Jom Buat Duit

Thursday 29 December 2011

Mohamed Bouazizi dipilih tokoh 2011





LONDON: Akhbar Britain, The Times semalam menamakan Mohamed Bouazizi, rakyat Tunisia yang membakar diri hingga mencetuskan pemberontakan yang menggulingkan diktator di seluruh rantau Arab sebagai tokoh 2011.
Mohamed, 26, membakar diri akhir tahun lalu selepas barang jualannya dirampas pihak berkuasa yang turut dilaporkan menampar dan memalukannya. Tindakan nekadnya mencetuskan kemarahan jutaan penduduk Arab yang hidup tanpa prospek pekerjaan yang mahukan pembaharuan di bawah pemerintahan autokrasi.

“The Times hari ini menamakan penjaja jalanan yang menjadi inspirasi revolusi rakyat Arab, Mohamed Bouazizi sebagai tokoh tahun ini,” lapor akhbar itu di muka depannya.
“Mohamed bukan pejuang revolusi tetapi bantahannya secara bersendirian menjadi perintis revolusi yang mengubah Timur Tengah,” kata kenyataan itu. - Reuters

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters