Jom Buat Duit

Saturday, 17 December 2011

Shaheizy Sam Meriahkan Kernival



SESUAI dengan statusnya sebagai Bintang Paling Popular di negara ini, kesibukan kerjaya seni Shaheizy Sam atau mesra dipang�gil Sam juga bergerak sehebat gelaran itu.
Dalam masa yang terbatas, Sam masih sudi meluangkan masa memeriahkan Karnival Gegaria Harian Metro 2011 (KGHM2011) yang bakal menamatkan penjelajahannya di Dataran 1Malaysia, Pantai Klebang, Melaka hari ini dan esok, bagi mempromosikan filem Songlap yang mula ditayangkan di pawagam sejak Khamis lalu.

Sam mengakui, promosi secara ‘ground event’ seperti ini lebih berkesan kerana usaha artis menemui peminat mereka di luar Kuala Lumpur lebih memberi makna kepada peminat.

“Semestinya sebagai teraju utama filem Songlap, saya mahukan filem ini mendapat sambutan yang baik daripda penonton negara ini.


“Jadi saya merasakan artis perlu turun padang melakukan promosi dan bertemu sendiri dengan peminat sebagai satu inisiatif dalam mendorong kejayaan filem.

“ Apatah lagi, sebelum ini kesibukan kerja sering menghalang saya untuk mengikuti Karnival Gegaria dan kebetulan destinasi terakhir menemukan masa yang sesuai,” katanya.

Sam juga tidak keseorangan kerana bakal ditemani Syafie Naswip dan Sara Ali juga pelakon utama filem arahan pasangan suami isteri, Fariza Azlina Ishak dan Effendee Mazlan.

Songlap, karya yang berlatarkan bandar metropolitan Kuala Lumpur mengisahkan kehidupan dua beradik, Am dan Ad, anak seorang pelacur yang menjadi tali barut dalam sindiket penjualan bayi serta perdagangan manusia. Ia didalangi seorang wanita bergelar Mama.

Personaliti dua beradik itu amat bertentangan. Am meng�gunakan perniagaan Mama sebagai jalan pintas mendapatkan wang bagi memenuhi minat judinya sementara Ad pula mengimpikan kehidupan yang lebih baik untuk menyertai pertandingan tarian.

Namun segala yang diimpikan mereka musnah selepas kehilangan kawan karib, Razak yang mati akibat pengambilan dadah berlebihan. Kebetulan, Razak ada seorang adik bernama Hawa yang meninggalkan rumah selepas dirogol ayahnya sehingga mengandung.

Hasrat untuk mencari kehidupan yang lebih baik bagaimanapun menjerat Hawa apabila dia terjebak pula dengan sindiket yang diusahakan Mama.

Menyedari Hawa adik kepada Razak, ini membuatkan Ad sedaya upaya mahu menyelamatkan gadis itu, sekali gus memperjudikan nyawanya.

Bukan hanya menjadi buruan Ah Keong, orang kuat Mama, pelarian Ad dan Hawa juga dijejaki Pak Din yang mahu Hawa kembali ke rumah menjadi pemuas nafsunya.
Bagaimana kisah selanjutnya? Saksikan Songlap di pawagam dan bagi peminat di Melaka, jangan lepaskan peluang bertemu Sam, Shafie dan Sara
di Dataran 1Malaysia.

Grand Brilliance selaku penerbit dan pengedar filem Songlap tidak hanya mempromosikan Songlap, sebaliknya turut mengambil peluang memperkenalkan filem Sesuatu Yang Tertinggal dibintangi pasangan pengantin baru, Zahiril Adzim dan isterinya, Shera Aiyob.

Bagi memastikan KGHM2011 lebih hangat dan menjadi penutup acara yang hebat serta kekal dalam ingatan pengunjung, ramai barisan artis tempatan popular dibawa khas dari Kuala Lumpur.

Konsert Gegaria yang berlangsung jam 9 malam ini, menampilkan penyanyi lelaki tersohor, Anuar Zain yang muncul dengan single terbaru, Cinta Harus Memiliki.

Turut menghangatkan per�sembahan, Black yang tampil berbeza apabila muncul bersama kumpulan Moderate. Selain dihangatkan Najwa Latif, Awi Rafael termasuk otai rock, XPDC yang akan beraksi di hujung persembahan. Konsert yang berlangsung selama dua jam setengah itu bakal dikendalikan Along Cham bersama pelakon, Didie Alias.

Selain konsert, seperti biasa ‘booth’ meja hiburan Rap (Rentak Artis Popular) masih meneruskan program Pencarian Gadis Metro dan Metro Idol. Kedua-dua pertandingan ini diadakan hari ini.

Pendaftaran Metro Idol yang hanya mengenakan bayaran RM20 dibuka seawal jam 10 pagi hingga 11 pagi. Seramai 10 atau lebih peserta (bergantung kepada keputusan juri) yang mengambil bahagian dalam pertandingan Metro Idol akan dipilih ke final keesokan harinya (Ahad), jam 4.30 petang.

Juara akan membawa pulang RM500, tempat kedua (RM300) dan ketiga (RM200). Persembahan peserta akan diadili Pengarang Hiburan Harian Metro,
Roslen Fadzil dan penyanyi terkenal, Alyah yang akan me-nyampaikan single terbarunya, Pesananmu buat pertama kali.

Pertandingan ala ratu cantik, Gadis Metro pula menawarkan hadiah berupa wang tunai RM250 untuk juara, RM150 (Naib Juara) dan RM100 (tempat ketiga). Pendaftaran pertandingan ini dibuka pada Sabtu bermula jam 10 pagi hingga 2 petang dan peserta diminta berpenampilan menarik.

Menyentuh aktiviti pada Ahad (18 Disember), Shaheizy Sam, Syafie Naswip, Sara Ali, Zaharil Adzim, Shera Aiyob, Najwa Latif, Awi Rafael dan Kumpulan Forteen akan terbabit dalam acara dinamakan Inflatable Balloon Games, jam 9 pagi.

Pada jam 2.30 petang, aktiviti di booth Rap kembali hangat dengan kemunculan Forteen yang dianggotai empat jejaka kacak, diikuti kumpulan Chocolate dibarisi tiga gadis juga produk sulung di bawah syarikat milik penyanyi Alyah.


Aktiviti Booth Rap 17 Disember 2011 (Sabtu)

10.00 pagi: Pendaftaran Metro Idol dan Gadis Metro.
11.00 pagi: Pertandingan Metro Idol.
3.00 petang: Sesi Meet & Greet bersama bintang filem Sesuatu Yang Tertinggal. - Zahiril Adzim dan Shera Aiyob.
3.40 petang: Sesi Meet & Greet bersama bintang filem Songlap. - Shaheizy Sam, Syafie Naswip dan Sara Ali.
4.30 petang: Pertandingan Gadis Metro.
5.40 petang: Penyampaian Hadiah Pertandingan Gadis Metro.
9.00 malam: Konsert Gegaria.


Aktiviti Rap 18 Disember 2011 (Ahad)

9.00 pagi: ‘Inflatable Games’ membabitkan artis dan peminat. Artis yang terbabit- Shaheizy Sam, Syafie Naswip, Sara Ali, Shera Aiyob, Najwa Latif, Awi Rafael dan Kumpulan Forteen.
10.30 pagi: Penyampaian hadiah.
2.30 petang: Meet & Greet bersama kumpulan Forteen.
3.10 petang: Meet & Greet bersama kumpulan Chocolate.
4.30 petang: Final Metro Idol.
5.40 petang: Persembahan Istimewa Juri Metro Idol: Alyah.
6.00 petang: Penyampaian Hadiah Metro Idol.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters