LIMA dulang hantaran daripada pihak arjuna berbalas tujuh daripada
pihak gadis. Penuh gemilang majlis pertunangan pelakon dan penyanyi,
Liyana Jasmay, 24, dan pasangannya yang merupakan seorang ahli
perniagaan, Fathuddin Mazlan, 28, yang berlangsung di kediamannya di
Tropika Kemensah, Ulu Klang, Selangor malam kelmarin.
Tali pertunangan pasangan merpati dua sejoli ini diikat sehingga tarikh 24 Januari tahun depan selepas pelantun lagu Cinta Bersatu itu menamatkan pengajian di Akademi New York, Amerika Syarikat dalam bidang lakonan dan pengarahan.
Liyana yang turut menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 24 pada malam kelmarin mengenakan sepasang busana berwarna putih rekaan Rizman Ruzaini dan ditatarias oleh Tiar Zainal.
Antara 200 tetamu yang hadir pada malam kelmarin termasuk pasangan Vanidah Imran dan Rashidi Ishak, Lisa dan Yusri serta Scha dan Awal.

No comments:
Post a Comment