Jom Buat Duit

Saturday, 31 March 2012

Nyawa Tauke Ayam kalis peluru


TELUK INTAN: Seorang tauke ayam terselamat daripada maut buat kali kedua apabila tembakan dipercayai dilepaskan pembunuh upahan hanya mencederakan pipinya dalam kejadian berhampiran rumahnya di Hutan melintang di sini, awal pagi semalam.

K Sooria Theymudu, 40, sebelum ini pernah cedera di pergelangan tangan ditembak seorang lelaki di hadapan rumahnya di Jalan Feri, Simpang Empat, di sini, pada 20 Oktober tahun lalu. Semalam, dia sekali lagi bernasib baik apabila tembakan dalam serangan mendadak jam 6.30 pagi itu hanya melukakan pipinya walaupun ditembak bertalu-talu oleh penjenayah dari jarak dekat.

Bagaimanapun, serangan semalam meragut nyawa pekerjanya, warga Bangladesh, Md Masum Sheik Md Surat Ali, 30, apabila tembakan mengenai bahu dan perut lelaki itu menyebabkannya maut di tempat kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Superintendan Mohd Zaki Harun berkata, kejadian berlaku ketika Sooria dan pekerjanya menaiki van dari rumah ke Taman Seri Bernam di sini, untuk mengambil seorang lagi pekerja yang tinggal di taman berkenaan.

Beliau berkata, seorang lelaki tidak dikenali tiba-tiba keluar dari sebuah kereta dan melepaskan tiga das tembakan ketika van dipandu Sooria memasuki taman berkenaan.

“Satu daripada tembakan itu mengenai pipi Sooria manakala dua das lagi tembakan mengenai perut serta baru pekerja warga Bangladesh itu.


“Sebaik melepaskan tembakan suspek melarikan diri dengan kereta. Lelaki Bangladesh itu mati di tempat kejadian manakala Sooria cedera di pipi,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Teluk Intan (HTI) untuk dibedah siasat manakala Sooria dirawat di hospital sama.

“Polis kini memburu penjenayah terbabit dan menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Mereka yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintanden Sanusi Salleh di talian 05-6299222 atau balai polis berhampiran,” katanya.

Dirasuk 40 kali sehari


KOTA BHARU: “Ketika dirasuk, saya pernah memanjat pokok ubi kayu di belakang rumah seperti kera dan anehnya batang pokok itu tidak patah,” kata Suhaini Abdul Aziz, 30, yang menderita terkena sihir sejak Oktober tahun lalu.
Suri rumah itu juga mengakui pernah cuba mencekik anaknya sendiri, terjun tingkap dan berlari keluar meninggalkan rumah selain menyembah barangan berwarna kuning serta meracau dalam bahasa Siam, malah berperwatakan seperti orang tua.

Katanya, masalah misteri itu berlaku selepas 40 hari ibunya meninggal dunia pada Oktober tahun lalu dan selepas berkahwin dengan suami baru sebelum berlarutan sehingga kini.

“Sejak disihir, apabila ada ‘benda’ memasuki badan, saya hanya mampu bercakap di dalam hati kerana dikunci di dalam, seolah-olah dikawal seseorang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Mani, Kuala Besar, di sini.


Menurutnya, sebelum dirasuk dia boleh merasa beberapa tanda awal sebelum mendakwa ada ‘benda’ misteri yang akan memasuki tubuhnya.

Bapa tiri durjana


KOTA KINABALU: Seorang bapa warga asing bukan saja bertindak merogol anak tirinya berusia 15 tahun, malah cuba membunuhnya dengan menusuk kemaluan dan mengelar leher mangsa menggunakan pelepah kelapa sawit dan cuba menghumbannya ke dalam sungai di Inanam, di sini.

Namun, dalam kejadian jam 9.30 pagi pada 23 Mac lalu, mangsa bernasib baik apabila ditemui dalam keadaan ‘nyawa-nyawa ikan’ oleh orang ramai sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan.


Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan M Chandra berkata, polis menerima panggilan daripada penduduk mendakwa menemui seorang gadis dalam keadaan lemah sebelum sepasukan polis bergegas ke tempat kejadian.

Menurutnya, soal siasat mendapati mangsa dirogol bapa tirinya berusia 34 tahun sebelum bertindak cuba membunuhnya.


“Bukan itu sahaja, suspek berusia 34 tahun bertindak kejam apabila memasukkan objek ke dalam kemaluan mangsa sebelum membiarkan mangsa terbaring dalam keadaan tidak bermaya di tebing sungai.
“Mujur ada penduduk tempatan menemui mangsa dalam keadaan terbaring sebelum menghubungi polis,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu, di sini, semalam.

Masjid ‘terapung’

BASAH...solat Jumaat disempurnakan di tingkat satu dan dua Masjid Ar-Rahimiah selepas dewan solat utama dinaiki air, semalam.

KLANG: Jemaah Masjid Ar-Rahimiah, di sini, terpaksa menunaikan solat Jumaat di tingkat satu dan tingkat dua masjid berkenaan selepas dewan solat utama dipenuhi air akibat banjir kilat, semalam.
Timbalan Nazir Masjid, Jaafar Samsuddin berkata, dewan solat utama masjid dipenuhi air akibat hujan lebat menyebabkan air longkang dan air dari bukit berhampiran melimpah.

Katanya, kerugian dianggarkan RM800,000 kerana permaidani dewan solat perlu diganti baru selain peralatan audio yang rosak ditenggelami air.
“Selain itu, perpustakaan yang menempatkan buku bacaan dan kitab serta bilik imam dimasuki air.

“Buat sementara waktu, solat dan aktiviti keagamaan diadakan di tingkat satu dan dua masjid sehingga permaidani baru siap dipasang,” katanya ketika ditemui, semalam.

Jaafar berkata, pihaknya sudah membina tembok simen di depan dewan solat bagi menghalang air memasuki dewan solat selepas kejadian sama berlaku beberapa tahun lalu.

Namun, kali ini pengurusan memecahkan tembok simen berkenaan bagi membolehkan air yang bertakung dalam dewan solat dikeluarkan.

Katanya, pengurusan masjid sudah beberapa kali mengutarakan masalah dihadapi kepada pihak berkuasa tempatan (PBT), namun masalah sama masih berulang.

Mayat bayi kepala pecah dalam longkang


KUALA LUMPUR: Hanya sehari selepas penemuan janin berusia empat bulan tanpa kepala di loji kumbahan berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Beringin, Jinjang, seorang lagi bayi lelaki ditemui mati dalam keadaan menyedihkan selepas kepalanya pecah dipercayai terhantuk pada dinding longkang ketika dihanyutkan arus di longkang PPR Intan Baiduri, Jinjang, di sini, semalam.
Kejadian menyayat hati itu disedari seorang pekerja kontrak membersih sampah yang terlihat mayat bayi terbabit terapung dalam longkang berhampiran tasik taman rekreasi di PPR Intan Baiduri, jam 10.30 pagi.

Pekerja terbabit, Rafu’si Ahmad, 40 tahun, berkata individu yang melakukan perbuatan terbabit kejam dan tidak berperikemanusiaan kerana membuang bayi itu.
“Hati saya tersentuh dan berasa kasihan ketika melihat keadaan mayat bayi itu.

“Sepanjang dua tahun bekerja di sini, ia kali pertama menyaksikan kejadian pembuangan bayi dan lebih menyedihkan bayi itu ditemui dalam keadaan menyedihkan,” katanya.

Menceritakan semula kejadian itu, Rafu’si berkata, dia terkejut apabila melihat seorang bayi ketika melakukan kerja pembersihan di kawasan itu, malah menyangka bayi itu anak patung yang tersangkut di dalam perangkap sampah.

Menurutnya, perasaan ingin tahu yang kuat menyebabkan dia mengangkat objek yang seakan-akan bayi itu menggunakan penyauk dan terkejut apabila mendapati objek itu bertali pusat dan berkaki.

“Saya berlari mendapatkan seorang lelaki yang memancing di tasik berkenaan sebelum memaklumkan kejadian itu kepadanya.

“Kami berpatah semula ke tempat kejadian dan meminta bantuan penduduk yang kemudian menghubungi polis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, mayat bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan itu ditemui bersama uri tersangkut di dalam perangkap sampah dalam longkang di PPR Intan Baiduri oleh seorang pekerja kontrak membersih sampah.

Menurutnya, mayat bayi cukup sifat itu pecah di kepala dipercayai akibat terhantuk pada dinding konkrit ketika dihanyutkan arus air.

“Kami percaya bayi itu dibuang tidak kurang dari 24 jam dan mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan lanjut.

“Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 318, Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu boleh menghubungi balai polis berhampiran,” katanya.

Pilihan raya tak adil - Aung San Suu Kyi


YANGON: Pemimpin prodemokrasi, Aung San Suu Kyi, mendakwa proses pilihan raya yang akan diadakan di Myanmar tidak akan benar-benar “bebas dan adil.”

Menurut pemenang anugerah Nobel itu, dia berdepan banyak masalah, termasuk sejumlah besar gangguan, selain tindakan vandalisme ke atas papan tanda partinya.

“Saya tidak fikir kita boleh menganggap pilihan raya ini benar-benar bersih dan adil,” katanya di sidang media menjelang pengundian esok.
Sebanyak 45 kerusi dipertandingkan dan ia tidak mengancam majoriti parti pemerintah.

Kata Suu Kyi, walaupun salah laku dan penyelewengan turut berlaku di negara demokrasi lain, apa yang berlaku di Myanmar jauh daripada yang diharapkan.

“Namun, kami tetap mahu meneruskannya kerana itu yang dimahukan rakyat,” katanya. - AFP

Lindsay Lohan bebas daripada hukuman pengawasan


LOS ANGELES: Aktres, Lindsay Lohan semalam mengucapkan terima kasih kepada hakim kerana menarik balik secara rasmi hukuman meletakkannya di bawah pengawasan pihak berkuasa.
Namun, pelakon itu dinasihatkan supaya berhenti menghabiskan masa di kelab malam dan bekelakuan matang.

Bintang remaja bermasalah itu memberitahu hakim, Stephanie Sautner, yang dihadapnya berulang kali sepanjang setahun atau dua tahun lalu kerana kesalahan memandu dalam keadaan mabuk dan kes mencuri barang kemas: “Saya berterima kasih kepada anda kerana bersikap adil.
“Apa yang anda lakukan telah berjaya membuka banyak pintu untuk saya.” Pelakon itu membuat kenyataan berkenaan selepas hakim berkata Lindsay telah melakukan apa saja yang mahkamah arah. Stephanie juga berkata, dia menjangka tidak akan menemui aktres itu lagi meskipun ada satu lagi hukuman yang meletakkan Lind- say di bawah pengawasan yang masih belum selesai.

“Hukuman meletakkan anda di bawah pengawasan berakhir hari ini. Sekarang. Anda tidak perlu datang lagi ke mahkamah,” kata hakim itu. Bagaimanapun, Stephanie memberi amaran kepada Lindsay: “Anda perlu menjalani kehidupan secara lebih matang. “Berhenti ke kelab malam dan tumpukan kepada karier anda. Saya tahu adalah sukar bagi anda untuk berbuat demikian apabila ada saja orang yang mengekori ke mana saja anda pergi. Tetapi itulah kehidupan yang anda pilih.” Lindsay, bintang remaja yang dilapor mempunyai masa depan yang cerah sebelum, terkenal kerana kegemaran berparti dan pembabitannya dalam beberapa kes mahkamah.

Dia dihukum tahanan rumah selama 35 hari Mei lalu sebagai sebahagian daripada tawaran merayu berhubung kes kecurian rantai dari sebuah kedai barang kemas berhampiran kediamannya di Venice Beach.

November lalu, dia menghabiskan masa lima jam dalam penjara berkait dengan kes dadah. - AP

Potong kemaluan


MUMBAI: Seorang wanita India di pinggir bandar Delhi, memotong zakar seorang lelaki yang cuba merogolnya.
Menurut laporan polis, wanita kematian suami yang berusia 37 tahun dan berasal dari Bakhtawarpur, mempertahankan dirinya daripada diperkosa.

Suami mangsa meninggal dunia beberapa tahun lalu dan dia hidup bersendirian sejak itu. Wanita itu juga jarang keluar rumah.

Seorang anggota polis berkata, mangsa mendakwa, suspek, Jeevat, menyerbu masuk ke dalam rumahnya malam semalam dan cuba merogolnya,


Mangsa melawan dan apabila lelaki itu terjatuh, wanita itu meluru ke dapur dan mengambil pisau sambil menjerit meminta tolong sebelum memotong kemaluan penyerangnya.
Beberapa jiran meluru ke rumah mangsa dan seorang daripada mereka menelefon polis.

Jeevat dikejarkan ke hospital Maharaja Harischandra dan keadaannya disahkan stabil.

Bagaimanapun doktor berkata, mereka tidak dapat menyambung semula kemaluan lelaki itu. - Agensi

Kumpulan Eva kembali rakam lagu


KEPADA pengikut muzik dangdut era 90-an tentu masih mengingati nama kumpulan Eva yang meledak dengan lagu Bulan Cinta pada 1996. Demam dangdut yang melanda masyarakat ketika itu menyaksikan album pertama mereka berjudul 1001 Cinta terbitan Ruslan Mamat mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat. Lagu Bulan Cinta pula menjadi siulan ramai.

Ketika itu juga, Eva yang dianggotai oleh Rina, Mim, Linda dan Izzu tidak menang tangan menerima tawaran mengadakan persembahan di seluruh negara. Gaya persembahan dan imej yang tersendiri membuatkan nama mereka jadi sebutan peminat. Populariti yang diraih pernah menenggelamkan penyanyi irama komersial lain.


Bagaimanapun, Eva terpaksa akur populariti mereka tidak bertahan lama.
Dangdut akhirnya menuju penghujung, seterusnya memaksa kumpulan ini dibubarkan dan anggotanya membawa haluan masing-masing. Kini, selepas lebih 10 tahun mendiamkan diri Eva kembali aktif menyanyi.



Percayakan masih ada peminat, mereka berani mengambil risiko apabila tampil merakam dua lagu terbaru menggunakan modal sendiri. Bukan syok sendiri, sebaliknya keputusan ini dibuat selepas mengambil kira pandangan yang diluahkan oleh ramai menerusi laman sosial serta kemunculan mereka menerusi program Tiada Lama Tiada Baharu di TV1, RTM baru-baru ini.

Ketika dijemput menyaksikan proses rakaman vokal mereka di White Noise Studio, Pandan Mewah di bawah kendalian komposer muda Andi A Merican, baru-baru ini, anggota Eva dilihat teruja. Maklumlah sudah lebih satu dekad mereka tidak menjejak kaki ke studio rakaman, sudah tentu berasa kekok. Biarpun sudah menjelang dinihari, mereka sabar menunggu giliran masing-masing.

“Kami merakamkan dua lagu berjudul Kukuhkan Cinta ciptaan Andi dan lirik Eenaz Mokhtar serta lagu Cuma Berbeza ciptaan Andy Kirana. Kalau dulu kami tampil dengan irama dangdut, kali ini berbeza apabila kami muncul dengan irama kontemporari. Lagipun status sebagai isteri dan ibu membuatkan kami tak sesuai lagi menyanyikan lagu dangdut dan bergelek depan peminat,” kata Izzu yang menguruskan kedai dobi di Ukay Perdana, Ampang.

Tambah mereka, biarpun di atas kertas Eva sudah berpecah, hakikatnya hubungan mereka akrab apabila sering berjumpa dan mengadakan aktiviti bersama. Impian untuk kembali ke pentas nyanyian tetap menyala, bahkan mereka pernah merancang untuk buat ‘comeback’ pada 2008, namun tidak kesampaian.

“Lagu-lagu kami masih diputarkan di stesen radio kerana diminta oleh peminat.
Inilah yang membakar semangat kami untuk kembali menyanyi. Kami tetap nak Eva hidup kerana nak membuktikan kepada masyarakat bahawa Eva bukan hanya mampu menyampaikan satu genre lagu, sebaliknya bakat kami versatil,” tambah Mimi pula yang kini bergelar pengurus akaun.

Eva menyedari pemilihan Andi sebagai penerbit album pastinya mengundang persoalan memandangkan kemampuannya belum teruji. Bagaimanapun mereka percaya bakat komposer baru sepertinya tidak boleh dipandang lekeh dan perlu diberi peluang. Apatah lagi, sikap Andi yang sering berkongsi idea dan senang dibawa berbincang memudahkan kerjasama kedua-dua belah pihak.

“Tujuan kami menghasilkan lagu ini sebenarnya untuk menguji pasaran.
Sekiranya diterima, kami merancang untuk tampil dengan lagu lain pula. Kami diperkenalkan dengan Andi menerusi Maya Matahari ketika hadir pada satu program TV. Ketika itu kami bertanyakan kepadanya siapa komposer yang sesuai dan dia mencadangkan nama Andi.

“Sesi fotografi untuk album ini juga dah siap. Kami memang rancang hasilkan produk yang siap kerana mahukan ia menemui peminat pada April nanti. Walaupun lama menyepi, skil nyanyian kami belum berkarat dan mendapat pujian komposer.
Dari segi imej pula, kami cuba tampilkan yang sesuai, tak seksi dan sedap mata memandang. Kami perlu fikir keluarga sebelum buat sesuatu,” kata Izzu lagi.

Dulu lain, sekarang lain. Mereka bergelar artis pada usia belasan tahun. Kini kesemuanya sudah menjangkau pertengahan usia 30-an. Mimi atau nama sebenarnya Mimmi Mazlan kini sudah berusia 36 tahun serta bergelar ibu kepada dua anak, Rina (Yusrina Md Yousoff, 33) kini ibu kepada 3 anak, Izzu (Izzudiawaty Izzudin, 33) kini ibu kepada dua anak dan Linda (Norhaslinda Ishak, 35) ibu kepada empat anak.

Sepakat menolak persoalan negatif mengenai pembabitan semula mereka dalam seni, Eva menegaskan tujuan mereka tidak lain tidak bukan ialah mahu kembali memeriahkan dunia seni tanah air. Tiada isu lain kerana mereka mendapat sokongan keluarga sepenuhnya.

“Lepas keluar Eva, saya bekerja dan tak fikir langsung untuk menyanyi.
Keinginan itu ada, tapi komitmen terhadap keluarga selepas berkahwin membataskan segala-galanya. Namun, kami terus berhubung dan Linda yang banyak nak menggerakkan semula Eva. Akhirnya impian ini jadi kenyataan.

“Kami buat keputusan untuk tukar konsep lagu. Bagaimanapun untuk persembahan, kami masih menyanyikan lagu dangdut. Tapi taklah sampai nak menari berlebihan kerana penampilan saya sendiri bertudung. Alhamdulillah suami dan anak-anak menyokong kerana mereka pun minat hiburan. Cuma, saya perlu pandai jaga kepercayaan yang diberikan,” kata Rina yang bergelar suri rumah sepenuh masa.

Selepas Eva dibubarkan, Linda menceburi bidang kontraktor dan andaman.
Bagaimanapun karier nyanyiannya tidak berhenti apabila dia menyanyi secara solo dalam majlis makan malam.

“Kami aktif semula menyanyi apabila anak-anak sudah besar. Suami saya benarkan saya aktif kerana tahu minat saya dalam nyanyian dengan syarat tanggungjawab terhadap keluarga tak diabaikan. Malah, rakaman lagu ini dibuat pada waktu malam kerana kami tak mahu mencuri masa bersama keluarga,” kata Linda yang berharap Eva kembali diterima peminat seperti dulu.

Suara emas Olivia Newton-John


DI sebalik usia 64 tahun dan suatu ketika hampir menyerah kalah dengan penyakit kanser payudara yang dihadapinya, Olivia Newton-John, membuktikan vokal emasnya tidak pernah hilang.
Mungkin menyedari Tuhan memberikannya peluang untuk hidup dan suara sebagai pengantara untuk terus berkarya sekali gus memotivasi pencinta Olivia agar terus bersemangat menjalani kehidupan biar sehebat manapun dugaannya.

"Ia lagu yang cukup indah. Berkisarkan kesedihan seseorang dan saya percaya semua pernah melalui kedukaan dalam hidup mereka begitu juga saya, apabila 20 tahun lalu dikhabarkan menghidap barah payudara tetapi saya masih mampu hidup dengan penuh gembira dan bahagia sekali.

"Pernah satu ketika saya seperti mahu melupakan nyanyian dan pulang ke Australia tetapi lagu ini mengejutkan saya agar jangan berputus asa," katanya selesai menyanyikan lagu Send In The Clown.
Khamis lalu, bertempat di Arena of Stars, Genting Highlands, Olivia yang membuat kunjungan kali keduanya ke negara ini menghiburkan hampir 4,000 penonton dengan rangkaian lagu hitnya.

Seperti mana dijanjikan, konsert berkenaan adalah satu 'peta' perjalanan sejarah karier muziknya bermula dengan hit 'country' sehinggalah membawa peminat mengembara ke dunia muzikal Grease, Xanadu dan Physical!

Bagi generasi yang asing akan latar belakang Olivia, suaranya suatu ketika dulu pernah menakluk dunia dengan lagu-lagu yang menduduki carta teratas muzik sepanjang zaman seperti Hopelessly Devoted to You, You're The One That I Want, Have You Ever Been Mellow , Magic, Guilty, I Honestly Love You, Summer Nights dan Physical.

Persembahan beliau dalam Grease, salah satu daripada 10 filem muzikal yang paling popular dalam sejarah industri perfileman, bersama John Travolta juga menaikkan statusnya sebagai ikon filem yang sehingga kini masih aktif di atas pentas dan layar perak.

Keseriusannya sebagai penyanyi dan pelakon, meraih pelbagai anugerah termasuk empat anugerah Grammy dan pingat O.B.E daripada Ratu Elizabeth.

Terus saja pada pengisian konsert, tirai persembahan dibuka tepat jam 8.45 dan bintang filem muzikal Grease itu melontarkan vokal nyaringnya menerusi lagu baru, Pearls On A Chain dan Have You Ever Been Mellow.

"Selamat petang, 'am i right'?," kata Olivia cuba berbahasa Melayu.

Menyambung ucapannya, "Sepanjang 40 tahun menjadi artis rakaman di mana bermula ketika tadika lagi (berseloroh) saya melalui kehidupan yang sangat mengagumkan dan berasa terharu kerana sampai sekarang lagu-lagu saya masih diminati selain terus diberi kesempatan membuat persembahan seperti malam ini".

Olivia terus membuai perasaan peminat dengan menyampaikan lagu Sand, antara hit terawal melonjakkan namanya sebelum membawa peminat mengembara ke era 1980, di mana ketika itu filem Xanadu mencetuskan fenomenanya.

Xanadu adalah filem muzikal fantasi romantik ditulis oleh Marc Reid Rubel dan diarahkan oleh Robert Greenwald. Ia memuatkan hit seperti Magic, Xanadu dan Suddenly duet bersama Cliff Richard. Bagaimanapun untuk persembahannya di Are Of Stars, Suddenly dinyanyikan Olivia bersama penyanyi latarnya.

Mengimbas sejarah karier nyanyiannya, sebelum dikenali sebagai penyanyi pop, Olivia terlebih dulu mencipta nama sebagai penyanyi Country.

"Saya dilahirkan Australia tetapi di besarkan di England. Sebelum dikenali sebagai penyanyi pop saya adalah penyanyi 'country'. Sepanjang pembikinan album 'country' saya banyak bekerjasama dengan produser Bob Dylan dan If Not For You, lagu yang melonjakkan nama saya dan melaluinya saya menerima pelbagai pengiktirafan," katanya.

Menjadi kemestian dalam persembahan, tidak hanya If Not For You saja disampaikan Olivia turut memperdengarkan rangkaian lagu 'country' seperti Let Me Be There dan If You Love Me, Let Me Know yang pernah dirakamkan penghibur terkenal Anita Sarawak.

Diikuti Please Mr Please yang pernah menjadi 'cover version' penyanyi kelahiran Singapura, Rahimah Rahim. Arena Of Stars semakin rancak bergema apabila Olivia mendendangkan lagu Country Road seterusnya penonton bersiri untuk menyanyikan lagu Physical bersama-sama.

Physical yang diterbitkan pada tahun 1981 pernah diharamkan penayangannya di Malaysia kerana video klip lagu itu dikatakan mengeksploitasikan unsur-unsur seks.

Seiring kematangan usia dan pengalaman, Olivia yang dulunya dikenali sebagai penyanyi lincah kini lebih mengutamakan lirik yang berbentuk motivasi. Salah satu lagu barunya yang disampaikan adalah Grace and Gratitude dipetik daripada album Grace and Gratitude: Renewed.

Seterusnya, dia menghiburkan pula peminat dengan lagu Don't Stop Believin yang dirakamkan pada 1977. Diikuti medley lagu klasik diberi nafas segar menerusi filem baru dibintanginya, Few Best Men. Dua lagu yang disampaikan itu adalah Mickey dan Sugar Sugar Honey Honey.

70 minit berlalu, akhirnya penantian penonton untuk mendengar vokal merdu Olivia mengalunkan lagu di petik dari filem Grease berakhir. Dia menyanyikan lagu You're The One That I Want pernah di duet bersama pasangan heronya, John Travolta' menerusi filem muzikal diterbitkan pada 1978 itu.

"Grease adalah bahagian yang cukup besar dalam sejarah karier seni saya sebagai penyanyi dan pelakon. Berpasangan dengan John Travolta, filem itu menjadi fenomena dan kehebatannya diperkatakan di seluruh dunia.

"Saya masih ingat, setiap kali mengadakan temubual ramai yang bertanya bagaimana saya melakonkan babak bercium dengan John Travolta dan saya menjawab ia berlarutan sehingga ke luar set... (ketawa)," katanya.

Semakin menghampiri penghujung konsert, semakin kuat Olivia mengimbau peminatnya dengan lagu yang pernah meninggalkan kesan di hati mereka seperti Hopelessly Devoted To You dan We Go Together.

I Honestly Love You yang ditulis oleh mendiang, Peter Allen, dipilih sebagai lagu penutup selepas 1 jam 30 minit membawa penonton mengembara, menyaksikan kelincahannya, merasai keindahan vokalnya yang masih unggul dan sehebat dulu.

"I Honestly Love you juga lagu yang penting buat saya. Lagu ini saya nyanyian di mana saja tempat saya membuat persembahan dan setiap kali ini saya menemui pelbagai keindahan melaluinya," katanya.

Persembahan Olivia malam itu, diiring lima pemuzik dan dua penyanyi latar yang diketuai oleh pengarah muzik, Andy Timmons.

Sebelum kemunculan Olivia di pentas, Farhan diberi penghormatan membuat persembahan pembukaan. Penyanyi berwajah manis itu menyampaikan rangkaian lagu seperti The Greatest Of Love dipopularkan oleh mendiang Whitney Houston dan hit, Still Got The Blues.

Vanessa konflik baru

pix_middle
MISTERI dan penuh strategi. Awalnya senyum namun perlahan-lahan watak jahat dan emosi keliru disuntik hingga mampu mengundang rasa cemas dan marah kepada penonton. Bunyinya mudah, namun untuk menghidupkan karakter sebegitu, hanya si pemilik wajah jelita ini saja punya jawapannya.

Bintang terkenal juga bekas Ratu Cantik Amerika Syarikat kulit hitam pertama dua dekad lalu, Vanessa Williams sedia memikul tanggungjawab barunya untuk menggalas watak Renee Perry dalam siri popular, Desperate Housewives musim kelapan yang kini sedang hangat ditayangkan di 8TV.

Mengakui Renee membawa tekanan buatnya, tetapi itulah cabarannya. Namun ini bukanlah baru buatnya kerana bakat lakonannya sudah pun menemui peminat sejak musim ketujuh yang lalu lagi. Bezanya kali ini, wataknya makin rumit.

Vanessa yang sebelum ini sudah terbukti dengan lakonan hebatnya dalam beberapa filem dan drama siri percaya kemunculannya dalam drama siri sentuhan Marc Cherry ini mampu memberikan kelainan dan warna baru selepas ia puas menghiburkan peminat sebanyak enam musim terdahulu.


Jelasnya, Desperate Housewives bukan lagi sebuah drama siri sebaliknya ia bagai jalur kehidupan yang memberikan pengalaman tersendiri kepada setiap pemegang watak terutama dirinya yang dianggap keluarga baru.

“Soal lakonan dan cabaran menghidupkan sesebuah watak bukan lagi menjadi masalah kerana pengalaman sebelum ini saya jadikan rujukan. Namun berbeza kali ini, Desperate Housewives memang terkenal dengan setiap watak yang dibangunkan punya kekuatan masing-masing. Bukan saja pada karakter dan sikap, malah emosi turut ditekankan pada setiap pelakon perlu bijak bermain ekspresi wajah untuk mencerminkan elemen komedi.

“Awal meneliti skrip dan memahami pembangunan watak, saya sudah dapat membayangkan keistimewaan watak ini. Mana tidaknya, selepas bermusim-musim drama siri meletak fokus pada empat watak wanita, musim ketujuh dan kelapan ini Renee pula dihidupkan untuk menambahkan lagi konflik.

“Menariknya mengenai produksi ini, ia bagaikan sebuah keluarga dan kehidupan yang realistik di kawasan Wisteria Lane. Bertahun-tahun memegang watak dan berkampung di lokasi yang sama, mereka sudah sebati dengan suasana sebenar drama siri ini. Saya sebagai keluarga baru harus mengikut rentak mereka.
Sepanjang dua musim penggambaran, saya sudah sayang dengan apa yang kami ada setiap hari di lokasi.

“Saya seronok berada bersama keluarga Desperate Housewives yang saya sifatkan penuh warna, cerita dan jiwa,” katanya dalam satu temubual bersama media antarabangsa baru-baru ini.

Konflik dan kemelut yang diterjemah dalam drama siri popular ini bagai tidak pernah berakhir.

Ada saja drama yang ditimbulkan namun setiap satunya disuntik kemas hingga mampu memancing selera peminat untuk terus melekat menonton ke akhir.

Selepas menerima pelbagai pengiktirafan dan anugerah, peminat seluruh dunia sudah sinonim dengan watak-watak utamanya termasuk Teri Hatcher sebagai Susan Delfino, Felicity Huffman (Lynette Scavo), Marcia Cross (Bree Van de Kamp) dan bintang jelita, Eva Longoria yang cukup comel melakonkan watak Gabrielle Solis (Gaby).

Kali ini, Renee pula diadun sama untuk memberikan lebih warna kepada
persahabatan wanita-wanita di Wisteria Lane.

“Awal ketika Renee diperkenalkan berpindah ke Wisteria Lane, dia seorang wanita yang kaya-raya namun tidak pernah sensitif terhadap sekelilingnya.
Selain suka bermegah dengan kemewahan dan kecantikannya, Renee acap kali menimbulkan kekeliruan di kalangan kejiranannya dengan sikap misteri.

“Namun lama-kelamaan dia mula menunjukkan sikap baiknya. Cakapnya lembut, sentiasa optimis dan menjadi pendengar yang baik kepada teman dan jiran yang datang meluahkan rasa. Mulanya dia langsung tidak menyukai kanak-kanak, namun kerana punya strategi dan niat misterinya, Renee bersikap sebaliknya dan ingin memiliki anak sendiri.

“Kebetulan, Renee adalah kawan kolej kepada Lynette. Jadi mereka menjadi akrab bersama dan sekali gus wataknya menguatkan lagi hubungan wanita-wanita
di Wisteria Lane.

“Musim kelapan pula watak Renee dikembangkan lagi untuk menjadi ‘penambah rasa’ kepada keseluruhan plot ceritanya. Macam-macam lagi insiden dan keadaan yang berlaku membabitkan Renee. Namun saya seronok dengan apa yang diberikan dan pastinya peminat akan terhibur dengan apa yang ditampilkan,” katanya.

Vanessa yang kini sudah menjengah usia 49 tahun masih tampak anggun melakonkan watak Renee.

Pelakon yang juga penyanyi terkenal dengan lapan album sebelum ini termasuk Next, Silver & Gold, Everlasting Love dan The Real Thing ini hanya mengharapkan apa yang ditampilkan akan menyumbang impak buat penonton setianya.

Musim ini dimulakan dengan kemunculan Susan, Gaby, Bree, Lynette dan Carlos yang cuba mengebumikan mayat bapa tiri Gaby secara rahsia.

Bapa Tiri Gaby dibunuh oleh Carlos kerana ingin melindungi isterinya akan tetapi perasaan bersalah pasti menyelubungi setiap individu dengan cara yang berbeza.

Susan mula mengasingkan diri dari kawan-kawan dan keluarganya sementara Gaby mencuba menenangkan Carlos yang dihantui perasaan bersalah.

Lynette dan Tom pula menghadapi kesukaran melayari bahtera perkahwinan mereka dan Bree pula menemui jejaka idamannya, Detektif Chuck Vance.

Musim terbaru ini menampilkan Ben Faulkner yang bakal menyerikan lagi kehidupan mereka di Wisteria Lane. Mary Alice melihat dirinya lebih bernilai kerana berkongsi rahsia dan membongkar rahsia di sebalik kehidupan setiap suri rumah ini.

Saksikan kesudahan siri popular musim kelapan ini setiap Selasa jam 10.30 malam di 8TV atau saluran Astro 708. Penonton juga boleh menonton cerita kegemaran anda di laman sesawang www.8tv.com.my / www.tonton.com.my atau ikuti kami di www.facebook.com/8TVfb, www.twitter.com/8tv dan www.youtube.com/8tvaddicts.

Lembu berkaki enam hidup normal


ANAK lembu berkaki enam, Lilli di Weissenburg, Switzerland kelmarin.


GENEVA - Seekor anak lembu betina berkaki enam menyangkal ramalan doktor haiwan bahawa ia tidak akan dapat hidup lama.

Lilli yang kini berusia tujuh minggu menjadi selebriti di Switzerland selepas media tempatan menyiarkan gambar ia bermain-main di padang
Petani, Andreas Knutti dari Weissenburg yang terletak 30 kilometer ke selatan ibu kota Switzerland, Bern memberitahu, dia tidak sampai hati untuk menghapuskan anak lembu peliharaannya kerana ia bersemangat untuk hidup.

Dia memberitahu akhbar tempatan, Blick kelmarin bahawa kecacatan tulang belakang menyebabkan Lilly tidak dapat mengeluarkan susu seperti lembu susu lain.
Namun, kata Knutti, jika anak lembu itu kekal sihat, ia akan dibenarkan menyertai lembu-lembu lain di padang ragut pergunungan Alpine pada musim panas ini. - AGENSI

Bawah 18 tahun dilarang tonton konsert Lady Gaga


SEOUL – Rakyat Korea Selatan berusia di bawah 18 tahun dilarang menonton konsert bintang pop Amerika Syarikat, Lady Gaga ekoran ia didapati tidak sesuai untuk peminat remaja, kata pihak penganjur semalam.

Lady Gaga, 26, bakal memulakan konsert jelajah ketiganya, The Born This Way Ball, pada 27 April di Stadium Olimpik di sini.

Pada permulaannya, penonton berusia 12 tahun ke atas dibenarkan menonton konsert Lady Gaga.
Namun, menurut pihak penganjur, Hyundai Card, sebuah badan pengawasan negara itu, Lembaga Penarafan Media Korea meningkatkan had umur penonton.
“Syarikat kami akan menghormati keputusan lembaga pengawas ini dan mengembalikan wang pemegang tiket yang berusia 18 tahun ke bawah,” kata seorang pegawai Hyundai Card.

Konsert Lady Gaga di negara berkenaan ditentang beberapa pertubuhan agama Korea Selatan ekoran penyanyi lagu Poker Face itu didakwa menyokong homoseksual selain gaya persembahannya yang dianggap lucah.
“Komuniti Kristian kami perlukan tindakan bersepadu bagi mengelakkan golongan muda daripada dijangkiti penyakit homoseksual dan pornografi (yang dibawa oleh Lady Gaga),” kata Persatuan Perhubungan Gereja Korea dalam satu kenyataan.

Penyanyi berkenaan dijangka mengadakan 110 konsert tahun ini ekoran kejayaan lagu popularnya, Born This Way.

Bintang luar biasa itu yang mempunyai hampir 22 juta pengikut di laman sosial Twitter akan memulakan konsert jelajah dunianya di sini.
Dia kemudiannya akan mengadakan persembahan di Hong Kong, Jepun, Singapura, New Zealand dan Australia.
– AFP

Replika Titanoboa dipamer kepada orang ramai


ORANG ramai melihat replika ular raksaksa Titanoboa.


WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Sebuah replika ular prasejarah raksaksa sepanjang sebuah bas sekolah dipamerkan kepada orang ramai di sini semalam.

Titanoboa ialah ular prasejarah terbesar di dunia dengan memiliki panjang sekitar 16 meter.
Reptilia pemangsa itu dipamerkan di Muzium Nasional Sejarah Semulajadi bersama haiwan bertulang belakang lain hingga Januari 2013.

Fosil Titanoboa pertama kali ditemui di sebuah lombong arang batu di Colombia pada 2004.
"Ular ini ini menjadi bukti betapa ajaibnya alam semula jadi," kata seorang saintis yang turut membantu membuat penemuan tersebut, Carlos Jaramillo.

Menurutnya, ular itu memiliki berat lebih 1,000 kilogram.
Ia ditemui berhampiran beberapa fosil pokok, penyu gergasi sebesar meja makan dan haiwan lain yang dipercayai berusia lebih 60 juta tahun dahulu iaitu era selepas kewujudan dinosaur. - AGENSI

Jenazah Raja Ashman disemadi


NORAINI JANE menyiram air mawar ke atas pusara Raja Ashman Shah sambil diperhatikan Sultan Azlan Shah (duduk dua dari kanan), Tuanku Bainun (duduk kanan) dan Raja Nazrin Shah (duduk kiri) di Makam Diraja Kuala Kangsar semalam.


KUALA KANGSAR - Jenazah Datuk Seri Raja Ashman Shah, 54, (gambar kecil) anakanda Sultan Perak, Sultan Azlan Shah selamat disemadikan di Makam Diraja Kuala Kangsar di sini petang semalam.

Kerabat Diraja, orang kenamaan dan rakyat jelata mula membanjiri pekarangan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan di sini seawal pukul 4 petang.

Jenazah Raja Ashman Shah tiba di Masjid Ubudiah dengan pedati khas Seraja Diraja berwarna kuning pada pukul 6.40 petang untuk disembahyangkan.

Selepas disembahyangkan, jenazah dibawa ke Makam Diraja yang terletak bersebelahan masjid tersebut untuk istiadat pemakaman.

Talkin dan doa kemudian dibacakan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Lagu Bawaku Pergi digantung siaran


KUALA LUMPUR - Pencipta dan penulis lirik lagu Bawaku Pergi, Malique mengesahkan bahawa lagu berkenaan sudah digantung siarannya ekoran liriknya yang kontroversi.

Dalam satu kenyataan kepada media semalam, beliau yang mewakili syarikat penerbitan lagu tersebut iaitu Qarma Musiq memaklumkan, penyanyi lagu berkenaan iaitu pelawak Zizan Raja Lawak telah menerima sepucuk surat mengenai perkara itu daripada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan pagi semalam.

"Kami mahu menuntut keadilan dan pertimbangan yang jelas terhadap tindakan untuk menghentikan seketika penyiaran lagu tersebut," katanya.

Tujuh penyamun kondo tumpas



MOHMAD (kiri) menunjukkan barang-barang yang dirampas daripada tujuh penyamun di kondominium mewah pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Angkara silap memilih kondominium untuk disamun, kegiatan tujuh penjenayah termasuk dua wanita yang sebelum ini aktif melakukan jenayah berakhir apabila mereka ditahan dalam dua serbuan di ibu negara dan Klang baru-baru ini.

Dalam serbuan pertama pada pukul 9 pagi, 16 Mac lalu, polis menahan empat lelaki dan seorang wanita di sebuah rumah dekat Taman Berkelay, Klang.

Serbuan kedua pada pukul 12.30 tengah hari 21 Mac lalu pula, polis menahan dua lagi suspek termasuk seorang wanita.

Tangkapan ketujuh-tujuh suspek itu dilakukan selepas polis menerima laporan pecah rumah melibatkan sebuah unit kondominium mewah di Mont Kiara di sini pada pukul 6.30 petang 11 Mac lalu.

Olla Ramlan nekad buang tatu


OLLA RAMLAN 

 
AKTRES seksi Olla Ramlan nekad untuk membuang kesemua tatu yang terdapat pada seluruh tubuhnya. Dia mengukir semua tatu berkenaan sewaktu menjadi isteri kepada Alex Tian.

Menurut Olla, keputusan yang dibuat untuk membuang kesemua 23 buah tatu yang terdapat pada tubuhnya itu setelah melakukan perbincangan dengan bakal suaminya iaitu Muhammad Aufar Hutapea.

"Saya tahu kesakitan yang bakal dirasai apabila menjalani proses untuk menghilangkan tatu dengan menggunakan laser.

Namun, saya tetap dengan keputusan untuk membuang semua tatu itu dan berharap semuanya berjalan dengan lancar," ujarnya.

Ketika ditemui wartawan sewaktu berlangsungnya acara Panasonic Gobel Award di Djakarta Theater, Jakarta pada Selasa lalu, Olla memberitahu, proses membuang tatu berkenaan terpaksa mengambil masa selama dua bulan.

Sementara itu, Aufar yang turut berada di samping Olla pada majlis tersebut menyatakan dia tidak pernah bercadang untuk mengukir tatu nama Olla pada tubuhya.
 

Tisha diberi tempoh 48 jam


TISHA sememangnya sebelum ini berada dalam senarai pendek protege pilihan Ferhad.
 
PROGRAM realiti Mentor 6 yang memulakan saingan pada Ahad lalu menyaksikan tiga protege Kumpulan A iaitu Ana Syuhada Noor Asram (protege Ramlah Ram), Anas Ridzuan (protege Faizal Tahir) dan Shanorbiah Shamsir Alam (protege Ferhad) tampil membuat persembahan.

Bagaimanapun, salah seorang peserta yang menjadi tumpuan ramai pastinya Shanorbiah atau lebih dikenali sebagai Tisha yang merupakan peserta bidan terjun apabila menggantikan protege asas Ferhad iaitu Salwani Sawi atau Wanie yang terpaksa menarik diri pada saat akhir.

Mempersembahkan dua buah lagu iaitu Kaulah Segalanya dan Rindu Bayangan, Tisha mengakui ia merupakan satu cabaran yang besar kerana mempunyai masa yang cukup singkat untuk membuat persiapan.

“Pada hari Khamis iaitu tiga hari sebelum konsert mingguan Mentor 6) berlangsung, saya telah mendapat panggilan daripada pihak TV3 meminta saya menggantikan Wanie yang menarik diri. Kemudian pada keesokan harinya, saya terus bertolak dari Kota Bharu, Kelantan ke Kuala Lumpur.
“Apabila turun sahaja dari kapal terbang, saya terus dibawa ke Sri Pentas TV3 di Petaling Jaya dan bertemu dengan Ferhad. Selepas itu kami terus berlatih dan saya hanya mempunyai masa 48 jam untuk menghafal lirik lagu dan menentukan bentuk persembahan,” ujarnya.

Menurut Tisha, biarpun berasa sedikit tekanan kerana masa yang dimiliki cukup terhad untuk membuat persiapan berbanding dua orang lagi protege kumpulan A, namun dia tetap gembira kerana masih mampu membuat persembahan yang baik.

Ujarnya, walaupun pernah menyertai program realiti TV anjuran ntv7, Audition sebelum ini, namun peluang menyertai Mentor 6 akan dijadikan platform buat dirinya untuk bergelar sebagai penyanyi.
“Sudah tentu peluang kedua yang diberikan ini akan digunakan dengan sebaik-baiknya. Mendapat bimbingan daripada penyanyi hebat seperti Ferhad, saya yakin banyak ilmu dan pengalaman yang boleh saya pelajari,” tuturnya.

Mengulas mengenai pemilihan Tisha sebagai pengganti Wanie, Ferhad memberitahu, Tisha sememangnya sudah berada dalam senarai pendek pilihannya.

Ujar Ferhad, sebelum ini dia memilih Wanie sebagai protege kerana keunikan vokalnya, manakala protege baharunya itu pula dilihat memiliki pakej lengkap untuk bergelar sebagai seorang penyanyi.
“Pada mulanya saya agak gementar dan faham dengan tekanan yang terpaksa dilalui oleh Tisha. Bagaimanapun, dengan persembahan yang ditampilkan, saya yakin dia mampu untuk pergi lebih jauh dalam program ini,” kata Ferhad.

Konsert Mentor 6 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam pada minggu lalu menyaksikan Anas berjaya mengatasi Ana Syuhada dan Tisha dengan peratusan undian tertinggi untuk minggu pertama.

Anas yang mempersembahkan lagu Kau Di Hatiku mendapat undian sebanyak 79 peratus, manakala Tisha berada di tempat kedua dengan 55 peratus dan Ana Syuhada sekadar memperoleh 51 peratus.

Tahap keyakinan
Sementara itu, salah seorang juri tetap iaitu Datuk Sharifah Aini atau Kak Pah berkata, dia sangat berpuas hati dengan persembahan Anas, Tisha dan Ana Syuhada dilihat tidak terlalu terikut-ikut dengan gaya mentor masing-masing.

Jelasnya, memandangkan saingan baru sahaja bermula masih ada lagi beberapa kelemahan yang boleh diperbaiki dan beliau yakin persembahan ketiga-tiga protege akan menjadi lebih bagus pada saingan yang seterusnya.
“Saya tidak nafikan mereka telah membuat persembahan yang cukup menghiburkan, cuma tahap keyakinan diri mereka masih lagi belum memuaskan. Namun, saya percaya masalah sebegini boleh diatasi dengan bantuan mentor mereka.
“Mengenai persembahan pula, saya dapati tiada protege yang menyanyi sumbang atau lupa lirik. Saya harap ia dapat terus dikekalkan pada persembahan yang akan datang,” ujarnya.

Pada masa yang sama, Kak Pah turut memuji Tisha yang mampu menghadapi segala tekanan dengan persembahan yang menarik, meskipun menjadi peserta bidan terjun dan hanya mempunyai masa yang terhad untuk membuat persiapan.

Malique, Zizan jawab isu Bawaku Pergi


MALIQUE 


KONTROVERSI lagu duet Zizan Raja Lawak dan Kaka, Bawaku Pergi sudah sampai ke kemuncaknya apabila Zizan dikatakan sudah menerima surat daripada pihak Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan semalam yang mahu lagu itu dihentikan sementara siarannya.

Pada tahun 1998, saya menulis lagu Pergi Jauh untuk isteri saya. Lagu itu berkisar kisah kami yang berangan-angan untuk pergi bercuti di tepi pantai Bali, Indonesia. Kemudian, pada tahun 2012 pula, saya menulis lagu Bawaku Pergi sebagai susulan kepada lagu Pergi Jauh. Lagu ini berkisar mengenai kehidupan saya yang setelah beberapa tahun berkahwin tapi masih sibuk dengan kerja dan jarang-jarang dapat pulang bersama dengan isteri.

Lagu ini dicipta dari sudut pandangan seorang isteri untuk suaminya. Sang isteri berangan-angan mahu bercuti ke Tibet atau Nepal sebagai tempat berbulan madu. Kerana itulah datangnya ayat, 'puncak dunia kita duga'. Setiap orang yang mempunyai asas geografi, akan tahu yang puncak dunia adalah di Himalaya. Di situ jugalah wujudnya haiwan mitos Yeti yang dikatakan mendiami tanah tinggi di situ.

Pada asalnya, lagu Bawaku Pergi adalah lagu Ella berkolaborasi dengan saya, tetapi diberikan kepada Kaka dan Zizan atas permintaan Zizan sendiri. Dia menyukai lagu tersebut dan tiada timbul persoalan langsung tentang niat lagu tersebut.
Jika lagu ini diharamkan, tanpa disoal, tanpa dibicara, saya menuntut keadilan daripada pihak berkuasa yang telah menidakkan hak dan kebebasan saya untuk bersuara. Orang yang patut diharamkan adalah orang yang mengusul perkara ini. Jangan senang-senang nak haramkan sesuatu dan menutup periuk nasi orang lain.

ZIZAN RAJA LAWAK atau nama sebenarnya, Zizan Razak ketika dihubungi Kosmo! semalam bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kontrovesi lagu tersebut.
Katanya: “Saya minya maaf kepada semua pihak. Saya menghormati pendirian Warner Music untuk tidak masuk campur dalam hal ini.”

Sehubungan itu, Kosmo! menyiarkan sedutan temu bual bersama Zizan sewaktu majlis pratonton filem terbaharu lakonan Zizan, Jangan Pandang-Pandang di TVG Taman Shamelin Perkasa, Cheras, Kuala Lumpurpada Rabu lepas.
Kosmo!: Zizan, lagu Bawaku Pergi telah mengundang spekulasi di Internet dan di kalangan umum dengan dakwaan bahawa ia sebuah lagu yang mendorong remaja untuk lari rumah bersama kekasih. Boleh komen?

ZIZAN: Saya rasa orang Malaysia tidaklah sebodoh itu untuk lari dari rumah hanya kerana mendengar sebuah lagu. Kalau awak sendiri dengar lagu ini, adakah ia akan pengaruhi awak untuk lari dari rumah?
Pihak yang mendakwa lagu ini sebegitu (mendorong remaja lari dari rumah dengan kekasih) bermula dengan persoalan yang telah menjadi satu kenyataan. Akhirnya kenyataan itulah yang dikeluarkan.
Mungkin itu yang menjadi masalahnya. Mungkin ada orang yang cuba menjatuhkan atau mungkin ada orang yang sekadar bertanya tentang impak lagu ini. Namun, saya tidak salahkan mereka kerana perkara ini boleh tercetus dengan apa cara sekali pun.

Zizan rasa mungkin ada masalah pada lirik Bawaku Pergi?
Pada saya tidak timbul sebarang masalah kerana semasa kami mencipta lagu itu. Ia dicipta dengan ikhlas untuk pendengar rasa enjoy dan fun. Bukan kami ingin susahkan sesiapa dan lagu ini juga telah ditapis sebelum disiarkan di radio. Jadi ia tidak salah.

Jika mahu dikatakan, orang Malaysia memang begitu. Banyak produksi TV atau filem, sebagai contoh, filem KL Drift, tiada pula orang ramai membuat drift sesuka hati di atas jalan raya selepas menonton filem itu.
Kenapa kerana hanya lagu ini mahu digembar-gemburkan berkait dengan isu menggalakkan remaja lari dari rumah dengan kekasih. Lagu itu pun hanya kebetulan sahaja. Pada saya, janganlah doakan perkara buruk pada karya yang baik dan cuba untuk jatuhkan orang.

Jadi adakah Zizan rasa ada pihak yang cuba menjatuhkan Zizan? Ini kerana bukan semua orang suka dan minat pada seseorang artis itu. Ada juga yang tidak menyukai Zizan.
Sudah semestinya. Perkara itu tidak mustahil bagi saya. Mungkin perkara itu datang dari saya juga. Orang tidak suka atau suka, perkara yang memang tidak boleh hilang. Kita hidup di dunia ini, pasti ada baik dan buruknya. Ada yang suka dan tidak. Ada kontranya. Bagi saya perkara itu memang akan wujud.

Mungkin awak ada nasihat atau apa-apa kata untuk orang yang suka membuat tuduhan sebegitu?
Saya tiada apa-apa yang mahu dikata kepada mereka. Masing-masing ada pendapat dan kita tidak boleh mengubah pemikiran orang. Pada saya, tidak mengapa dan saya akan menjawab apa yang mampu saya jawab sahaja.
 

Serap jiwa Marilyn Monroe



KETIKA artikel ini ditulis, Katharine Hope McPhee sedang berada di Burkina Faso, Afrika untuk menghulurkan sumbangan kepada sebuah sekolah di situ melalui persatuan kebajikan yang ditubuhkannya, McPhee Outreach.

Dalam pada itu, menerusi laman sosial Twitter miliknya itu pada awal minggu ini, Katharine, 28, memaklumkan bahawa produksi televisyen lakonannya, Smash sudah hampir tamat penggambarannya.

Ungkapnya dalam Twitter tersebut: "Selamat malam semua, sudah hampir pukul 5.30 pagi. Tinggal baki enam hari lagi untuk menyudahkan penggambaran Smash musim pertama."

Wataknya dalam drama muzikal itu adalah sebagai Karen Cartwright iaitu seorang wanita yang bercita-cita tinggi dan bekerja keras untuk mencapai sukses dalam dunia pementasan teater pastinya mencetuskan pesona baharu buat bekas peserta program realiti American Idol itu.

Mana tidaknya menerusi Smash, Katharine turut mengadaptasi perwatakan bintang legenda Hollywood, mendiang Marilyn Monroe dalam konsep dan jalan cerita yang lebih terkini dan segar menerusi naskhah terbitan produser tersohor Steven Spielberg!

Saya dan Megan (Hilty) akan menjadi rakan karib pada waktu-waktu tertentu tapi akhirnya berkelahi jua," cerita Katharine mengenai gandingannya dalam Smash, Megan Hilty yang melakonkan karakter Ivy Lynn.

Celah Megan itu sewaktu sesi temu bual bersama media antarabangsa baru-baru ini: "Itulah yang saya suka! Kami menikmati momen menarik sepanjang pembikinan muzikal ini."
Smash memaparkan kisah perjalanan dan usaha gigih penghasilan sebuah muzikal Broadway. Ia bermula apabila sepasukan penulis lirik lagu mahu menghasilkan sebuah pementasan muzikal berpandukan kehidupan Marilyn Monroe.

Pasti ada sesuatu yang menarik untuk Katharine sementelah Smash merupakan lakonan pertamanya untuk sebuah naskhah Broadway.

"Sebuah pengembaraan yang sangat jauh sebelum saya menyertai American Idol sehingga berada di kedudukan saya sekarang.

"Penat lelah yang saya alami selepas tamat rancangan realiti nyanyian itu membantu saya membentuk sebuah acuan karakter yang saya realisasikan sekarang ini.
"Saya akui memang saya tidak pernah ada pengalaman berlakon dalam sebarang pementasan Broadway melainkan pernah ke sekolah teater suatu ketika dulu. Smash nyata menghidupkan kembali impian saya untuk berlakon di Broadway suatu masa dulu," ujar naib juara American Idol musim kelima itu.

Steven Spielberg
Perjalanan yang seakan-akan mirip kisah realiti dirinya sewaktu menyertai American Idol pada tahun 2006 dibentuk menerusi karakter lakonannya dalam Smash.
Katharine tidak membantah andai platform itu menonjolkan namanya untuk diteropong para pengarah Hollywood. Ini kerana sebelum menyertai American Idol 5, dia pernah menceburi dunia lakonan.

KATHARINE MCPHEE dalam jelmaan watak Karen Cartwright khusus untuk drama muzikal bersiri televisyen, Smash.


Buktinya pada 2005, dia pernah membintangi sebuah siri terbitan MTV berjudul, You Are Here. Malangnya, siri tersebut tidak pernah ditayangkan.
"Walaupun saya tidak bergelar juara American Idol tapi saya masih dibayangi sebagai seorang selebriti yang muncul daripada program itu.
"Bagi sesetengah orang, ia kelihatan seperti sebuah roket yang menjadi pemacu terbaik untuk sampai ke bulan.

"Perjalanan saya sebenarnya lebih menarik, saya menyelusuri bukit bukau, lembah dan lurah. Segala kekecewaan dan pergorbanan yang saya lalui dalam percubaan saya untuk menjadi seorang pelakon (sebelum menyertai American Idol 5) telah menyediakan (kekuatan) saya untuk masa sekarang," getusnya.

Bekerjasama dengan nama besar industri perfileman Hollywood, Steven Spielberg sudah tentu pengalaman paling menarik buat Katharine.
Bukan calang-calang individu mampu memenuhi kehendak Spielberg untuk dipilih berlakon dalam naskhah terbitannya.

Bak kata Katharine, pertemuannya dengan Spielberg sewaktu sesi uji bakat Smash adalah antara detik terindah dirinya sepanjang bergelar seorang pelakon.
"Saya sangat teruja dan tidak henti-henti bercakap sewaktu pertemuan sulung dengannya (Spielberg).

Dia sangat menarik orangnya dan ketika itu dia hanya mendengar setiap yang saya ucapkan.
"Salah satu sebab dia menerima saya mungkin kerana dia melihat watak Karen Cartwright dalam diri saya. Bagi saya, pertemuan dengannya adalah momen terindah dalam karier saya," ceritanya yang sebelum ini pernah membintangi filem The House of Bunny pada tahun 2008 dan Shark Night 3D(2010).
Simbol seks
KAWAN DAN LAWAN. Katharine (kiri) bersama gandingannya daam siri televisyen Smash, Megan Hilty.
 
Sukar barangkali untuk seorang aktres yang dilahirkan selepas zaman kegemilangan Marilyn Monroe untuk menyerap jiwa Broadway wanita berambut perang itu.

Hal ini diakui sendiri oleh Katharine yang terpaksa mendalami perihal kehidupan Marilyn Monroe dan menonton lebih banyak naskhah lakonan pelakon popular era 50-an itu.
"Saya membesar dengan tanggapan bahawa ia sesuatu yang biasa apabila ramai yang memuja wanita berambut perang seperti Marilyn Monroe, jadi saya langsung tidak ambil pusing tentang siapa itu Marilyn Monroe.

"Sehinggalah saya terbaca sebuah biografi Arthur Miller sewaktu di kolej. Ia menceritakan tentang huru-hara dalam perkahwinannya bersama Marilyn dan mengenai filem yang ditulis olehnya untuk Marilyn, The Misfits.

"Oleh itu, saya sangat tertarik lantas menontonnya, serta-merta saya jatuh cinta dengannya," tuturnya membuka cerita.

Saya tidak pernah sekali pun menonton filem lakonan Marilyn sewaktu zaman kanak-kanaknya, kerana bagi Katharine dia bukan membesar dengan wanita yang sering dijadikan simbol seks itu.
"Saya tidak pernah menonton filem Marilyn sewaktu zaman kanak-kanak melainkan filem-filem seperti The Sound of Music dan Singin' in the Rain.
"Ibu dan bapa saya membesar bersamanya (Marilyn) dan kini sudah tiba giliran saya untuk mula menonton filem-filem lakonannya lebih kerap dan membaca kisah-kisahnya," tegasnya.

Ujarnya lagi, dia diberikan peranan menyanyikan lagu Happy Birthday, Mr. President sewaktu sesi uji bakat pertama untuk Smash dan dia menganggap kepercayaan itu sebagai permulaan buat dirinya mengembangkan karier seninya itu dengan lebih pesat.

"Saya rasa agak selesa menyanyikannya kerana lagu itu memiliki vibrato pantas dan sangat menguji pernafasan.

"Apabila saya mula berlakon dalam Smash, saya meletakkan sebanyak mungkin tekanan untuk menjadi seperti Marilyn.

"Namun, sudah tentu saya tidak mampu menjadi Marilyn sepenuhnya. Memperoleh sedikit auranya merupakan item yang paling saya inginkan," akuinya.

Friday, 30 March 2012

Gempa bumi lemah landa Mersing, Johor


KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi berukuran 3.2 pada skala Richter melanda Mersing, Johor pada pukul 9.43 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan di sini berkata gempa itu berpusat di 16km timur laut dari Mersing.

Gegaran kecil mungkin dirasai di sekitar kawasan itu, kata kenyataan itu. - BERNAMA

Janin tanpa kepala


KUALA LUMPUR: Kejam apabila janin berusia empat bulan tanpa kepala yang dipercayai dibuang sebelum dipam dari mangkuk tandas kediaman penduduk dijumpai di dalam loji kumbahan berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Beringin, Jinjang, di sini, semalam.
Kejadian disedari kira-kira jam 11.30 pagi oleh seorang pekerja membersih tangki kumbahan milik Indah Water Konsortium (IWK) apabila terlihat satu janin manusia tersangkut di perangkap sampah sebelum memaklumkan kepada polis.

Janin itu pada awalnya disangka bangkai kucing ditemui tanpa kepala sebesar tapak tangan dalam keadaan belum cukup sifat kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, hasil pemeriksaan Unit Forensik mengesahkan janin berusia empat bulan itu dibuang dalam tempoh 48 jam lalu yang digugurkan daripada kandungan ibunya.

“Janin itu ditemui tanpa kepala dan kami juga tidak dapat mengetahui jantinanya,” katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan janin itu digugurkan penduduk tempatan di kawasan itu.


Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

Zakaria meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian tampil menghubungi Rakan Cop Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 bagi membantu siasatan atau tampil ke balai berdekatan.

Anak derhaka dapat balasan


KOTA BHARU: Gara-gara hasratnya untuk menjual rim kereta dihalang, seorang penganggur mengamuk dan mengugut bapanya menggunakan pedang, minggu lalu.
Bagaimanapun, perbuatan Mohd Hafizi Mat Hussein, 26, menerima padah apabila dia dijatuhi hukuman denda RM4,000 di Mahkamah Majistret di sini, semalam, selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohd Hafiz Mohd Noor.

Mohd Hafiz memerintahkan tertuduh dikenakan hukuman penjara empat bulan sekiranya gagal menjelaskan denda.
Mengikut pertuduhan, Mohd Hafiz didakwa mengugut bapa kandungnya Mat Hussein Che Mat, 62, dengan niat menyebabkan ketakutan yang akan mendatangkan kematian kepada warga emas itu di rumahnya di Kampung Setek, Kok Lanas di sini pada jam 10 pagi, 25 Mac 2012.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh tiba-tiba berang dengan mengamuk sambil mengacukan pedang ke arah pengadu selepas hasratnya untuk menjual rim tayar dihalang bapanya itu.

Pengadu yang ketakutan dan bimbang dicederakan bertindak membuat laporan polis yang membawa kepada penahan tertuduh sejurus kejadian. Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon dikenakan hukuman ringan kerana dia sudah insaf dengan perbuatannya.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Saiful Nizam Misbah memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh untuk memberi pengajaran kepada tertuduh supaya tidak mengulangi kesalahan sama.

Ikan flowerhorn jadi tumpuan pengunjung



BENTUK bonggol yang terdapat pada ikan itu. 

BANGKOK - Seekor ikan flowerhorn yang mempunyai bonggol berwarna merah pada kepala menjadi tumpuan para pengunjung pada satu festival ikan di sini semalam.

Diadakan pada setiap tahun di Thailand, festival yang dikenali sebagai Pramong Nomjai Thai Tuala itu mempamerkan pelbagai jenis ikan eksotik dan mahal seperti flowerhorn dan arowana.
Pada tahun ini, pameran yang diadakan di sebuah pusat beli-belah itu akan berakhir pada 1 April depan. - Agensi

Bapa rantai anak pada tiang


LEHER seorang remaja berusia 13 tahun dirantai pada sebatang tiang elektrik di Battambang semalam. - AFP 


BATTAMBANG - Seorang bapa di Kemboja merantai leher seorang anak lelakinya pada sebatang tiang kayu elektrik di sini bagi menghukum remaja berkenaan yang ponteng sekolah untuk bermain permainan Internet, kata polis semalam.

Remaja berusia 13 tahun itu dirantai pada tiang elektrik sekitar dua jam.
Jirannya kemudian menghubungi pihak polis yang tiba di tempat kejadian bersama seorang tukang kunci untuk membebaskan mangsa.

"Si bapa amat marah apabila menemui anak lelakinya di sebuah kafe Internet dan bukan di sekolah sehingga dia sanggup merantai anaknya di khalayak sebagai pengajaran," kata Timbalan Ketua Polis Battambang, Cheth Vanny.

Menurutnya, mangsa turut dipukul oleh bapanya.
Bapa berusia 40 tahun itu, Sok Thoeun yang bekerja sebagai pemandu teksi motosikal melarikan diri selepas insiden berkenaan yang berlaku pada Selasa lepas.

Dia kini diburu polis kerana melakukan penderaan terhadap kanak-kanak.
"Dia sedang diburu," kata pegawai berkenaan.
"Penderaan seperti ini menyalahi undang-undang," tambahnya lagi.
Penggunaan Internet di Kemboja adalah antara yang terendah di Asia Tenggara dengan kurang 1.5 peratus daripada 14 juta penduduk Kemboja menggunakan kemudahan tersebut. - AFP

Rihanna enggan jawab hubungan dengan Kutcher


RIHANNA menyertai sesi fotografi di sebuah hotel di London kelmarin.


LONDON - Penyanyi popular, Rihanna enggan menjawab soalan tentang hubungannya dengan aktor Hollywood, Ashton Kutcher.

Dia enggan menjawab soalan itu semasa ditanya wartawan pada sidang akhbar filem pertama lakonannya, Battleship kelmarin.

Sebelum ini, terdapat laporan penyanyi itu pernah berkunjung ke rumah Kutcher di Los Angeles sehingga awal pagi.

Apabila ditanya sama ada Kutcher akan hadir bersamanya untuk sesi promosi di sini, Rihanna menyifatkan soalan tersebut sebagai mengecewakan.

"Saya gembira dengan hidup saya dan saya kini solo, jika itu yang anda mahu tahu," kata Rihanna.
Filem Battleship turut menampilkan Taylor Kitsch dan Liam Neeson.
Rihanna melakonkan watak pakar senjata, Cora Raikes dalam filem itu.

Filem Battleship akan ditayangkan di Britain pada 11 April depan manakala di Amerika Syarikat pada 18 Mei depan. - Agensi

Mini kasino dalam kebun sayur



KESEMUA 63 kaki judi di kebun sayur Kampung Batak, Sungai Ara yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, George Town kelmarin.


GEORGE TOWN - Siapa sangka di belakang sebuah bengkel membaiki kenderaan yang terletak di pinggir hutan dan dikelilingi kebun sayur di Kampung Batak, Sungai Ara di sini rupa-rupanya menempatkan sebuah mini kasino yang popular dalam kalangan kaki judi yang sudah berusia.

Bagi memastikan mini kasino yang terletak dua kilometer dari jalan besar itu selamat, sindiket judi haram yang mengoperasikan kegiatan itu mengupah beberapa orang tonto untuk mengawasi kawasan tersebut.

Malah kawasan terpencil itu juga dilengkapi sebanyak 16 buah kamera litar tertutup (CCTV). Antara lokasi CTTV yang dipasang termasuk di beberapa simpang jalan masuk ke mini kasino yang beroperasi selama 24 jam.

Namun setelah sebulan beroperasi, pada pukul 9.30 malam kelmarin, mini kasino yang dibina dengan khemah itu diserbu sepasukan polis dari Unit Pencegahan Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman.

Serbuan itu dilakukan selepas beberapa anggota polis terpaksa menyamar sebagai kaki judi untuk masuk ke mini kasino itu.
Ketua operasi D7, Deputi Superintendan Tan Tin Heng berkata, pihaknya terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk membuat risikan kerana mini kasino itu diawasi CCTV dan tonto.
"Polis terpaksa mengumpul maklumat daripada orang awam dan membuat penyamaran sebelum membuat serbuan malam tadi (kelmarin)," kata beliau selepas serbuan itu.

Biasiswa lepasan SPM, STPM

 

KUALA LUMPUR – Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan) menawarkan biasiswa pembiayaan pendidikan kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang mendapat keputusan 5A ke atas manakala 2A ke atas bagi Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan, Raja Azura Raja Mahayuddin (gambar) berkata, tawaran itu terbuka kepada semua pelajar bumiputera dari persekitaran mencabar yang berprestasi sederhana tetapi berpotensi untuk memajukan diri.

Menurutnya, biasiswa itu juga diberikan kepada pelajar mengikuti pengajian yang memiliki peluang pekerjaan berpendapatan tinggi.
“Yayasan menyasarkan pelajar berpotensi dari persekitaran mencabar kerana memahami kesulitan mereka mendapatkan pendidikan sempurna seperti pelajar di luar bandar.

“Bagaimanapun, ini tidak bermaksud pelajar bandar tidak layak memohon, Yayasan mengambil kira faktor lain seperti pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah, kesukaran mendapatkan bahan pendidikan dan tercicir peluang melanjutkan pengajian,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Saluran asap restoran di Suria KLCC terbakar



ASAP dari Restoran Chenoz on The Park (gambar kecil) yang keluar dari podium bumbung Suria KLCC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Pusat beli-belah terkemuka Suria KLCC semalam terpaksa ditutup selama sejam ekoran berlaku kebakaran pada sistem saluran asap di Restoran Chinoz on The Park.

Semasa kejadian pada pukul 5.30 petang, orang ramai yang terdiri daripada pengunjung dan pekerja yang kesemuanya berjumlah kira-kira 5,000 orang diarahkan mengosongkan pusat beli-belah itu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, orang ramai diarahkan keluar oleh pihak keselamatan Suria KLCC bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini sebaik berlaku kebakaran dan menyebabkan asap tebal di sebuah restoran di pusat beli-belah itu.

Menurut beliau, kebakaran tersebut berlaku pada sistem saluran asap yang terletak dalam Restoran Chinoz on The Park.

"Asap tebal dari restoran dapat dilihat di podium bumbung Suria KLCC sejauh kira-kira tiga kilometer," kata beliau ketika ditemui di tempat kejadian di sini semalam.

Lelaki sembelih dua rakan dihukum gantung


OLIER SHEKS dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Seremban selepas dijatuhi hukuman gantung semalam. 


SEREMBAN - Seorang lelaki warga Bangladesh dihukum gantung oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas didapati bersalah menyembelih dua rakan senegaranya sehingga mati di sebuah asrama pekerja di Taman Kemuning, Senawang dekat sini tiga tahun lalu.

Olier Sheks Awoyal Sheks, 28, hanya mampu mengalirkan air mata selepas keputusan itu dibacakan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Nasfy Yasin.

Dia yang baru tiga bulan bekerja di sebuah kilang juga dihukum penjara 10 tahun kerana menyebabkan kecederaan yang boleh mendatangkan kematian terhadap seorang lagi mangsa.

Ahmad Nasfy dalam penghakimannya berkata, selepas membuat penelitian terhadap semua bukti dan keterangan daripada saksi yang terlibat, mahkamah tidak mempunyai pilihan selain menjatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Mengikut pertuduhan, Olier Sheks didakwa membunuh Abdul Kadir Fazer Ali, 22, dan Shahin Md. Amir Hossain, 24, di sebuah asrama pekerja di Taman Kemuning, Senawang dekat sini pada pukul 2 pagi hingga 4.10 pagi, 15 September 2009.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum gantung sampai mati jika disabitkan dengan kesalahan.

Jac bebas bersuara



JAC memilih untuk bernaung di bawah KRU Music kerana yakin dengan empayar yang telah dibina adik-beradik Norman, Yusry dan Edry Abdul Halim itu. 
 
SELEPAS beralih angin dengan bernaung di bawah syarikat pengurusan muzik baharu iaitu KRU Music, Jac atau nama sebenarnya Jaclyn Joshua Thanaraj Victor, 34, berasa dirinya lebih berani dan bebas dalam menyuarakan pendapat serta keinginannya untuk bergelar komposer.

Mengikat kontrak selama setahun di bawah KRU Music pada bulan Januari lalu, peminat-peminat Jac bakal mendengar lagu-lagu ciptaannya selepas ini.
“Sewaktu dengan syarikat rakaman dulu, saya agak terhad untuk menyuarakan idea dan pendapat. Lagipun, saya tak berani mahu bersuara sebab saya masih belajar lagi.

“Bagi saya, banyak lagi yang saya boleh buat, tapi semuanya tak kesampaian. Kini, kebarangkalian peminat dapat mendengar lagu ciptaan saya kerana KRU memberi peluang tersebut kepada saya. Tapi, jujur saya tidak pandai menulis lirik,” ujarnya ketika ditemui pada sesi fotografi bersama Kosmo! di Studio Utusan, Kuala Lumpur, Isnin lepas.

Yakin dengan kemampuan KRU Music yang terbukti mempunyai empayar yang cukup kuat, Jac juga mengambil langkah berani mencuba pelbagai genre muzik yang ditawarkan pihak KRU Music untuk dirinya.

Single pertamanya dengan KRU Music berjudul Sebelah Jiwaku ciptaan Edry Abdul Halim menjadi bukti bahawa lagu tersebut begitu berbeza dengan lagu yang pernah dibawa Jac sebelum ini.
“Sebelah Jiwaku merupakan lagu yang lain daripada yang lain. Ia merupakan sesuatu yang baharu buat saya.

“Asalnya lagu ini ada dua versi iaitu balada dan rancak, tetapi saya lebih suka yang berentak rancak. Lagu ini menceritakan tentang perhubungan antara manusia tidak kira pasangan kekasih atau kawan baik.

“Ia lagu semangat tentang seseorang yang bangkit walaupun ditinggalkan. Saya yakin orang di luar sana juga boleh terima lagu ini,” ujarnya yang akan muncul dengan single kedua berjudul Jagalah Diri yang merupakan lagu tema filem terbitan KRU, 29 Februari.
Jelas Jac, pihak KRU Music juga sedang merancang untuk menerbitkan sebuah album penuh Jac pada bulan April depan. Antara lagu yang akan dimuatkan termasuklah Sebelah Jiwaku, Jagalah Diri dan sebuah lagu Inggeris untuk filem animasi 3D Ribbit.

Ada kata-kata orang yang menganggap lagu ciptaan KRU mudah dikenal pasti apabila didengar tidak kira siapa penyanyi yang membawa lagu mereka.
Menolak tanggapan tersebut, ungkap Jac, bila orang dengar lagu Sebelah Jiwaku mereka tidak akan samakan ia dengan lagu ciptaan KRU yang lain kerana muziknya rancak dan bertenaga.

Jac juga tidak menyangka rangka jadualnya selama setahun telah disusun pihak KRU biarpun dia baru sahaja menandatangani kontrak di bawah syarikat tersebut.

Jac berang
Beralih kepada isu Jac yang dikatakan memperlekehkan penyanyi lagu Cinta Muka Buku, Najwa Latiff ketika pertandingan Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL 26).
Biarpun ia sudah berlalu hampir dua bulan lamanya tetapi isu tersebut masih belum lagi reda. Masih ada lagi suara-suara nakal yang memperkatakan tentang hal itu dan ia membuatkan Jac berang.

Walaupun sudah memberi kenyataan balas berhubung perkara tersebut, nampaknya ada lagi pihak yang tidak berpuas hati dengan Jac.
“Saya pelik kenapa isu ini ditanyakan kepada saya sahaja tetapi tidak pada Najwa juga. Saya tidak tahu kenapa isu kononnya saya merendah-rendahkan Najwa untuk menjatuhkan semangatnya sebelum beraksi di AJL 26 boleh timbul. Sedangkan saya tidak pernah bertembung dengannya langsung di belakang pentas AJL 26.

“Saya perlu fokus dua lagu iaitu Sedetik Lebih dan Beribu Sesalan pada malam AJL 26 itu. Selepas saya menyanyikan lagu Sedetik Lebih saya terus pergi ke bilik hos AJL 26, Faizal Ismail dan Cheryl Samad kerana mahu membuat persiapan untuk lagu Beribu Sesalan pula.
“Saya pergi ke bilik mereka kerana pereka saya ada di sana. Tak ada masa saya nak pergi belakang pentas untuk mengacau dia (Najwa),” ujarnya yang kesal dengan isu yang tiada kesudahan itu.

Terang Jac serius, secara logiknya bagaimana dia boleh bertembung dengan Najwa kerana giliran persembahan mereka adalah jauh. Jac juga menolak tanggapan bahawa dirinya kini semakin besar kepala.

“Saya harap orang tak menganggap saya sudah besar kepala. Saya tak perlu merendah-rendah atau mempersendakan orang lain walaupun dia penyanyi baharu,” ujarnya yang memohon agar Najwa turut membuka mulut memberi kenyataan berhubung isu tersebut agar ia tidak lagi diperkatakan.

M. Nasir atau Aubrey?
Bercerita tentang pembabitannya selaku peserta program realiti nyanyian, Mania pula, Jac memberitahu, dia tidak kisah sama ada dipilih oleh komposer Datuk M. Nasir atau Aubrey Suwito memandangkan Ahmad Dhani sudah mencukupi kuota untuk memilih penyanyi.

Malah, dia juga tidak terlalu memikirkan kemenangan kerana dia faham format Mania adalah menerusi 100 peratus undian khidmat pesanan ringkas (SMS).
“Saya tidak mahu fikirkan soal menang, kalah, mahupun sejauh mana saya dapat bertahan dalam program itu.
“Ia bergantung kepada undian peminat dan rezeki. Apa yang lebih bernilai adalah peluang untuk bekerja dan menimba pengalaman daripada komposer-komposer hebat tersebut. Satu peluang untuk saya terus menimba pengalaman dan pembelajaran,” ujarnya optimis.

Sudah hampir enam tahun mengikat tali pertunangan dengan jejaka Inggeris bernama Chris Bellamy, Jac disoal bila masanya menuju ke gerbang perkahwinan.
“Buat masa ini belum ada lagi perancangan ke arah itu (kahwin). Sebabnya, dia mempunyai perniagaan di London dan kami jarang berjumpa. Cuma sekadar berkomunikasi menerusi ‘Skyppe’.

“Memang dia berniat untuk duduk di Malaysia pada tahun 2007 tetapi disebabkan rusuhan yang berlaku ketika itu dan juga memikirkan tentang keluarganya yang tinggal bersama dia membatalkan niat tersebut,” ulasnya.
Ditanya mengenai perasaannya apabila berjauhan dengan tunangnya. Jac menjawab: “Susah memang sangat susah.”

 

The Wombats cabar diri


THE WOMBATS menghasilkan sendiri kesemua lirik lagu-lagu dendangan mereka. 



SEMPENA perlumbaan Formula One (F1) di Malaysia yang telah berlangsung baru-baru ini, banyak konsert yang menampilkan artis-artis luar negara telah diadakan sebagai menyambut kedatangan acara sukan motor berprestij tersebut.
Salah satunya merupakan konsert yang diberi nama Future Music Festival Asia dan ia merupakan konsert rasmi yang pertama berlangsung sebelum tibanya minggu perlumbaan F1 Malaysia. Malaysia merupakan lokasi pertama berlangsung festival ini di luar Australia.


Sebanyak 60 kumpulan artis tempatan dan antarabangsa hadir ke konsert yang dibanjiri oleh hampir 30,000 penduduk tempatan dan luar negara yang bertempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
Festival ini diadakan selama 12 jam dan antara persembahan yang dinantikan merupakan dari artis hip hop terkenal, Flo Rida.


Antara artis lain yang turut hadir merupakan The Chemical Brothers, Tinie Tempah, The Wombats, Grandmaster Flash dan ramai lagi yang dipersembahkan atas empat pentas yang berbeza iaitu Flamingo, Future, Las Venus dan Gnome.


The Wombats merupakan sebuah kumpulan rock yang terdiri dari tiga orang anak muda iaitu Matthew Murphy, Dan Haggis dan Tord Overland-Knudsen yang berasal dari Liverpool, England.
“Kami sangat gembira dapat hadir ke Malaysia dan festival ini untuk membuat persembahan. Sebelum ke sini, kami baru pulang dari Tokyo untuk mengadakan persembahan.
“Kami telah bersama selama lebih kurang sembilan tahun dan untuk jelaskan genre muzik kami sedikit sukar kerana muzik kami ialah indie dan keistimewaan kami adalah kerana kami semua boleh bermain alat muzik dan kami juga menyanyi,” jelas salah seorang ahli kumpulan The Wombats iaitu Matthew atau lebih mesra disapa sebagai Matt.


Bagi mereka, sering mencabar diri merupakan terapi yang sering dilakukan untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya. Kesemua lirik dalam lagu-lagu mereka juga seratus peratus adalah hasil nukilan dari tiga orang anak muda ini.
“Setakat ini, lirik kesemuanya dihasilkan oleh kami sendiri dan ia banyak berdasarkan pengalaman kami sendiri. Selalunya lirik kami mengenai perasaan, mengenai wanita serta kehidupan.
“Sembilan tahun bukan masa yang singkat dan memang banyak cabaran yang ditempuhi. Bukan senang untuk bertahan, dan tidak dinafikan pertengkaran ialah perkara biasa.
“Namun, ia perkara biasa kerana kami memang rapat dan tinggal bersama juga,” jelas Matt yang mengatakan mereka mengibaratkannya seperti berkahwin dan sentiasa bersama.


Tutur Tord pula, mereka sangat bertuah kerana dapat bertahan hingga kini. Mungkin juga muzik yang mereka mainkan adalah berbeza dan mungkin itu yang menyebabkan mereka mampu bertahan.
Selain itu, mereka juga berterima kasih kerana mempunyai peminat yang menghormati karya seni mereka.
“Kami tidak sangka akan menjadi sukses sebegini. Bagi kami, sebelum ini, kami hanya praktis muzik-muzik kami di dalam sebuah bilik di Liverpool. Namun kini, kami membuat persembahan di festival muzik Kuala Lumpur.


Ia merupakan perkara besar buat kami dan kami seperti tidak percaya dengan jemputan persembahan di sini. Kami sangat gembira dengan kejayaan yang dicapai oleh kumpulan kami. ramai peminat juga yang memberi komen bagaimana mereka menghargai muzik kami,” akhiri Tord.

Liyana, Fathuddin nikah 24 Januari 2013

 PASANGAN Fathuddin dan Liyana memilih tarikh 24 Januari 2013 untuk majlis akad nikah



LIMA dulang hantaran daripada pihak arjuna berbalas tujuh daripada pihak gadis. Penuh gemilang majlis pertunangan pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay, 24, dan pasangannya yang merupakan seorang ahli perniagaan, Fathuddin Mazlan, 28, yang berlangsung di kediamannya di Tropika Kemensah, Ulu Klang, Selangor malam kelmarin.


Tali pertunangan pasangan merpati dua sejoli ini diikat sehingga tarikh 24 Januari tahun depan selepas pelantun lagu Cinta Bersatu itu menamatkan pengajian di Akademi New York, Amerika Syarikat dalam bidang lakonan dan pengarahan.


Liyana yang turut menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 24 pada malam kelmarin mengenakan sepasang busana berwarna putih rekaan Rizman Ruzaini dan ditatarias oleh Tiar Zainal.


Antara 200 tetamu yang hadir pada malam kelmarin termasuk pasangan Vanidah Imran dan Rashidi Ishak, Lisa dan Yusri serta Scha dan Awal.

Thursday, 29 March 2012

Pondan bercoli mengerang


KUCHING: “Sakit...sakit...” itulah rintihan didengari pengguna jalan raya sebaik mendapati kereta Perodua Kancil dinaiki seorang pondan terbabas dan merempuh pagar sebuah kem tentera di Kota Sentosa, di sini, malam kelmarin.

Bagaimanapun, kehadiran orang ramai bagi membantu individu terbabit mengundang kejutan apabila mendapati pondan itu yang hanya memakai coli dan berseluar dalam tersepit di tempat duduk depan dalam kejadian jam 12.20 tengah malam.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa, 26, dari Jalan Pengkalan Kuap, Kota Samarahan berseorangan ke Kota Sentosa.

Sumber berkata, kejadian itu menyebabkan kereta berkenaan nyaris terbalik sebelum orang ramai menghubungi hospital bagi mendapatkan bantuan

Menurutnya, pelbagai pihak tertanya-tanya motif mangsa yang hanya memandu dengan memakai pakaian dalam.

Polis sokong penunjuk perasaan


MEDAN: Beratus-ratus anggota polis yang mengawal Pejabat Gabenor Sumatera Utara di Jalan Imam Bonjol, turut bersorak dan bertepuk tangan ketika berdepan dengan penunjuk perasaan yang membantah kenaikan harga minyak, semalam.
Ia menjadikan suasana yang sepatutnya tegang, gamat.

Kejadian itu berlaku ketika mereka cuba menenangkan kira-kira 50 penunjuk perasaan yang menamakan diri mereka Perpaduan Mahasiswa dan Penduduk Sumatera Utara Menolak Kenaikan Harga Minyak.
Anggota polis turut menyanyi lagu Indonesia Raya bersama penunjuk perasaan sambil bertepuk tangan.

“Pemerintah tidak peduli dengan nasib rakyat biasa, betul tak kawan-kawan?” teriak seorang penunjuk perasaan.

“Betul!” jawab penunjuk perasaan lain serta 200 anggota polis terbabit. - Agensi

Julia Perez takkan pakai tudung


JAKARTA: Julia Perez yang lebih dikenali sebagai Jupe, enggan mengenakan jilbab sekiranya ditakdirkan dia berkahwin dengan seorang ustaz.
Khabar mengenai usaha ibunya, Sri Wulansih untuk mengahwinkan artis yang penuh sensasi itu dengan seorang ustaz tersebar sejak beberapa minggu lalu tetapi hingga kini, identiti ustaz itu tidak pernah diketahui.

Khabar angin itu mencetuskan tanggapan kononnya Jupe yang sering muncul seksi di khalayak ramai akan mengubah penampilannya, menjadi lebih sopan.
Malah, bekas kekasih Gaston Castano itu mengakui dia diminta ramai pihak untuk berpakaian sopan dan berjilbab.

Tetapi Jupe menolak permintaan itu dan menegaskan dia tidak akan berjilbab hanya kerana menjadi isteri ustaz.

“Saya akan berjilbab hanya kerana Tuhan,” katanya.
Menurutnya, buat masa ini, dia enggan mengubah penampilannya. Katanya, Jika ustaz itu mencintainya, dia perlu menerimanya seadanya, termasuk cara penampilannya yang mendedahkan aurat. - Agensi

Skirt mini juga porno

JAKARTA: Selepas menubuhkan pasukan penguatkuasaan antipornografi, Menteri Hal Ehwal Agama, Suryadharma Ali, berkata skirt yang di atas paras lutut mungkin tergolong dalam definisi bahan pornografi.
Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya akan mengatur mesyuarat dengan pihak yang mempunyai kepentingan berbeza daripada orang ramai, untuk mendapatkan input mengenai bagaimana mereka memahami pornografi.

“Saya pasti mereka mempunyai definisi yang berbeza mengenainya,” kata Suryadharma.

Beliau yang dilantik oleh Presiden Susilo Bambang Yudhoyono untuk memastikan badan itu beroperasi, memberitahi Persidangan Suruhanjaya Dewan Rakyat VIII mengenai Hal Ehwal Agama dan Sosial semalam, satu set kriteria universal untuk mentakrif sesuatu sebagai pornografi perlu diwujudkan dan satu daripadanya ialah skirt mini.
“Apabila standard pornografi itu sudah ditentukan, ia akan dikuatkuasakan di seluruh negara meliputi semua etnik,” katanya

Untuk mencegah pengedaran bahan-bahan porno di seluruh negara, Susilo. baru-baru ini menubuhkan satu pasukan petugas dalam pengurusan dan pencegahan pornografi sebagai satu badan untuk melaksanakan Undang-undang Pornografi 2008

Susilo melantik Menteri Penyelaras Kebajikan Rakyat, Agung Laksono untuk mengetuai pasukan petugas dan Menteri Hal Ehwal Agama, Suryadharma Ali untuk menguruskan hal operasi harian.

Ahli pasukan petugas termasuk anggota Kabinet yang lain, seperti Menteri Penerangan dan Teknologi, Tifatul Sembiring, Menteri Undang-undang dan Hak Asasi Manusia, Amir Syamsuddin, Menteri Memperkasa Wanita dan Perlindungan Kanak-kanak, Linda Gumlar, Menteri Pelajaran dan Budaya, Muhammad Nuh dan Menteri Dalam Negeri, Gamawan Fauzi. - JP

Lelaki dapat muka, gigi bar

WAJAH asal Norris (kiri), selepas insiden tembakan (tengah) dan selepas menjalani pemindahan  muka.
WAJAH asal Norris (kiri), selepas insiden tembakan (tengah) dan selepas menjalani pemindahan muka.

WASHINGTON: Seorang lelaki berusia 37 tahun yang cedera dalam kejadian tembakan diberikan wajah, gigi, lidah dan rahang baru yang disifatkan oleh doktor sebagai pemindahan muka besar-besaran pernah dilakukan.
Pegawai di Pusat Perubatan Universiti Maryland mengumumkan semalam, Richard Lee Norris semakin pulih selepas pembedahan 36 jam minggu lalu.

Dia mula merasakan wajahnya dan sudah pun memberus gigi dan bercukur. Dia juga memperoleh semula deria bau yang hilang selepas insiden berkenaan.
Norris, selama 15 tahun lalu, hidup menyendiri, bersembunyi di sebalik topeng dan hanya keluar pada waktu malam. Pemindahan itu akan mengembalikan kehidupannya, kata ketua pakar bedah, Dr Eduardo Rodriguez.

“Ia bagaikan hidup di alam fantasi ketika melihat wajahnya. Sebelum ini, orang akan merenung Norris kerana dia memakai topeng dan mereka mahu melihat kecacatan di wajahnya,” kata Rodriguez.

“Kini, mereka punya alasan lain untuk merenungnya dan ia sungguh menakjubkan,” kata Rodriguez. Pakar bedah menggelarnya pemindahan muka paling lengkap di dunia yang membolehkan lelaki dari Virginia itu muncul di sebalik topengnya selepas 15 tahun.

Ketika Norris menembak dirinya di muka pada 1997, dia kehilangan hidung, bibir dan semua pergerakan di mulutnya. Dia telah menjalani pelbagai pembedahan menyelamatkan nyawa dan membentuk semula wajahnya, tetapi tidak begitu berjaya seperti ini.

Dia menerima wajah baru daripada seorang penderma yang tidak dikenali minggu lalu. Penderma itu turut menyelamatkan lima lagi pesakit pada hari sama melalui pendermaan organnya.
Enam hari selepas pembedahan, Norris sudah boleh menggerakkan lidahnya dan membuka serta menutup matanya. Dia pulih lebih cepat daripada jangkaan doktor. - DM

Klik Untuk Saya k... :)