Jom Buat Duit

Friday 31 October 2014

Liwat II: Tiada Kecederaan Pada Dubur Saiful

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada sebarang koyakkan atau luka pada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan, 29, yang didakwa diliwat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Peguam bela, Ram Karpal Singh dalam hujahannya semalam berkata, semasa keterangan Mohd Saiful mendakwa dia telah diliwat lima minit namun memberitahu pegawai penyiasat serta doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) insiden itu berlaku selama 30 minit.

"Bagaimana tiada sebarang luka pada rektumnya sedangkan dia mendakwa telah diliwat secara rakus dan laju pada masa itu?" soalnya.

Menurutnya keterangan Mohd Saiful telah menimbulkan keraguan jelas.

Beliau berkata, Pegawai Perubatan Hospital Pusrawi, Dr Mohd Osman Abdul Hamid dalam laporannya juga mendapati dubur Mohd Saiful berada dalam keadaan normal.


Sinar Harian

Saturday 18 October 2014

Cakera Bibir Terbesar Dunia

KETIKA sekumpulan kru filem dari Australia diketuai sinematografer Abrahem Joffe membuat penggambaran di sebuah kawasan terpencil selatan Ethiopia, mereka menemui seorang gadis yang mempunyai cakera bibir terbesar di dunia.

“Ketika kami sedang membuat lawatan bersama beberapa pemandu tempatan, kami menemui gadis yang sangat aneh. Saya adalah seorang peminat Rekod Dunia Guinness dan saya tahu apa yang dilihat adalah sesuatu yang luar biasa,”katanya kepada Mail Online .

Ataye Eligidagne, 20, memiliki cakera bibir dengan ukur lilit 60 sentimeter (cm) dan diameter 20 cm, iaitu dua kali lebih besar daripada saiz purata cakera bibir. Ukuran tersebut sekali gus mengalahkan Rekod Dunia Guinness sebelum ini dengan diameter 15 cm.

Difahamkan, baru-baru ini kerajaan Ethiopia mengambil langkah untuk mengharamkan penggunaan cakera dan kekerapan generasi muda yang menggunakan cakera tersebut juga semakin berkurangan. SH

Thursday 9 October 2014

Tujuh Atlet Sukan Asia Hilang di Incheon


SEOUL – Pihak berkuasa tempatan kini berusaha mencari tujuh atlet yang dilaporkan hilang selepas acara Sukan Asia dipercayai disebabkan ingin mencari peluang pekerjaan di Korea Selatan, lapor polis.
Mereka terdiri daripada tiga atlet dari Nepal, Sri Lanka (dua) dan masing-masing seorang dari Bangladesh dan Palestin.

“Kami kini menggiatkan usaha mengumpul maklumat di kawasan yang menjadi tumpuan pendatang asing untuk bekerja di negara ini khususnya di bandar Incheon, Bucheon dan Ansan.
“Sebaik sahaja atlet tersebut dikesan, mereka akan dihantar pulang meninggalkan Korea Selatan dengan segera kerana pas visa lawatan mereka akan tamat pada 19 Oktober ini,” kata jurucakap polis.

Sebelum ini, perkara yang sama turut berlaku semasa acara Sukan Asia Busan pada 2002 apabila seramai 16 atlet dari negara Asia Tenggara dan Asia Selatan dilaporkan hilang. Mereka dipercayai tinggal di Korea Selatan untuk bekerja secara haram.

Setiap tahun Korea Selatan mengeluarkan ribuan visa kepada pekerja dari Vietnam, Filipina dan beberapa negara Asia lain untuk menampung kekurangan tenaga kerja, bagaimanapun dipercayai lebih 200,000 pekerja asing bekerja secara haram dalam sektor pembuatan, pembinaan dan industri lain di negara itu. –AFP

Klik Untuk Saya k... :)

free counters