Jom Buat Duit

Friday, 23 December 2011

Pondan insaf sanggup bedah payudara



IPOH: Beberapa orang mak nyah atau golongan pondan yang benar-benar insaf atas keterlanjuran dilakukan sanggup membuat pembedahan membuang semula silikon yang ditanam di dalam payudara palsu masing-masing.
Pembedahan menelan belanja ribuan ringgit itu dilakukan golongan terbabit dengan mempertaruhkan nyawa masing-masing walaupun silikon itu ditanam sejak puluhan tahun lamanya.

Pembedahan dalam negara itu dilakukan dengan niat dan keazaman tinggi bagi berubah dan menjadi semula lelaki sejati seperti dituntut agama.

Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Saimah Mukhtar menyifatkan program Mukhyyam yang diperkenalkan Jakim sebelum ini sedikit sebanyak menginsafkan golongan berkenaan supaya kembali ke jalan diredai Allah. Program berkenaan yang dimulakan sejak Mac lalu berjaya menarik kira-kira 150 golongan pondan seluruh negara menyertai aktiviti yang lebih menitik beratkan aktiviti berkumpulan, jati diri, kursus kerjaya dan pelbagai program bermanfaat. Menurutnya, keinsafan yang ditunjukkan golongan mak nyah atau pondan itu amat dibanggakan berikutan golongan berkenaan bersedia pulang ke pangkal jalan tanpa ada unsur paksaan.

“Golongan ini dengan rela hati sanggup mengubah semula penampilan diri untuk kembali menjadi lelaki sejati mengikut jantina asal ketika dilahirkan dulu.

“Walaupun masih berperwatakan lembut, namun mereka ini mempunyai keazaman tinggi untuk berubah dan sedar kehidupan sebagai pondan yang dilalui selama ini hanyalah sesuatu yang tidak kekal,” katanya.
Menurutnya, berdasarkan maklumat diperoleh, segelintir golongan itu turut berjinak-jinak datang ke masjid untuk bersembahyang berjemaah di saf lelaki.

“Walaupun masih mempunyai penampilan persis wanita selain berambut panjang, namun mereka ini cuba membuang rasa malu dan mahu mendekati semula Allah,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters