Jom Buat Duit

Saturday 31 December 2011

Osbon Muncul Juara Maharaja Lawak Mega

 

SHAH ALAM, 31 DIS 2011: Malam kemuncak Maharaja Lawak Mega (MLM) menjadi malam yang penuh bermakna buat kumpulan Osbon apabila mereka diisytiharkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega, sebentar tadi menewaskan tiga finalis lain.

Pengumuman kejuaraan Osbon dibuat oleh hos MLM, Dato' AC Mizal pada malam final tersebut yang berlangsung dari Stadium Melawati, Shah Alam. Osbon yang dianggotai dua pelawak veteran, Os dan Abon muncul juara selepas mendapat tertinggi hasil undian penonton dan perkiraan markah dari juri.

Kemenangan Osbon membolehkan mereka membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM350,000 beserta trofi.
Tempat kedua dimenangi oleh kumpulan Boboi yang dianggotai dua nama besar dalam industri hiburan iaitu Afdlin Shauki dan Harum Salim Bachik. Mereka membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM250,000 beserta trofi.

Tempat ketiga pula dimenangi peserta dari Indonesia, kumpulan Saehu yang dianggotai Eko, Bocil dan Fika. Tempat ketiga membolehkan membawa pulang wang tunai RM150,000 beserta trofi.
Gabungan selebriti tempatan, Ifa Raziah bersama dua pelawak Singapura iaitu Suhaimi dan Ariff meraih tempat keempat pada malam final ini. Mereka bertiga yang menggelar diri sebagai kumpulan Syok meraih hadiah berupa wang tunai RM50,000 beserta trofi.

Kesemua finalis telah membuat dua persembahan pada malam ini yang bertemakan bebas dan muzikal. Juri tetap pertangdingan ialah chef selebriti terkenal, Dato' Redzuawan Ismail atau Chef Wan bersama lagenda bola sepak negara, Zainal Abidin Hassan serta penyanyi tersohor tanah air, Dato' Siti Nurhaliza. Juri jemputan pula ialah pelakon terkenal dari Singapura, Aaron Aziz.
Naib juara Maharaja Lawak, kumpulan Jozan pula muncul sebagai jemputan untuk menghiburkan penonton. MLM turut bersiaran secara langsung di Astro Warna (saluran 132).

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters