Jom Buat Duit

Monday, 19 December 2011

Zul Ariffin Kesal Berpisah Dengan Abby Abadi



KUALA LUMPUR, 19 DISEMBER 2011: Tiga tahun bergelar kekasih kepada aktres Abby Abadi, jelas pelakon Zul Ariffin sememangnya dia menyesali perpisahan yang terjadi antara mereka.
Namun kata Zul Ariffin, semuanya yang berlaku di luar kawalannya dan ianya berlaku secara pantas tanpa sebab yang pasti.
"Bohonglah tiga tahun bersama saya tidak menyesal dengan apa yang berlaku. Susah untuk saya katakan punca perpisahan kami kerana ianya berlaku secara pantas dan tiba-tiba sahaja kami jadi rengang.
"Tetapi ingin saya nyatakan ianya tidak ada kena mengena dengan orang ketiga dan sebagainya. Perpisahan ini memang membuatkan saya rasa down dan cara untuk mengatasinya ialah dengan cara saya menyibukan diri dengan berlakon dan membuat pelbagai aktiviti untuk mengalih perhatian pada perkara itu," katanya membuka bicara mengenai perpisahannya itu.
Kisah perpisahan mereka mula dilaporkan pihak media tempatan sekitar bulan Oktober lalu apabila Abby Abadi meluahkan sendiri perpisahan tersebut dalam blog peribadinya.
Ditanya adakah mungkin cinta tersebut akan berputik semula, kata Zul Ariffin, semuanya bergantung kepada takdir Tuhan.
"Jodoh dan maut di tangan Tuhan. Jadi sama ada kami akan bersama semula atau tidak, tunggu dan lihat pada takdir Ilahi. Mungkin ya atau tidak kita tidak tahu apa yang berlaku masa depan. Apa pun apa yang boleh saya katakan di sini bahawa dia merupakan seorang insan terbaik yang pernah saya kenali dan rapat selain keluarga saya.
"Malah sehingga ke hari ini, jika orang masih kaitkan saya dengannya saya langsung tidak ada masalah kerana kami masih berkawan dan berhubung bertanya khabar,"katanya.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters