Jom Buat Duit

Monday 19 November 2012

Lady Gaga tweet video seksi sebelum konsert

BUENOS AIRES, Argentina - Tweet penyanyi yang sering tampil dengan imej pelik, Lady Gaga semakin mendapat perhatian menjelang konsertnya di sini pada Jumaat depan.
Gaga yang mempunyai seramai 30 juta pengikut laman Twitter dikatakan berkongsi satu pautan bagi membolehkan peminatnya menonton satu klip video pendek.
Klip video itu menunjukkan Gaga membuat tarian tiang dan bergurau dengan dua orang wanita lain di dalam sebuah tab mandi. "Ini satu kejutan untuk anda semua. Sudah sedia untuk anda rasainya," kata Gaga.

Sebelum ini, di antara konsert di Brazil dan Argentina, Gaga pernah menghantar satu gambar ke laman Twitternya. Gambar itu memaparkan dia memakai pakaian dalam dan kasut tumit tinggi di atas sisa kek strawberi.
Selepas Argentina, Gaga dijadual meneruskan siri jelajah konsert Born This Way Ball ke Santiago, Chile; Lima, Peru; dan Asuncion, Paraguay. Konsert sama juga bakal diadakan di Afrika, Eropah dan Amerika Utara. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters