptaan Mallique, ia memiliki melodi yang asli. Namun, masih mempunyai elemen lagu-lagu lama, dan ia tidak mempengaruhi melodi baharu,” katanya yang juga bertindak sebagai ketua juri pada malam tersebut.
Azmeer juga menegaskan, walaupun terdapat lagu yang layak ke final mempunyai elemen Barat, tetapi pada masa sama ia masih mengekalkan unsur keMelayuan seperti penggunaan bahasa yang betul.

Selain Azmeer, finalis turut diadili oleh juri terdiri daripada Datuk Ramli MS, Edrie Hashim, Helen Yap, Cat Farish, Kamarulzaman Taib dan Damien Mikail Seet.
Dalam pada itu, pertandingan yang telah memasuki musim ke-27 pada tahun ini terus menyaksikan dominasi daripada penyanyi baharu apabila berjaya layak ke final anugerah yang penuh berprestij itu.
Jika pada musim lalu, Hafiz telah merangkul trofi Juara Lagu dan juga dinobatkan sebagai pemilik Vokal Terbaik, kali ini dia sekali lagi menunjukkan kewibawaannya apabila ke pentas akhir buat kali kedua berturut-turut. Apa yang lebih manis, lagu duet bersama Adira, Ombak Rindu turut tersenarai di dalam 12 finalis untuk tahun ini.

Menurut Hafiz, walaupun dia merupakan juara AJL 26 lalu, dia menganggap ia bukanlah tekanan baginya untuk terus berentap di pentas final pada tahun ini.
“Bagi saya, tekanan sudah tiada, yang tinggal sekarang hanyalah cabaran untuk melakukan yang terbaik di final.

“Insya-Allah, di pentas final nanti saya akan lakukan satu kejutan, tetapi buat waktu ini saya belum terfikir lagi bentuk kejutan yang bagaimana akan saya tampilkan,” katanya.
Sementara itu, Shila Hamzah yang baru sahaja merangkul trofi Anugerah Lagu Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik 19 (AIM 19) dan trofi Power Vocal Award dalam anugerah Shout! Awards 2012 terus menunjukkan keunggulannya apabila turut menempatkan diri ke pentas final.
Apabila ditanya soalan adakah disebabkan tempiasnya mendapat anugerah-anugerah yang diperoleh sebelumnya membuat dia sekali lagi tercalon, Shila menolak dakwaan itu.
Ujar Shila, dia bersyukur dengan pencapaiannya sekarang dan ini merupakan rezeki kurniaan daripada Tuhan.
“Saya tidak meletakkan harapan tinggi, sebaliknya jika ada rezeki, insya-Allah, Allah akan bagi,” katanya.

Manakala penyanyi rock veteran, Amy Search yang kali terakhir ke pentas final menerusi lagu Seroja, mengakui teruja tercalon salah seorang finalis dan berdepan dengan pemuzik baharu.
Katanya: “Saya rasa gembira dapat lakukan ini untuk Hazama, dan apabila bercampur dengan pemuzik baharu, saya perlu menghormati mereka.
“Malah, masuk ke final ini pun sudah cukup baik untuk saya, selebihnya adalah untuk bergembira.”
Final Anugerah Juara Lagu 27 (AJL 27) dijadualkan pada 6 Januari tahun depan.

Tuesday, 27 November 2012

Rajagobal didesak undur


PENYOKONG Ultras Malaya bertindak menahan bas yang membawa pemain-pemain Harimau Malaya sebagai tanda protes berikutan kekalahan 0-3 Malaysia kepada Singapura pada kempen Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil kelmarin.


DESAKAN peminat sejati Harimau Malaya yang menuntut pembaharuan skuad bola sepak kebangsaan dengan Datuk K. Rajagobal mengambil tindakan drastik meletak jawatan selaku jurulatih, bukanlah satu cerita baharu sebenarnya.

Bermula apabila skuad negara ditunjukkan jalan keluar oleh Singapura menerusi agregat 4-6 pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia pada Julai tahun lalu, kemarahan penyokong dilihat tidak lagi boleh dibendung sebaik dikecewakan lawan sama dengan keputusan 0-3 dalam aksi sulung kempen Piala Suzuki AFF 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin.

Dengan lebih 100 penyokong Ultras Malaya menghalang bas yang dinaiki pemain negara dari pekarangan stadium, laungan mereka yang menjerit ‘Rajagobal, apa yang engkau buat?’ juga sudah cukup mencerminkan kekecewaan peminat.

Pemilihan ‘tidak masuk akal’ Rajagobal dalam senarai 22 pemain skuad negara bagi mempertahankan kejuaraan kali ini juga mengundang skeptikal banyak pihak gara-gara prestasi semasa sebahagian daripada mereka dalam saingan liga domestik dilihat tidak sehebat mana.
Biarpun Rajagobal sebelum ini secara terbuka mengakui bakal meletak jawatan jika gagal membantu Harimau Malaya layak ke pusingan akhir Piala Asia 2015, peminat tidak lagi mampu bersabar menunggu lama dan menuntut supaya jurulatih itu ‘angkat kaki’ sebaik kempen Piala Suzuki AFF kali ini berakhir, tidak kira mampu mempertahankan gelaran ataupun tidak.

Wakil Ultras Malaya, Redzuan Ahmad semasa ditemui pemberita malam kelmarin mempersoalkan kredibiliti Rajagobal dalam tempoh dua tahun ini selepas muncul juara edisi 2010.
“Maruah skuad kebangsaan jelas diperkotak-katikkan di gelanggang sendiri. Apa yang dibuat selama ini? Apa perancangannya dalam tempoh dua tahun selepas memenangi piala (Suzuki AFF). Inikah hasilnya?” katanya.

Seorang lagi penyokong, Hamdan Wahid dari Perlis memberitahu, dia kecewa cuti tahunannya yang diambil seminggu semata-mata untuk menyokong Harimau Malaya dilihat seolah-olah tidak berbaloi berdasarkan persembahan Harimau Malaya malam kelmarin.
“Kami bayar tiket RM30 tetapi kalah 3-0, tidak mustahil juga jika harga tiket dinaikkan RM50 selepas ini kita kalah lebih besar iaitu 5-0.
“Hendak merangkak pun tidak mampu, inikan pula hendak berlari. Jurulatih (Rajagobal) patut letak jawatan, jangan tunggu sampai kelayakan Piala Asia. Sekarang pun dia patut berundur jika beginilah gayanya persembahan pasukan kebangsaan,” katanya.

Seorang lagi penyokong yang hanya mahu dikenali sebagai Botak memberitahu, pemilihan kesebelasan utama Rajagobal juga memualkan penyokong.
“Baddrol (Bakhtiar) yang lebih kreatif tidak dibawa masuk ketika berdepan Singapura, sebaliknya Alex (Azamuddin Akil) yang sebelum ini bermain sebagai penyerang pula dibawa masuk menggantikan Amar Rohidan di bahagian tengah.
“Ini bukan lagi masa untuk eksperimen pemain. Sampai bila kami perlu mendengar alasan demi alasan Rajagobal setiap kali Harimau Malaya tewas,” katanya.

Apa yang pasti, di sebalik ‘sakit kepala’ Rajagobal memikirkan formula terbaik ketika berdepan Laos malam esok, masih ramai penyokong yang bertambah sakit hati jika perlawanan itu gagal diterjemahkan menjadi kemenangan ataupun yang lebih teruk, tersungkur buat kali kedua di depan penyokong sendiri.

Seandainya Malaysia terperosok di tangga tercorot kumpulan kali ini, sejarah baharu sudah tercipta buat Harimau Malaya yang mungkin sudah boleh berkira-kira mengharungi aksi kelayakan dua tahun lagi biarpun pernah mengecap nikmat selaku juara yang jelas sekadar bersifat sementara.

Vokal 'hancur', Diandra dikritik hebat


DIANDRA merupakan anak didik Yuna. 
 

PENDATANG baharu, Diandra Arjunaidi, 20, telah dikritik hebat oleh peminat-peminat di Twitter baru-baru ini. Ia adalah impak daripada persembahan Diandra ketika menyampaikan lagu ciptaannya sendiri, Angkasa, pada konsert minggu kedua separuh akhir Muzik-Muzik 27.
Penyanyi yang bernaung di bawah syarikat pengurusan milik Yuna iaitu Yuna Room Records (YRR) dikutuk kerana vokalnya pada persembahan separuh akhir Muzik-Muzik 27 itu dikatakan tidak sehebat seperti nyanyiannya dalam cakera padat (CD).

Lebih teruk, bakat dan kebolehan nyanyian Diandra dipersoalkan malah ada yang mempersoalkan kenapa dia layak menyertai pertandingan muzik berprestij itu.
Tidak kurang ada yang menganggap anak kelahiran Kuala Lumpur itu tidak mampu menyanyi secara langsung.

Antara komen peminat menerusi Twitter adalah:
“Pernah dengar Diandra Arjunaidi tidak pandai menyanyi live. Saya rasa sesiapa yang menyatakan perkara itu adalah benar”.
“Maaf. Rakaman atau secara langsung. Saya masih tidak menyukai suara Diandra Arjunaidi”.
Kosmo! segera mendapatkan maklum balas daripada Diandra mengenai perkara itu.

Kosmo!: Apakah komen anda apabila dikritik hebat oleh peminat di Twitter?
DIANDRA ARJUNAIDI: Saya sedih dan sensitif kerana mereka tidak tahu cerita sebenar.

Apakah cerita di sebalik vokal anda yang ‘hancur’ ketika menyampaikan lagu tersebut pada separuh akhir Muzik-Muzik 27?
Sebenarnya saya baru balik daripada mengadakan persembahan di konsert Yuna yang berlangsung di Kuching, Sarawak. Semasa di Kuching lagi saya sudah demam dan kehilangan suara. Bila saya menyanyi dan kemudiannya pulang ke Kuala Lumpur untuk separuh akhir Muzik-Muzik 27 suara saya menjadi semakin teruk. Saya ada minum air asam jawa untuk memulihkan suara, tetapi masih tidak baik.

Adakah benar dakwaan peminat mengatakan anda tidak mampu menyanyi secara langsung?
Itu tidak benar. Saya boleh menyanyi secara langsung.

Ada juga yang mengatakan anda tidak mempunyai bakat menyanyi? Komen anda?
Saya tidak rasa yang suara saya seteruk seperti yang orang cakap. Kalau saya tidak ada bakat menyanyi, Yuna tidak ambil saya menyertai syarikat miliknya, Yuna Room Records (YRR).

Bila anda menghadapi dugaan seperti ini adakah anda rasa putus asa?
Saya tidak akan putus asa sebab ia adalah salah satu asam garam dalam industri. Sebagai pendatang baharu saya kena terima kutukan yang orang beri. Yuna dan Hujan juga sebelum ini pernah dikritik dengan teruk. Yuna juga ada beri nasihat kepada saya supaya tidak mudah patah semangat dan tunjukkan kepada mereka (peminat) yang kita mampu buat yang terbaik.

Buat pertama kali lagu ciptaan anda, Angkasa berjaya ke peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 27, tetapi ia tidak dapat dilakukan dengan baik. Adakah anda kecewa?
Sudah tentu saya kecewa sangat, tetapi saya anggap tiada rezeki. Sebagai seorang pendatang baharu, sudah ke peringkat separuh akhir juga sudah bagus untuk saya. Insya-Allah, saya akan cuba untuk tahun depan dan akan lebih menjaga kesihatan.

Apakah harapan anda kepada peminat?
Saya harap peminat sentiasa menyokong. Kalau tidak minat tidak mengapa, asalkan jangan beri kutukan yang melampau.

Apakah perkembangan terbaharu anda?
Insya-Allah tahun depan dalam bulan Februari atau Mac album kedua saya berada di pasaran.
Berapa buah lagu yang ditulis anda dalam album kedua tersebut dan apakah judul single pertama?
Terdapat 10 buah lagu yang kesemuanya ditulis oleh saya. Single pertama album kedua saya iaitu Sama Saja sudah saya nyanyikan dalam beberapa persembahan.

Menerusi album kedua nanti adakah anda akan lebih berhati-hati dari segi tatabahasa kerana dalam lagu Angkasa terdapat kesalahan tatabahasa yang digunakan?
Saya akui kurang fasih menulis dan bertutur dalam bahasa Melayu. Saya sebenarnya membesar dengan penggunaan bahasa Inggeris namun saya cuba untuk menghasilkan lagu-lagu dalam bahasa Melayu dan cubaan pertama saya sudah tentu single Angkasa. Untuk album kedua saya ada meminta tolong kawan-kawan untuk melihat lirik yang ditulis agar tidak berlaku kesilapan lagi.
Kosmo

Zee Avi Tidak hilang jati diri

BERTEMU buat pertama kalinya dengan penyanyi Zee Avi dalam satu sesi fotografi bersama Kosmo! pada hujung minggu lalu, dia nyata cukup peramah. Bahkan sepanjang sesi temu bual berlangsung, Zee atau nama sebenarnya Izyan Alirahman tidak kekok berbahasa Melayu dan sesekali terselit dialek Sarawak yang menjadi darah dagingnya.
Luahnya, satu perkara yang mungkin ramai orang tidak tahu tentang dirinya adalah dia merupakan warganegara Malaysia dan anak kelahiran Miri, Sarawak.

"Ramai peminat yang terkejut apabila saya memberitahu mereka, saya rakyat Malaysia. Saya bangga saya rakyat Malaysia dan lahir di Miri, Sarawak. Tidak ada apa yang perlu saya malu kerana saya sayangkan Malaysia. Bahkan, pada setiap persembahan saya di luar, pasti saya akan selitkan cerita mengenai Malaysia," katanya yang merupakan duta pelancongan negeri Sarawak.
Kata gadis berusia 27 tahun itu, dia telah diajar hidup di rantau orang sejak berusia 17 tahun. Ketika itu, Zee meninggalkan Malaysia demi menuntut ilmu fesyen di Universiti American InterContinental di London, England.

Selepas lagunya dimuatnaik di laman perkongsian video YouTube, Zee telah dilamar oleh syarikat rakaman Brushfire Monotone/Universal Records, sebelum album pertamanya diterbitkan pada tahun 2009.

Sejak album pertamanya yang berjudul Zee Avi dilancarkan di pasaran, jadual hariannya mula padat dan New York menjadi destinasi tempat tinggalnya.
"Saya sudah terbiasa berdikari sejak berusia 17 tahun. Ibu bapa saya hanya membayar yuran pengajian, manakala duit poket saya cari sendiri. Jadi, kini pada usia 27 tahun tinggal sendirian bukan satu masalah besar buat saya. Ibu bapa juga tidak putus memberi nasihat dan kata-kata semangat setiap kali menghubungi saya.

"Walaupun hidup di negara orang, saya tetap mengamalkan budaya tempatan. Bagi saya, jati diri itu penting untuk membentuk siapa saya pada hari ini. Saya juga tidak pernah letih atau bosan bercerita tentang keindahan Malaysia setiap kali rakan dan peminat di Amerika bertanya tentangnya," tutur Zee yang kini berpindah ke Los Angeles beberapa minggu sebelum taufan Sandy melanda bandar New York.

Album Melayu
Zee yang telah melahirkan dua buah album, Zee Avi dan Ghost Bird kini dalam peringkat awal proses membikin album ketiganya.


Mengakui terdorong untuk mencipta lagu buat pertama kali kerana tiada lagu yang sesuai dengan jiwanya ketika itu, dia tidak menyangka akan bergelar penyanyi dan berada di bawah syarikat rakaman antarabangsa.

"Mula-mula saya cipta lagu ketika belajar di London. Saya bosan, jadi saya menulis lirik dan mencipta lagu kerana tiada lagu di radio ketika itu sesuai dengan jiwa saya. Ia sekadar untuk suka-suka dan mengisi masa lapang, tidak sangka sekarang saya jadi penyanyi. Sampai sekarang saya masih belajar untuk menerima hakikat itu (ketawa)," ujarnya.
Apabila disoal bilakah mahu melahirkan album penuh dalam bahasa Melayu, Zee tersenyum lebar. Jelasnya, dia sendiri tidak sabar lagi untuk muncul dengan album penuh dalam bahasa Melayu kerana itu impiannya.

"Memang saya sendiri tidak sabar untuk lahir dengan album penuh bahasa Melayu, tetapi buat masa ini fokus saya hanya untuk album ketiga.
"Selepas album ketiga ini, saya ada masa lapang. Mungkin pada hujung tahun hadapan atau tahun 2014. Saya belum boleh beri kata putus, tetapi saya memang teringin sangat membikin sebuah album bahasa Melayu," balasnya.

Jika melahirkan album bahasa Melayu, luah Zee dia amat sukakan muzik nostalgia seperti lagu-lagu daripada R. Azmi dan Allahyarham Datuk Ahmad Jais.
Katanya: "Kalau saya melahirkan album bahasa Melayu, inspirasi saya daripada muzik-muzik lama. Bagi saya muzik lama sangat jujur dan meresapi jiwa. Sebab itu pada tahun 2012 kita masih boleh menerima muzik lama. Antara lagu yang saya suka seperti Nasib Penyanyi, Serba Salah dan Hitam Manis."

Aizat
Bercakap tentang Aizat, penyanyi lelaki yang dikaitkan rapat dengan dirinya kini, mata Zee terus bersinar. Akuinya, sebelum ini dia langsung tidak mengenali Aizat.
Selepas muzik Aizat diperkenalkan oleh rakannya, Zee cukup kagum dengan bakat muzik yang dimiliki Aizat serta abangnya, Anas.
"Saya tidak tahu kenapa baru sekarang saya kenal Aizat. Kami berkenalan baru-baru ini dan terus boleh rapat sebab kami satu kepala apabila berbicara tentang muzik. Memang saya suka berkawan dengannya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
ZEE AVI mengaku pernah bercinta, tetapi kini pada usia 27 tahun, dia belum bertemu dengan cinta sejati lagi.

"Kami telah bekerjasama baru-baru ini dan saya juga telah ke studio Kasi Gegar Entertainment. Sebenarnya bukan semua orang yang sesuai bekerja dengan nada suara dan muzik saya, tetapi tidak untuk mereka. Mungkin kami akan bekerjasama dalam sebuah lagu pada masa depan, siapa tahu? Tunggu dan lihat," luah Zee berahsia.

Bercerita mengenai Yuna yang juga mencapai sukses di luar negara sepertinya, Zee juga berbangga apabila rakan seperjuangan telah mengharumkan nama Malaysia. Bagaimanapun, kesibukan jadual menyebabkan mereka tidak berkesempatan untuk bekerjasama.

"Biarpun sama-sama berada di Amerika Syarikat, sebab masing-masing sibuk, kami tidak sempat untuk bertemu. Apabila saya berpindah ke Los Angeles, Yuna sedang sibuk dengan konsert jelajahnya. Apa pun, saya bangga dengannya kerana dia cukup berbakat besar dan melakukan dengan baik di sana," kata Zee.
Kosmo

Amah Indonesia Didera kerana bangun lambat

BEGINILAH keadaan muka Suryani selepas mendakwa didera majikannya di Taman Sejahtera, Sungai Petani kelmarin.

SUNGAI PETANI – Seorang gadis Indonesia tidak menduga kedatangannya ke sini untuk mencari rezeki halal sebagai pembantu rumah berakhir dengan dia mendakwa menjadi mangsa kekejaman majikan berketurunan Cina yang rakus menderanya sejak enam bulan lalu.

Tidak tahan apabila sering dipukul dan dimaki hamun, Suryani Abdullah, 21, dari Jakarta, Indonesia akhirnya mengambil keputusan melarikan diri dari rumah majikannya di Taman Sejahtera di sini pada pukul 12 tengah hari kelmarin.

Menceritakan kejadian itu, Suryani mendakwa, sejak bekerja di rumah majikannya itu, dia terpaksa menanggung azab apabila dikerah untuk bangun seawal pukul 5 pagi untuk melakukan pelbagai kerja rumah sehingga lewat malam.

Dakwanya, selain itu, dia sering diugut untuk dihantar pulang jika enggan menurut perintah.
“Majikan saya selalu arahkan saya bangun awal pagi untuk membuat kerja rumah. Pada malam Jumaat lalu, saya diarah bangun pada pukul 5 pagi untuk melakukan pelbagai kerja sehingga lewat malam.

“Ekoran itu, saya telah terlajak tidur sehingga pukul 7 pagi keesokan harinya akibat terlalu penat. Majikan yang tidak berpuas hati dengan alasan saya bertindak memukul tangan, badan dan muka dengan benda tumpul hingga bengkak dan sakit,” dakwanya yang masuk ke negara ini melalui agensi pekerja asing.

Monday, 26 November 2012

Golongan gay berselindung di sebalik sauna

Dua pelanggan berkemas selepas mendapatkan perkhidmatan di sebuah pusat sauna di Petaling Jaya, Selangor.

PETALING JAYA – Golongan gay mempunyai banyak tempat untuk melampiaskan nafsu mereka di ibu negara termasuk di sebuah premis di sini yang berselindung di sebalik perkhidmatan sebagai pusat sauna.

Lebih menarik, ia mempunyai taktik tersendiri bagi memudahkan pelanggan mendapat pasangan iaitu dengan meminta mereka menyentuh tubuh pengunjung yang mereka berkenan untuk bersama.
Tinjauan Kosmo! mendapati sebuah premis dua tingkat di Damansara Uptown di sini beroperasi seawal pukul 5 petang hingga 11 malam untuk tujuan itu.

Selain mempunyai bilik khas untuk tayangan video lucah di tingkat atas premis, ia turut memiliki ruang besar yang gelap bagi pengunjung melakukan aktiviti seks secara terbuka.
Seorang pengunjung yang hanya mahu dikenali sebagai Ayie, 23, berkata, tindakan pengunjung menyentuh tubuh pengunjung yang lain merupakan salam perkenalan sesama untuk terus bermesra.
“Bagaimanapun terpulang kepada pengunjung itu sama ada dia berminat atau tidak,” katanya yang mengakui mengetahui mengenai kewujudan sauna itu daripada rakan-rakan.

Kosmo

Shout! Awards hip dan urban

KUASA jeritan yang lebih ganas dan bertenaga, tambah hip dan urban, Shout! Awards kali ketiga dibawakan oleh 8TV dan berlangsung dengan jayanya pada 23 November lalu di Surf Beach, Sunway Lagoon, Petaling Jaya, Selangor.

Sesuai dengan lokasi majlis anugerah itu diadakan pada tahun ini, konsep acara yang seakan-akan MTV Awards itu juga sejujurnya berjaya memanaskan malam hujung minggu dalam versi santai tapi bergaya.

Acara karpet merah yang bermula seawal pukul 5 petang menyaksikan pelbagai gaya selebriti yang tampil berdasarkan dua tema pilihan iaitu pakaian resort atau steam punk.
Bukan hanya hangat daripada segi fesyen, bahkan kepelbagaian persembahan yang disajikan sejak pukul 8.30 malam hingga 11.45 malam berselang-seli dengan penyampaian anugerah kepada pemenang.

Permulaan acara yang mengundang rasa teruja penonton untuk menunggu lebih lama biar hujan mula turun mencurah; kemunculan penyanyi yang berpakaian ala-ala Nicki Minaj dan disusuli persembahan bertenaga Goldfish & Blink bersama Luxy Boyz.

Variasi
Jika dilihat daripada keseluruhan persembahan pada malam tersebut, secara puratanya tidak menghampakan. Ada variasi dan kesegaran ditampilkan.
Seolah-olah memberikan ramalan bahawa trofi kemenangan Ultimate Shout! Award yang telah dimenangi tahun ini oleh kumpulan trio tiga beradik KRU apabila penonton disajikan dengan satu slot persembahan Tribute To Malaysian Hits.

Dua buah lagu kumpulan KRU iaitu Fanatik dan Mengerti ditampilkan bersama tiga buah lagu lain iaitu Who Be The Player (Poetic Ammo), Inilah Nasibku (Nico) dan Belaian Jiwa (Innuendo) nyanyian bintang kelahiran Mentor, Ila Damia dan Anas.
Sedikit mengecewakan apabila slot persembahan tiga orang komposer dan penyanyi iaitu Liyana Fizi yang menyampaikan lagu Jatuh, The Impatient Sisters (Comets & Stars) serta Diandra Arjunaidi (Angkasa) tidak begitu menyengat.
BUNKFACE diiktiraf sebagai pemenang Rockstar Award dalam anugerah tersebut.
 
Sisi pengantarabangsaan Shout! Awards diterjemahkan melalui persembahan bertenaga dan mantap daripada dua kumpulan yang diterbangkan khas dari Korea iaitu Vixx dan Nu'Est. Mereka masing-masing diberikan peluang mempersembahkan dua buah lagu.

Bak kata wakil kedua-dua buah kumpulan K-Pop itu ketika sidang akhbar pada pagi Jumaat lalu, mereka khuatir sebenarnya mengenai penerimaan peminat di sini.
"Namun, kami teruja untuk memberikan yang terbaik khas buat Shout! Awards tahun ini, biar pertama kali berkunjung ke sini (Malaysia), rata-rata memberikan respons yang positif," kata salah seorang anggota kumpulan Nu'Est, Aron.

Anugerah
Kemeriahan majlis tidak hanya terletak pada tenaga yang disalurkan menerusi persembahan semata-mata, tapi juga kredibiliti penyampai anugerah serta tiga orang pengacaranya iaitu Henry Golding, Hannah Tan dan Razif Hashim.
Pendek kata, jika pengacara bijak mengawal situasi profesionalisme seseorang itu secara automatik terserlah.

Bukan menuding jari kepada mana-mana pihak sebelum permulaan persembahan Kyoto Conspiracy, sebaliknya hos yang bijak harus mampu mengalih perhatian untuk menutup kecacatan sekeliling apatah lagi acara itu disiarkan secara langsung.

Beberapa anugerah ada antaranya sudah boleh diramalkan keputusannya dari awal seperti Hot Guy Award, Hot Chick Award dan Best on Screen Chemistry Award terutama apabila diperhatikan pencalonan awalnya.

Jelas sekali, ketiga-tiga anugerah yang telah dimenangi oleh Aaron Aziz, Nora Danish serta pasangan Zizan Razak dan Johan menepati ramalan awal!
Kata Zizan yang berjaya membawa pulang dua trofi hasil kemenangan melalui kategori Best On-Screen Chemistry Award serta Favourite TV Personality Award, dia bersyukur dan berterima kasih kepada peminat yang mengundi dirinya.
BARISAN personaliti program 8TV bertanggungjawab menjadi pengendali anugerah dengan baik.
 
Walaupun kini sedang sibuk dengan pertandingan Maharaja Lawak Mega musim kedua, namun Zizan sempat muncul di belakang pentas sejurus selepas majlis anugerah Shout! Awards tamat.
"Ini bermakna masyarakat urban dan seluruh masyarakat sudah dapat menerima saya dan duo bersama Johan.

"Saya sentiasa menganggap diri saya berada di bawah. Masyarakat urban bagi saya ialah masyarakat yang bijak untuk menilai. Alhamdulillah dengan rezeki yang diterima ini, saya sangat berterima kasih kepada yang mengundi saya sehingga mencapai kemenangan ini," ujarnya.
Tambahnya lagi, walaupun memang sudah biasa bergandingan bersama Johan, namun tahun ini merupakan tahun pertama mereka tercalon sebagai Best On-Screen Chemistry Award dalam Shout! Awards.

Tidak dinafikan gandingan Jozan (Johan dan Zizan) sememangnya menjadi kegemaran peminat genre komedi. Begitupun, ujar Zizan, walaupun sering bersama, tidak bermakna mereka tidak boleh bergerak solo.

"Walaupun kami memang sering bersama, ini tidak bermakna kami tidak boleh bekerja secara solo. Jika solo, kami berdua perlu ada senjata lain untuk menggantikan tempat masing-masing, namun tidak sama seperti bagaimana kami apabila berdua. Apabila kami berdua, memang persembahan menjadi mantap, itu memang tidak dapat dinafikan," akhiri Zizan dalam sesi temu bual yang berlangsung di Lighthouse Beach Bistro, Sunway Lagoon.
Sementara itu, bagi Yuna yang juga pemenang Ultimate Shout! Award pada tahun lalu meluahkan rasa bangga apabila berpeluang memberikan menyerahkan anugerah yang sama kepada kumpulan KRU tahun ini.

"Memberikan anugerah terbesar itu kepada KRU merupakan penghargaan kepada diri saya sendiri malah, saya melihat Shout! Awards bukan saja memberikan peluang untuk bertemu peminat, bahkan juga platform mempromosi artis-artis baharu," ujarnya.
Katanya yang memenangi kategori Popstar Award dua kali berturut-turut selain Wired Celebrity Award pada tahun ini, pengiktirafan itu adalah bukti dia masih relevan di Malaysia.
"Tiada istilah peminat tempatan atau luar negara biarpun kerjaya saya kini berpecah dua (Malaysia dan Amerika Syarikat). Anugerah ini merupakan tanda ingatan peminat di sini masih mahukan saya," ungkapnya tersenyum.
Pentas yang gah, persembahan yang mengagumkan, anugerah yang adil dan sokongan peminat tanpa henti sebenarnya tanda sesebuah anugerah itu tidak harus dibiarkan terhenti.
Selepas tiga tahun penganjuran Shout! Awards, ia menampakkan aliran seni semakin berkembang pesat dan peminat semakin terbuka. Syabas diucapkan!

Kosmo

Apa sudah jadi Rajagobal?

RAJAGOBAL (dua dari kanan) berbincang sesuatu dengan pengurus pasukan, Datuk Subhan Kamal (kiri) selepas skuad Harimau Malaya tewas 0-3 kepada Singapura semalam.

SKUAD ‘eksperimen’ pun tewas, inikan pula ujian sebenar. Ternyata, reputasi selaku juara bertahan Piala Suzuki AFF hanya tinggal sejarah buat Malaysia apabila gagal dalam ujian sulung kempen kali ini sebaik ‘dikerjakan’ Singapura 0-3 dalam aksi Kumpulan B di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

Dua gol ledakan kapten Singapura, Shahril Ishak pada minit ke-32 dan 37 serta jaringan lewat Aleksandar Duric pada minit ke-75 sudah cukup untuk menyedarkan skuad kendalian Datuk K. Rajagobal supaya kembali 'berpijak di bumi nyata' andai mahu kekal bergelar juara kali ini.
Apa yang pasti, alasan Rajagobal yang kononnya sekadar tampil dengan skuad ‘eksperimen’ ketika melakar beberapa keputusan kurang memberangsangkan dalam siri persahabatan sebelum ini benar-benar terjawab malam tadi apabila anak-anak buahnya masih ‘kekeringan idea’ memburu jaringan.

Lebih mengecewakan, ribuan penyokong di stadium dilihat menjerit melaungkan ‘Rajagobal, apa yang engkau buat?’ sebaik perlawanan berakhir sebagai tanda protes terhadap persembahan hambar skuad negara malam tadi.

Biarpun tidak seteruk seperti mana dibelasah 1-5 Indonesia dalam edisi dua tahun lalu, apa lagi alasan yang cuba diterjemahkan Rajagobal kali ini memandangkan Harimau Malaya sepatutnya tampil memelihara maruah selaku tuan rumah edisi kali ini.
Harimau Malaya terlebih dahulu bermula garang seawal minit ketujuh namun percubaan Norshahrul Idlan Talaha yang berjaya menggelecek beberapa pemain pertahanan Singapura berjaya ditepis penjaga gol lawan, Mohamad Izwan Mahbud.

Sorakan lebih 50,000 penyokong Harimau Malaya sekali lagi bergema pada minit ke-19 namun rembatan Norshahrul sekadar melambung tinggi sebelum Mohamad Izwan sekali lagi berjaya menangkap kemas sepakan percuma kapten Malaysia, Safiq Rahim empat minit kemudian.
Di sinilah ‘malapetaka’ Harimau Malaya bermula. Keghairahan tuan rumah memburu gol awal akhirnya dihukum Shahril yang tenang menyempurnakan hantaran jauh Shaiful Esah Nain pada minit ke-32 untuk gol pembukaan Singapura.
Shahril sekali lagi menjadi ‘duri dalam daging’ Malaysia apabila menggandakan kelebihan Singapura lima minit kemudian.

Gol itu berpunca daripada kesilapan bakal ‘Raja Sehari’, Khairul Fahmi Che Mat yang gagal menumbuk kemas sepakan percuma Shahdan Sulaiman sebelum percubaan Mohd. Fadhli Shas mengeluarkan bola daripada atas garisan gol juga tidak menjadi apabila pantas disambar Shahril untuk gol kedua Sang Singa.

Biarpun kemasukan pemain sayap, Wan Zack Haikal Wan Nor sebaik babak kedua bersambung dilihat menyuntik corak serangan Harimau Malaya, ketumpulan jentera penyudah negara masih mengundang amarah ribuan penyokong di stadium dan juga di rumah apabila berkali-kali mensia-siakan peluang keemasan bagi merapatkan kedudukan.

Peluang terbaik Malaysia memecah kebuntuan sekali lagi hadir pada minit ke-69 namun Safee Sali gagal menyambut hantaran Wan Zack biarpun Izwan sudah tertewas.
Percaturan jurulatih Singapura, Radojko Avramovic memasukkan Duric selaku pemain gantian juga menjadi apabila kuda tua itu tenang menanduk masuk gol ketiga lawan pada minit ke-75 hasil kelam-kabut di depan pintu gol negara sekali gus melengkapkan mimpi ngeri Harimau Malaya.

Apa yang pasti, anak-anak Rajagobal wajib bangkit ketika berdepan Laos, Rabu ini jika tidak mahu ‘berputih mata’ ditunjukkan jalan keluar lebih awal kali ini.
Ia begitupun tidak semudah dijangka memandangkan Laos berjaya mengikat naib juara edisi 2010, Indonesia 2-2 dalam satu lagi aksi Kumpulan B petang semalam.

Gol-gol Laos dalam perlawanan itu diledak menerusi sepakan penalti Khampheng Sayavutthi pada minit ke-26 dan Keoviengpheth Lithideth (79) sementara Raphael Guillerm Maitimo dan Vendry Ronaldo Mofu pula masing-masing mencetak satu gol buat Indonesia pada minit ke-42 dan 89.
Kedua-dua pasukan juga terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila pengadil dari Hong Kong, Ng Kai Lam melayangkan kad merah kepada penjaga gol Garuda, Endra Prasetya dan juga pemain Laos, Sopha Saysana pada pertengahan babak pertama gara-gara kekasaran melampau terhadap pemain lawan.

Aziz Satar rujuk isteri kembali


Aziz Satar dan Hashimah Delan
 

KUALA LUMPUR – Selepas sembilan bulan bercerai, seniman veteran dan pelawak tidak asing lagi, Datuk Aziz Satar mengesahkan beliau akan rujuk kembali dengan bekas isterinya, Hashimah Delan dalam masa terdekat.
Seniman kelahiran Surabaya, Indonesia yang berusia 87 tahun itu menegaskan, beliau dan bekas isteri bersetuju berbuat demikian setelah masing-masing memperoleh kembali persefahaman.
Sehubungan itu beliau meminta semua pihak tidak membesar-besarkan isu tersebut kerana perselisihan antara suami dan isteri merupakan asam garam rumah tangga.
“Perkara ini tidak perlu lagi diperbesarkan kerana semuanya sudah selesai. Perselisihan kecil yang berlaku itu adalah lumrah dalam kehidupan rumah tangga dan semua orang melaluinya.
“Semuanya telah selesai dengan baik, kami bersepakat untuk merujuk semula perkara ini secara sah di mahkamah dalam masa satu atau dua hari lagi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Shila Amzah rampas takhta Faizal Tahir

SEPERTI yang disebut-sebut sebelum ini, bakat yang ada pada pelawak tanah air, Zizan Razak dan penyanyi antarabangsa, Yuna terus diiktiraf dalam setiap anugerah yang dianjurkan di negara ini.

Terbaru, menerusi Shout! Award anjuran 8TV, yang berlangsung di Surf Beach, Sunway Lagoon malam kelmarin, menyaksikan Yuna dan Zizan membawa pulang dua anugerah.

Yuna memenangi kategori Wired Celebrity Awards dan Popstar Award yang mengalahkan Datuk Siti Nurhaliza, Aizat Amdan, Hafiz, Jaclyn Victor serta Najwa.

Sementara Zizan meraih Favourite TV Personality Awards dan Best On-Screen Chemistry Awards bersama rakan seangkatannya yang cukup sinonim, Johan.

“Saya tak sangka gandingan saya dan Johan menang lagi buat kali kedua dan ini membuktikan masyarakat sudah semakin menerima kami sebagai pelawak.

“Malah, saya juga berbangga apabila peminat mengundi saya sebagai pengacara TV kegemaran mereka walaupun jarang muncul di TV," kata Zizan.

Yuna yang baru pulang dari New York meluahkan rasa bersyukur di atas sokongan peminat yang diterima sehingga hari ini.

"Saya berterima kasih kepada semua peminat yang mengundi saya. Anugerah ini bukan untuk saya seorang tetapi untuk semua," katanya yang turut mengadakan persembahan pada malam itu.  

Shila rampas takhta Faizal Tahir

Selepas kejayaan demi kejayaan, Nur Shahila Amir Amzah, 22, atau Shila Amzah, diumumkan pula sebagai pemenang bagi kategori Power Vocal.

Kejayaan itu sekali gus menyaksikan Shila berjaya merampas takhta penyanyi yang popular dengan lagu Sampai Syurga, Faizal Tahir, dua tahun lalu.

Penyanyi dan komposer Patah Seribu ini turut menewaskan saingannya yang cukup hebat, Yuna, Faizal Tahir, Azlan, Black dan Jaclyn Victor.

Aura Aaron & Nora Danish

Pelakon kacak, Aaron Aziz dan aktres seksi, Nora Danish mencuri perhatian penonton apabila masing-masing dinobatkan sebagai Hot Guy Awards dan Hot Chick Awards.

Aaron menewaskan, Hans Isaac, Henry Golding, Remy Ishak, Shahiezy Sam dan Zizan Razak, yang tercalon dalam anugerah itu.

Meskipun tidak dapat hadir pada anugerah tersebut, Aaron tetap memberikan ucapan penghargaan kepada peminatnya menerusi sebuah video yang dimuat naik menerusi Twitternya.

"Saya bersyukur di atas kemenangan ini. Terima kasih buat semua pengundi, peminat dan keluarga yang sentiasa menyokong saya.

"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Shout! Awards kerana memberi peluang untuk saya berada dalam kategori ini," katanya.

Sementara Nora yang berjaya menewaskan selebriti yang tidak kurang hebatnya, Scha Al Yahya, Fazura, Lisa Surihani, Maya Karin dan Marion Rose Counter.

"Syukur Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua peminat, keluarga dan juga anak lelaki saya yang sentiasa menjadi pendorong saya," kata Nora menerusi Twitternya.
Kelainan pembukaan

Acara pembukaan Shout! Awards 2012 memukau penonton dengan kemunculan ikon robot seolah-olah Transformers.

Kumpulan penari, Luxy Boyz dari Taiwan yang menari bersama robot itu berjaya mencipta suasana yang cukup gamat. Kreativiti mereka menggunakan lampu dan percikan api mengundang tepukan gemuruh penonton.

Menurut Pengurus Urban Brand 8TV, Kit Yow, pihaknya cuba untuk mencari apa saja yang terbaru untuk tatapan penonton.

“Ikon robot itu menunjukkan sisi kreatif jenama Shout! Awards kerana kami cuba mencari sesuatu yang baru untuk penonton kami.

“Kami sangat berpuas hati dengan penganjuran kali ini. Pastinya ada kelemahan di sesetengah perkara dan perlu diperbaiki.

“Walaupun semalam hujan (renyai-renyai) pada awal acara, pihak kami sudah bersedia dengan ‘back-up plan’  sekiranya cuaca semakin buruk,” katanya.

Shout! Awards turut dihadiri Datuk Jalaluddin Hassan, Hujan, Amy Search, Bunkface, Izara Aishah dan Farid Kamil.

Antara artis yang membuat persembahan, Yuna, Go Gerila, Nu’est, Vixx dan Diandra Arjunaidi.
SH

Jaclyn Victor putus tunang?

SUDAH tujuh tahun bertunang, masih belum ada khabar penyanyi bervokal mantap, Jaclyn Victor atau Jac akan menamatkan zaman bujangnya.

Ketika ini, tunangnya, Chris Bellamy masih bekerja di London, United Kingdom.

Meskipun jarang berjumpa, kata Jac, tidak bermakna hubungan mereka sudah putus.

Cuma bagi Jac, dia tidak mahu terburu-buru kerana hubungan jarak jauh sedikit sebanyak menyukarkan impiannya untuk berkahwin.

Mereka hanya akan memikirkan soal kahwin jika Bellamy dapat menetap di Malaysia.

Nabil dapat anak perempuan

NAZIRAH Ayub, isteri pelawak tanah air Nabil Ahmad, selamat melahirkan anak perempuan pagi tadi.

Nabil ketika dihubungi Sinar Harian Online memberitahu isterinya melahirkan anak melalui kaedah pembedahan di sebuah klinik di Shah Alam.

“Doktor mencadangkan pembedahan memandangkan bayi sudah besar.

“Alhamdulillah semuanya selamat, isteri pun sihat dan anak perempuan lahir pukul 8.40 pagi tadi,” katanya.

Ketika ditanya berat anak pertamanya itu, Nabil menjawab, “saya hanya sempat tengok untuk iqamahkan tadi, jadi saya belum tahu berapa beratnya.”

Menurut Nabil, setakat ini nama bagi anaknya masih belum diberi.

Bergelar bapa sudah tentu menjadi kegembiraan tidak terkata buat Nabil.

“Saya gembira, rasa nak nangis pun ada bila tengok muka dia (anak),” katanya.

Nabil dan Nazirah mendirikan rumah tangga 30 September tahun lalu.

Sunday, 25 November 2012

Larry Hagman meninggal dunia

GAMBAR fail menunjukkan barisan pelakon siri televisyen Dallas termasuk Hagman (dalam bulatan) dan Gray di sebelahnya. 

LOS ANGELES - Pelakon Larry Hagman yang terkenal dengan watak hitam menerusi drama bersiri televisyen popular di dunia, Dallas meninggal dunia kelmarin pada umur 81 tahun kerana penyakit kanser.

Hagman yang memegang watak, J.R. Ewing dalam drama tentang sebuah keluarga usahawan minyak dan ternakan yang kaya di Texas itu dilaporkan meninggal dunia di Hospital Perubatan Bandar Dallas.

Beberapa ahli keluarga dan rakan rapat berada di sisinya semasa dia menghembuskan nafas terakhir.
Antara rakannya ialah aktres Linda Gray yang memegang watak isterinya, Sue Ellen yang mengalami masalah ketagih minuman keras dalam siri itu.

Seorang lagi pelakon drama itu, Patrick Duffy yang memegang watak Bobby iaitu adik J.R turut berada di sisi Hagman semasa dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Hagman yang dilahirkan di Fort Worth, Texas pada 21 September 1931 berlakon dalam drama bersiri Dallas dari April 1978 hingga 1991 terbitan stesen televisyen CBS.

Walaupun terkenal sebagai pelakon berwatak baik sebagai Mejar Anthony Nelson dalam sitkom komedi I Dream of Jeannie pada 1965, Hagman mengecapi populariti di seluruh dunia menerusi watak J.R.

Dia melakonkan watak sebagai seorang pelaku rasuah yang mempunyai senyuman lebar, melakukan penipuan dalam perniagaan dan sebagai suami yang curang.
Salah satu siri itu yang berjudul Who Shot J.R? mencetuskan spekulasi hangat dalam kalangan peminat di seluruh dunia.

Ketika identiti pelaku yang menembak J.R didedahkan dalam satu lagi episod yang disiarkan pada November 1980, purata 41 juta penonton menyaksikannya sekali gus menjadikan ia sebagai antara program televisyen paling hebat.
Hagman pernah menjadi antara pelakon televisyen yang menerima pendapatan tertinggi menerusi Dallas.

Beliau berkahwin dengan Maj Axelsson pada tahun 1952 dan dikurniakan dua anak, Heidi Kristina dan Preston.

Namun, pada tahun 2008, Axelsson disahkan menghidap penyakit alzheimer.
Siri terbaharu Dallas mula disiarkan pada Jun 2012 di rangkaian televisyenTNT dengan Hagman masih memegang watak J.R., Gray sebagai isterinya dan Duffy kekal memegang watak Bobby.
Bagaimanapun, ia menumpukan kisah tentang anak Bobby dan J.R. - Agensi

Rosyam Nor tak lupa asal usul

UMUM mengenali Rosyam Nor sebagai Remy sejak kemunculan pertamanya dalam filem Gila-Gila Remaja pada tahun 1986. Asalnya lakonan itu sekadar main-main. Hadirnya pun belum benar-benar menangkap mata dan rasa.
Namun itu adalah sebuah langkah bayi untuk ke arah sebuah kejayaan. Tapak mula ke arah sebuah penjenamaan dirinya yang dilihat gah kini.

Setelah 26 tahun, Rosyam Nor, 45, kini menikmati waktu kreativiti dan penghasilan dalam hidupnya.
Dia bukan hanya muncul sebagai seorang aktor Malaysia tetapi jauh daripada itu. Dia tampil sebagai seorang pelakon yang menjadikan namanya satu jenama dalam industri hiburan tanah air.
Lelaki berasal dari Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur itu hanya mampu mengangguk tanda setuju bahawa selebriti perlu ada sebuah penjenamaan.

Rayu ruang, peluang
“Jujurnya seawal tahun 1997 saya sudah meletakkan satu visi iaitu diri dan nama sendiri perlu ada penjenamaan. Bagi saya seseorang itu selepas tumbuh sebagai artis, dia perlu dikilatkan dan sinarnya perlu sampai. Kelibatnya perlu dirasai masyarakat penonton,” luah Rosyam Nor yang juga merupakan penaung Suhan Movies yang sudah bergerak selama 15 tahun.
Dia membuka cerita bahawa satu waktu dahulu, dia tidak malu untuk merayu serta menghadap sutradara popular untuk dibekalkan ruang dan peluang. Itu juga langkah dan strategi seorang Rosyam.

ROSYAM kini memberi tumpuan kepada Anugerah P. Ramlee yang akan diadakan pada 22 hingga 24 Februari mendatang.


“Saya pernah mohon berlakon kepada Datuk Yusof Haslam. Saya mendekati dan bergaul dengan individu yang dapat memberi impak. Awie, Erra Fazira, Ziana Zain saya mohon sewaktu diberi peluang muncul dalam filem Maria Mariana 2. Saya tumpang populariti mereka dan saya pastikan penonton tidak lupakan Rosyam Nor waktu keluar menonton filem tersebut,” sungguh-sungguh Rosyam bercerita strategi penjenamaannya.
“Kemudian saya bertemu Bada dan Rashid Sibir yang memberi peluang kepada saya. Saya muncul dalam drama-drama Rashid Sibir dan filem perdananya, Laila Isabella. Saya tanpa segan memohon mereka untuk peluang itu,” jujur

Rosyam bersuara.
Tahun ini dia berlakon pula bawah arahan anak Yusof. Pengarah muda Syamsul Yusof memberinya peluang muncul dalam filem KL Gangster 2. Membawakan watak Tailong, Rosyam mengharapkan magis dalam kemunculannya kali ini setelah melihat impak kepada filem terdahulu.
“Saya berterima kasih kepada Syamsul kerana memberi peluang saya muncul dalam filem yang besar. Saya berikan komitmen sepenuh hati dan harap Syamsul puas hati. Ini peluang saya untuk mengumpulkan para peminat baharu,” ungkap Rosyam yang merasakan Tailong ialah gangster yang kemas dan berperwatakan menarik.
“Jujurnya saya mengharapkan magis pada tahun 2013. Saya menanti sebuah fenomena pada diri dan kerjaya saya. Tahun depan saya ada tiga buah filem bakal ditayangkan iaitu KL Gangster 2, Balistik dan Laga,” ujarnya.

Tidak lupa juga dia muncul kali kedua membawakan watak Razif dalam drama popular Trilogi Cinta 2. Drama yang kini menemui para peminat semula selepas dua minggu tidak bersiaran.
Selang hari dan tahun bergelar selebriti, pelakon yang benar-benar merangkak mencipta jaya dari bawah ini tidak kalah diusik kontroversi. Terbaharu, kisah dia membezakan dua stesen televisyen sewaktu Anugerah Skrin 2012 berlangsung.

Dangkalnya jiwa yang menerima lalu menjatuhkan hukum kononnya Rosyam cetek ilmu agama. Hanya kerana dia menyebut “Nasib baik kita dekat TV3 boleh cuit-cuit, kalau TV Al-Hijrah cuit pun tak boleh.”

Elak watak tua
Rosyam enggan melanjutkan cerita. Cuma katanya dia mengungkapkan hal nyata yang berlaku di dua buah stesen televisyen. Banyak yang menangkap dalam konotasi negatif berbanding sebuah kebaikan.
Lalu penulis bertanyakan soal latah orang kita dalam sesebuah situasi. Baik latah seorang yang berstatus artis atau pemerhati tegar yang bergelar peminat. Dia menarik nafas sebelum menjawab.
“Kalau masyarakat, itu hak mereka kerana artis adalah hak mereka juga. Suka atau tidak, itu perlu diterima. Cuma saya perlu tekankan bahawa personaliti seseorang itu akan terserlah bila mereka melatah atau bersuara. Tahap mana akademik dan pemikiran mereka dapat dikesan dengan reaksi atau jawapan mereka,” senyumnya sinis.

“Berbalik kepada selebriti pula, jujurnya saya lihat media suka apabila artis itu melatah. Baru ada cerita. Ini salah satu cara artis itu buat nama, orang lebih kenal dan impak jadi lebih besar. Ada yang cari kesempatan atas situasi ini,” senyumnya lagi.

Dia tidak kesal atas situasi yang berlaku. Apa yang membuat dirinya kesal apabila diberi gelaran hero tua. Konflik di ASK bukan satu hal yang meninggalkan buah hitam dalam hatinya.
“Saya lebih kesal bila digelar hero tua kerana tiada istilah tersebut. Juga apabila orang mencari pengganti saya sedangkan saya masih hidup. Kalau diperhatikan, saya tidak pernah bawakan watak orang tua. Bukan menidakkan usia tetapi saya mengelak. Saya tidak mahu mulakan,” luahnya yang melihat fenomena aktor luar negara yang diberikan watak matang pada usia lebih 40-an dan bukan ditadahkan karakter orang tua.

Ingat pesan ibu
Satu hal yang dikongsi oleh aktor terkenal ini, dia tidak pernah merasakan dirinya popular apalagi glamor. Tidak pernah disematkan dalam sanubarinya bahawa dia adalah seorang selebriti dengan nama yang cukup besar dalam ladang seni.
“Saya sentiasa letakkan diri saya di bawah. Saya cari naskhah yang baik dan harap magis berlaku dengan perjalanan rezeki Allah. Saya tidak pernah letak Rosyam Nor itu besar. Ya, orang sekeliling yang mungkin membuatkan nama itu jadi besar. Saya tidak pernah lupa diri kerana nikmat itu adalah milik Allah.

“Mak juga pernah pesan supaya jangan pernah lupa asal usul. Dalam bergelar pelakon, saya belajar mendalami kehidupan manusia. Itu pelajaran buat saya. Dalam menjadi selebriti, saya belajar menjadi kuat dan perlu banyak bersyarat. Tidak semua orang sukakan kita,” senyumnya di akhir-akhir perbualan

Sebagai selebriti yang sudah menembus industri, Rosyam sedang menikmati karier. Frekuensi kemunculannya di televisyen dan filem tidak pernah berhenti sejak tahun 1995 hingga kini. Cuma untuk ruang kini, dia mengaku memerlukan istirehat. Penat katanya.
“Selama 26 tahun sibuk berlakon. Ada rasa penat sedikit. Kini masa bersama keluarga. Saya isi semula masa yang ada kini untuk bersama keluarga setelah satu masa lalu ia dicuri kerjaya lakonan. Penat tidak bermaksud berhenti. Cuma saya berehat untuk mengatur hidup. Mungkin orang jadi terlalu muak melihat wajah saya di televisyen atau filem. Biarkanlah mereka bertanya,” senyum bapa kepada lima orang anak ini.
Satu pernyataan lagi diberikan sebelum usai perbualan. Satu pernyataan tentang kehidupan Rosyam.
“Saya sudah berusia 45 tahun. Mati sudah semakin dekat,” ujarnya dalam tenang.

Ramai artis bunting pelamin

SETIAP kali musim kahwin tiba, sindrom bunting pelamin sudah menjadi lumrah. Sepintas lalu, menyebutnya sahaja, mungkin ada yang tidak mampu membendung senyum.
Bunting pelamin membawa maksud wanita hamil kurang sebulan menempuh gerbang perkahwinan. Ia bukan perkara luar biasa tetapi masih menjadi topik hangat apatah lagi jika berlaku dalam kalangan artis.

Lebih hangat lagi jika berita kehamilan itu disertakan dengan pengakuan, petua-petua serta sisipan objek ujian kehamilan yang kini semakin menjadi ikutan.
Berita gembira perlu dikongsikan dengan seluruh dunia, namun, mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia tetap ternganga. Pengakuan kehamilan segera juga boleh mengundang tekanan apabila ada nada sinis yang cuba menjadikan ia bahan gurauan berbaur lucah.
Kosmo

Kak Mon atau Maimon Mutalib kritikal barah tahap tiga


LAKONAN Maimon Mutalib tidak pernah mengecewakan sama ada di skrin TV mahupun di latar perak.


KHABAR tentang penderitaan akibat penyakit barah payudara yang sedang dialami pelakon senior, Maimon Mutalib, 54, mula hinggap di telinga ramai. Di sebalik keceriaan, senyuman serta lakonan yang membangkitkan emosi benci atau marah yang tersiar di kaca televisyen, Maimon yang lebih mudah dibahasakan Kak Mon itu rupa-rupanya sudah lebih setahun berjuang untuk melawan penyakit yang sangat digeruni kaum Hawa.

"Saya memang takut jarum, sebut perkataan hospital pun saya sudah seriau. Selama ini saya tidak pernah masuk hospital kecuali sewaktu hendak bersalin dahulu.
"Sudah setahun setengah saya tahu menghidap barah payudara, itu benda yang paling ditakuti. Saya sembunyikan daripada pengetahuan umum sebab gerun dan fikir macam-macam.
"Selama ini saya cuma elak ke hospital tapi berbagai-bagai usaha sudah dilakukan, daripada berubat kampung sehinggalah bertemu pengamal perubatan homeopati, apa yang orang kata bagus, semua saya buat," katanya saat dihubungi Sensasi Bintang untuk bertanyakan khabar yang sedang diperkatakan.

Dalam nada sedikit lemah, Maimon bercerita bahawa dia dimasukkan ke hospital sejak Selasa lalu berpunca daripada kekejangan yang dialami pada paha kiri. Pelik dengan situasi yang tidak pernah dialaminya itu sementelah badannya mulai lemah dan tidak mampu bergerak sendiri, dia dinasihatkan anak-anak dan ahli keluarga yang lain untuk membuat pemeriksaan lanjut di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

"Sebenarnya saya terjatuh dari tangga, selepas itu terus rasa kejang. Bila datang hospital, terus saya ditahan untuk pemeriksaan lanjut. Bengkak di bahagian kiri payudara saya semakin menyakitkan apabila doktor buat macam-macam ujian. Rasa sebak pun ada, sampai mengalir air mata bila badan kita diuji-uji begitu, tapi nak buat macam mana.
"Sekarang ini ibaratnya 'serah diri' sahaja, saya dah tak boleh buat apa-apa. Saya juga tak tahu sampai bila lagi saya akan duduk dalam wad hospital ini. Selepas ujian imbasan CT nanti kena tunggu keputusan untuk prosedur kemoterapi pula," katanya.

Ditanya tentang tahap kritikal barah yang dihidapi, cerita Maimon: "Ikut kata doktor, barah saya sekarang sudah masuk tahap ketiga. Doktor juga periksa kepala sebab syak barah sudah merebak ke anggota badan yang lain, tapi semuanya okey. Saya cuma berdoa kepada Allah, minta dipermudahkan urusan dan segera sembuh. Kalau diizinkan Allah, saya masih perlu bekerja untuk anak-anak yang masih bersekolah," luah Maimon yang berstatus balu sejak kematian suami, 15 tahun lalu.
Sepanjang tempoh itu, Maimon hanya bergantung hidup kepada lakonan sebagai mata pencarian untuk membesarkan lima orang anak. Sepasang anak kembar, Abdul Rahman Haji dan Abdul
Rahman Haj, yang juga anak bongsunya kini masih di Tingkatan Empat.
Anak keduanya, Surayatul Nadia, 32, pula tidak boleh bekerja kerana menghidap sakit buah pinggang. Maimon juga mempunyai seorang lagi anak perempuan, Surayatul Natasha yang masih menuntut di institusi pengajian tinggi dan anak sulung, Kamarul Syahid, 34.

"Sudah dua-tiga bulan juga saya terpaksa tolak banyak tawaran sebab tak larat. Saya juga selalu dimarahi kawan-kawan dan anak-anak kerana berdegil tak mahu ke hospital. Saya tak suka, nanti bila masuk hospital akan jadi begini, semua orang tahu dan fikir yang bukan-bukan," katanya.
Baru muncul dengan filem Budak Pailang, Maimon juga pernah berlakon dalam filem Sumpahan Kum-Kum, Semerah Cinta Stilleto, Pensil, Hijab, Hantu Dalam Botol Kicap dan banyak lagi. Di kaca televisyen, mungkin sudah ratusan judul yang menampilkan wajah Maimon dengan variasi watak.
Sepanjang berada di hospital, Maimon turut dilawati rakan-rakan artis serta wakil daripada Persatuan Seniman.

Paris Hilton buka kedai di Mekah

TINDAKAN selebriti Paris Hilton membuka butik mewah di kota paling suci umat Islam mengundang pelbagai rasa tidak senang malah ada yang menganggap ia satu cubaan untuk mengganggu umat Islam beribadat.

Menurut Huffington Post, kedai beg dan aksesori wanita tersebut mula beroperasi baru-baru ini. Rasa tidak senang umat Islam itu berikutan Paris yang sinonim dengan imej liar dan video lucah.
Pembukaan kedai tersebut atas nama Paris Hilton Handbags & Accecories di sebuah pusat beli-belah itu disahkan oleh Paris sendiri menerusi laman sosial Twitter.

"Gembiranya kerana kedai baharu saya yang cantik baru sahaja dibuka di Mecca Mall, Arab Saudi," ujar Paris menerusi akaun Twitter miliknya.
Sejurus beliau membuat pengumuman tersebut, ramai pengikut laman tersebut yang mengecam tindakan tersebut.

Lelaki bogel duduk di atas patung manusia

LONDON - Seorang lelaki bogel ditangkap selepas dia duduk di atas patung manusia dekat pejabat Perdana Menteri Britain, David Cameron di sini kelmarin.
Polis menutup kawasan di sekitar patung itu dan memujuknya untuk turun dari patung tersebut.
Menurut polis, dia kemudian berjaya dipujuk dan ditahan menerusi Akta Kesihatan Mental. - AFP

Saturday, 24 November 2012

Farid Kamil tergamam Diana Danielle cepat hamil


FARID dan Diana selamat bergelar suami isteri pada 3 November lalu.


SELEPAS 16 hari menjalani akad nikah, pasangan pelakon terkenal tanah air, Farid Kamil dan Diana Danielle telah mengejutkan peminatnya apabila Diana mengumumkan dalam laman sosial Twitter dan Instagram Isnin lalu bahawa dia sudah hamil.

Namun, tiada pengesahan lanjut mengenai kehamilan pasangan ini dan mereka lebih selesa berdiam diri selain menerima banyak ucapan tahniah peminat mereka berdua di laman sosial berkenaan.
Farid ketika ditemui di majlis tayangan media filem terbaharunya, Lagenda Budak Setan 2 - Katerina di GSC Pavillion, Kuala Lumpur semalam, mengatakan bukan niat dirinya untuk tidak memberi sebarang kenyataan berhubung hal berkenaan.

Sebaliknya dia dan Diana mengambil pendekatan untuk tidak terlalu gembira disebabkan usia kandungan Diana masih baharu bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.
Farid yang berlakon sebagai Kasyah bergandingan dengan aktres terkenal, Maya Karin sebagai Katerina dalam filem yang bakal ditayangkan 29 November itu nanti menjawab segala pertanyaan media mengenai usia kandungan Diana itu.

Kosmo!: Selepas Diana umumkan dia hamil kenapa Farid berdiam diri dan gagal dihubungi media?
FARID: Saya sebenarnya tidak mengambil pendekatan mendiamkan diri ketika itu (ketika Diana mengumumkan dirinya hamil di instagram). Sebaliknya saya lebih kepada tergamam sebab kehamilan boleh diuji dengan sepantas itu.

Adakah anda terkejut dengan berita itu?
Ketika Diana beritahu saya tentang hal itu, saya berasa pelik dan bangga macam mana boleh tahu (kehamilan) secepat itu. Dia terangkan kepada saya satu persatu dan kata Diana, dia telah menggunakan alat pengesan kehamilan yang canggih dan mahal untuk mendapat keputusan ujian (pengesahan kehamilan) secepat itu.

Adakah anda dan Diana sudah membuat pengesahan di hospital?
Belum lagi, sebab masih terlalu awal, kami kahwin pun baru dekat sebulan.
Anda seperti tidak gembira dan tidak seperti pasangan lain yang teruja apabila isteri mengandung?
Saya rasa masih terlalu awal untuk bergembira. Kawan-kawan saya nasihatkan jangan terlalu teruja bagi elak apa-apa tidak elok berlaku, yang penting sekarang jaga Diana elok-elok dulu.
Adakah sekarang Diana sudah ada tanda mual-mual seperti ibu mengandung lain?
Setakat ini masih belum ada. Saya tidak nampak tanda-tanda seperti muntah tetapi dia lebih sensitif seperti biasa.

Adakah selepas ini Diana akan tangguhkan niat untuk sambung belajar di Australia?
Dia sudah dapat tawaran sambung belajar itu. Saya masih berdiam diri kerana terserah kepada keadaan, kami masih belum bincang apa-apa, tengok macam mana selepas kami balik bulan madu Disember depan.
Apakah perasaan Farid sekarang, tidakkah anda teruja untuk bakal mempunyai anak sendiri?
Benda-benda ini pada mulanya saya tidak sangka akan dapat anak seawal ini. Saya masih dalam perasaan sebagai seorang suami tiba-tiba ada ucapan tahniah untuk bergelar bapa pula. Saya tidak mahu terlalu gembira sebaliknya banyak berdoa untuk keselamatan Diana dan anak.
Adakah anda tidak sangka akan dapat anak seawal ini?
Saya masih agak keliru apabila tahu pengesahan ini. Perasaan itu lebih menjurus kepada terkesima untuk faham keadaan ini.
Maklumat terkini tentang majlis resepsi perkahwinan anda?
Sebelah Diana di Kuala Lumpur akan diadakan pada
1 Disember dan di Kedah pada 12 Disember.

Friday, 23 November 2012

Aliff Aziz meluah isi hati

PERTEMUAN setelah beberapa minggu memencilkan diri daripada media pada petang kelmarin sempena sebuah majlis sidang akhbar di Holiday Villa Subang Jaya, Selangor baru-baru ini memperlihatkan sisi Aliff Aziz yang berbeza - kurang ketawa, serius dan sugul.
Terasa kekecewaan dan kesan perpisahannya dengan pelakon Anne Ngasri atau nama sebenarnya Nasriah Ngasri, 28, sehingga menampakkan Aliff kurang bermaya bersama wajahnya yang terhias beberapa titik jerawat.

Ditanya mengenai kadar kesihatannya kini selepas keluar daripada wad kerana disyaki menghidap serangan palpitasi jantung (denyutan jantung tidak teratur) pada awal bulan Oktober lalu, jawab Aliff dia kini sedang dalam peringkat pemulihan.
"Saya dinasihatkan untuk berehat seketika dan Alhamdulillah kini sudah sihat. Baru-baru ini demam sekejap mungkin disebabkan keadaan cuaca sekarang yang tak menentu.
"Sekarang, saya sedang berusaha untuk kurangkan merokok dan kurangkan berfikir sampai jadi stres," katanya.

Tanpa berselindung, kisah perpisahannya dengan Anne menjadi pokok bicara. Ujar Aliff atau nama sebenarnya Muhamad Aliff Aziz, 21, dia kini sedang berusaha untuk kembali ke trek asal iaitu mengejar kejayaan dalam karier sebagai penyanyi serta berbakti kepada keluarga.
"Saya cuba elakkan untuk berfikir perkara yang boleh mengusutkan minda saya terutama kisah perpisahan kami. Buat masa sekarang saya mahu terus fokus kepada prioriti iaitu keluarga dan kerjaya serta menerima perpisahan ini seadanya," ulasnya.

Anne enggan balas SMS
Aliff bagaimanapun memilih untuk tidak mendedahkan punca perpisahannya dengan Anne namun masih sudi berkongsi secebis cerita proses perpisahannya dengan pelakon itu.
"Beberapa minggu lepas kami ada sedikit perselisihan faham dan memutuskan untuk memberi ruang kepada diri masing-masing seketika, sehinggalah pada hari dia bertunang, saya dimaklumkan oleh peminat melalui Twitter mengenai majlis itu.
"Kalau orang tanya apakah puncanya kami berpisah, saya tidak rasa signifikan untuk saya memberitahu sebabnya, biarlah ia kekal rahsia antara kami. Kami manusia biasa yang tidak dapat lari daripada kesilapan.

"Susah untuk dijelaskan tetapi saya pasti tiada siapa mahu rasa apa yang sedang saya rasa sekarang," cerita Aliff menahan sebak.

Tambahnya, seminggu sebelum berpisah, Aliff dan keluarga Anne masih berhubung rapat malah Anne sendiri pernah menghubungi bapa Aliff untuk bertanya khabar.
"Kami memang ada buat perancangan untuk berkahwin pada bulan Disember, tapi jodoh tak kesampaian. Dalam proses pemulihan, tiba-tiba saya dapat tahu yang dia sudah bertunang dan akan berkahwin. Jujur, ia benar-benar membuatkan hati saya terluka.
"Sepanjang perkenalan kami, dia tak pernah melakukan kesalahan. Dia memang jaga segalanya termasuk pemakaian saya.

"Anne ada bertanyakan khabar saya melalui bapa saya menerusi panggilan telefon lebih kurang seminggu sebelum bertunang tapi dia tidak memaklumkan akan majlis yang bakal berlangsung itu.
"Kata Anne, dia tak mahu membalas semua SMS saya sebab enggan melihat saya lebih sakit dan cara itu katanya boleh membantu saya untuk melupakan dia," ujar pelantun lagu Sayang Sayang itu.
Selepas majlis itu, Aliff mengakui ada menghantar ucapan tahniah melalui Twitter namun tidak mendapat respons daripada Anne.

Menyifatkan Anne sebagai seorang wanita yang paling sempurna yang pernah dipertemukan sepanjang hidup, jelas Aliff dia tidak menyesal mengenali Anne.
"Saya sangat bersyukur dipertemukan dengan dia dan dia salah seorang wanita yang paling sempurna bagi saya. Saya tidak menyesal mengenali dia kerana dia telah banyak mengajar saya erti cinta dan kehidupan.

"Baru kini saya rasa betapa pedihnya apabila perlu berpisah dengan orang yang kita sangat sayang dan baru sekarang saya faham apa ertinya cinta," tambah Aliff.
Adakah Aliff sudah serik untuk bercinta selepas ini? Jawabnya: "Ikutkan hati apabila melalui sesuatu yang memberikan impak dan membuatkan kita rasa sedih sudah pasti akan rasa fobia. Tapi ini lumrah hidup yang telah ditetapkan Tuhan namun, buat masa sekarang saya belum fikir untuk mencari pengganti dia."
Alih perhatian

MAHU melupakan kenangan pahit, Aliff kini lebih kerap ke gimnasium untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal.


Pastinya setiap hati yang baru remuk dihentam bahana cinta akan melalui pengalaman berbeza untuk memulihkan diri dan jiwa daripada peristiwa pedih seperti yang dilalui Aliff.
Pilihan dirinya adalah dengan menyibukkan diri bersama keluarga dan karier yang dirasakan tepat untuk melupakan kisah sedemikian.
"Kini saya lebih banyak luangkan masa dengan keluarga dan ke gimnasium untuk mengalihkan perhatian daripada situasi sebegini.
"Ibu saya selalu nasihatkan saya, katanya kalau sudah bukan jodoh saya tiada apa boleh buat. Terima hakikat dan reda," katanya yang mengambil keputusan untuk tidak berhubung dengan keluarga Anne.

Bagaimanapun, Aliff memanjatkan rasa terima kasih kepada keluarga Anne berikutan sokongan dan kasih sayang sepanjang tempoh awal dia mula bertapak di Malaysia.
"Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada baba (panggilan Aliff kepada ayah Anne) dan keluarganya yang selama ini mendidik saya serta menjadi keluarga saya di sini.
"Halalkan makan minum saya dan saya minta maaf sekiranya terkasar bahasa dan ada sikap yang tidak menyenangkan keluarga baba," tutur bicaranya perlahan.

Pesanan untuk Anne
Aliff mengakui dia tidak akan sesekali melupakan kenangan bersama Anne. Katanya, memori bersama Anne akan disimpan buat panduan pada masa akan datang.
"Saya akan menjadikan kisah ini sebagai pengajaran untuk masa akan datang dan saya akan menggunakan memori ini agar tidak mengulangi perkara yang sama berulang kali.
"Ini adalah pengajaran yang besar buat saya kerana selama ini bersikap endah tak endah terhadap wanita yang pernah bertakhta dalam hati saya. Sakitnya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Saya berharap dengan mendoakan kebahagiaan Anne, kesakitan ini dapat dikurangkan.
Bagaimanapun, Aliff mempunyai sedikit pesanan dan kata-kata akhir kepada Anne.
"Saya tidak mahu runtuhkan kebahagiaan yang dia sedang kecapi, memandangkan dia juga sibuk dengan persiapan perkahwinan cukuplah saya mengatakan saya bertuah dipertemukan dengan dia.

Semoga kehidupannya berjalan lancar.
"Saya mahukan yang terbaik untuk dia dan kini doa saya telah dimakbulkan untuk melihat dia bahagia cuma bukan dengan saya. Saya doakan yang terbaik buat dia," ungkap Aliff.
Gerhana cinta yang sedang dilalui oleh pucuk muda yang barangkali dilabelkan masih mentah untuk memahami makna cinta itu ditepis perlahan-lahan. Noktah yang adakalanya tidak menghadiahkan kebahagiaan hanya mampu diharungi dengan motivasi dan sokongan sekeliling.
"Saya mula merasakan saya kini telah kehilangan sesuatu yang amat besar, tapi selagi ada keluarga, peminat dan kerjaya tiada apa yang mampu menghalang saya," tegasnya. Kosmo

Rajagobal belum panik Malaysia vs Singapore


RAJAGOBAL (tengah) belum mahu berasa panik meskipun skuad kendaliannya berdepan pelbagai kritikan ekoran aksi hambar pada perlawanan persahabatan.


"MEREKA (Harimau Malaya) tidak bermain semata-mata kerana saya tetapi mereka berhempas-pulas kerana ingin mengharumkan nama negara."
Demikian reaksi pengendali skuad Harimau Malaya, Datuk K. Rajagopal ketika diminta mengulas mengenai prestasi semasa skuad negara sebelum mengharungi kejohanan Piala Suzuki AFF 2012 semalam.

Menurut Rajagobal, beliau sentiasa berbangga dengan barisan pemainnya yang terus gigih menjalani latihan dalam usaha mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki AFF yang dimenangi dua tahun lalu.
Jelasnya, beliau yakin anak-anak buahnya akan tampil dengan aksi lebih kemas serta bertenaga pada kejohanan tersebut.

Harimau Malaya akan memulakan kempen menentang Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad ini.
"Sebagai jurulatih, saya perlu sentiasa memberikan motivasi kepada semua pemain saya.
"Kami pernah melalui detik sukar pada Sukan SEA (2009) dan Piala Suzuki AFF 2010.
"Mereka boleh menerima segala (pendapat) negatif tetapi saya percaya dengan pengalaman lalu, mereka akan kembali bangkit dengan mempamerkan aksi lebih bertenaga.
"Apa yang tak betul, saya tidak sesekali mengatakan ia bagus tetapi saya tetap yakin mereka perlukan 'sinar' (ketika menentang Singapura) pada Ahad ini," katanya kepada pemberita selepas sesi latihan skuad negara di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam.

Jurulatih berusia 50 tahun itu mengakui, pandangan daripada Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah bakal dijadikan suntikan moral buat pemain untuk mempamerkan aksi lebih konsisten.
"Kunjungan baginda amat dihargai oleh semua pemain skuad negara. Sepanjang penglibatan Sultan Ahmad dalam bola sepak tempatan selama 28 tahun, baginda sering memberikan perhatian kepada Harimau Malaya.

"Setiap pandangan dan nasihat baginda menjadikan kami lebih bersemangat dan sudah tentu keinginan kami untuk beraksi lebih kemas semakin berkobar-kobar.
"Pemain-pemain perlukan suntikan motivasi daripada seluruh rakyat terutama ketika berada dalam tekanan. Saya percaya mereka tahu untuk mengawal situasi tersebut.
"Selepas mendapat amanat daripada Presiden FAM serta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, saya mahu mereka bersedia untuk berjuang pada kejohanan itu kelak," katanya.

Thursday, 22 November 2012

Datuk popular selepas peraga fesyen wanita


GAMBAR butik Yuekou menunjukkan Xianping memperagakan koleksi fesyen cucu perempuannya di Guangzhou, selatan China.


GUANGZHOU - Seorang datuk di China menjadi popular sekelip mata selepas gambar-gambarnya memperagakan pakaian wanita disiar di Internet, lapor akhbar MailOnline kelmarin.

Pada mulanya, lelaki berusia 72 tahun itu, Liu Xianping, bergambar dengan memakai pakaian koleksi butik atas talian Yuekou milik cucu perempuannya sebagai bahan jenaka.

Namun, selepas cucunya memuat naik gambar-gambar itu di Internet, mereka tidak menyangka imej tersebut menjadi popular dalam masa semalaman.

Gambar-gambar itu kemudian menjadi bahan publisiti yang berjaya, sekali gus meningkatkan jualan koleksi butik Yuekou sebanyak lima kali ganda.

Butik tersebut beribu pejabat di sini dalam wilayah Guangdong, selatan China.
Menurut akhbar tempatan, China Newsweek, wanita berkenaan memberitahu bahawa idea untuk memperagakan fesyen wanita itu datang daripada datuknya.

"Dia mengambil sehelai pakaian dan mencubanya untuk memberi tunjuk ajar mengenai suai dan padan," kata cucu perempuan Xianping.
"Kami anggap aksinya lucu dan terus merakamnya," tambah wanita itu. - Agensi

Anuar Zain suka Nora Danish

“NORA DANISH memiliki ciri-ciri seorang wanita yang saya idamkan.” Kata-kata yang terlontar daripada mulut Anuar Zain membuatkan seluruh ruang di White Box, Publika Solaris Dutamas, Kuala Lumpur terdiam seketika.

Harus diakui bahawa pengumuman yang berbaur soal jodoh dan pilihan hati si jejaka kacak yang tidak dimamah usia itu merupakan penantian yang membuahkan hasil yang selama ini dinanti-nantikan banyak pihak.
Bicara Anuar, 42, semasa sidang akhbar bersempena tayangan khas klip video dua single terbaharunya, Ajari Aku dan Sempurnakan Aku itu pantas mengaitkan dirinya dengan aktres comel,
Nora Danish.

“Selain memiliki skil lakonan yang bagus, Nora juga berjaya memberikan perasaan luar biasa sehingga menusuk jauh ke dalam lubuk jiwanya,” luah pemilik nama sebenar Shahrul Anuar Zain ini.
Tambahnya: “Nora amat tepat untuk dipilih sebagai seorang isteri. Saya suka melihat dia sejak daripada siri Puteri lagi dan dia nampak manja serta mempunyai raut wajah yang murni.
“Jika wajahnya sudah kelihatan seperti seorang bidadari, pastinya dia memiliki sekeping hati yang suci.”
Tidak menolak sekiranya takdirnya bertemu seorang wanita yang pernah menjadi suri di hati orang lain sebelumnya, kata Anuar lagi status seseorang bukan penghalang untuk lebih mengenali.

ANUAR mengakui bersedih dengan sambutan yang kurang memberangsangkan terhadap dua singlenya sebelum ini, Ku Berjanji Kerna Cinta dan Cinta Tak Harus Memiliki.


“Saya mahu mencari seorang wanita yang lebih kurang seperti Nora Danish. Saya terima jika jodoh saya dengan wanita yang berstatus sepertinya. Tapi, buat masa sekarang saya belum terfikir akan soal hati.

“Kami bersama atas dasar kerja saja, peribadi atau personal belum terlintas. Saya juga tidak rasa ada cetusan perasaan sama antara kami berdua,” hurainya lanjut.
Hal yang harus diakui sebenarnya, Anuar telah memilih Nora untuk membintangi klip video untuk dua single terbaharunya, Ajari Aku dan Sempurnakan Aku.
Hubungan profesional antara dirinya dan Nora di set penggambaran kedua-dua video klip itu tegas Anuar, tidak melarat sehingga ke peringkat yang lebih mendalam.

Tegas Anuar: “Setakat ini saya masih solo.”
Pemilihan Nora hasil perbincangan dengan pengarah klip video tersebut, Ghaz Abu Bakar, kata Anuar dirasakan amat tepat.
Ini memandangkan Nora merupakan aktes yang berupaya menjiwai watak sebagai suri hatinya dalam klip video itu dengan berkesan.
“Naik bulu roma saya apabila bersama dengan Nora dalam set penggambaran yang sama. Dia seorang pelakon yang hebat dan boleh memberikan perasaan kepada kita.
“Nora merupakan jenama yang ada kredibiliti. Kalau bekerja, dia tidak akan mencampuradukkan dengan hal peribadi. Biasanya kami akan meluangkan masa bersembang seketika sementara menantikan penggambaran bermula,” ulas Anuar lagi.

Dua single
Selain Nora Danish, Anuar turut memilih Datuk Rahim Razali yang mendukung peranan sebagai bapanya dalam kedua-dua klip video tersebut.
“Banyak yang saya dapat belajar daripada mereka dan saya harapkan magis kali ini menjadi. Mereka adalah bintang dalam klip video ini,” luncur harapan Anuar.

INILAH dua keping foto gandingan mesra Anuar dan Nora di set penggambaran klip video Ajari Aku dan Sempurnakan Aku yang dimuatkan dalam Istagram Nora.


Single Ajari Aku dan Sempurnakan Aku dipilih Anuar selepas beberapa single terdahulu daripada album Anuar Zain 2011 iaitu Ku Berjanji Kerna Cinta dan Cinta Tak Harus Memiliki dilancarkan dua tahun lalu.

Anuar bagaimanapun turut meluahkan rasa kesal mengenai hasil kedua-dua single sebelum ini yang kurang memberikan impak kepadanya.
“Single Ku Berjanji Kerna Cinta kurang mendapat sambutan. Sedih memang sedih tetapi saya tidak berputus asa. Lagu seterusnya (Cinta Tak Harus Memiliki) juga mempunyai banyak jiwa, tapi mungkin kurang pendedahan untuk lebih diterima ramai.

“Peminat mendengar dan menilai sesebuah lagu yang dimainkan di radio, mereka juga ada hak untuk memilih. Saya tidak akan mengubah muzik dan nyanyian saya selama ini kerana saya fikir kita perlu memberikan kepelbagaian dengan cara sendiri,” getus pelantun lagu Sedetik Lebih itu.

Konsert
Pengumuman penting sebenarnya berhubung konsertnya pada 16 Februari tahun depan merupakan klimaks kepada pertemuan dengan penyanyi berbakat besar itu.
Konsert mega Anuar Zain - Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari itu kata Anuar akan menterjemahkan dirinya di kaca mata peminat sepanjang 30 tahun berkarya.

Bakal diiringi oleh pengarah muzik tersohor, Mac Chew, kembara konsert itu akan dipersembahkan dengan iringan 26 orang pemuzik berserta lagu-lagu hit sepanjang zaman.
“Lagu-lagu akan dipetik daripada album saya sejak tahun 1998 dan ditukar sedikit susunan muziknya. Selain itu, akan dipaparkan gambar-gambar saya dari kecil hingga sekarang.
“Pertama kali menjayakan konsert sendiri pastinya perasaan gemuruh itu ada, tapi tetap teruja memberikan yang terbaik kepada peminat yang menyokong saya selama ini,” katanya yang sebelum ini berdepan dengan masalah kewangan sehingga terpaksa menunggu hingga tiba detik ini.
Konsert tersebut akan berlangsung pada 16 Februari 2013 di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Klik Untuk Saya k... :)