Jom Buat Duit

Tuesday 1 January 2013

Hrithik Roshan bercuti di Bangkok

BINTANG terkenal Bollywood, Hrithik Roshan akhirnya membuat keputusan untuk bercuti bersama keluarga sempena sambutan Tahun Baru 2013 dan memilih Bangkok sebagai lokasi pilihan.
Hrithik akan meluangkan masa beberapa hari di ibu kota Thailand itu sebelum kembali ke India pada minggu pertama bulan Januari untuk menyambung penggambaran filem terbaharunya.

Hrithik kini sedang bercuti di Bangkok bersama keluarganya termasuk ibu dan ayahnya, Rakesh dan Pinky Roshan, datuk, nenek, adiknya Sunaina, isterinya Sussanne, bapa saudaranya Rajesh Roshan dan anak saudaranya Hrehaan dan Hridhaan," ujar sumber terdekatnya kepada portal BollywoodCelebden.com.

Pelakon filem Kaho Naa Pyar Hai itu kali terakhir menyambut tahun baru bersama keluarganya dua tahun lalu ke Dubai dan semenjak terlepas sambutan yang sama tahun lalu, Hrithik sering mengintai peluang untuk ke Bangkok.

"Tahun lalu dia menjalani pemulihan akibat kecederaan dan filemnya Agneepath keluar pada bulan Januari lalu. Jadi, dia tidak boleh meluangkan terlalu banyak masa bersama keluarganya untuk bercuti.

"Tahun ini pula, percutian keluarga Hrithik berjalan lancar seperti yang dimahukannya. Dia seorang yang sangat rapat dengan anggota keluarganya dan gemar meluangkan masa bersama-sama terutama kedua-dua datuk dan neneknya," tambah sumber itu lagi.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters