DITUDUH...Kamaliah dan suaminya, Zaihan di luar mahkamah, semalam. NSTP
SEPANG: Seorang pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) di sebuah kementerian mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas tuduhan mendatangkan kecederaan ringan terhadap suaminya dengan menggunakan fail pejabat.
Tertuduh, Kamaliah Basir, 35, didakwa melakukan kesalahan itu terhadap mangsa, Zaihan Md Lani, 49, yang juga seorang perunding di sebuah syarikat swasta.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Aqeeb Lizalman Nordin Zamery, di depan Hakim Zuhrina Mohamed Nor.
Kamaliah yang hadir dengan memakai tudung gelap serta berbaju kurung warna putih berbunga kelabu tidak diwakili peguam membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca jurubahasa mahkamah.
Mengikut fakta kes, Kamaliah didakwa mendatangkan kecederaan dengan memukul menggunakan fail pejabat pada bahagian badan suaminya.
No comments:
Post a Comment